You are on page 1of 21

TUGASAN SAHSIAH 3 KKD 2063 : PEMBANGUNAN SAHSIAH MOD PPG PJJ-KOHORT 3 KUMPULAN PHG 06 DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR: JAMEAH@SITI HAJAR BT MOHD YUNUS ( 771202065562) NO ID D20112055618 NO.TELEFON 0199535543

NAMA PENSYARAH: DOKTOR AHMAD JAZIMIN BIN JUSOH E-MEL: jazimin@upsi.edu.my

Soalan Tugasan 3 Anda dikehendaki membuat kajian kes tentang seorang guru yang bermasalah di sekolah. Berdasarkan kajian kes berkenaan,anda diperlukan untuk mengenalpasti perkara-perkara berikut :i. ii. iii. iv. Latar belakang guru berkenaan Masalah yang dikenal pasti Analisis masalah berdasarkan satu teori yang dipelajari Cadangan pelan tindakan untuk membantu membentuk sikap dan sahsiah guru berkenaan. v. Rumusan

NOTA : Nama yang saya gunakan di dalam kajian kes saya ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ia Cuma sekadar untuk mengupas permasalahan yang mungkin berlaku secara tidak disengajakan dan kajian ini hanya terarah kepada konsep dan teori yang sesuai bagi permasalahan yang timbul.

ISI KANDUNGAN : 1. PENGHARGAAN 2. PENDAHULUAN 3. PENGENALAN 4. LATAR BELAKANG GURU KAJIAN KES 5. PERBINCANGAN KAJIAN KES 6. KOMEN DAN CADANGAN DARI RAKAN 7. RUMUSAN 8. ANALISIS MASALAH BERDASARKAN SATU TEORI YANG DIPELAJARI 9. CADANGAN PELAN TINDAKAN 10.RUMUSAN

Penghargaan Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dengan selepngkapnya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru besar dan juga rakan-rakan sejawat saya yang mana telah memberi kerjasama kepada saya dalam menjalankan kajian ini dengan sebaiknya.

Pendahuluan Kajian kes ini dibuat adalah untuk menyiasat satu kes yang melibatkan seorang guru yang mempunyai masalah peribadi di sekolah serta telah menimbulkan masalah yang besar kepada pihak sekolah dan juga kepada rakan sejawatnya. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membawa tekanan kepada guru yang mempunyai masalah. Temubual dengan rakan-rakan sejawat serta melalui pemerhatian telah dijalankan. Kajian kes ini juga akan menyatakan cara dan pandangan yang sesuai yang dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah guru tersebut dan juga kesan serta impak serta rumusan siasatan berkenaan.

Pengenalan Menurut Compton Gallaway & Curnoyer 2005 ) perkataan masalah merujuk kepada keadaan,situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan dari segi aspek emosi,pemikiran,tindakan dan adakalanya dari segi fizikal. Punca asas kepada persoalan ini berbangkit di dalam proses dan juga persekitaran sesuatu pengajaran. Misalnya dalam pengajaran Sains,guru mungkin menghadapi masalah untuk meneruskan pengajaran kerana terdapat lebih dari seorang murid tidak dapat membezakan di antara benda hidup dan benda bukan hidup. Bagi guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia pula,ada murid yang tidak tahu membaca dan juga membatangkan suku kata dengan betul. Kewujudan keadaan ini mungkin akan mengganggu pengajaran dan juga pengajaran yang seterusnya. 1

Dalam mengenal pasti setiap masalah,guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah soalan yang boleh ditanya untuk mengetahui masalah tersebut,adakah masalah itu boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada. Dengan adanya soalan-soalan yang terlintas di minda seorang guru itu,maka semua masalah yang dihadapi lebih mudah dikenal pasti dan diselesaikan.

i.

Latar Belakang Guru Kajian Kes

Mia Zara Qistina Lee (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah yang terletak di dalam Bandar Kuantan,Pahang. Dia seorang guru yang mempunyai darah campuran iaitu Melayu,Cina dan Bugis. Rupa parasnya sungguh cantik. Dia berasal dari negeri Melaka. Mia Zara telah bertugas di sebuah sekolah aliran Cina iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching.Dia telahpun berkhidmat di sekolah itu selama 5 tahun.Pengalaman mengajar yang dia miliki sudah melebihi 10 tahun. Mia Zara sangat menggemari fesyen terkini. Di sekolahnya,dia terkenal dengan gaya fesyen baju yang begitu menonjol. Dia sangat menggemari makanan yang pedas dan juga yang masam.,minum minuman bergas dan sangat memilih tentang bagaimana penyediakan sesuatu makanan itu. Sekiranya dia membeli makanan di luar,dia akan mencari atau meneliti cara penyediaan makanan itu. Tetapi,sekiranya makanan itu diberikan secara percuma,tanpa banyak soalan dia akan menerimanya. Selain itu,dia juga mempunyai satu sikap yang tidak disukai oleh rakan sejawatnya iaitu sikap kedekut. Dia tidak pernah belanja rakan sejawatnya. Dia juga tidak mempunyai rakan rapat kerana sikapnya yang tidak suka bercampur gaul. Dia lebih suka membuat halnya sendiri sekiranya duduk di dalam bilik guru. Mia Zara sudahpun mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 8 tahun. Dia juga tidak gemar bersukan. Dia Cuma meminati permainan komputer sahaja. Dia boleh menghabiskan masanya selama berjam-jam untuk bermain permainan komputer. Bahkan dia sanggup membeli perisian terbaru khusus untuk memenuhi kehendaknya.

Suaminya seorang peniaga dan mempunyai sebuah kilang kecil. Dia juga sering membangga-banggakan akan keturunannya. Dia selalu bercerita tentang kehebatan dan kekayaan keluarganya kepada rakan sejawat sehingga menimbulkan rasa ketidakpuasan dalam diri rakan-rakan sejawatnya. Selain itu,dia juga suka membeli barangan berjenama dari luar negara. Pada tanggapannya,barangan luar negara lebih berkualiti dan dapat menjaga keterampilannya jika dibandingkan dengan barangan tempatan. Disebabkan itulah,kadang kala dia akan berbelanja lebih dari pendapatannya sehinggakan sanggup meminjam duit dari rakannya untuk membeli barang yang diingininya. ii. Perbincangan Kajian Kes Masalah yang Telah Dikenal pasti.

1.Sikap Tidak Menghormati Masalah yang paling ketara yang ada pada diri Mia Zara Qistina Lee ialah sikap tidak menghormati orang lain termasuklah pihak pentadbiran,rakan-rakan sejawatannya malahan ibu bapa kepada anak-anak muridnya. Hal ini secara tidak langsung telah mendatangkan sikap tidak mesra dan berlakunya hubungan yang agak tegang dengan setiap ibu bapa anak muridnya. Apabila ada ibu bapa yang datang untuk mengadu atau menegur sikapnya itu,tempiasnya akan terkena kepada anak muridnya. Murid itu akan dimarahi atau ditegur dengan menggunakan bahasa yang agak kasar malah tidak sesuai untuk dipertuturkan oleh seorang insan yang digelar guru. Penggunaan bahasa pertuturannya juga agak kasar seperti kau,aku,lahabau,bahalol dan kurang ajar. 2. Keperibadian Cikgu Mia Zara memang suka dipuji tetapi dia tidak suka memuji orang lain. Dia hanya memuji seseorang itu sekiranya orang itu akan memberi manfaat kepada dirinya. Dia juga amat cerewet dalam sesuatu hal dan juga mudah kecil hati sekiranya pandangan atau katakatanya tidak diendahkan. Cikgu Mia Zara juga suka menunjuk-nunjuk akan apa yang dimilikinya. Setiap hari dia akan memakai beg tangan yang berlainan. Semasa menceritakan akan hal kehidupannya,tidak pernah dia merendahkan dirinya,malah dia juga suka membanding-bandingkan dirinya dengan rakan sejawatnya yang lain. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan sekerjanya. Ada kalanya ketika menghadiri mensyurat,dia akan bertegang urat dengan rakan sejawatnya apabila sikapnya ditegur. 3

3. Sikap Malas Selain itu,cikgu Mia Zara jarang menyempurnakan tugasannya di sekolah. Dia jarang menghantar buku rekod mengajarnya,enggan menanda buku latihan murid-murid malah kadang kala markah peperiksaan kelasnya juga lambat diberi kepada guru kelas. Hal ini menyebabkan gangguan kepada guru kelas untuk menjalankan tugas mereka seterusnya. Walaupun sudah ditegur beberapa kali oleh pihak pentadbiran,namun ianya sia-sia sahaja. Ibarat kata pepatah masuk telingan kana keluart telinga kiri. Aktiviti Kokurikulum juga tidak dihardirinya.Dia hanya memberi kritikan yang negatif dan baginya setiap perancangan yang dilakukan di sekolah tidak membawa apa-apa makna langsung. 4. Ponteng Kerja. Dia juga selalu didapati tidak dapat hadir ke tempat kerja dengan seribu satu alasan. Kadang-kadang alasan yang diberinya itu lansung tidak masuk akal. Namun begitu,dia masih lagi selamat dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib. Walaupun dah banyak kali ditegur dan dinasihati,namun ianya tidak pernah berubah. Malah,tugas yang ditinggalkan olehnya terpaksa diambil alih oleh rakan sejawatannya dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap cikgu Mia Zara. 5. Sikap Tidak Bertanggungjawab Dia selalu masuk lewat ke dalam kelas. Dia akan datang ke sekolah lebih kurang 5 minit lagi loceng berbunyi. Apabila loceng menandakan waktu untuk masuk ke kelas,dia selalu membuat kerja lain sehinggakan mengabaikan pengajarannya di dalam kelas. Selepas tamat sesi pengajaran,dia akan menghilangkan dirinya. Dia juga kerap balik awal dari rakan sejawatnya. Sekiranya ditegur,dia mempunyai pelbagai alasan dan pandai berkata-kata. 6. Masalah Sampingan Luaran Cikgu Mia tidak bertanggungjawab terhadap kerjayanya di sekolah,tetapi sebaliknya dya lebih bersikap bertanggungjawab terhadap kelas tambahan yang dibuatnya di luar sekolah. Dia mengajar di beberapa buah pusat tuisyen di sekitar Bandar Kuantan.

Dia juga menyalahgunakan bahan-bahan sekolah seperti memfotostat lembaran kerja di sekolah dan kadang kala untuk kegunaan peribadinya sendiri. Tindakannya itu telahpun diketahui oleh pihak sekolah dan dia telahpun beberapa kali ditegur namun semua itu tidak mendatangkan apa-apa kesan baginya.

iii) Komen dan Cadangan Rakan dan juga Kenalan.

Rakan 1 Saya telah pun menemuramah bekas rakan serumahnya iaitu Puan Rozy yang kini mengajar di SJKC Taman Tas. Menurut Puan Rozy,ketika mereka baru mula-mula bertugas sebagai pendidik,dia dan juga cikgu Mia Zara tinggal serumah ketika zaman bujang mereka. Menurut Puan Rozy,Cikgu Mia Zara mempunyai sikap yang agak keterlaluan dan juga suka bercakap besar. Di samping itu,dia juga selalu menunjukkan yang dia mempunyai banyak duit. Sekiranya mendapat gaji,dia akan berbelanjan habis untuk membeli barangan yang berjenama. Selain itu,dia juga amat kedekut. Sekiranya dia membeli barangan rumah,dia hanya membeli keperluan dia sahaja tanpa menghiraukan rakan serumahnya. Pernah satu ketika tayar keretanya pancit dan dia tidak mahu menukarkan tayar keretanya dengan alasan duit tidak mencukupi. Rupa-rupanya itu hanyalah sebagai satu alasan kerana dia hendak mengumpul duit untuk memenuhi kehendaknya. Kini mereka sudah lama tidak berhubung,tetapi Puan Rozy tetap mengingati semua perkara yang dilakukan oleh cikgu Mia Zara. Malahan,sekiranya mereka bertemu di pasaraya,mereka seolah-olah tidak mengenali antara antara satu sama lain. Pada tanggapan Puan Rozy,cikgu Mia Zara tidak ikhlas dalam menjalinkan persahabatan. Selagi orang itu mendatangkan keuntungan padanya,dia akan terus berkawan. Sebaliknya,kawan yang tidak mendatangkan apa-apa kepentingan padanya,akan terus dilupakan.

Rakan 2 Saya juga telah menemuramah Puan Tan ( bukan nama sebenar) yang pernah bertugas sekali di tempat yang sama dengan cikgu Mia Zara semasa dia mula-mula melaporkan diri bertugas di situ. Sebagai seorang guru yang berpengalaman luas,Puan Tan berpendapat sikap yang ada pada cikgu Mia Zara jarang berlaku dan terlalu terpencil jika dibandingkan dengan kes-kes lain. Memandangkan Puan Tan tidak begitu rapat dengan cikgu Mia Zara,jadi dia hanya memberikan sedikit sahaja komen untuknya. Dari apa yang diperhatikan oleh Puan Tan,sikap Mia Zara ini berkemungkinan berdasarkan faktor didikannya sejak kecil lagi. Mungkin semasa kecilnya,Mia Zara terlalu dimanjakan dan sikap ini terbawa-bawa sehingga sekarang. Tambahan lagi,cikgu Mia Zara adalah anak bongsu dalam keluarganya.

Rakan 3 Puan Khoo ( bukan nama sebenar) mengajar di sekolah yang saman sehingga kini bersama-sama cikgu Mia Zara dan juga merupakan Guru Penolong Kanan 1 di sekolah itu. Pada mulanya Puan Khoo agak keberatan untuk memberi komen tentang cikgu Mia Zara kerana pernah satu ketika beliau dan juga cikgu Mia Zara bertelingkah berkenaan dengan etika kerja. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,beliau merasakan sikap cikgu Mia tidak masuk akal dan juga agak kurang profesional. Masalah keluarga dan peribadinya kadang-kala mengganggu etika kerjanya dan ini amat mengecewakan pihak pentadbiran. Kes ini sudahpun dibawa ke Jabatan Pendidikan dan pihak jabatan meminta guru besar mencari jalan penyelesaian sendiri kerana bagi jabatan masalah ini tidaklah seberat mana. Pihak sekolah pernah mencadangkan supaya cikgu Mia ditukarkan ke sekolah lain,tetapi setelah merayu dia tidak jadi ditukarkan. Apa yang diharapkan tidaklah sebaik mana. Cikgu Mia tetap tidak berubah malah perangai lamanya semakin menjadi-jadi.

Rakan 4 Saya juga telah menemuramah Encik Taufik. Encik Taufik merupakan seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah Kuantan. Beliau juga merupakan sepupu kepada cikgu Mia Zara Qistina Lee. Menurut beliau,walaupun beliau dan cikgu Mia Zara ada tali persaudaraan,namun ini tidak mendatangkan masalah berat sebelah kepadanya. Encik Taufik ada menerima beberapa aduan dari pihak sekolah diatas kesalahan yang dilakukan oleh Mia Zara,tetapi baginya setiap tuduhan yang dilontarkan mestilah mempunyai bukti yang kukuh. Justeru itu beliau dan beberapa orang anggota jabatan telah menyiasat akan hal tersebut dan hasil dari siasatan itu beliau mendapati bahawa pihak sekolah langsung tidak memberikan kerjasama terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Mia Zara. Begitu juga dengan surat-surat yang dikatakan dihantar oleh ibubapa murid. Mereka mendapati surat yang ditujukan kepada Mia Zara merupakan surat layang dan ini tidak boleh diambil tindakan.

Rumusan Berdasarkan kajian kes ini,pada pendapat saya sebagai individu yang sentiasa melalui proses perubahan dan penalaman baru,cikgu Mia Zara sepatutnya harus mempelajari untuk memahami persekitarannya dengan menerima keadaan sekeliling secara ilmiah dan juga terbuka. Sebagai seorang individu yang berpelajaran tinggi serta mendapat pendidikan serta pendedahan secara luaran di samping mempunya tanggungjawabnya terhadap keluarganya sendiri maka semestinya Mia Zara mampu untuk berfikir secara bebas dan juga berhak untuk menentukan gaya hidup persekitarannya. Merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sam ada perubahan itu ke arah positif atau negatif ( Wan Azmi ,1992) .Perubahan positif akan membentuk seorang individu yang boleh berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Fokus pembangunan sahsiah pula merangkumi tingkah laku yang tetap pada seseorang individu itu. Ia mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat diperhatikan dan boleh dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. 7

Analisis Masalah Berdasarkan Satu Teori yang Dipelajari.

Melaui kes ini,saya telah memilih Teori Maslow. Teori ini berkaitan dengan tenaga manusia untuk berkembang secara sihat dan juga mampu untuk mencapai kesempurnaan. Teori ini juga menegur manusia supaya harus mempunyai pandangan yang optimistik. Ia juga berpendapat bahawa perkembangan personaliti atau sahsiah individu itu bergantung kepada keperluan yang paling domain pada dirinya.

PENGENALAN Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan sesuatu semata-mata ingin mencapai matlamatnya. Motivasi juga boleh dikatakan sebagai satu rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain,motovasi adalah proses penghasilan tenaga oleh keperluan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam satu-satu kelompok kumpulan,motivasi menjadi penggerak kepada kejayaan kumpulan tersebut. Dengan adanya motivasi,secara tidak langsung akan wujudnya kerjasama,sikap suka tolong-menolong antara satu sama lain. Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Di sini,motivasi boleh diiktirafkan sebagai satu kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengambangkan tenaga demi untuk mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian,motivasi adalah satu keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik. Ekoran daripada itu,mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan,rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan . Sekiranya seseorang itu diberi motivasi,maka secara tidak langsung kehendak mereka telag dipenuhi. Penuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang individu itu boleh memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepada individu tersebut.

Untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang tindakansetiap manusia,kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan. Justeru itulah saya mengadaptasikan teori ( Maslow ) dalam kajian saya. Telah diakui bahawa manusia sebagai satu makhluk yang kompleks dan paling tinggi kehendaknya. Keperluan-keperluan manusia ini berperingkatperingkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi itu tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya tidak dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas ini,terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi,barulah keperluan keselamatan,diikuti dengan keperluan kasih sayang ,keperluan penghargaan diri,keperluan penyempurnaan diri dan keperluan Mengetahui. Puncak bagi keperluan manusia menurut Maslow ialah keperluan estetika. Peringkat keperluan manusia ini mengikut keperluan Maslow ini boleh dilihat seperti gambar rajah yang tertera di bawah Keperluan Estetik

Keperluan Mengetahui

Keperluan Penyempurnaan Diri

Keperluan Penghargaan Kendiri

Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan satu perkembangan ontological individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu itu. Misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak,individu itu memerlukan perlindungan dan juga keselamatan,diikuti dengan kasih sayang dan juga penghormatan kendiri. Kajian ini juga mendapati semakin tinggi keperluan individu itu makan semakin kurang penggantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini,individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah lakunya. Pada masa ini,motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman,kemampuan,potensi,bakat dan kreativiti individu itu. Sementara itu,persekitara sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka,dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan paling tertinggi sebagai keperluan perkembangan.

a)Keperluan Estetik Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memilik dan memahami keindahan dan juga kecantikan dalam dirinya. Salah satu cara untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki barangan yang cantik dan juga mempunyai unsurunsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini,manusia sanggup membelanjakan lam beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang cantik. Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengambangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama,muzik dan sebagainya.

b) Keperluan Mengetahui Keperluan mengetahui adalah berkait dengan perasaan ingin tahu akan sesuatu perkara. Ia berhubung dengan keperluan mencari,menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara,seseorang itu mestilah berusaha untuk mencari jawapan mengenai makna kehidupan dan tantang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah,seorang guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan juga kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.

10

c) Keperluan Penyempurnaan Kendiri. Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu cirri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer 1985). Penyempurnaan kendirip pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi,ia mesti jadi iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan juga kesedaran tentang kekuatan dan juga kelemahannya. Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas,gerak balas atau reaksi individu lain di sepanjang pergaulan,sosialisasi atau interaksi dengan individu yang lain. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat akan dirinya sebagai orang yang membenci dan tidak menghargai dirinya. Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya akan diperolehi apabila kesemua peringkat dibawanya itu telah berjaya dipenuhi.

d) Keperluan Penghargaan Kendiri Penghargaan kendiri bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya. Individu yang tinggi perhargaan dirinya selalu berkebolehan untuk membenteras dan mengatasi kegawatan personaliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya. Bantuan dan juga sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Di sekolah,terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada guru untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh guru sendiri,rancangan pelajaran yang bebas dan juga sesi bimbingan kaunseling serta kursus-kursus yang ditawarkan. Satu unsur besar dalam pembinaan kendiri adalam penerimaan. Penerimaan oleh keluarga,guru dan juga rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang berbeza dengan individu lain dari segi sikap,pengetahuan dan juga kemahiran. Penerimaan beerti memberi peluang kepada individu itu belajar menerima diri mereka sendiri. Penerimaan rakan sebaya juga penting supaya mereka tidak merasa tersingkir. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku,terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan juga berusaha menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. 11

e) Keperluan Kasih Sayang Berdasarkan Teori Maslow,keperluan untuk mendapatkan kasih sayang juga penting. Murid yang kekurangan kasih sayang dari ibubapa mereka dapat dilihat dari segi dia bergaul dengan rakan-rakannya. Mereka berasakan bahawa mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil dan ini menyebabkan mereka kurang memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. Keadaan ini akan bertambah rumit sekiranya dimarahi oleh guru mereka. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai,tidak dihargai atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itulah kiinginan,minat dan juga kehendak untuk mereka belajar akan lenyap dan terus pudar. Untuk itu,guru perlulah memberi tunjuk ajar kepada mereka dan menasihati mereka atau mengadakan sesi motivasi untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Tujuan yang utama juga ialah dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra antara murid dan juga guru itu sendiri. Secara tidak langsung,proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik,harmonis,lancar dan berkesan kerana masing-masing dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

f) Keperluan Keselamatan Telah menjadi lumrah hidup,setiap yang bernyawa perlu utamakan keselamatan. Keperluan ini termasuklah kepada kestabilan,penggantungan,perlindungan bebas daripada rasa takut dan bimbang. Menurut Maslow,keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mengalami masalah tekanan jiwa. Setiap inidividu itu mempunyai tahap yang berbeza-beza kehendak atau keperluan keselamatannya. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian,tetapi ada individu yang menganggap keperluan keselamatan ini amat penting. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958),keperluan keselamatan amat penting terhadap seseorang kanak-kanak itu. Hal ini turut berlaku di dalam kelas di mana pelajar juga memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. 12

Oleh itu,diperingkat awal lagi,kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang guru yang berpengalaman,ibu bapa harus memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan mengajar anak-anak mereka akan hal ini. Guru pula memainkan peranan mereka di dalam kelas. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau mood guru itu. Di samping itu,penting seorang guru itu mempunyai sikap toleransi terhadap muridnya. Ini kerana murid-murid akan merasa selamat dan membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

g) Keperluan Fisiologi Mengikut Teori Maslow lagi,peringkat ini merupakan satu keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi sesuatu kehidupan terutamanya manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,minuman,keperluan untuk tidur,masa rehat yang mencukupi dan juga yang paling penting ialah tempat tinggal. Untuk membicarakan tentang teori Maslow ini dalam konteks pendidikan,seorang guru yang tidak cukup tidur serta tidak cukup rehat tidak akan dapat menumpukan perhatiannya terhadap pengajaran mereka. Inin kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan fikiran terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini dari berlaku,para guru sepatutnya menjaga kesihatan dan juga mengubah cara hidup mereka. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi,seorang guru akan kurang berminat terhadap pengajarannya. Ada sesetengah berpendapat bahawa keperluan seks juga penting kerana ada sesetengah manusia amat-amat menitikberatkan seks dalam kehidupan mereka. Namun semua itu terserah kepada individu untuk menilai sejauh mana keperluan seks dalam hidup mereka.

13

VI. Cadangan pelan tindakan untuk membantu membentuk sikap dan sahsiah guru berkenaan.

Masalah yang dihadapi : a) Keperibadian (keyakinan diri yang keterlaluan) b) Bersikap tidak menghormati c) Sikap malas ( datang lewat ke sekolah dan lewat masuk ke dalam kelas) d) Ponteng kerja e) Masalah sampinga luar ( mengajar kelas tambahan sehingga mengabaikan tugas yang hakiki di sekolah)

Objektif Melalui pelan tindakan yang telah saya cadangkan ini,saya berharap segala masalah utama cikgu Mia Zara dapat diatasi. Biarpun tidak semua masalah cikgu berkenaan dapat diatasi,namun sekurang-kurannya ada kesan yang positif akan ditunjukkan oleh cikgu berkenaan. Pihak sekolah perlu sentiasa memantau akan kekurangan yang terdapat pada seseorang guru itu dan membuat pelan tindakan dengan kadar yang segera. Jangan sampai tahap yang kritikal,baru hendak mengambil tindakan.

14

Sasaran

Tindakan yang perlu diambil (oleh siapa)

Ciri-ciri kejayaan

Sumber

Sasaran tarikh untuk pencapaian yang ditetapkan

Tarikh semakan

Jangka Waktu pendek

1)Berwaspada 1)Guru menggunakan masa. a)susun atur aktiviti berdasarkan kepentingan. 2)Guru harus bersedia menguruskan masa dengan baik.

Jadual waktu -Sekali seminggu -rancang jadual harian dengan Setiap hujung minggu.

membahagikan tersusun. b)disiplinkan diri dengan melakukan semua kativiti yang ditetapkan. masa dengan baik dan tersusun.

c)buat satu jadual dengan masa yang telah diperuntukan.

Jangka Waktu Sederhana

1.Pemantau oleh pihak pentadbir

1)Guru dipantau -sebulan sekali 2) Guru

2.Nasihat daripada rakan sejawat

menerima nasihat daripada rakan sejawat

Rancangan -rancangan yang rapi selama 6 bulan Selepas sebulan

3. Perubahan teknik pengajaran dan pembelajaran. 3)Guru sudi membuat perubahan teknik mengajar.

1)Guru Jangka Waktu Panjang mengikuti kursus pembangunan sahsiah. Perubahan pembangunan sahsian dengan secara ikhlas 2)Guru meluangkan masa untuk menghadiri ceramah motivasi Rancangan Selama 1 yang rapi tahun Selepas 1 tahun perlaksanaan.

3)Sokongan dari rakan sejawat

VII)

RUMUSAN

Secara keseluruhannya yang boleh dilakukan melalui kajian ini ialah kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar.Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada anak didiknya. Penyelidik juga berpendapat kesan-kesan yang dihadapi oleh guru iaitu ponteng kerja boleh dikawal oleh pihak sekolah Namun begitu,sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar lagi. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan juga tekanan mereka dengan baik,sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal,malahan dikenakan tindakan tatatertib yang keras pula akan diambil. Perubahan-demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah,namun tidak ramai yang mampu untuk melakukannya. Selain itu,sokongan yang beterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa nokhtah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama antara kedua belak pihak. Teori Hiraki Maslow menegaskan bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan. Oleh itu,bagi meninggikan dan juga mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga pembelajaran di dalam kelas,guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang muridnya. Dengan menyedari keperluan seseorang anak muridnya,guru itu dapat mengatur strategik serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

17

You might also like