You are on page 1of 3

TOPIK 3 : Teori Perkembangan Kognitif 1 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan ciri-ciri utama teori pembelajaran kognitif 2.

Menghuraikan teori Piaget 3. Mengaplikasi teori Piaget dalam pengajaran sains 4. Menghuraikan teori Bruner 5. Mengaplikasi teori Bruner dalam pengajaran sains 1.0 MENERANGKAN CIRI-CIRI UTAMA TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF I. Teori pembelajaran kognitif cuba menerangkan tentang tingkahlaku manusia dengan memahami cara-cara pemikiran. Proses kognitif berubah atau diubahsuai semasa kita belajar. II. Teori ini mengiktiraf pentingnya peranan otak dalam proses pembelajaran. III. Pakar bidang kognitif percaya banyak proses berfikir berlaku yang membantu kita menginterpretasi, menyusun, menyimpan dan menerima maklumat sebelum kita boleh memberi gerakbalas terhadap rangsangan yang diterima. Proses ini dikenali sebagai proses kognitif. IV. Piaget dan Bruner adalah ahli psikologi yang menyokong teori pembelajaran kognitif.

2.0 MENGHURAIKAN TEORI PIAGET I. Piaget mengenalpasti empat tahap dalam perkembangan kognitif manusia: sensori-motor, preoperasi, operasi konkrit, dan operasi formal. Setiap peringkat dapat dikenal pasti melalui ciriciri yang diperlihat oleh seseorang. II. Piaget menerangkan cara struktur kognitif manusia berkembang melalui proses asimilasi, akomodasi dan keseimbangan mental.

3.0 MENGAPLIKASI TEORI PIAGET DALAM PENGAJARAN SAINS I. Satu contoh aplikasi teori Piaget ialah apabila anda merancang sesuatu pengajaran berdasarkan kebolehan murid pada setiap tahap.

II. Secara amnya murid sekolah rendah berada pada tahap operasi konkrit. a. Justeru bahan konkrit perlu digunakan semasa menyampaikan konsep atau kemahiran sains. b. Rancangkan banyak aktiviti hands-on supaya murid berlatih setiap kemahiran yang dimuridinya. Juga ini akan dapat memudahkan pemahaman murid tentang konsep sains yang sedang dimuridinya. c. Kaitkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid dengan konsep baru yang akan dimuridi d. Gunakan objek atau idea yang biasa dengan murid bila menerangkan konsep yang kompleks dan abstrak.

4.0 MENGHURAIKAN TEORI BRUNER I. Dalam model pembelajaran penemuan yang dikemukakan oleh Bruner, penglibatan murid amat penting dalam proses pengajaran. Murid perlu dilibatkan bagi meneroka dan mengenal pasti sendiri prinsip atau idea daripada hanya mendengar penerangan guru. Apabila murid dilibatkan secara aktif pembelajaran jadi lebih bermakna kepada mereka . Justeru konsep yang dimurid akan dapat diingat dengan lebih lama. II. Model pengajaran yang berasaskan pembelajaran penemuan adalah; a) penemuan terbimbing, b)pembelajaran berasaskan-masalah (problem-based), c) pembelajaran berasaskan simulasi d)pembelajaran berasaskan kes e) pembelajaran insiden (incidental) III. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Maklumat dan contoh dipersembah kepada murid dan murid yang akan meneroka dan menyiasat maklumat dan contoh yang diberi sehingga mereka `menemui sesuatu hubungan atau prinsip. IV. Peranan guru adalah sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid dalam mencari maklumat. Guru tidak berfungsi sebagai pemberi maklumat. V. Bruner juga mengemukakan idea tentang pemikiran induktif. Beliau percaya pembelajaran perlu dilakukan melalui penaakulan secara induktif. Ini bermakna murid akan membentuk konsep berdasarkan contoh-contoh khusus yang dipersembahkan. VI. Bruner mengenal pasti tiga peringkat perkembangan kognitif : enaktif, ikonik dan simbolik.

5.0 MENGAPLIKASI TEORI BRUNER DALAM PENGAJARAN SAINS Aplikasi penggunaan teori perkembangan Bruner adalah apabila anda merancang aktiviti pengajaran yang sesuai dengan setiap peringkat perkembangan bagi menerangkan sesuatu konsep atau kemahiran. Contohnya menggunakan bahan konkrit bagi peringkat enaktif, gambar atau model untuk peringkat ikonik, dan menggunakan teks atau simbol bagi peringkat simbolik.

You might also like