You are on page 1of 1

Strategi Kontekst ual

Konsep Proses pengajaran guru yang mengaitkan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan dunia pekerjaan. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar kerana proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan pelajar, pengajar dan bahan pengajaran. Pengajaran secara: o Relating (Menghubungkait), o Experiencing (Mengalami) o Applying (Mengaplikasi) o Cooperating (Bekerjasama) o Transfering (Memindahkan)

Pengajaran (Guru)
Guru menghubungkaitkan pengajaran dalam konteks pengalaman hidup.

Pembelajaran (Murid)
pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan penggunaan harian. pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh. pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi

Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan mempelajari sesuatu tajuk dan menghubungkaitkan pengetahuan baru dan prapengetahuan pelajar. Guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar. Mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar. Guru akan membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan.

You might also like