You are on page 1of 5

Perpaduan Rakyat Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa.

Usaha ini perlu dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang maksud frasa perpaduan rakyat? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, `perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan?

berinteraksi dan berkenal mesra antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. Lama-kelamaan bibit-bibit perpaduan akan mula tersemai dan terpahat dalam sanubari. Kesannya ialah mereka akan menjalinkan usaha untuk bersatu padu kerana mereka sedar bahawa bersatu teguh bercerai roboh.

Langkah yang paling afdal ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai sikap toleransi dalam diri. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang mampu memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut kata Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantan perdana Menteri Malaysia, kita haruslah mengetepikan emosi yang boleh menyebabkan perpecahan. Rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai hidup bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing serta mengikis sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan rakyat berkekalan.

Pernahkah terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya bagi memastikan perpaduan terus subur? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti nilai kerjasama dan nilai saling membantu. Usaha ini perlu dilakukan sejak anak-anak berusia muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak supaya berkawan dengan anak-anak daripada kaum yang lain. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilah menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh, iaitu mereka juga perlu bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum supaya tidak dianggap bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Melalui cara ini, anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu bapanya untuk menjalinkan persahabatan dengan kaum lain kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen dan ceramah yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan perpaduan. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Melalui aktiviti seperti ini, mereka akan berusaha untuk memupuk semangat perpaduan bagi melahirkan masyarakat yang aman dan harmoni selaras dengan nilai hidup bersama secara aman.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 yang sering diuar-uarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi negara yang berjaya di persada antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa perpaduan, negara kita tidak akan maju atau berjaya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara yang telah maju.

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula perlulah kerap mengadakan aktivitiaktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Sebagai contohnya, aktiviti hari keluarga dalam kalangan penduduk yang pelbagai kaum hendaklah diadakan di kawasan tempat tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Apabila mereka sering bersama dalam sesuatu aktiviti, mereka akan dapat

PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).

DASAR PENDIDIKAN Pada tahun 2011 juga, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin telah melancarkan dasar 1 Murid 1 Sukan. Dari segi rasionalnya, dasar ini menyumbang kepada pertandingan yang sihat, semangat muhibbah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai-nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara (Buku Panduan Perlaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan, 2011: 2). Kesimpulannya pelbagai Dasar Pendidikan telah dilaksanakan bermula daripada saat negara bebas daripada penjajahan British sehinggalah ke hari ini. Antara fokus utama dasar-dasar ini di samping untuk memberi pendidikan kepada rakyat ianya jelas menjadi alat terpenting untuk menyatupadukan dan mengintegrasikan etnik yang pelbagai di negara ini. Dasar-dasar ini berkembang dan berubah dari masa ke masa untuk memenuhi kehendak dan keadaan semasa. Walaupun dasar ini seringkali berubah, namun ia tidak lari daripada misinya yang asal iaitu membangunkan sesebuah negara di mana rakyatnya berbilang kaum, bersatu padu untuk memacu negara ke arah kegemilangan dan mampu bersaing dalam arus golbalisasi yang semakin mencabar.

DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62) Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun

CABARAN INTEGRASI DAN PERPADUAN MELALUI DASAR PENDIDIKAN Integrasi dan perpaduan kaum yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Pendidikan berdepan dengan cabaran dan halangan yang besar. Salah satu cabaran utama untuk mencapai perpaduan kaum ini ialah aspek dalaman iaitu perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan yang mempengaruhi sikap dan nilai sesuatu kaum. Perbezaan ini menyebabkan setiap kaum di negara ini sukar untuk menerima perubahan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dalam dasar pendidikan, kerana pada sangkaan mereka ia melibatkan

penerimaan dan pengorbanan iaitu mereka terpaksa menerima unsur kaum lain dan mengorbankan unsur kaum sendiri. Situasi sebegini pasti akan mendapat tentangan daripada pelbagai kaum kerana unsur keturunan, kepercayaan, budaya dan bahasa sudah menebal dalam kaum masing-masing. Cabaran kedua ialah pola kedudukan kaum yang berbeza-beza juga menjadi salah satu cabaran untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum. Pola kedudukan kaum adalah berasaskan sumber ekonomi ini berpunca pada zaman penjajahan iaitu dasar British yang mengamalkan sistem pecah dan perintah (divide and rule). Di mana kedudukan ini dapat dilihat orang Melayu menjadi petani dan menetap di kampung-kampung. Orang Cina pula di tempatkan di kawasan lombong biji timah yang mana akhirnya menjadi pekan-pekan baru dan berkembang menjadi bandar. Manakala kaum India pula bekerja sebagai buruh ladang getah dan menetap di estet-estet. Untuk mencapai misi pendidikan iaitu perpaduan dan integriti kaum, jarak kedudukan kaum ini menjadi satu cabaran yang sukar. Kerajaan perlu memikirkan satu cara untuk meletakkan murid-murid daripada pelbagai kaum disatu sekolah yang sama supaya matlamat dasar pendidikan iaitu untuk menyatu dan mengintegrasikan kaum dapat dicapai. Penempatan murid daripada pelbagai kaum dalam satu sekolah atau kawasan mungkin dapat dilaksanakan sekiranya selepas kemerdekaan, kerajaan dapat mengubah keadaan ekonomi iaitu mewujudkan pelbagai pekerjaan yang menghapuskan pengenalan kerja mengikut kaum. Cabaran ketiga ialah menyediakan guru yang merupakan agen kerajaan untuk menyampaikan dan melaksanakan dasar pendidikan kepada murid dan masyarakat. Oleh itu aspek guru juga menjadi cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum. Guru perlu dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan lengkap untuk menghadapi pelbagai situasi di sekolah dan masyarakat sekitarnya. Guru perlu memahami misi, objektif dan matlamat akhir sesuatu dasar pendidikan supaya hasrat perlaksanaan sesuatu dasar itu terlaksana. Jika seseorang guru itu cetek ilmu dan malas untuk mengambil tahu isu semasa, ia akan menimbulkan masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa murid-murid ke arah matlamat yang salah menyebabkan salah satu matlamat iaitu mencapai perpaduan dan integrasi antara kaum tidak dapat dicapai. Oleh itu pihak kerajaan perlu memberi latihan dan kefahaman kepada setiap guru apabila melaksanakan sesuatu dasar yang baru supaya segala perancangan mengikut landasan yang betul dan generasi yang akan datang lahir

sebagai individu yang mempunyai sifat cinta dan membudayakan perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Media massa juga menjadi agen penyampai matlamat tentang dasar-dasar kerajaan termasuklah dasar pendidikan. Media massa bukan hanya membekalkan fakta dan data tertentu. Ia juga memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan kesignifikanan sesuatu peristiwa. Media massa ini pula perlu peka apabila menyampaikan sesuatu dasar itu, lebih-lebih lagi jika isu tersebut menyentuh isu-isu sensitif supaya tidak menimbulkan konflik dikalangan masyarakat. Melalui matlamat yang tepat, masyarakat akan dapat memahami kehendak dan matlamat kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar.

KEBERHASILAN INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM Bidang Pendidikan Keberhasilan integrasi dan perpaduan dalam bidang pendidikan di Malaysia boleh dinilai dalam beberapa aspek utama iaitu : 1. 2. 3. Matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama Matlamat mewujudkan sekolah pelbagai kaum Matlamat menyatukan pelbagai kaum melalui aktiviti ko-kurikulum

Walau bagaimanapun, usaha kerajaan mencapai perpaduan melalui ko-kurikulum di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi menampakkan hasil yang positif. Melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan menampakkan semangat perpaduan diantara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang ko-kurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial. Secara keseluruhannya hasrat dan matlamat kerajaan untuk mengintegrasi dan menyatupadukan kaum melalui dasar pendidikan di sekolah dan pusat pengajian tinggi belum lagi mencapai matlamat sepenuhnya walaupun terdapat hasil yang boleh dibanggakan. Ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang tidak melihat dasar pendidikan tersebut

dari sudut politik. Mereka sering berprasangka buruk sebelum menilai dan melihat dasar tersebut secara terperinci. Mereka juga sering mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan nasional. Namun demikian usaha kerajaan untuk menyatupadukan pelbagai kaum melalui dasar pendidikan dapat dilihat hasil positifnya dalam bidang ko-kurikulum. Pelajar pelbagai kaum yang terlibat secara aktif akan menjadi lebih matang dan bertoleransi dengan kaum lain hasil daripada kerjasama yang mereka lalui.

Oleh yang demikian dapatlah dikatakan bahawa, dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah berjaya melahirkan golongan yang terpelajar dan berilmu daripada pelbagai kaum. Golongan terpelajar ini telah merubah corak kehidupan dan ekonomi di negara ini. Tiada lagi monopoli ekonomi oleh suatu kaum sahaja, bahkan ekonomi Malaysia terbuka luas untuk diterokai oleh semua kaum. Melalui corak ekonomi yang lebih terbuka ini, jurang ekonomi di antara kaum dapat dikurangkan.

Bidang Ekonomi Dasar Pendidikan Negara juga dirancang dan dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkemahiran yang akhirnya mampu untuk bersaing dalam pelbagai bidang pada masa akan datang termasuklah bidang ekonomi. Dalam sudut ekonomi ini, jurang ekonomi yang jauh berbeza antara kaum di negara ini menyulitkan kerajaan mencapai agenda perpaduan. Di samping itu juga, melalui pendidikan pengenalan identiti kaum mengikut jenis pekerjaan juga dapat dihilangkan. Untuk menilai sama ada berjaya atau tidak matlamat dan hasrat kerajaan, ianya boleh dilihat dari sudut kejayaan mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum dan kejayaan menghapuskan pengenalan identiti kaum melalui bidang ekonomi. Jurang ekonomi yang besar akan menyukarkan agenda perpaduan dan integrasi kaum. Di negara ini, kaum Cina mendominasi bidang ekonomi. Keadaan ini menimbulkan rasa iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan melalui dasar pendidikan telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang ekonomi. Justeru itu, pada masa kini telah muncul individu-individu daripada pelbagai kaum yang berjaya menyaingi kaum cina dalam bidang ekonomi khususnya bidang perniagaan. Persaingan yang sihat ini akan mengurangkan rasa cemburu dan iri hati kaum lain terhadap kaum Cina. Pada masa kini juga, jenis pekerjaan tidak lagi menggambarkan identiti sesuatu kaum di Malaysia. Semua kaum bebas memilih pekerjaan yang mereka inginkan, sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Keadaan ini adalah hasil daripada dasar kerajaan yang telah berjaya memberi pendidikan kepada semua kaum. Dalam sektor awam, jawatan guru contohnya, terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya. Melalui percampuran pelbagai kaum dalam bidang yang sama akan memudahkan lagi matlamat kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integriti kaum di negara ini. Golongan ini lebih mudah memahami dan menghormati budaya dan adat resam kaum lain.

Bidang Sukan dan Kesenian Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga menekankan aspek ko-kurikulum dalam menyatupadukan murid pelbagai kaum. Melalui ko-kurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid dalam bidang sukan dan kesenian ditanam dan diperkembangkan. Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan. Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat. Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan menanam minat terhadap sukan. Namun begitu, masih ada kelemahan dalam bidang sukan ini. Iaitu masih ada sukan yang dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja. Contoh yang jelas adalah sukan bola keranjang dimonopoli oleh kaum berbangsa Cina. Perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan yang disiarkan melalui Astro menunjukkan bahawa hanya kaum Cina yang terlibat, pemain, penonton dan pengadil semuanya berbangsa Cina. Begitu juga dengan sukan sepak takraw, semua pemain adalah berbangsa Melayu. Oleh itu kerajaan perlu berusaha supaya sukan-sukan sebegini diminati oleh semua golongan dan kaum. Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam pelbagai bidang seperti seni

lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik di kalangan penonton. Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini. Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri dan kaumnya. Sekiranya sikap ini tidak dapat dipraktikkan oleh semua kaum, hasrat untuk mencapai perpaduan dan integrasi di negara ini hanya menjadi angan-angan yang tidak mungkin dapat dicapai.

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran dalam kerangka memupuk kerjasama antara masyarakat dengan pihak sekolah menerusi pelbagai kegiatan dan aktiviti. Fokus Pendidikan melihat manfaat program tersebut yang telah dilaksanakan sejak tahun 1986. Laporannya bersama RAZAK AHMAD.

Walaupun begitu dari bidang sosial ini, masih lagi berlaku pertelingkahan dan pergaduhan yang menumpahkan darah akibat berlaku pertembungan antara dua atau lebih kaum yang berbeza adat dan budaya. Namun seringkali berita-berita sebegini tidak disiarkan di media massa untuk mengelakkan perbalahan antara kaum menjadi lebih buruk. Faktor utama yang mencetuskan perkara ini ialah faktor sikap dan mendahulukan kepentingan kaum daripada kepentingan bersama. Oleh itu dasar kerajaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) amat tepat iaitu menerap nilai-nilai murni seawal usia lagi.

"RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta".

Penutup Untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan dan mengintegrasikan pelbagai kaum. Oleh yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menghadapi tentangan dan cabaran yang berbeza daripada pelbagai kaum di negara ini. Seringkali faktor sikap mementingkan kaum sendiri melebihi kepentingan negara menjadi penghalang kejayaan sesuatu dasar. Justeru itu, untuk mencapai perpaduan kaum secara mutlak semua pihak perlu

You might also like