Mat Sabu bukan saja sumber ekonomi kepada pengajur ceramah,juga kepada kamipara peniaga di tempat ceramahnya.Kehadiran peminatnya tidak kurang dari tiga ribuorang,Setengah tempat di Kedah,lebih dari sepuluh ribu hadirin.Sebab itu tidakhairanlah kalau para peniaga ditempat ceramah akan mengikut program ceramah MatSabu dimana juga.Saya sendiri,selain dari kawasan utara tanah air,pernah mengikuti programnya hinggake Kuantan,Melaka.dan Muar.Kuala Lumpur dah jadi macam rumah tanggasendiri.Itulah aktiviti Saya sejak tahun 1997 sehingga tahun 2000 sebelum ditahan ISAselama lima tahun dua bulan.Serba sedikit isu Memali ini pernah saya berbual dengan Allahyarham Ustaz HassanShukri.Ianya berkaitan wang balu-balu syuhada sebanyak RM 30,000 yang dilaburkankedalam Koperasi Al-Hilal,saya ingin tahu kenapa wang pelaburani itu yang dulunyaatas nama pengerusi,setiausaha dan bendahari Lembaga Tadbir MadrasahIslahiah,berpindah nama kepada saya seorang.Isu ini telah menjadi fitnah terhadapsaya yang dicanangkan oleh Yusof Husin kepada Presiden,Allahyarham Ustaz FadzilNor,Ustaz Hasan mengaku yang dia tidak tahu kenapa boleh jadi begitu.Saya di mintamerujuk kepada orang yang bertanggungjawab,saudara Hazrin.saya pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Madrasah Islahiah dan jugaBangkel Jahitan Memali, Allahyarham menesihati saya agar jangan berbuatbegitu,kerana tak ada orang yang boleh mengambil tugas menguruskan KoperasiMadrasah Islahiah Diniah dan juga bengkel jahitan itu.Kalau saya berhenti juga ,dia pasti kedua-dua perojek itu akan tutup.Allahyarham jugamengingatkan saya agar berhati-hati dalam menghadapi krisis dengan Yusuf Husin.Dalam pengalamanya menghadapi beberapa kes yang sama sebelumini,akhirnya orang yang ada jawatan atau paling rapat dengan pemimpin akan selamat."Dalam kes anta ini, ana tahu siapa betul,sapa salah,Macamanapun anta kenafaham,anta sekarang ni bukan gaduh dengan Yusuf Husin tapi di anggap lawanParti.Tak mustahil satu hari anta kena pecat .Ana dah masak sangat kes-kes macamni."itulah antara kata-kata alahyarham yang masih saya ingat" Apa yang disebut oleh Allahyarham Ustaz Hassan itu,benar-benar berlaku.Lima minggusebelum ditahan bawah ISA.saya menerima surat dari Pejabat Agong PASPusat,bahawa saya dipecat keahlian dari ahli PAS,Saya tidak sedih,kerana telahmenduga pekara ini akan berlaku.Cuma saya amat sedih bila teringatkan antara tulisan Sheikh Yusuf Qardawi yangmemberi amaran kepada mana-mana pimpinan gerakan Islam,agar berhati-hati dalammengambil sebarang tindakan memecat keahlian seorang anggota jemaah Islam.