You are on page 1of 9

SCE 3110 PRAKTIKAL 1 AWAN DAN CUACA Teori : Udara mengandungi wap air.

Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 genera awan. Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti berikut:

Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer ) 1.


2.

Stratokumulus Stratus

3. Kumulus 4. Kumulonimbus

Awan peringkat pertengahan ( 2 hingga 7 kilometer ) 1. 2. Altokumulus Altrostratus

Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer ) 1. 2. 3. Sirus Sirokumulus Sirostratus

Tujuan : Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada hari tersebut. Peralatan : a) Kamera Prosedur :
1. Maklumat berkaitan awan telah didapatkan melalui rujukan buku-buku text,

internet serta bahan rujukan yang lain.


2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-

jenis awan yang terbentuk dalam tempoh beberapa hari. 3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang berlaku sama ada hujan , tidak hujan mahupun mendung.
4. Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual

dan carta bedasarkan rujukan sebagai sokongan. 5. Hasil kajian kumpulan kami dibentangkan di dalam kelas.

Pemerhatian : Lokasi Tarikh Tempoh Masa Hari : Sekitar Kawasan IPG Kampus Tun Hussein Onn : 14 hingga 21 Januari 2013 : 8 hari : 1.00 tengah hari Gambar Pemerhatian

14/1/13

Nama awan Cirrocumulus Ciri- ciri


Awan tinggi. Bentuknya menyerupai awan jenis stratocumulus. Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus.

Cuaca pada hari tersebut adalah cerah. 15/1/13 Nama awan Stratocumulus Ciri- ciri

Awan rendah. Awan kumulus yang berpecah dan tidak tersusun.

Cuaca pada hari tersebut mendung.

16/1/13

Nama awan Cumulus

Ciri- ciri

Awan rendah. yang kena pada sinaran. matahari akan tampak lebih putih kemilau.

Bahagian-bahagian awan

Cuaca pada hari tesebut cerah. 17/1/13 Nama awan Cumulus Ciri- ciri Awan rendah. Bahagian-bahagian awan yang kena pada sinaran matahari akan tampak lebih putih kemilau. Cuaca pada hari tesebut cerah.

18/1/13

Nama awan Cumulonimbus

Ciri- ciri Awan rendah. padat dan menjulang tinggi, serta menyerupai gunung atau menara.

Bentuk awan ini tampak lebih

Cuaca pada hari tersebut mendung. 19/1/13 Nama awan Altostratus Ciri- ciri

Awan sederhana Ketinggian : 2 - 5km Ia menyerupai lembaran/lapisan atau jalur-jalur berwarna keabuabuan dan berserabut serta mampu menutup seluruh langit. Cuaca pada hari tersebut mendung.

20/1/13

Nama awan

Cirrocumulus Ciri- ciri

Awan tinggi

Bentuknya menyerupai awan jenis stratocumulus. Jika dilihat dari permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus. Cuaca pada hari tersebut adalah cerah.

21/1/13

Nama Awan : Cirrus Ciri- ciri awan : Awan tinggi

Cirrus kelihatan seperti rerambut nipis

Cuaca pada hari tersebut cerah.

Perbincangan : 1. Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan berperanan untuk: Awan membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar

infra-merah bumi.

Awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari khatulistiwa

ke kutub. Awan diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan penting dalam

kitaran hidrologi.
2. Berdasarkan penemuan ini, terdapat beberapa implikasi penemuan ini dalam

kehidupan seharian iaitu : Ia dapat membantu dalam merancang sebuah aktiviti yang dijalankan di luar. Contohnya karnival olahraga tahunan. Guru yang mempunyai ilmu tenang awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan melihat jenis awan yang terbentuk.
Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan kejadian hujan. Contohnya

pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.

Kesimpulan : Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis awan yang dapat diperhatikan selama 8 hari iaitu awan jenis cirrus, cirrocumulus, altostratus, cumulonimbus, cumulus dan stratocumulus. Awan-awan ini dapat menunjukkan dan

mempengaruhi cuaca pada hari tersebut seperti awan cirrus cuaca pada masa tersebut adalah cerah manakala awan altostratus cuaca pada masa tersebut adalah mendung menandakan hujan akan turun.

Rujukan : Buku Lutgens, F.K., Tarbuck, E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition. New Jersey: Pearson Prentice Hill. Seed, M. A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition. Belmont: Thomson. Broadfoot, J. B. (2004). Weather and Climate. Brisbane: QUT. Laman Sesawang ISCCP. (2009). Cloud Climatogoly: The Role of Clouds in Climate. Diakses pada 27 Januari 2013 daripada http://curiosity.discovery.com/ Jabatan Meteorologi Malaysia. (2012). Awan. Diakses pada 27 Januari 2013 daripada http://www.met.gov.my/ AccuWeather, Inc. (2013). Ramalan Cuaca. Diakses pada 27 Januari 2013 daripada http://www.accuweather.com/

You might also like