/  57
 
file://localhost/G:/Google Image resultaat voor http--members_tripod_com-tanbihul_ghafilin-k2pic2_gif_bestanden/panduanlengkaphajidanumrah_bestanden/bismilah2.gif 
1
Definisi Haji:Hukum dan Dalilnya
: Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam,sama ada lelaki atau perempuan.
Dalil dari al-Quran:
Firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadatHaji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapayang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.Allah s.w.t telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah dan NabiMuhammad s.a.w tidak pernah mengerjakan ibadat Haji kecuali Haji Wida'.
Dalil dari hadis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Islam dibina atas lima rukun." Baginda s.a.w.menyebut di antaranya ialah ibadat Haji. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak adaganjaran bagi Ibadat Haji yang mabrur kecuali Syurga." Sabda Rasulullah s.a.w yangbermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan ibadat Haji dan tidak sekali-kali menyetubuhiisterinya juga tidak melakukan maksiat nescaya dia kembali suci bersih sebagaimana hari diadilahirkan." Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Wahai umatku semua, sesungguhnyaAllah s.w.t. memfardhukan ibadat haji kepada kamu, oleh itu kamu hendaklah mengerjakanibadat haji." Lalu seorang lelaki bertanya Baginda s.a.w.: "Adakah wajib dikerjakan padasetiap tahun, wahai Rasullullah?" Rasulullah s.a.w. hanya diam sehinggalah lelaki tersebutbertanya kali ketiga lantas Baginda s.a.w. menjawab: "Jika aku katakan ya, nescaya kamuwajib mengerjakan pada setiap tahun, oleh itu kerjakanlah ibadat haji ketika kamuberkemampuan."Semua imam-imam bersependapat bahawa ibadat Haji adalah fardhu, malah ia adalah rukunIslam kelima dan ia juga fardhu yang perlu dikerjakan secepat mungkin.
Fardu:
Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan dan ia adalah penentu bagi ibadat Haji sama ada sahatau tidak serta tidak wajib membayar Dam apabila meninggalkannya. Fardhu juga dikirasebagai rukun dan syarat. Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajibdalam Haji. Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan malah batal Haji jika meninggalkannya.Fardhu juga dikira sebagai rukun Haji.
Perkara-perkara fardu di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram.2- Wuquf di Arafah.3- Tawaf Ifadhah.
 
file://localhost/G:/Google Image resultaat voor http--members_tripod_com-tanbihul_ghafilin-k2pic2_gif_bestanden/panduanlengkaphajidanumrah_bestanden/bismilah2.gif 
24- Bersaie di antara Safa dan Marwah.Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara wajib didalam Haji:
Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.
Perkara-perkara wajib di dalam Haji terdiri dari empat perkara iaitu:
1- Berihram dari Miqat.2- Wuquf di Arafah.3- Bermalam di Muzdalifah.4- Bermalam di Mina.5- Bercukur atau bergunting rambut dan bercukur adalah afdhal.6- Melontar setiap Jamrah.7- Tawaf Wida'Semua Mazhab bersependapat tentang perkara fardhu dan wajib dalam Haji.
Perkara-perkara sunat didalam Haji:
Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan denganpahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa. Sunat, mandub, mustahabdan tatawwu' ialah: Beberapa perkataan yang mempunyai pengertian sama.
Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:
1- Mandi sunat Ihram.2- Bertalbiah.3- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.4- Bermalam di Mina pada malam Arafah.5- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.
JENIS-JENIS HAJIHaji Tamattu':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Hajipada tahun yang sama, di mana ketika berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "HajiTamattu'". Setelah itu dia berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasinganseperti yang dijelaskan sebagaimana berikut. Dia hendaklah menyebut:Yang bermaksud: (Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Umrah kerana inginmengerjakan Haji Tamattu'), wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ingin mengerjakan Umrah,maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Umrah daripadaku, sahaja akumenunaikan ibadat Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala. Serta bertalbiah.Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah jemaah Haji pergi ke Baitullah al-Haram lalumengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian bersaie diantara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali, kemudian bertahallul dari Ihram denganbercukur atau bergunting. Jemaah Haji terus berada dalam keadaan Tahallul sehinggalah
 
file://localhost/G:/Google Image resultaat voor http--members_tripod_com-tanbihul_ghafilin-k2pic2_gif_bestanden/panduanlengkaphajidanumrah_bestanden/bismilah2.gif 
3sampai pada hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijah di mana jemaah Haji akan berniat Ihram Hajidari tempat dia turun sambil berkata:"Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Sesungguhnya akuingin mengerjakan Haji, maka permudahkanlah bagiku, maka terimalah ibadat Hajidaripadaku, sahaja aku menunaikan ibadat Haji dan berihram dengannya kerana Allah Taala.Telah aku penuhi seruanMu wahai Tuhanku, telah aku penuhi seruanMu, telah aku penuhiseruanMu wahai Tuhanku, tidak ada sekutu bagiMu. Telah aku penuhi seruanMu,sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala pemerintahan adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu. Wahai Tuhanku! Diharamkan bagiMu rambutku dan diriku, jasadku dansemua anggotaku, daripada wangi-wangian dan perempuan serta dari semua perkara yangEngkau haramkan terhadap orang yang berihram, aku mengharapkan pertolonganMu, wahaiTuhan sekelian alam."Seterusnya dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad,cuma dia perlu membayar Dam kerana menikmati kemudahan semasa mengerjakan Umrahpada bulan-bulan Haji sebagaimana firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Maka sesiapa yangmahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan."Umrah (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji,(bolehlah ia melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih Dam yang mudah didapati.Orang yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlulagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama diahendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi ibadat Hajimengikut pendapat jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaahHaji yang mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan,tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama sepertihukum Haji Qiran.
Haji Qiran:
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji dan Umrah dalam satu perjalanan musafir(sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji dan Umrah dengan satu niat dari miqat yangditetapkan dengan berkata: Yang bermaksud: "Aku telah memenuhi seruanMu untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah."Apabila jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran memasuki Kota Mekah, dia melakukanTawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan secara berlari-lari anak pada tiga pusinganpertama kemudian diteruskan dengan bersaie di antara Safa dan Marwah seterusnyadisyarakkan di sisi Hanafi agar jemaah Haji melakukan pekerjaan-pekerjaan Hajisebagaimana Haji Ifrad manakala di sisi jumhur memadai bagi jemaah Haji yang mengerjakanHaji Qiran melakukan satu Tawaf (tujuh pusingan) dan satu Saie (tujuh pusingan) sahajakerana Tawaf dan Saie Umrah yang dilakukan itu juga dikira sebagai Tawaf dan Saie Hajisehinggalah dia bertahallul dari Umrah dan Haji secara serentak.
Haji Ifrad:
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja (mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan kemudian menyebut:Yang bermaksud: "Wahai Tuhanku! Aku ingin mengerjakan ibadat Haji, oleh itupermudahkanlah bagiku dan terimalah ibadat Hajiku."

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...