You are on page 1of 2

Travelog Rindu Cinta - Bab 2 : Istilah-istilah Cinta

HEBAT tidah hebat satu perasaan yang dinamakan cinta itu, nyata terserlah apabila ia mampu dikaitkan dengan pelbagai istilah lain. Ya, sepanjang sejarah kemanusiaan sama ada dalam rujukan agama-agama dunia, elemen dan sifat serta kisah bersabit dengan cinta sentiasa maujud. Sebut sahaja kitab apa? Kitab-kitab agama Hindu seperti Ramayana, Mahabrata kitab-kitab agama Buddha, Singh dan agama samawi seperti Taurat, Zabur dan Injil termasuk al-Quran, ada membicarakan soal cinta sama ada secara khusus mahupun umum. Ini tidak termasuk sekalian banyak novel yang khusus menjadikan cinta sebagai tema sepanjang sejarah penovelan itu sendiri. Malah digambarkan bahawa cinta pertama di muka bumi ini adalah cinta antara Adam dan Hawa yang kemudian bertaut kembali selepas memohon kemaafan kepada Allah setelah melakukan kesalahan memakan buah Khuldi di syurga. Atas nama cinta yang kemudian menerbitkan cemburu, maka terjadinya pembunuhan pertama dalam sejarah kemanusiaan iaitu antara Habil dan Qabil. Atas nama cinta, Yusuf digoda dan dianiaya sehingga lebih rela mendekam dalam penjara. Atas nama merebut cinta daripada seorang ayah, Yusuf dikhianati oleh saudara tirinya yang lain. Namun konotasi cinta yang difahami oleh manusia daripada kisah-kisah di atas adalah terlalu cetek dan dangkal bagi dikaitkan dengan kisah-kisah agung dalam al-Quran itu. Kerana alQuran, demi kemuliaan dan kemukjizatannya tidak akan sama dengan kitab agama lain malah tidak pernah setaraf dengan kitab-kitab samawi sebelumnya. Apatah lagi novel-novel dan penulisan cinta oleh manusia. Kisah-kisah dalam al-Quran wajar difahami dengan cara kefahaman yang sudah Allah terangkan dalam al-Quran sendiri melalui firman-Nya yang bermaksud: Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam al-Quran) ia bukan cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut dalam Kitabkitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiaptiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (Surah Yusuf, ayat 111)

Istilah-istilah cinta. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.h. dalam kitabnya Raudatul Muhibbin wa Nuzhatul Musytaqin, antara istilah yang berkait dengan cinta (alhubb) menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah r.h. adalah: Al-Mahabbah (kasih saying), al-Alaqah (cinta, hubungan, segumpal darah), al-Hawa (hasrat, nafsu, keinginan), al-Shawah (kerinduan), al-Sabahah (kerinduan yang halus), al-Syaqaf (cinta yang mendalam), al-Miqat (cinta), al-Wajd (cinta yang disertai kesedihan), al-Kalaf

(cinta yang mendalam), al-Tatayyum (perhambaan), al-Isyq (cinta yang meluap-luap), alJawa (cinta yang membara)... Al-Danaf (sakit kerana cinta), al-Syajw (cinta yang berakhir dengan kesedihan atau kegelisahan), al-Syauq (rindu), al-Khilabah (cinta yang menipu), al-Balab (kegelisahan), alTabarih (cinta yang memuncak), al-Sadam (cinta dengan penyesalan dan kesedihan), alGhamarat (bodoh, lalai dan mabuk), al-Wahl (takut, gementar), al-Syajan (memerlukan), alLaij (hangus, terbakar), al-Iktiab (merana kerana sedih), al-Washab (derita cinta)... Al-Hazan (kesedihan), al-Kamad (kesedihan yang terpendam dalam hati), al-Ladzu (terbakar dek api), al-Huraq (gejala cinta), al-Suhd (susah tidur), al-Araq (tidur tidak lena), al-Lahf (sedih), al-Hanim (kerinduan, belas kasih), al-Istikharah (tunduk, menyerah), al-Tabbalah (derita cinta), al-Lauab (terbakar kerinduan), al-Futun (cubaan, ujian), al-Junun (gila, tidak waras), al-Lamam (setengah gila), al-Khabl (binasa), al-Rasis (teguh, tegar), al-Daul Mukhamir (penyakit yang merasuk) Al-Wudd (kasih yang tulus), al-Akhullah (satu cinta), al-Khilm (sahabat), al-Gharam (cinta yang diperlukan), al-Huyam (sangat dahaga), al-Tadliyah (gila, hilang ingatan), al-Walah (tidak waras dan bingung) dan al-Taabbud (penghambaan). Ya, kita katakan jika seseorang itu benar-benar seorang pencinta sejati, mungkin semua istilah ini boleh dihafal dan difahami maknanya secara istilah dan syarah oleh mereka tanpa masalah!

You might also like