Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Terjemahan Buku Taisir Mustolah Hadis

Terjemahan Buku Taisir Mustolah Hadis

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 768 |Likes:
Published by Syah Ku
terjemahan buku Taisir Mustolah Hadis
terjemahan buku Taisir Mustolah Hadis

More info:

Published by: Syah Ku on Feb 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/06/2014

pdf

text

original

 
2.2
 
Karangan-Karangan Yang Terkenal Di DalamIlmu Mustalah
 
1. Al-Muhaddith al-Fasil Bayu al-Rawi wa al-
Wa’iy
 
Kitab ini ditulis oleh al-Qadhi Muhammad al-Hassan bin Abdul Rahman bin Khallad al-Ramahurmuzi (wafat 360H), tapi beliau tidak meliputi kesemua perbahasan mustalah hadis.Senario begini biasanya berlaku kepada orang yang mula-mula merintis dalam menulismana-mana ilmu.
2. Ma’rifah ‘Ulum al
-Hadith
 
Penulisnya Abu Abdullah al Hakim al-Nisaburi (wafat 405H). Kitab ini meliputi 52 jenis ilmuhadis bagaimanapun ia tidak tersusun mengikut tertib ilmu mustalah.
 
3. Al-
Mustakhraj ‘ala Ma’rifah ‘Ulum
al-Hadith
 
Ditulis oleh Abu Nu‟aim Ahmad bin Abdullah al
-Asfahani (wafat 430H). Beliau menambahbeberapa kaedah yang tidak disebutkan oleh al-Hakim. Dalam pada itu masih adabeberapa fasal yang tertinggal yang mungkin dapat ditambah oleh orang lain.
 
4. Al-Kifayah Fi ilm Al-Riwayah
 
Karangan Abu Bakar Ahmad Bin Ali Bin Thabit Al-Khatib Al-Baghdadi (W463). Sebuah kitabyang lengkap dengan permasalahan-permasalahan ilmu mustalah yang telah disaring,menjelaskan kaedah-kaedah periwayatan dan diakui sebagai sumber utama ilmu ini.
 
5. Al-
Jami’ Li Akhlaq Al
-Rawi Wa Adab Al-
Sami’
juga ditulis oleh AL-Khatib Al Baghdadi. Iamembincangkan etika periwayatan sebagaimana jelas tertera pada tajuknya. Kitab inimerupakan rujukan yang unik dalam masalah ini dan sangat bernilai dari segi kajian-kajiandan bahan-bahannya atau kandungannya. Sangat sedikit sekali bidang-bidang ulum hadisyang tidak ditulis oleh beliau melainkan ada karangan yang berasingan tentangnya. Benar sekali kata-kata Al-Hafiz Abu Bakar Bin
Nuktah: “Setiap orang yang adil pasti mengetahuii
bahawa semua muhaddithin selepas beliau adalah bergantung kepada kitab-
kitabnya.”
6. Al-
Ilma‘ ila Ma’ rifah usul Al
-Riwayah Wa Taqyid Al-
Sama‟ ditulis oleh Qadhi Iyad Bin
Musa Al-Yahsub ( w 544 ) kitab ini tidak meliputi kesemua perbahasan ilmu mustalah tetapihanya berkaitan dengan kaedah penerimaan dan penyampaian hadis serta cabang-cabangnya. Kitab ini sangat baik dalam bab ini dan mempunyai susunan yang indah.
 
7. Ma La Yasa’ al
-Muhaddith Jahluh
 
Ditulis oleh Abu Hats Umar bin Abdul Majid al-Mayanaji (W 580H). Ia merupakan satu risalahyang ringkas.
 
8. ‘Ulum al
-Hadith
 
Karangan Abu „Amr Uthman bin Abdul Rahman Shahrazuri yang lebih dikenali dengan Ibn
al-Salah (W643). Kitab ini sangat terkenal dan merupakan antara kitab-kitab yang terbaik dalam ilmu mustalah. Pengarangnya menghimpunkan perbahasan-perbahasan yangterselerak di dalam karangan-karangan al-Khatib al Baghdadi dan ulama sebelumnya.Kitab ini penuh dengan fakta-fakta penting cumanya ia tidak tersusun dengan rapi. Inikerana pengarang mendiktekan satu demi satu kepada pelajar-pelajar beliau. Ia telahdiringkaskan, dinazamkan, dikritik dan juga disokong.
 
 
 
9. Al-Taqrib wa al-
Taysir Li Ma’rifah Sunan al
-Basyir al-Nazir
 
Ditulis oleh Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (W676). Kitab ini merupakan ringkasan
kepada kitab “`Ulum Hadith Ibn Salah”. Kitab ini sangat baik namun kadang
-kadangterdapat frasa-frasa yang sukar difahami.
 
10. Tadrib al-Rawi Fi Syarh Taqrib Al-Nawawi
 
Ditulis oleh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Suyuti (W 911) merupakan ulasan
kepada karangan “Taqrib” al
-Nawawi. Pengarangnya mengumpul pelbagai fakta pentingyang berguna.
 
11. Nazm al-Durar fi ilm al-Athar
 
Pengarang ialah Zainuddin Abdul Rahim bin Al-Husain al-Iraqi (W 806) ungkapan-ungkapan
syair ini terkenal dengan “Alfiyah al
-
Iraqi”. Beliau telah menazamkan kitab “`Ulum Hadith IbnSalah” dengan membuat beberapa tambahan. Ia sangat baik dan banyak mempunyai
fakta-fakta penting dan ditulis beberapa ulasan. Antaranya dua ulasan yang disusun olehpengarang sendiri (Fath al-Mughith- al-Iraqi).
 
12. Fath al-Mughith Fi Syarh Alfiyah al-Hadith
 
Ditulis oleh Muhammad bin Abdul Rahman (W902) merupakan penjelasan kepada “Alfiyah
al-
Iraqi”. Ia huraian yang paling lengkap dan baik bagi “Alfiyah”.
 
13. Nukhbah al-Fikar Fi Mustalah Ahl al-athar
 
Karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani (W 852). Sebuah risalah yang terlalu ringkas tetapisangat baik dan bermutu. Pengarang telah mencipta dan pembahagian yang baru yangtidak pernah ada sebelum ini . Beliau sendiri menghuraikannya dengan diberi nama
“Nuzhah al
-
Nazar” dan kitab ini juga telah diberi penjelasan oleh ulama lain.
 
14. Al-Manzumah al-Bayquniyyah
 
Disusun oleh Umar bin Muhammad al-Bayquni (W 1030). Ia merupakan nazam yang sangatringkas tidak melebihi 34 bait dan baik. Ia telah dihuraikan dengan banyaknya oleh ulama.
 
15. Qawa’id al
-Tahdith
 
Disusun oleh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi (W 1332) merupakan karya yang sangatbermutu. Di samping itu terdapat banyak lagi kitab-kitab lain untuk disebutkan dan penulishanya menyebutkan yang masyhur sahaja. Semoga Allah s.w.t memberi ganjaranNyakepada kita semua.
 
 
2.3 Definisi-Definisi Asas
 
1.Ilmu al-Mustalah:
 
Ilmu tentang prinsip-prinsip dan kaedah untuk mengetahui keadaan sanad dan matan darisegi penerimaan dan penolakan.
 
2.Subjeknya:
 
Sanad dan matan dari segi penerimaan dan penolakan.
 
3.Faedahnya
: membezakan di antara hadis yang sahih daripada hadis yang bermasalah.
 
4.Al-Hadith
 
Dari sudut bahasa: yang baru, ahadith merupakan kata jama‟nya yang dibuat dengan
tidak mengikut kaedah qias.
 
Dari segi istilah: Perkara yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dalam bentuk ucapan,perbuatan, pengakuan atau sifat.
 
5.Al-Khabar
 
Dari segi bahasa bermaksud berita, jama‟nya akhbar. Dari segi istilah ada tiga pendapat:
 
a)
 
Ia adalah sinonim dengan al-Hadith dari segi istilah.
 
b)
 
Antonim dengan al-hadith iaitu al-hadith ialah perkara yang datang daripadaRasulullah s.a.w. manakala al-Khabar datang daripada orang lain.
 
c)
 
Lebih umum daripada al-Hadith iaitu al-Hadith sesuatu yang berpunca daripadaRasulullah s.a.w. sedangkan al-Khabar berpunca daripada Rasulullah s.a.w. dan jugaorang lain.
 
6.Al-Athar
 
Dari sudut bahasa bererti baki sesuatu benda.
 
Manakala dari segi istilahnya ada dua pendapat:
 
a)
 
Sinonim bagi al-Hadith
 
b)
 
Antonim bagi al-hadith iaitu al-Khabar ialah sesuatu yang disandarkan kepada
sahabat dan tabi‟in sama ada ucapan atau perbuatan.
 
7.Al-Isnad:
Mempunyai dua pengertian iaitu,
 
a)
 
Menyandarkan hadis kepada pengucapnya dengan secara bersanad.
 
b)
 
Turutan perawi-perawi yang sampai kepada matan.
 
8.Al-Sanad
 
Dari segi bahasa bermaksud yang dipegang dinamakan begitu kerana hadis itudisandarkan kepada al-Sanad dan berpegang kepadanya.
 

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
Nik Akim added this note
good
Nik Akim liked this
Nik Akim liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Athirah Fa'aizal liked this
Khairuddin01 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->