• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR UNTUK PROGRAM TITISAN ILMU2005/2006.
Y. Bhg. Prof Madya Dr. Zulkifli Bin Mohamed, Dekan Sekolah Pendidikan danPembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.Y. Bhg. Saudara Iskandar Bin Padzil YDP pGURU Sesi 2005/2006Y.Bhg. Saudari Pengarah Program Titisan Ilmu 2005/2006Y.Bhg. Saudara Timbalan Pengarah Titisan Ilmu 2005/2006Para Ibu Bapa, para tutor yang hadir pada petang yang berbahagia ini, dan yang diraikan para pelajar pada petang yang cukup bermakna ini.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk sama-sama berada dalam majlisyang kira cukup gilang-gemilang ini untuk meraikan majlis perasmian penutupanProgram Titisan Ilmu 2005/2006.Pada pagi ini, saya berasa sunguh berbangga kerana dapat duduk dalam satumajlis bersama dengan siswa/i serta seluruh pelajar Progarm Titisan Ilmu 2005/2006yang diraikan yang mana saya dimaklumkan Program Titisan Ilmu 2005/2006 inidiadakan khas untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara pembelajaran beberapa subjek yang terpilih dengan betul. Selain itu juga, program ini disusun denganmatlamat dapat memberikan para pelajar ilmu yang bermanfaat dan juga memberi peluang kepada para pelajar atau tutor SPPS untuk berkongsi ilmu yang telah dipelajarisepanjang pengajian di UMS. Sebelum berucap dengan panjang lebar lagi, tahniah sayaucapkan atas kejayaan anda semua. Syabas dan tahniah.
 
Sebagai generasi bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa dan bakal penentu hala tuju generasi akan datang, sewajarnya anda mengambil berat tentang kualitidiri masing-masing dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi menerima sebarangcabaran apabila bergelar pendidik kelak. Kualiti diri yang saya maksudkan merujuk kepada kecemerlangan diri bukan sahaja daripada aspek akademik sahaja namun jugakecemerlangan dari aspek rohani, sosial dan sahsiah. Sebagai bakal pendidik,sememangnya aspek kecemerlangan dalam bidang akademik tidak boleh diketepikansama sekali, namun pada masa yang sama, kecemerlangan dari aspek rohani, sahsiah dan jasmani juga penting kerana aspek inilah yang akan membentuk ketekalan dalam dirianda semua untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.Bagi saya, penganjuran Program Titisan Ilmu 2005/2006 ini juga adalah salah satu bukti yang mana siswa/i SPPS ini juga sebenarnya mampu untuk memimpin dan menjadi pendokong kepada penganjuran program yang dilihat memberikan manfaat kepadaindividu lain, yang mana anda sebagai penganjur sanggup meluangkan masa semata-mata ingin menabur bakti kepada pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting iaitu UPSR, PMR dan SPM, sekaligus memperlihatkan jaya diri anda untuk mencari apa yang perlu bagi seseorang novis atau bakal pendidik apabila tamat pengajiankelak. Jutaan tahniah juga saya berikan kepada para tutor SPPS yang bijamembahagikan masa mereka yang mana kita sedia maklum mereka juga sibuk dengankuliah, tugasan – tugasan yang di berikan oleh pensyarah dan aktiviti – aktiviti seharian.Saya difahamkan dari pengarah program, bahawa program ini berkonsepkan tutor untuk memberi suasana pembelajaran yang kondusif dan efisien kepada pelajar-pelajar.Usaha pGURU ini adalah satu langkah yang amat bijak, disebabkan para pelajar akandapat menambahkan ilmu pengetahuan daripada sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)dengan lebih mudah. Apatah lagi, sistem tuisyen ini mempunyai bilangan pelajar yangsedikit iaitu antara 5 hingga 7 orang sahaja. Ini selaras dengan tema “Let’s Conquer TheKnowledge ”.Maka, wajarlah universiti bukan sahaja medan pencarian ilmu tetapi juga mediumuntuk anda mencari seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan am yang tidak 
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...