• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
KERTAS KONSEP KOTA BUKU KUALA LUMPUR
1.
PENGENALAN
Kegiatan buku sering dilihat sebagai kegiatan perdagangan semata-mata walaupun kegiatan buku merupakan kegiatan ilmu yang pentingdalam pembangunan insan. Begitu juga kegiatan penerbitan pulasering disalah erti sebagai kegiatan percetakan. Sementarausahawan-usahawan buku pula dihimpit pelbagai kekangan keranaminat membaca yang dikatakan masih rendah di kalangan rakyatMalaysia yang menyebabkan pasaran yang terhad.Walaupun begitu pasaran buku di Malaysia masih lagi berkembangtetapi jauh ketinggalan berbanding negra-negara Eropah hatta jikadibandingkan dengan Korea, Jepun mahupun India. Negara yangindustri bukunya dikatakan maju harus menerbitkan sejumlah 0.1% judul buku bagi setiap 1,000 penduduknya yang bermakna negaraharus menerbitkan kira-kira 24,000 judul setahun. Jumlah terbitan diMalaysia tidak sampai 10,000 judul setahun sahaja semenjak beberapatahun kebelakang.Lewat ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran telah menubuhkan jawatankuasa bagi melihat semua Dasar Buku Negara agar usaha barudigembeling bagi menggerakkan industri buku serta meletakkanhaluan baru bagi penerbitan dalam negara.Usaha menggalakkan rakyat membaca amat berkaitan dengan usahapembangunan industri buku. Tanggungjawabnya tidak harus terletakkepada satu kementerian sahaja malah harus melibatkan pelbagaikementerian, jabatan dan organisasi baik kerajaan mahupun swasta.Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KeKKWa) danPerpustakaan Negara Malaysia merupakan antara jentera kerajaan
 
yang paling relevan dalam turut menggalakan rakyat membaca danmenyumbang usaha dalam membangunkan industri buku negara.Selain kempen membaca dan penubuhan pelbagai perpustakaan desa,usaha lain yang boleh dilakukan adalah penubuhan Kota Buku.2.
HASRAT PENUBUHAN KOTA BUKU
Kota buku, bandar buku mahupun pusat buku merupakan istilah yangtelah lama dicanangkan tetapi belum ada pihak yang secarabersungguh-sungguh mengambil inisiatif untuk memulakanpenubuhannya. Kota buku kalau kelak didirikan boleh menjadi satunuklius baru dalam menggerakkan industri buku. Melalui kota bukuyang merumahkan pelbagai usahawan dan kegiatan buku di bawahsatu bumbung, perusahaan buku akan memasuki satu matra barusebagai suatu perusahaan ilmu, budaya dan perdagangan.Apatah lagi dalam negara hanya mempunyai 15 tahun sebelumtercapainya Wawasan 2020 serta usaha kerajaan dalam merealisasikanRMK9, pembangunan budaya membaca harus seiring denganpembangunan ekonomi dan infra. Rakyat yang membaca tidakbermakna sesebuah negara itu sudah maju tetapi rakyat negara yangmaju seharusnya mempunyai minat terhadap membaca. Justeru ituminat membaca harus terus ditanam dan perusahaan buku harus terusdisokong agar maju seiring dengan perusahaan lain.Pembangunan kota buku sebagai permulaan akan membuktikan iltizamkerajaan terhadap penyemaian minat membaca sementarapambangunan industri buku yang sihat akan melancarkan usaha kearah menanam minat membaca. Pada waktu pelbagai usahawan bukutercari-cari tapak dan arah dalam pembangunan industri buku,pembinaan kota buku boleh menjadi tapak jalan pintas ke arah usahaitu. Justeru penubuhan kota buku amat wajar dalam memberikanformula untung-untung-untung kepada usahawan buku-kerajaan-
 
rakyat.Kota buku kelak bukan sekadar menjadi tapak pesta buku sepanjangtahun malah akan berlaku pelbagai kegiatan ilmu dan buku yangmemberikan manfaat kepada karyawan, pedagang buku malahpembaca buku. Malah kota buku yang rancak akan menjadi tarikankepada pengusaha buku untuk menjadikan Kuala Lumpur pusatperdagangan buku di rantau ini sesuai dengan hasrat kerajaan yangmahukan menjadikan ibu kota sebagai pusat ilmu.3.
OBJEKTIF KOTA BUKU
Objektif-objektif kota buku adalah:(a)Mempamerkan pelbagai buku Melayu;(b)Memberikan ruang kepada penebit untuk mempamerkanpelbagai buku terbitan mereka;(c)Pusat sehenti untuk pelbagai jenis buku dari dalam dan luarnegara;(d)Memberikan keselesaan kepada seisi keluarga untuk mencaridan membeli buku;(e)Menyediakan kemudahan kepada pustakawan, pensyarah,penyelidik, pelajar dan semua yang berkepentingan untukmencari buku-buku terbaru terbitan dalam dan luar negara;(e)Pusat pelbagai kegiatan buku seperti pelancaran, bicara buku,aktiviti bercerita kanak-kanak, sesi storytelling dan sebagainya.(f)Menghimpunkan usahawan-usahawan buku di bawa satubumbung.(g)Menghimpunkan pelbagai persatuan buku di bawah satubumbung;(h)Pusat pameran mini bagi proses penerbitan buku;(i)Pusat pengumpulan maklumat tentang industri buku negara.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...