You are on page 1of 3

LABU SAYONG:

NAMA EKONOMI SERTA HURAIANNYA :

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

SEJARAH DAN ASAL USUL KEGIATAN EKONOMI:


Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ka Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskanda. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu, Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya dengan membuat labu hingga ka hari ini penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian dengan meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakannya , sebagaimana yang dicatatkan oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari

baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram.

Lokasi dan tempat kajian:


Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar Kampung Paya Lintah, Mukim Buaia, Padang Rengas Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas Kuala Kangsar,Ipoh,Perak

Pihak yang mengusahakan ekonomi ini:

Tujuan ekonomi ini dijalankan: Pelbagai tujuan dan kepentingan produk telah saya dapati setelah mengkaji tajuk ini. Antara kepentingannya ialah Labu Sayong sering digunakan sebagai bekas menyimpan air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Selain itu, produk ini juga digunakan sebagai perhiasan di dalam dan luar rumah. Dengan ini, rumah akan kelihatan lebih cantik. Hal ini juga dapat menarik perhatian tetamu yang hadir ke rumah. Akhir sekali , produk ini dapat menjadi tempat penyimpanan air. Air yang telah dimasukkan ke dalam Labu Sayong ini akan berasa sejuk dan segar untuk diminum. Proses pembuatan Labu sayong:

You might also like