You are on page 1of 23

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah.

Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya. Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam. Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa. Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami, kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah. Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita, kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal. Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka, tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal. Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir. Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu. Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhalaberhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu, Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar. Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami, balas Yasir dengan tenang. Saya beriman dengan Allah sahaja, kata Sumayyah pula. Berani kamu melawan kata-kata saya, api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi. Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu, Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir. Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka. Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini, sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis. Tiada tuhan melainkan Allah, kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas. Letakkan batu besar ke atas badan Yasir, arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga. Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal. Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah. Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba! Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala. Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah. Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya! Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah. Allahu Akbar. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu. Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam

Kafilah dari Yaman itu sudah seharian berjalan merentasi padang pasir untuk ke Mekah. Banyak barang dagangan yang dibawa untuk urusan niaga di Kaabah yang terkenal. Tiga beradik dari Bani Qahtan, al-Haris, Malik dan Yasir turut berada dalam kafilah tersebut. Mereka tiada niat untuk berdagang tetapi mahu mencari seorang saudara yang hilang. Jauh di sudut hati mereka berharap untuk bertemu saudara yang hilang itu di Mekah kerana kota itu terkenal sebagai tempat pertemuan semua kaum Arab. Kedatangan kafilah dagang itu disambut meriah oleh penduduk Quraisy Mekah. Tiga beradik itu pun berpisah dari kafilah. Mereka meneroka seluruh kota Mekah untuk mencari saudara yang hilang. Yasir yang tajam pengamatan terpesona dengan kemakmuran Mekah. Saudara yang dicari tidak ditemui, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Berpisahlah anak muda itu daripada dua orang saudaranya apabila mereka mengambil keputusan untuk balik semula ke Yaman. Yasir sebatang kara di Mekah. Corak masyarakat Mekah yang mengamalkan gaya hidup kesukuan begitu mencabar bagi anak dagang sepertinya. Di Tanah Arab ketika itu, hanya yang kuat mendapat tempat dan yang miskin akan dihambai. Yasir terpaksa meminta perlindungan daripada suku Bani Makhzum dan hidup di bawah naungan orang kaya, Abu Huzaifah al-Mughirah. Lama hidup bertuankan Abu Huzaifah, Yasir dikahwinkan dengan seorang hamba perempuan milik tuannya itu, bernama Sumayyah Khayyat. Pasangan ini hidup bahagia dan beroleh dua cahaya mata lelaki, Ammar dan Ubaidillah. Masa berlalu. Usia anak-anak menginjak dewasa. Pasangan Yasir dan Sumayyah juga semakin tua. Ketika inilah Islam menampakkan sinar di kota Mekah. Agama yang dibawa oleh al-Amin Muhammad s.a.w ini menarik perhatian seluruh isi kota. Bagi masyarakat bangsawan Quraisy yang menyembah Lata dan Uzza (nama berhala sembahan), kemunculan agama baru adalah pengkhianatan kepada tradisi nenek moyang. Namun bagi masyarakat kelas bawahan, Islam adalah dimensi baru bagi mereka kerana agama itu antaranya, menyeru kepada mengesakan Yang Satu dan menolak perbezaan kelas. Ammar antara orang yang tertarik kepada ajaran itu. Dia mengumpul banyak pemikiran baru mengenai agama yang menjadi bualan ramai di kota. Perasaan ingin tahu menarik pemuda itu ke rumah al-Arqam, yang menjadi markas Rasulullah menyampaikan dakwah. Dia mengetepikan rasa bimbang jika langkahnya dijejaki oleh orang Quraisy. Ajaran Rasulullah benar-benar berkesan dan sebaik-baik melangkah keluar dari rumah al-Arqam, Ammar sudah menjadi seorang muslim! Pemuda itu kembali ke rumah dengan dada lapang. Dia menceritakan kepada ibu bapanya mengenai pengalaman hebatnya itu. Dia berdakwah pula kepada mereka mengenai erti Islam dan mengajak orang tua itu mengikut jejak langkahnya. Akhirnya Yasir dan Sumayyah bersetuju dan kedua-duanya memeluk Islam.

Bermulalah lembaran baru dalam hidup Yasir dan Sumayyah. Sumayyah adalah orang ketujuh yang memeluk Islam. Berada dalam naungan Islam, dia merasakan kelazatan iman dan kekuatan pegangan. Mereka sekeluarga sedar risiko jika hal itu diketahui oleh suku Bani Makhzum. Tetapi mereka tidak takut, sebaliknya terang-terangan mengumumkan pengislaman mereka. Suku Bani Makhzum menerima berita itu dengan perasaan terperanjat dan marah. Sumayyah sekeluarga ditangkap dan diseksa. Mereka dijemur di padang pasir yang panas menyengat. Sumayyah diletakkan batu besar di dadanya. Dia dipaksa supaya keluar dari Islam dengan segera. Tetapi wanita itu tidak berganjak daripada keputusannya. Sebaliknya bibirnya teguh melafazkan katakata, ahad, ahad, ahad... (bermaksud Allah Yang Satu). Rasulullah sendiri pernah melintasi tempat Sumayyah sekeluarga diseksa. Baginda begitu bersimpati. Ramai juga kalangan orang kota yang bersimpati tetapi mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana sudah diancam oleh suku Bani Makhzum. Tetapi Rasulullah selalu meniupkan semangat Sumayyah sekeluarga dengan berkata, Bersabarlah wahai keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga. Sumayyah mendengar seruan Rasulullah. Imannya semakin kuat dan yakin. Kewibawaannya terserlah. Dengan yakin dia membalas, Aku bersaksi bahawa engkau adalah pesuruh Allah dan aku bersaksi bahawa janjimu benar. Namun Sumayyah hanya seorang wanita. Dalam usianya yang semakin lanjut, kekuatan tubuhnya tidak sekuat mana. Bagaimanapun ketabahannya untuk terus bertahan di tengah panas itu mengagumkan ramai orang. Sekali gus hal ini mencabar kesombongan suku Bani Makhzum. Menjadikan mereka lebih sakit hati dan benci. Abu Jahal datang menunjukkan wajah angkuhnya di hadapan Sumayyah. Wanita tua itu dipujuk supaya menyerah kalah. Tetapi Sumayyah walaupun dalam tubuh yang tidak bermaya enggan berganjak daripada keputusannya. Ahad, ahad, ahad... kalimah itu terus meniti di bibir Sumayyah. Ungkapan itu melukakan ego Abu Jahal dan menaikkan keberangannya. Dia hilang sabar lalu mencabut pedang bengkoknya dan menikam bahagian pangkal hati Sumayyah. Di situ juga Sumayyah terkorban. Dia menjadi orang pertama yang mati syahid pada zaman sebelum hijrah ketika agama Islam belum mendapat tempat di kalangan masyarakat Mekah. Selain itu, suaminya Yasir juga terkorban. Penderitaan Sumayyah dikenang seluruh masyarakat Islam. Dia dianggap simbol pengorbanan orang Islam yang tidak gentar kepada ugutan dan kematian kerana menegakkan Islam. Hari demi hari, Islam semakin diterima ramai. Penghijrahan orang Islam ke Yathrib (Madinah) membuka era baru dalam dakwah Rasulullah. Umat Islam semakin kuat dan dalam Perang Badar, pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal menemui maut. Rasulullah menemui

Ammar dan berkata kepada anak muda itu, Allah telah membunuh si pembunuh ibumu... Ammar sebak tetapi dia tahu ibunya pasti selamat di syurga

12.USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Hubungan kekeluargaan sangat penting. Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagai usaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum keluar rumah. Hal ini demikan supaya anak anak mendapat keizinan daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah. Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga. Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak jika ada sebarang masalah. Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kekeluargaan. Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar. Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui telefon bimbit. Terdapat juga iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya balik ke kampung pada hari-hari perayaan. Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Kerajaan pula telah memperkenalkan dasar bahawa setiap hari sabtu sebagai cuti umum. Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga. Langkah ini akan menjadikan hubungan kekeluargaan lebih erat. Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga pergi melancong ke tempat yang menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan hubungan kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan melahirkan rakyat yang penyayang.

13.CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL. Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang. Antara permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat ialah layang-layang, congkak dan batu seremban. Namun demikian, permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional ini. Antara cara mempopularkan permainan tradisional ini ialah kita perlu mencari maklumat tentang permainan tradisional tersebut. Setelah maklumat diperoleh , kita perlu mencuba permainan tersebut dengan ahli keluarga. Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Sebagai contoh pertandingan permainan congkak. Dengan ini, jelaslah bahawa generasi muda perlu mempopularkan permainan tradisional negara kita. Ibu bapa pula, perlu memberi sokongan kepada anak-anak dengan membelikan peralatan permainan tradisional. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyaksikan pertandingan permainan tradisional ini. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri seni untuk melihat dengan lebih dekat peralatan permainan tradisional ini di samping memahami caracara permainan ini dimainkan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan permainan tradisional. Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab permainan tradisional. Dengan tertubuhnya kelab permainan tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat menganjurkan pertandingan. Sekolah juga boleh menghantar ahli-ahli kelab mengikuti kursus permainan tradisional bagi menarik minat pelajar melibatkan diri dalam permainan ini. Peserta yang mengikuti kursus hendaklah diberi sijil penyertaan dan penghargaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah berperanan penting untuk mempopularkan permainan tradisional. Kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar. Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen yang berterusan. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan karnival pertandingan tradisional seperti Pesta Layang-layang yang diadakan di Pasir Gudang, Johor setiap tahun. Melalui Kementerian Belia dan Sukan kerajaan boleh mengadakan kursus permainan tradisional ini untuk golongan belia. Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Usaha kerajaan ini dapat menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita sekali gus dapat mempopularkan permainan tradisional ini. Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini. Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan dengan menyediakan hadiah yang lumayan. Sebagai contoh, penganjur menyediakan hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang. Hal ini dapat menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya. Pendek kata, jelaslah bahawa pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan tradisional negara ini.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam mempopularkan permainan tradisional ini . Usaha yang berterusan penting supaya generasi akan datang dapat mengenali dan meminati permainan tradisional. Kesannya, permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 14.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

1. 2. 3. 4. 5.

Memupuk hubungan baik antara jiran Memupuk nilai kerjasama Membantu jiran yang menghadapi kesusahan Menjamin keselamatan masyarakat Mengenali adat budaya kaum yang lain

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. Jiran sangat penting kerana mereka menjadi sahabat dan orang yang rapat dengan kita. Mereka akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Oleh itu, jiran sepakat membawa berkat perlu diamalkan oleh masyarakat hari ini. Jiran penting untuk memupuk hubungan baik antara jiran. Hubungan baik dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti ini, mereka dapat berkenalan dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kesannya, hubungan sesama jiran semakin erat. Kerjasama yang erat ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Jelaslah, kerjasama penting untuk memupuk hubungan yang baik antara jiran. Selain itu, jiran juga dapat memupuk nilai kerjasama sesama jiran. Nilai kerjasama ini penting untuk melahirkan masyarakat yang sepakat. Setiap individu akan membantu jiran mereka semasa mengadakan majlis seperti kenduri-kendara. Aktiviti akan menjadi mudah kerana muafakat membawa berkat. Oleh itu, nilai kerjasama penting dalam amalan kejiranan. Di samping itu, jiran yang baik akan membantu orang lain yang menghadapi kesusahan. Mereka akan menziarahi jiran yang sakit. Mereka juga akan memberi bantuan wang ringgit untuk meringankan beban jiran. Mereka dapat menyelesaikan banyak masalah. Sesungguhnya, amalan baik ini seperti kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seterusnya, jiran juga dapat menjamin keselamatan masyarakat. Jiran akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman daripada kejadian pecah rumah. Mereka boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Selain itu, mereka akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Jelaslah, jiran dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat. Akhirnya, jiran dapat mengenali adat dan budaya kaum yang lain. Pada musim perayaan, kita dapat mengenali pakaian tradisional kaum yang lain seperti sari, baju kurung dan lainlain. Mereka juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tradisi. Selain itu, adat resam

sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Oleh itu, kita perlu mengenali adat dan budaya jiran. Kesimpulannya, jiran sepakat membawa berkat penting dalam masyarakat. Semua pihak hendaklah mengamalkan semangat kejiranan. Amalan ini perlu diteruskan demi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat. (355 patah perkataan)

15.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA

1. Menambahkan ilmu pengetahuan 2. Memupuk nilai-nilai urni 3. Memberikan kesedaran/dapat dijadikan teladan 4. Meningkatkan kemahiran berbahasa 5. Meningkatkan semangat cinta akan negara
Membaca merupakan amalan yang mulia. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Membaca karya sastera perlu dipupuk dalam kalangan pelajar. Antara contoh karya sastera ialah novel, puisi, cerpen dan prosa tradisional. Oleh itu, terdapat banyak faedah membaca karya sastera. Faedah pertama membaca karya sastera ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca karya sastera, pelajar dapat mengetahui perkara-perkara baharu. Secara tidak langsung, mereka dapat membuka minda dan meluaskan pengetahuan. Mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah bahawa membaca karya sastera meningkatkan ilmu pengetahuan. Seterusnya, membaca karya sastera dapat memupuk nilai-nilai murni. Banyak nilai murni yang terkandung dalam sesebuah karya novel. Antara nilai murni yang terdapat dalam karya sastera ialah nilai kasih sayang, tolong-menolong dan hormat-menghormati. Sebagai contoh, dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menghormati orang yang lebih tua daripadanya. Tegasnya, nilai-nilai murni dapat dipupuk sekiranya pelajar membaca karya sastera. Selain itu, membaca karya sastera dapat memberi kesedaran kepada pembaca. Hal ini adalah kerana pengarang banyak memasukkan unsur pengajaran dalam karya sastera. Sebagai contoh, dalam cerpen Menatap Wajahnya, Muliati seorang pelajar yang gigih berusaha walaupun dia cacat. Jadi, pembaca dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, yang baik jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Oleh itu, membaca karya sastera akan menimbulkan kesedaran kepada pelajar.

Di samping itu, membaca karya sastera dapat meningkatkan penguasaan berbahasa. Karya sastera banyak menggunakan bahasa yang menarik. Pemilihan kata yang indah dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis pelajar dan dapat memberikan impak positif kepada pelajar. Sesungguhnya, karya sastera dapat meluaskan kosa kata dan kemahiran berbahasa pelajar pelajar. Faedah terakhir, membaca karya sastera meningkatkan semangat cinta akan negara. Melalui novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai semangat cinta akan negara dengan mempertahankan puncak Gunung Tahan. Kesannya, semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam jiwa pelajar. Jelaslah, semangat cinta akan negara dapat ditingkatkan melalui karya sastera. Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa karya sastera penting dalam kehidupan masyarakat. Oleh itu,semua pihak perlulah bekerjasama memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan pelajar. Kerjasama yang erat umpama aur dengan tebing dapat membantu pelajar menghayati karya sastera dengan baik. Karya sastera sebenarnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. [369 patah kata] 16.PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA ISI-ISI PENTING 1. Menghormati ibu bapa 2.Mendengar nasihat 3.Belajar bersungguh-sungguh 4.Membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah 5.Mendoakan kesejahteraan ibu bapa KARANGAN CONTOH: Setiap orang di dunia ini ada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang penting dalam kehidupan anak-anak. Tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan lahir ke dunia. Mereka juga tidak dapat melihat keindahan alam ini. Terdapat pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Salah satu peranan anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa adalah dengan menghormati ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang yang membesarkan kita sejak kecil. Anak-anak perlu berbudi bahasa apabila bercakap dengan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, anak-anak tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. Tegasnya, ibu bapa perlu dihormati oleh anak-anak demi membahagiakan mereka. Selain itu, anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana tujuan mereka adalah untuk kebaikan anak-anak. Anak-anak mestilah mematuhi

segala pesanan yang diberikan oleh orang tua mereka. Sebagai contoh,,jika ibu bapa menasihati kita supaya berbuat baik kepada orang lain, kita perlulah mentaatinya. Jelaslah bahawa, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa apabila mendengar nasihat mereka. Di samping itu, peranan anak-anak bagi membahagiakan ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa akan berasa gembira apabila anak-anak mereka berjaya. Anak-anak perlu rajin membaca dan membuat ulang kaji setiap hari. Sebagai contoh, anak-anak menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru tanpa dipaksa. Oleh itu, anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh demi membahagiakan ibu bapa mereka. Seterusnya, anak-anak hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah. Jika anak-anak membantu ibu bapa, segala tugas dapat dilakukan dengan mudah. Anak-anak membantu ibu bapa mengemas rumah, memasak, menjaga adik, menyiram pokok bunga dan kerja-kerja rumah yang lain. Kesannya, rumah akan bersih dan ceria. Jelaslah, ibu bapa akan bahagia apabila anak-anak membantu mereka. Akhir sekali, anak-anak mestilah mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka. Hal ini demikan kerana ibu bapa akan mendapat kebaikan daripada doa yang dipohon. Sebagai contoh, ibu bapa akan dilindungi Tuhan daripada keburukan seperti ditimpa sakit atau sebarang masalah lain. Pendek kata, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka. Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa ibu bapa mereka seperti kacang lupakan kulit Anak-anak perlu ingat bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

17.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA:

1. Ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU) 2. Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dan memberikan kemahiran 3. Pihak swasta menjaga kebajikan OKU 4. Media massa menyampaikan maklumat tentang OKU 5. Setiap individu menunjukkan nilai murni
KARANGAN CONTOH: Orang Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna seperti kita. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU). Antara peranan untuk membantu OKU ialah ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya tidak menghina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai

perasaan seperti kita. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak mentertawakan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU. Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan ini. Hal ini demikian kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU. Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan. Sebagai contoh, pengusaha pusat beli-belah perlu menyediakan kemudahan untuk golongan ini seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan. Oleh itu, pihak swasta perlu menunjukkan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini. Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa. Akhir sekali, setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan ini semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan bantuan. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini. Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU. Setiap pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

18.KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM Isi : 1) Memudahkan urusan seharian 2) Dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas 3) Mengurangkan pencemaran 4) Mewujudkan peluang pekerjaan 5) Membantu menjanakan pendapatan negara Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai contoh bas, kereta api, teksi, dan kapal terbang. Kemudahan itu disediakan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh semua orang. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk menuju

ke sesuatu tempat. Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam. Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Murid-murid menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar. Pengangkutan awam juga digunakan untuk pergi ke tempat kerja. Orang ramai menggunakan pengangkutan awam kerana tambangnya murah. Selain itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan bandar. Hal ini adalah kerana orang ramai kurang menggunakan kenderaan persendirian. Kesannya, jumlah kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan. Hal ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju ke sesuatu tempat. Oleh itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Hal ini adalah kerana asap kenderaan kurang dilepaskan ke udara. Udara yang tercemar dapat menjejaskan kesihatan.Di dalam asap yang tercemar itu terdapat berbagai-bagai jenis gas beracun. Kesihatan yang terjejas akan menganggu aktiviti harian seseorang. Oleh itu, pencemaran udara boleh dikurangkan melalui penggunaan pengangkutan awam. Seterusnya, pengangkutan awam dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini adalah kerana pemandu diperlukan bagi mengendalikan kenderaan awam tersebut. Contohnya seperti pemandu bas. Begitu juga dengan kereta api yang memberikan peluang pekerjaan di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini mengurangkankan kadar pengangguran. Oleh itu, orang ramai boleh mencari sumber pendapatan. Pengangkutan awam juga dapat menjanakan pendapatan negara. Hal ini kerana pengangkutan awam juga turut digunakan oleh pelancong. Kos hidup masyarakat boleh ditingkatkan. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk petrol telah dikurangkan. Kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Pendapatan negara boleh dijanakan melalui pengangkutan awam. Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai kepentingan pengangkutan awam. Oleh itu, semua pihak hendaklah memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan dengan sebaik mungkin. Semoga dengan cara yang demikian kehidupan kita akan menjadi lebih sejahtera.
19.CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA TEMA : CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA RANGKA JAWAPAN

1. PENDAHULUAN Warga tua berjasa kepada negara - telah melalui pelbagai rintangan - sering diabaikan - pelbagai usaha perlu dilakukan 2. PERENGGAN ISI

1. 2. 3. 4. 5.

Peranan keluarga menyayangi warga tua Peranan masyarakat mengambil berat warga tua Peranan media massa memaparkan kisah hidup/penderitaan warga tua Peranan guru mengingatkan pelajar menghormati warga tua Peranan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan untuk warga tua 3. PENUTUP - pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa. - tidak boleh mengabaikan warga tua - merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita. KARANGAN CONTOH Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. . Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang tua-tua. Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur

dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki ibu. Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta. Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.. Pihak swasta perlu membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang tua-tua dapat mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita.. 20.KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG RANGKA JAWAPAN 1. PENDAHULUAN Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan - Maksud makanan seimbang ialah pengambilan yang cukup untu keperluan tubuh badan - Peranan media massa 2. PERENGGAN ISI

6. 7. 8. 9.

Menjadikan pembesaran manusia lebih sempurna daripada aspek fizikal Menggelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu Memberi vitamina yang cukup kepada badan seseorang Mampu mengawal kadar obesiti Mengelakkan penyakit

10.

3. PENUTUP - semua pihak perlu mengamalkan pemakanan seimbang agar kesihatan terjamin KARANGAN CONTOH

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan seseorang manusia itu menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran fizikal manusia. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas. Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat memberi vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayursayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat. Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.Penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sejahtera .

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahan.

21.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG RANGKA JAWAPAN 1. PENDAHULUAN Kepentingan membentuk masyarakat penyayang - Pelbagai langkah perlu diambil untuk membentuk masyarakat penyayang 2. PERENGGAN ISI

1. 2. 3. 4. 5.

Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak Ibu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anak Ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak-anak Ibu bapa menjadi contoh teladan yang baik Ibu bapa mengadakan aktiviti kekeluargaan 3. PENUTUP - Selain ibu bapa, semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. KARANGAN CONTOH Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang. Pada alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam hal ini, media cetak mahupun media elektronik turut berperanan penting untuk menyedarkan masyarakat. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka seperti menatang minyak yang penuh.Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka boleh makan dan menonton bersama-sama anak-anak. Jelaslah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga. Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak semenjak kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang mengabaikan didikan agama. Mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak menghadiri kelas agama supaya anak-anak

akan menjadi insan yang berakhlak mulia. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Malahan, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Sebagai contoh,ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan generasi muda yang bersifat penyayang .Tegasnya, pendidikan yang sempurna membolehkan anak-anak membezakan antara perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka. Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk dan tidak menunjukkan teladan. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke rumah anak yatim atau ke rumah orang tua-tua. Ringkasnya, ibu bapa wajar menunjukkan contoh teladan yang baik agar dapat melahirkan masyarakat yang penyayang. Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengadakan Hari Keluarga dan membawa anak-anak mereka menziarahi datuk, nenek atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk masyarakat yang penyayang. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat penyayang. Namun, semua pihak turut bertanggungjawab dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang. 22. FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

1. 2. 3. 4. 5.

Membina disiplin diri Menyihatkan tubuh badan/ kecerdasan minda Mempertahankan diri daripada ancaman Memupuk nilai murni Membentuk hubungan baik dengan orang lain Sejak kebelakangan ini, kegiatan jenayah yang semakin memuncak seperti kes ragut, rogol, rompak dan bunuh di negara kita mendorong rakyat Malaysia untuk mempelajari seni mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan golongan remaja. Hal ini menyebabkan pusat seni mempertahankan diri semakin banyak ditubuhkan di negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Seni mempertahankan diri dapat membentuk disiplin diri. Disiplin yang terbentuk ini akan menjadikan remaja lebih rasional iaitu dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih baik dan menerima perkara-perkara yang baik sahaja. Hal in seterusnya dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak ke dalam lembah kehinaan. Selain itu, akidah yang baik juga terbentuk daripada disiplin diri yang kukuh. Jelasnya, perkara-perkara yang tidak bermoral tidak mungkin dilakukan oleh remaja yang menguasai seni mempetahankan diri. Selain itu, seni mempertahankan diri mampu melindungi seseorang daripada sebarang ancaman. Hal ini amat penting terutamanya kepada golongan remaja perempuan yang terdedah kepada pelbagai ancaman yang melanda. Sebagai contoh silat bagi orang Melayu, wushu bagi orang Cina, silamban bagi orang India dan sebagainya. Justeru, remaja perempuan patut menyediakan payung sebelum hujan dengan menguasai kemahiran ini. Sesungguhnya seni mempertahankan diri merupakan satu perlindungan daripada sebarang ancaman.

Di samping itu, seni mempertahankan diri juga menyihatkan tubuh badan individu. Seni mempertahankan diri ini melibatkan aktiviti senaman yang banyak. Badan seseorang yang mempelajari seni ini akan menjadi cergas, kuat dan bertenaga. Contohnya,dalam seni silat, mereka akan membuat aktiviti memanaskan badan, berlatih menggunakan peralatan dan bersenam. Selain itu, seni mempertahankan diri juga akan mencerdaskan minda..Jelaslah, seni memepertahankan diri boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seseorang kerana badan cergas minda cerdas. Tambahan lagi, seni mempertahankan diri juga akan membentuk hubungan baik antara seseorang remaja dengan orang lain. Mereka dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Di samping itu, mereka dapat mengenali budaya bangsa mereka. Hal ini membentuk kerjasama dan hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, hubungan baik antara satu sama lain dapat dijalin seperti aur dengan tebing. Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu setiap individu harus mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu, seni mempertahankan diri perlulah dijadikan amalan dalam kehidupan seharian

Kesedaran Sivik Masyarakat perlu menghayati dan mengamalkannya KITA masih lagi dalam suasana kemeriahan menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-21. Patriotisme rakyat dan penduduk di seluruh negara terangsang oleh suasana, ucapan dan saranan, aktiviti-aktiviti sambutan termasuk promosi-promosi yang begitu hebat di media elektronik dan media cetak. Sudah banyak yang diucapkan, ditulis dan dipaparkan mengenai semangat patriotisme terutama menjelangnya sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan setiap tahun. Sememangnya ia patut diulangulang agar ia meresap, melekat, sebati dan sentiasa segar dalam jiwa dan raga setiap warga Negara Brunei Darussalam sepanjang masa, bukan hanya terhad semasa sambutannya sahaja. Ruangan ini telah beberapa kali memfokuskan mengenai semangat patriotisme dan peranan setiap warganegara dalam sama-sama mengekalkan kemakmuran serta mengangkat martabat bangsa dan negara. FOKUS kali ini akan membicarakan mengenai kesedaran sivik yang mungkin sesetengah orang menganggapnya sedikit lebih kecil dari semangat patriotisme yang bunyinya begitu gah disebut. Sebenarnya kesedaran sivik juga tidak kurang pentingnya malah perlu dimiliki oleh setiap warga kitani. SIVIK Dalam Kamus Dewan edisi baru, sivik diberikan pengertian pendek sahaja iaitu ilmu tatarakyat. Sementara dalam Kamus Dwi Bahasa, Inggeris Melayu (DBP Malaysia), civics memberi makna: Ilmu, bagaimana orang hidup dalam sesuatu masyarakat, hak dan tanggungjawab warganegara; ilmu tatarakyat; sivik. Jika dilihat pengertiannya secara meluas maka sivik juga menjurus kepada kehidupan berbangsa dan bernegara. Maka kesedaran sivik itu tidak kurang pentingnya malah menjadi pelengkap kepada semangat patriotisme yang sering disebut-sebut itu. Sejak dari kecil lagi, di rumah secara langsung atau tidak, ibu bapa membentuk anak-anak dengan didikan agama, budaya murni, disiplin dan keolahan diri. Nilai-nilai murni, disiplin dan keolahan diri itu sebenarnya sudah merangsang kesedaran sivik kepada kita. Di sekolah, pengajaran ilmu tatanegara atau Sivik diajarkan secara lebih formal. Kita diajar bagaimana menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Para pelajar diajar mematuhi peraturan dan undang-undang, disaran untuk sentiasa berbuat baik dan seumpamanya. Kedua-dua institusi keluarga dan institusi pendidikan sama-sama berperanan dalam membentuk diri kita untuk menjadi insan dan warganegara yang baik. Tinggal lagi, ramai di kalangan masyarakat kitani yang masih kurang kesedaran siviknya atau langsung tidak mempunyai civics minded. Ia berpunca dari sikap tidak menghayati dan mengamalkan didikan dari kedua-dua institusi tersebut. KEBAIKAN Kalau sahaja semua orang mempunyai kesedaran sivik maka akan bertambah aman, makmur, sejahtera, harmoni dan selesalah lagi kehidupan kita. Apa tidaknya, orang berkesedaran sivik tahu akan tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan masyarakat sekelilingnya. Mereka yang berkesedaran sivik tidak akan melakukan perkara-perkara negatif, jauh sekali terlibat dengan gejala-gejala sosial. Mereka akan sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara-perkara yang baik serta berkebajikan. Jadi jika ramai orang mempunyai kesedaran sivik maka akan berkuranganlah kes-kes kecurian,

perlanggaran undang-undang dan peraturan, perbuatan pemugut, membuang sampah merata-rata, sikap tidak menghormati sesama insan dan seumpamanya. Apa yang menyedihkan ialah perkara-perkara negatif seperti itu masih berlaku, malah semakin bertambah dalam masyarakat kitani. Takaduhung menyebut kesedaran sivik ini, penulis tidak akan menumpukan kepada kes-kes berat atau jenayah skala besar, cukuplah menyebutkan perbuatan dan perlakuan negatif skala kecil sahaja yang cuma memerlukan kesedaran sivik untuk membendungnya. NEGATIF Kita sering melihat atau mengetahui melalui media-media massa terdapatnya kecurian peralatanperalatan daripada besi atau tembaga termasuk milik kerajaan yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Antaranya termasuklah, pintu dan pagar besi, kabel telekom, dawai elektrik, besi penutup lubang dan longkang, papan-papan tanda dan arahan jalan dan seumpamanya. Besi, dawai dan tembaga tersebut dijual untuk mendapatkan duit secara mudah tanpa menghiraukan kepentingan awam, kerugian kepada kerajaan, di samping membahayakan dan menyusahkan diri mereka sendiri. Perbuatan itu semakin meningkat kerana harga besi ketika ini melambung naik. Dalam hal ini, para peniaga atau pekedai yang membeli barang-barang terpakai perlu insaf dan mengelak dari membeli barang-barang yang dicuri. Mereka seharusnya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata tetapi perlu mengetahui bahawa memiliki, menjual dan membeli barang curian adalah salah di sisi undang-undang. Satu lagi perbuatan yang langsung tidak mempunyai civics minded ialah sikap pemugut sebilangan masyarakat kitani. Perbuatan ini termasuk perbuatan merosakkan telefon awam, merosak dan menconteng tandas, dinding-dinding bangunan, perhentian-perhentian bas, memecah cermin, merosakkan taman-taman rekreasi, bunga-bungaan, papan-papan tanda dan lain-lain lagi. Terdapat juga orang kitani yang tidak mementingkan penjagaan kebersihan persekitaran, malah ada pula di antaranya yang mengotorkan alam sekitar dengan membuang sampah merata-rata, bukan di tempat pembuangan sampah yang dikhaskan. Sampah sarap dilonggokkan di belakang bangunan atau dihumban dari kenderaan ke tepi jalan raya. Mereka tidak menghiraukan soal kebersihan dan kecantikan persekitaran kampung dan bandar, jauh sekali memikirkan betapa ia boleh membawa imej yang kurang baik kepada negara. Di perkampungan air juga sama ceritanya, sebilangan penduduk membuang sampah sarap terus ke sungai meskipun tempat pengumpulan sampah telah disediakan. Walhal kemudahan pengangkutan dan pembuang sampah yang dikontrakkan kepada agensi swasta juga telah disediakan. Kedua-dua senario di atas cukup menjijikkan mata memandang, baunya yang busuk menusuk hidung dan meloyakan tekak. Itu pun belum cukup menginsafkan mereka betapa kesannya boleh mengakibatkan pelbagai penyakit dan wabak yang akan menjejaskan kesihatan orang ramai. PERATURAN Masyarakat kitani juga harus menanamkan kesedaran mengenai perlunya memetuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan demi keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan orang ramai. Umpamanya membawa masuk dan menyeludup daging dan ayam dari luar negara yang diragui kehalalannya, membawa dan menyeludup barangan terkawal atau diharamkan seperti minuman keras dan sebagainya. Semua itu bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama Islam malah boleh menjejaskan ekonomi negara, di samping kemungkinan menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit seperti selesema burung dan lain-lain. Dari tangkapan-tangkapan yang dibuat terdapat juga sebilangan

orang kitani yang melakukannya. Ada juga di kalangan orang kitani yang melindungi pendatang-pendatang tanpa izin untuk terus tinggal dan bekerja di negara ini. Sebilangan lagi menjadi tali barut kepada penjenayah dari luar negeri yang melakukan jenayah seperti rompakan dan curi di negara ini. Mereka menjadi penghantar dan penunjuk jalan ke tempat-tempat yang hendak dirompak. Perkara seperti ini amat dikesali, ia tidak ubah seperti musuh dalam selimut atau boleh diistilahkan sebagai mengkhianati bangsa dan negara. Apa tidaknya, kestabilan negara akan terancam, manakala keselesaan orang ramai juga akan terjejas. Untuk membendung kegiatan itu orang ramai perlu kembali kepada ajaran agama dan mengamalkan kesedaran sivik dengan memberikan kerjasama kepada agensi-agensi penguat kuasa undangundang yang berkaitan. Hubungi dan laporkan kegiatan negatif itu kepada agensi-agensi berkenaan. PERINGATAN Dalam sama-sama menginsafi dan membendung perkara tersebut, ada baiknya kita petik nasihat dan peringatan yang dibuat oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Haji Hazair, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Muhibah Penerangan bagi Mukim Kuala Belait berlangsung di Dewan Bandaran Kuala Belait baru-baru ini. Yang Berhormat menekankan, setiap individu dan anggota masyarakat di negara ini tidak seharusnya membebankan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dengan perkara-perkara yang tidak sewajarnya melalui sikap, perangai dan tindakan serta aktiviti-aktiviti yang tidak bertanggungjawab. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, sikap dan perangai itu ialah membiarkan sahaja kegiatan antisosial dan jenayah berlaku di hadapan mata tanpa melaporkan kepada pihak-pihak yang berkuasa atau kita sendiri yang melakukan jenayah dan melanggar undang-undang seperti melindungi pendatang tanpa izin, menyeludup dan menjual minuman keras yang ditegah dan membawa masuk daging yang tidak dapat dipastikan kehalalannya. Kita sendiri yang melindungi pendatang-pendatang haram atau menjadi tali barut kepada penjenayah-penjenayah dari luar negeri bagi melakukan jenayah di negara ini; atau kita sendiri atau anak-anak kita sendiri yang menjadi pemugut ke atas harta benda kerajaan termasuk mencuri pagarpagar besi longkang kerajaan dan tempat awam; atau kita sendiri yang membuang sampah merata tempat; atau kita sendiri yang melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, tegas Yang Berhormat. Ke arah itu kita semua seharusnya mengelakkan diri dari terlibat atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama, etika dan moral itu. Akhir kata: Tanamkan kesedaran sivik di kalangan masyarakat

You might also like