You are on page 1of 5

Workplace Deviance (Malay) Workplace deviance berlaku semasa seorang pekerja melakukan tindakan dimana ianya bertindak kearah

tindakan yang mengancam kesejahteraan individu mahupun organisasi. Diantara contoh-contoh yang dapat dilihat adalah pekerja berkenaan didapati bertindak melakukan aktiviti mencuri peralatan syarikat, melakukan tindakan bermusuhan dengan rakan sepejabat, dan menahan daya usaha sendiri. Contoh mencuri peralatan syarikat ini dan juga melakukan menahan daya usaha sendiri ini adalah antara yang terkandung dalam kategori organizational deviance. Sementara itu, pekerja yang melakukan kebiadapan dan juga bermusuhan dengan rakan sepejabat dikenali sebagai kategori interpersonal deviance. Didalam masalah berkaitan workplace deviance in terdapat juga kategori yang dinamakan production deviance. Dalam production deviance, pekerja tersebut cenderung untuk melakukan tindakan meninggalkan kerja awal, pekerja tersebut mengambil tindakan mengambil masa rehat yang lama, sengaja bekerja dengan perlahan dan tidur dalam kerja. Dalam production deviance selalunya berlaku dalam organisasi badan kerajaan. Ini sebenarnya dapat dilihat dalam setuasi sebenar dalam masalah penjawat kerajaan yang sering meninggalkan kerja lebih awal mahupun bertindak mengambil masa rehat yang lama. Masalah production deviance akan mengakibatkan pekerja dalam suatu jabatan kurang produktif dan akan mengakibatkan terjadinya suatu urusan yang mengambil masa yang lama untuk diselesaiakan. Punca terjadinya birokrasi adalah berkaitan dalam masalah production deviance. Dalam satu kajian reaksi pekerja untuk production deviance, PhilipStorms Dan Paul Spector (Storms Dan Spector , 1987) mendapati yang apabila kakitangan menanggapi organisasi mereka sebagai satu tempat mengecewakan, mereka adalah lebih berkemungkinan untuk meminta cuti sakit apabila mereka adalah baik, kembali lewat daripada rehat, dan lain kelakuan yang serupa. Keadaan ini dipanggil withdrawal behaviors"

kerana seperti kelakuan membenarkan kakitangan untuk mengeluar secara fizikal dan dengan penuh perasaan daripada organisasi. Tenaga beberapa penyelidik Belanda mendapati apabila pekerja-pekerja dalam satu kilang pembuatan merasakan yang mereka dalam organisasi adalah kurang bersesuaian, mereka adalah lebih banyak kemungkinan akan tidak hadir dari kerja (Van Yperen et al., 1996). Dalam satu keadaan yang serupa, apabila pekerja-pekerja pada satu organisasi perkhidmatan meminta tetapi tidak menerima kenaikan pangkat, mereka menganggapi proses tersebut sebagai kurang bersesuaian dan ini adalah lebih banyak kemungkinan akan tidak hadir (Schwarzwald et al., 1992). Dalam masalah workplace deviance ini terdapatnya kategori Property deviance. Kelakuan pekerja dalam Property deviance adalah mereka yang yang adalah berbahaya kepada sesebuah organisasi itu dan ia akan mengakibatkan perkara yang agak teruk. Ini kelakuan pekerja dalam kategori ini boleh merangkumi pekerja yang melakukan kecurian, sabotaj, kesilapan sengaja dalam pekerjaan, salah guna akaun-akaun belanja, dan sebagainya. Dengan jelas benda-benda ini boleh membawa kira-kira untuk kos terhadap pertubuhan organisasi dalam menggantikan masalah kecurian atau peralatan rosak, dan boleh mengimpakkan produktiviti jika sebarang pekerjaan tidak boleh dilaku sehingga peralatan penggantian tersebut tiba. Masalah ini juga didapati boleh mengakibatkan organisasi mengalami kerugian yang besar. Sebagai contoh, pekerja mengambil harta pejabat untuk dijual ke pasaran gelap mahupun untuk di bawa balik ke rumah untuk kegunaan peribadi. Asset organisasi ini walaupun ianya kecil tetapi bernilai bagi organisasi. Jika setiap pekerja dalam organisasi terbabit melakukan pekara yang sama, nilai kos gantian tahunan organisasi akan terus meningkat. Dalam satu sampel kakitangan restoran, 60 peratus mengakui untuk mencuri sesuatu daripada majikan mereka dalam enam bulan sebelum kajian dijalankan (Hollinger et al., 1992). Terdapat kajian menyatakan perkara ini terjadi akibat

daripada pekerja ataupun kakitangan adalah kerana mereka pernah dihina oleh organisasi terbabit. Ini adalah termasuk pembayaran gaji yang tidak teratur oleh organisasi. Masalah berkaitan pembayaran gaji yang tidak memuaskan hati para pekerja akan menyebabkan pekerja cenderung untuk melakukan pencurian dalam organisasi. Sebagai contoh alatan-alatan yang digunakan dalam organisasi terbabit mempunyai nilai pasaran dalam pasaran gelap. Ketidakpuasan hati pekerja menyebabkan hal sebegini berlaku. Begitu juga dengan masalah sabotaj dan merosakan peralatan organisasi. Apabila pekerja terbabit merasa tidak puas hati sebagai contoh diambil pembayaran gaji yang tidak teratur, pekerja cenderung untuk melakukan sabotaj mahupun merosakkan harta dan peralatan organisasi dengan niat membalas dendam keatas ketidakpuasan hati mereka. Dalam satu kajian Greenberg (2002) telah mendapati pekerja adalah kurang untuk mencuri apabila terdapat satu progam etika organisasi dijalankan. Salah satu workplace deviance yang lain adalah berkaitan mengenai Political Deviance. Ianya berbawa maksud kebiadaban ditempat kerja. Kebiadapan adalah satu tingkah laku yang bersifat kurang ajar ataupun biadap. Masalah workplace deviance ini berlaku dalam organisasi sebenar yang akan menganggu prestasi organisasi secara tidak langsung. Jika tindakan tidak diambil, kemungkinan ianya menjadi sebuah isu besar dalam organisasi. Sebagai contoh masalah workplace deviance dalam kategori Political deviance ini adalah seperti kelakuan ahli organisasi yang mengambil tindakan yang biadap dan diantaranya ialah ditahan ketika berucap, menerima satu pucuk nota merendahkan maruah, tidak mendapat ucapan terima kasih diatas pertolongan ahli organisasi sejawatan dan sebagainya. Satu kajian telah dijalankan dimana masalah political deviance ini apabila ahli organisasi yang berkelakuan biadap dalam organisasi mengkhususkan sasaran kekasaran mereka kepada orang bawahan mereka dalam struktur hierarki organisasi mereka(Aquino et al., 2001). Akibat daripada masalah political deviance ini, terdapat mangsa

masalah yang menyatakan mereka hilang waktu tumpuan bekerja kerana membimbangkan kejadian kebiadapan dan ada yang berhenti kerja akibat tekanan masalah ini. Masalah kebiadapan ini boleh mengurangkan kepuasan terhadap kerja, meningkatkan turnover, menyebabkan pekerja megalami tekanan emosi, dan akhirnya mewujudkan perilaku menyimpang pada organisasi dan ahlinya. Ianya adalah cenderung bartambah buruk termasuk kearah berkelakuan kejam.

Rujukan Storms, P. and Spector, P. (1987), Relationships of organizational frustration with reported behavioural reactions: the moderating effect of locus of control, Journal of Occupational Psychology, Vol. 60, pp. 227-34. Van Yperen, N.W., Hagedoorn, M. and Geurts, S.A. (1996), Intent to leave and absenteeism as reactions to perceived inequity: the role of psychological and social constraints, Journal of Occupational and Organizational Psychology, Vol. 69, pp. 367-72. Schwarzwald, J., Koslowsky, M. and Shalit, B. (1992), A field study of employees attitudes and behaviors after promotion decisions, Journal of Applied Psychology, Vol. 77, pp. 511-14. Hollinger, R.C., Slora, K.B. and Terris, W. (1992), Deviance in the fast-food restaurant: correlates of employee theft, altruism, and counterproductively, Deviant Behavior: An Interdisciplinary Journal, Vol. 13, pp. 155-84. Greenberg, J. (2002), Who stole the money, and when? Individual and situational determinants of employee theft, Organizational Behavior and Human Decision Processes., Vol. 89, pp. 985-1003. Aquino, K., Tripp, T.M. and Bies, R.J. (2001), How employees respond to personal offense: the effects of blame attribution, victim status, and offender status on revenge and reconciliation in the workplace, Journal of Applied Psychology, Vol. 86, pp. 52-9.

You might also like