Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teks Forum Maulid Nabi: Ciri-ciri Kepimpinan Rasulullah SAW

Teks Forum Maulid Nabi: Ciri-ciri Kepimpinan Rasulullah SAW

Ratings: (0)|Views: 255|Likes:
Published by alim
Teks Forum Maulid Nabi disampaikan oleh Ustaz Dr. Mualimin Mochammad Sahid, MA
(Masjid Ar-Rahimin, Telok Menegun, Shah Alam, Selangor (13/1/2013)
Teks Forum Maulid Nabi disampaikan oleh Ustaz Dr. Mualimin Mochammad Sahid, MA
(Masjid Ar-Rahimin, Telok Menegun, Shah Alam, Selangor (13/1/2013)

More info:

categoriesTypes, Speeches
Published by: alim on Feb 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/16/2013

pdf

text

original

 
Page|
1
TEKS FORUM MAULIDURRASUL@ MASJID TELUK MENEGUN – KLANG – SELANGOR (1 Februari 2013)" CIRI-CIRI KEPIMPINAN RASULULLAH SAW "
(
*
)
 
Terimakasih kepada pengerusi majlis, tuan moderator, sahabat saya al-fadhil ustaz__________, AJK Masjid Telok menegun, seterusnya Hadirindan hadirat, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik yang dirahmati ALLAHsekalian.
.
 Syukur Alhamdulillah, pada malam hari yang sangat mulia ini, kitadipertemukan ALLAH di tempat yang suci lagi mulia ini, dalam satusuasana penuh berkah, majlis perkongsian ilmu sempena bulan kelahiranbaginda Nabi kita, nabi besar Muhammad SAW. Semoga dengan niatbertaqarrub, mendekatkan diri kepada ALLAH, memakmurkan rumahAllah, berzikir mengagungkan Nama Allah 'azza wa jalla dan menimbailmu di majlis seumpama ini, kita akan mendapat hidayah dan bimbinganALLAH Ta'ala dalam meniti surga-NYA.Bertepatan dengan bulan mulia penuh berkah, Rabi'ul awal, bulan dimana bukan hanya menjadi satu permulaan lahirnya seorang manusiamulia dan luar biasa penyelamat umat sejagat, tapi juga bulan yangmenjadi saksi sejarah lahirnya risalah islamiyyah pembawa rahmat untuksekalian alam. Maka sudah semestinya, kita bukan hanya meraikan danmemperingati kelahiran baginda Nabi SAW ke dunia sahaja, namun jugameraikan kelahiran dan munculnya satu risalah, satu mesej suci yangmenyelamatkan umat manusia dan membawa mereka dari satu zamanyang penuh dengan kegelapan hidup tiada bermatlamat dan bertuhan,kepada zaman penuh cahaya iman dan Islam yang mengangkat derajatmanusia melebihi kebanyakan makhluq yang dicipta ALLAH Ta'ala.Ya, inilah juga momen yang perlu dan sangat penting untuk diwar-warkanserta diingati sampai bila-bila, kerana ia adalah merupakan tonggaksejarah lahirnya risalah suci dan mulia ini, yang tak lain dan tak bukanadalah Risalah Islam. Mudah-mudahan ALLAH ta'ala menjaga Iman kitadan mematikan kita dalam Iman dan Islam, Amin ya Rabbal 'alamin.Tuan-tuan, puan-puan, hadirin-hadirat rahimakumullah…Tajuk yang kita bincangkan pada malam hari ini adalah satu tajuk yangbukan sahaja penting, tetapi juga merupakan satu isu utama yang
 
Page|
2
sekarang ini hilang di kalangan umat Islam. Ya, tajuk kepimpinan, isuqiyadah, masalah tokoh dan pemimpin yang masih diimpikan kemunculandan kewujudannya oleh umat Islam sejagat pada zaman ini…Memang benar, kita mempunyai contoh dan figur pemimpin umat yangsentiasa diingati dan diikuti, yang tak lain dan tak bukan adalah Pemimpindan anutan kita, baginda Nabi Besar Muhammad SAW. Melalui ciri-cirikepimpinannya yang juga adalah implementasi dan ajaran serta pedomanhidup bersumberkan wahyu Qur'an dan Sunah, Umat Islam masih terustercari-cari di manakah gerangan pemimpin Islam zaman ini yang memilikiciri-ciri tersebut.Saya ingin mengajak tuan-tuan dan hadirin sekalian untuk sejenakmenengok keadaan dan kejadian sebenar saat ini di berbagai duniaIslam...Semenjak berlalunya generasi Rasul, para sahabat dan tabi'in sertatabi'ittabi'in yang pernah disebut oleh baginda Nabi SAW: "
 
" Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudiangenerasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka", dansetelah lenyap serta dihapuskannya kepimpinan umat dalam bentukkhilafah yang dimulai dari khilafah Umayyah, khilafah Abbasiyah, danyang terakhir Khilafah Uthmaniyyah… beberapa kurun dan abadkegemilangan Islam… Umat Islam berada di satu tahap dan zaman yangpaling buruk sehinggalah hari ini.Mari kita tengok keadaan umat Islam saat ini yang kocar-kacir tidakbersatu, tercabik-cabik oleh penjajahan musuh Islam, terindas olehkezaliman musuh ALLAH di muka bumi ini. Perputaran roda situasi umatIslam saat ini adalah sedang berada di bawah. Dimulai dari penjajahanumat Islam di Palestina oleh penjajah Yahudi Israel yang tak ada habis-habisnya, pencabulan hak asasi kedaulatan Negara di Afghanistan, Iraq,Syiria, Mali…penindasan umat Islam di Negara-negara minority muslim…Bosnia, Selatan Thailand, Moro, Kashmir, Rohingya dan lain-lain…Dunia Islam saat ini sangat memerlukan sosok pemimpin yang bercirikankepimpinan baginda Nabi Muhammad SAW. Satu kepimpinan yangdicontohkan baginda Nabi semasa beliau memulakan dakwahnya diMekah sehinggalah berjaya membangunkan satu tamadun kemanusiaanyang sampai ke tahap puncak kegemilangannya.Mari kita selami dan telusuri sedikit contoh dan teladan yang ada pada diribaginda nabi besar Muhammad SAW selama kurang lebih 23 tahun, 13tahun di Mekkah dan 10 di Madinah. Di samping pemimpin agama,
 
Page|
3
baginda juga seorang pemimpin politik, pemimpin tentera, pemimpinkeluarga dan masyarakat, ketua hakim, serta perancang ekonomi.Tuan-tuan dan hadirin sekalian yang dirahmati ALLAH Ta'ala,Selain sifat-sifat wajib yang kita semua sedia maklum, iaitu: Sidiq,Amanah, Tabligh dan Fatonah yang ada pada diri Rasulullah, daripadasejarah yang termaktub di dalam al Qur'an as Sunah, kita dapati, darisemenjak beliau belum diutuskan ALLAH menjadi nabi dan Rasul,Baginda Nabi sudah memiliki ciri-ciri kepimpinan luar biasa yangditonjolkan semasa muda lagi.Lihatlah contohnya pada sejarah perletakan Hajar Aswad di Ka'bahsebelum masa kenabian…
 
Kepimpinan baginda telah terserlah sebelumkerasulan baginda lagi, apabila berjaya menyelesaikan pertelingkahanantara ketua – ketua suku Arab Mekah yang hampir menumpahkan darahiaitu meletakkan semula batu hitam atau Hajarul aswad dipenjuruKaabah...Semasa menjalankan dakwahnya selepas perintah untuk menyampaikanrisalah Islam kepada kaum Quraisy di Mekah, dimulai dari dakwah secarasembunyi-sembunyi sehingga terang-terangan kepada semua pendudukmekah, bermula daripada keluarga terdekat dan para sahabat di rumahal-Arqam bin abi al-Arqam, beliu telah menggunakan ciri-ciri kepimpinanyang patut dicontoh dan diteladani.Dalam menghadapi cabaran dan ujian dalam berdakwah, baginda tetapbersabar menghadapi tentangan orang Musyrikin sehinggalahkemuncaknya mereka berkomplot untuk membunuh nabi. Segala ujianyang menimpa seperti tekanan, sekatan dan boikot penduduk Mekah,kehilangan orang tersayang, diusir daripada kota Ta'if dan sebagainya,baginda lalui dengan kehebatan dan kedahsyatannya dalam bersabar.Dan berkat kehebatan baginda dan kebijakannya dalam menyusunstrategi dalam berdakwah , beliau berjaya menyelamatkan agama Islamdari permusuhan dan kekejaman penduduk Quraisy masa itu.Tengoklah misalnya bagaimana baginda merancang strategy semasahendak berhijrah ke Madinah, dimulai daripada strategy mengaburi matapenduduk Mekah semasa hendak membunuh Nabi dengan menyuruhpemuda Ali bin Abi Talib tidur di tempat baginda, sehingga menggunakankhidmat penunjuk jalan Ibnu Uraiqit dan menghapus jejak kaki bagindadan Abu Bakar supaya tidak dijumpai oleh musuh.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->