Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
topik7_israiliyyat

topik7_israiliyyat

Ratings: (0)|Views: 198|Likes:
Published by puterisantubong
Israiliyat
Israiliyat

More info:

Published by: puterisantubong on Feb 23, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/23/2013

pdf

text

original

 
 
X
 
PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang
Israiliyyat 
dalam tafsir.Perbincangan awal akan tertumpu kepada definisi dan pengertian Israiliyyatdan cara penyerapannya dalam tafsir. Seterusnya perbahasan diteruskan denganmemfokuskan kepada perbincangan tentang hukum meriwayatkan
Israiliyyat 
dan perawi
Israiliyyat 
. Penekanan juga diberikan kepada perbincangan denganlebih terperinci mengenai contoh-contoh
Israiliyyat 
.
 
ISRAILIYYAT 
 
7.1.1 Pengertian
Israiliyyat 
 
Sebelum dibincangkan pengertian
Israiliyyat 
dalam tafsir, marilah sama-samakita meninjau pengertian asal dari sudut bahasa bagi perkataan ini. Perkataan
Israiliyyat 
 
()
adalah perkataan jamak di dalam bahasa Arab.
Mufrad 
nya
TTooppii 
77
 
X
Israiliyyat 
dalam Tafsir
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.
 
Menjelaskan pengertian
Israiliyyat 
dan cara penyerapannya dalamtafsir;2.
 
Menerangkan tentang hukum meriwayatkan
Israiliyyat 
dan perawi
Israiliyyat 
; dan3.
 
Membincangkan dengan lebih terperinci mengenai contoh-contoh
Israiliat.
HASIL PEMBELAJARAN
7.1
 
 
X
TOPIK 7
ISRAILIYYAT 
DALAM TAFSIR
 120
atau kata tunggalnya ialah
Israiliyyah 
().
Ia dinisbahkan kepada
Bani Israil 
(keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya ialah nama bagi NabiAllah Yaakub a.s. yang membawa maksud
Abdullah 
atau hamba Allah. Dalam bahasa Hebrew, Â
Isra 
Ê bermaksud hamba, manakala Â
iil 
Ê bermaksud tuhan. Justeru perkataan ÂIsrailÊ membawa maksud Âhamba tuhanÊ dan ia merujukkepada Nabi Yaakub a.s.Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakub a.s yang berkembang hingga kepada Nabi Musa a.s dan seterusnya nabi-nabi yangdatang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa a.s.Keturunan Nabi Yaakub a.s atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang laludikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa a.spula dikenali dengan nama
Nasara 
atau
Nasrani 
. Manakala yang berimandengan Nabi Muhammad s.a.w pula telah menjadi sebahagian daripada umatIslam dan dikenali dengan
Muslim ahl al-Kitab 
.Bagaimana pula pengertian dan maksud
Israiliyyat 
dalam tafsir?
Israiliyyat 
dapatlah didefinisikan sebagai berita-berita atau cerita-cerita yangdiambil daripada pendeta-pendeta atau ahli kitab yang kebanyakannya terdiridaripada golongan Bani Israel atau Yahudi dan sedikit daripada golonganNasrani. Dalam bahasa yang lebih mudah, para ahli tafsir mendefinisikannyasebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam agama Islammelalui pentafsiran dan penerangan ayat-ayat suci al-Quran.Sehubungan dengan itu,
Israiliyyat 
menurut istilah ahli tafsir merujuk kepadakisah-kisah Yahudi dan Nasrani serta pengaruh dan kesan
thaqafah 
Yahudi danNasrani di dalam tafsir. Walaupun
Israiliyyat 
melibatkan pengaruh Yahudi danNasrani, namun digunakan perkataan
Israiliyyat 
sahaja yang merujuk kepadaYahudi kerana ia dianggap lebih dominan. Hal ini kerana unsur Yahudi lebih banyak sekiranya dibandingkan dengan elemen Nasrani disebabkan pada zamanawal Islam, orang Islam lebih banyak bergaul dan bercampur dengan Yahudi berbanding Nasrani. Walaupun elemen
Israiliyyat 
mula menyerap masuk sejakzaman sahabat, namun ia semakin berkembang pada zaman tabiÊin.Di samping pengertian
Israiliyyat 
di atas, para ulama tafsir dan hadis jugamenggunakan istilah
Israiliyyat 
terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu bagi setiap kisah termasuk cerita lama yang diada-adakan, yang telahdimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadismenganggap bahawa
Israiliyyat 
adalah setiap kisah yang dicipta dandisampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir dengan tujuan untukmerosakkan kesucian Islam.
 
 
TOPIK 7
ISRAILIYYAT 
DALAM TAFSIR
W
 121
 Justeru, menurut al-Zahabi
Israiliyyat di dalam tafsir 
mengandungi duapengertian iaitu:
 
Pertama: kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asalperiwayatannya kembali kepada sumbernya iaitu Yahudi dan Nasrani.
 
Kedua: cerita-cerita yang sengaja dimasukkan oleh musuh-musuh Islam kedalam tafsir yang sama sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-manasumber Islam muktabar.
7.1.2 Cara Penyerapan
Israiliyyat 
 
Kemasukan
Israiliyyat 
ke dalam tafsir bermula dengan kemasukan
thaqafah 
 (peradaban) Bani Israil (yang berhijrah ke Semenanjung Arab) ke dalam
thaqafah 
 Arab pada zaman Jahiliyyah. Bangsa Yahudi ini membawa bersama-samamereka ilmu-ilmu dan pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agamamereka, dan segala perkara yang berkaitan dengannya daripada huraian-huraian, dan juga yang mereka warisi dari satu generasi ke satu generasidaripada nabi-nabi mereka dan pendeta-pendeta mereka.Kemudian, datang ajaran Islam dan Kitab Allah s.w.t yang terkandung didalamnya ilmu dan agama. Seruan Islam lahir dan tersebar dalam kalanganpenduduk Semenanjung Arab. Pada zaman Rasulullah s.a.w, pusat Negara Islamadalah Madinah al-Munawwarah. Di kota Madinah dan di sekitarnya tinggal bermukim beberapa golongan Yahudi seperti Bani QainuqaÊ, Bani Quraizah, Banial-Nadir dan sebagainya. Terdapat di kalangan ulama Yahudi atau Ahli Kitab diMadinah yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam (memeluk Islamsemasa Nabi berhijrah ke Madinah), KaÊab al-Ahbar (memeluk Islam zamanUmar) dan Wahb bin Munabbih (seorang TabiÊi). Abdullah bin Salam contohnyamenjadi tempat rujukan kepada sahabat untuk bertanya secara terperinci tentangkisah-kisah yang sama yang juga disebut di dalam kitab-kitab al-Quran danTaurat.Keilmuan mereka tentang al-Taurat dan al-Injil dimanfaatkan sebilangan parasahabat dan generasi TabiÊin selepas itu untuk pemerincian dalam aspek tafsirayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan fakta-fakta sejarah. Ia turut berkisarmengenai kisah-kisah nabi dan umat mereka silam, kisah-kisah kejadian alamdan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.wdengan batas-batas yang ketat dan terhad. Baginda bersabda yang bermaksud:
Ceritakanlah daripada khabar-khabar Bani Israil dan tiada halangan 
‰. (RiwayatBukhari).

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->