You are on page 1of 2

KITAR KARBON

1. Kitar karbon merupakan proses

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan. Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui prosesfotosintesis. Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akan mereput. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida. Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum juga membebaskan karbon dioksida. Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwanmembebaskan karbon dioksida. Jadi,proses-proses seperti pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis.

b) Jelaskan bagimanakah kitar karbon berlaku? Aliran karbon dalam pelbagaibentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput dan termendap lama di bawah permukaan bumi. Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut dalam air dan terdapat di udara. Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik. Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksidan. Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera. Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon. Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan. Orgamisma laut seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat. Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

You might also like