Ucapan perpisahan Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha tuan guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera sayaucapkan. Selaku wakil murid tahun enam, saya mengucapkan ribuan terima kasihkerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis ini.Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,Sebagaimana yang kita ketahui, hari ini adalah hari terakhir kami menjadi muridSekolah Kebangsaan Seri Bestari. Selepas ini, kami akan melangkah ke alampersekolahan menengah pula. Selama enam tahun di sekolah ini, banyak kenangansuka dan duka yang tidak akan kami lupakan. Yang pastinya, perkara yang paling tidak dapat dilupa adalah sikap guru-guru yangbaik di sekolah ini. Segala titik peluh yang guru-guru sekalian sumbangkan dalammemberi didikan dan tunjuk ajar sejak mula kami tahu membaca, menulis danmengira sehinggalah kepada segala ilmu yang dicurahkan. Budi yang guru-gurutaburkan tidak mampu kami balas.Hadirin sekalian,Kesempatan yang ada ini juga, saya mewakili rakan-rakan ingin menyusun jarisepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh enam tahun berada di sekolah ini,sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dannasihat guru-guru pasti akan kami sematkan di dada.Harapan saya semoga rakan-rakan akan terus berusaha dengan gigih apabilaberada di sekolah menengah nanti. Semoga guru-guru di sekolah ini akan terusmendoakan kejayaan dan kesejahteraan kami. Jika ada kelapangan, pasti kami akandatang lagi menziarahi guru-guru di sini.Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Add a Comment
Sea Manleft a comment
Carmel Abigail Clementleft a comment
Nureen Arissaleft a comment