You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAULIDUR RASUL

Yang berusaha, Guru penolong kanan pentadbiran, En. Ariffin b. Jaafar, Yang dihormati, Guru penolong kanan HEM, Pn. Noor Aishah Bt. Othman Guru penolong kanan kokurikulum, Pn. Maimu Bt. Ali, Ketua-ketua panitia, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini bagi satu majlis ilmu, iaitu meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.A.W dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah,

MENADAH TANGAN POHON PERKENAN, AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR, AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN, APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput wakil pelajar untuk menyampaikan bacaan doa. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

Amin,amin ya robalalamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi. Tanpa membuang masa, pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Al-fadzil Ustaz Mohd Zukhi bin Omar. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA INDAH SUNGGUH BICARA KATA MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Mohd Zukhi bin Omar.

MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.

Majlis telah sampai ke penghujungnya. Oleh itu, pihak majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis kita pada hari ini.

INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU JARI SEPULUH DISUSUN KINI ANDAINYA ADA KATA TERLALU. Sekian , WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT. Majlis bersurai.

You might also like