You are on page 1of 8

MINGGU 4

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA


(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

PENGENALAN
Bahasa intipati aktiviti manusia.` Bahasa merupakan ciri-ciri minda yang unik dapt membezakan haiwan dengan manusia (Chomsky,1968). Mengikut Chomsky lagi, alat pemerolehan bahasa (LAD) wujud dalam minda manusia sejak dia dilahirkan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA


FAKTOR VARIASI INDIVIDU
Jakobovits (1980) menyatakan beliau menerima perkembangan semulajadi membantu pemerolehan bahasa seseorang Setiap individu mempunyai kelainan dalam mempelajari bahasa. Kita hanya boleh mempengaruhi faktor luaran sahaja. Perubahan yang berlaku dalam pemikiran individu di luar jangkaan kita.

FAKTOR BAKAT BAHASA


Setiap individu memiliki kebolehan bahasa yang tersendiri. Manusia tidak mempunyai kebolehan yang sama dalammempelajari bahasa. Ia diperolehi melalui hubungan dalam keluarga, pengalaman di sekolah, berinteraksi dengan masyarakat, hubungan dengan rakan sebaya dan sebagainya.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI


Apabila menghadapi masalah atau ada sesuatu keperluan, kanak-kanak memerlukan bimbingan dan motivasi daripada keluarganya atau guru. Contohnya guru di sekolah tadika mereka.
Bahasa akan digunakan untuk keperluan ini. Oleh itu, akan muncul satu tahap di mana kanak-kanak menggunakan masa yang banyak bercakap pada diri sendiri atau kepada siapa sahaja yang sedia mendengar masalahnya dalam usaha pertama mencari penyelesaian dalam menghadapi masalahnya. Justeru itu, pemerolehan bahasa akan bertambah dari masa ke semasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

FAKTOR PERSEORANGAN FAKTOR JANTINA Menurut kajian,kanak-kanak perempuan mempunyai kelebihan dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki. Disokong Atan Long,iaitu kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-kanak lelaki kerana pergerakan jasmani (alat saraf) kanak-kanak perempuan lebih cepat. FAKTOR KESIHATAN Mengikut hipotesis LAD Pada waktu ini (umur 2-6 tahun) kanak2 mempelajari bahasa secara tidak sedar. Bebelan (vokalisasi),holotrasa, telegratik, ayat kompleks Jika dijangkiti penyakit peringkat ini, ia akan mengganggu alat artikulasi (mengganggu kesihatan) FAKTOR KECERDASAN Konsepnya sangat rapat dengan ujian mengukur kecerdasan seseorang Hasilnya : Kecerdasan berhubung rapat dengan kebolehan berbahasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

FAKTOR PERSEKITARAN
KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA Tidak jauh bezanya dengan kehidupan keluarga. Ibubapa orang paling akrab nak-anak, pengaruhnya tentu mendalam. Berlakunya komunikasi atau perhubungan bahasa. Selalunya orang dewasa yang hadir akan memberi contoh membetulkan sebutan kanakkanak. Sebutan yang didengar oleh kanak-kanak ini akan menjadi tiruan (Atan Long 1978:295) RAKAN SEBAYA Berlaku secara formal seperti di tadika atau semasa bermain sesama mereka. Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain itulah yang menyebabkan berlakunya proses pengambilan perkataan, sesama rakan sebaya. PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA Ia bermaksud perhubungan di antara individu di dalam sesuatu keluarga. Apakah mereka mempunyai hubungan yang mesra, kurang mesra atau tidak ada kemesraan langsung. Menurut Prof. Atan Long kanak-kanak daripada kelas atas dan menengah mendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa. Ini penting bagi kanakkanak. Berlaku contohnya pada waktu makan bersama. Anak tunggal selalunya mempunyai penguasaan bahasa yang lebih baik.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI


Ia berkait rapat dengan taraf pendidikan dan kelas masyarakat sesebuah keluarga. Menurut Prof. Atan Long, kanak-kanak di dalam keluarga atasan dan pertengahan didapati bercakap lebih awal. Mereka lebih cepat berkebolehan untuk membentuk ayat dan mempunyai struktur ayat yang lebih matang, berbanding kanak sebaya mereka daripada kelas rendah. Berpunca daripada pendapatan keluarga. Keluarga berpendapatan tinggi lebih berupaya menyediakan berbagai jenis kelengkapan dan alat-alat permainan untuk kanak-kanak. Alat permainan boleh berfungsi sebagai agen pemerolehan bahasa. Mereka mengaitkan objek dengan makna. Dapat menambahkan perbendaharaan kata.

KAWASAN TEMPAT TINGGAL


Yang ditekankan ialah dari segi geografinya, iaitu kawasan pinggir bandar, bandar, kampung, desa atau pedalaman. Kanak-kanak tinggal di kawasan bandar mengetahui lebih banyak kata nama contohnya berkaitan dengan alat-alat elektrik, jenis-jenis kenderaan, pakaian dan peralatan moden. Kanak-kanak yang tinggal di kampung berpengetahuan terhadap jenis-jenis binatang, nama pokok, nama serangga dan sebagainya.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

MEDIA MASSA
Yang banyak televisyen. Digemari oleh kanak-kanak kerana ia merangsang dua indera, iaitu pendengaran dan penglihatan, yang berlaku serentak. Kanak-kanak meminati siaran kartun dan iklan. Ia ringkas dan bersesuaian dengan kebolehan bahasa kanak-kanak.

PENDEDAHAN DAN RANGSANGAN


Kanak-kanak yang aktif pemerolehan bahasanya, biasanya banyak menerima ransangan dan pendedahan melalui pergaulannya. Maksudnya kanak-kanak banyak memperoleh dorongan untuk berbahasa dan bersedia pula bekerjasama untuk menjayakan komunikasi tersebut. Sekiranya tiada pendedahan, sukarlah bagi seseorang kanak-kanak itu menguasai bahasa. Kalau tiada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku. (Abdullah Hassan, 1980:261)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

KESIMPULAN
Untuk memperoleh bahasa, kanak-kanak memerlukan hubungan terus dengan objek dan memerlukan kehadiran orang dewasa untuk memandunya (mengulang-ulang sebutan) supaya ia dapat menarik erti daripadanya. Proses pemerolehan bahasa kanak-kanak tidak akan berlaku tanpa kehadiran faktor-faktor persekitaran di dalam kehidupan kanak-kanak itu. Menurut Asmah Hj. Omar pengetahuan bahasa tidak akan tercapai oleh seseorang kanak-kanak jika dia tidak pernah mendengar orang lain bertutur. (Asmah Hj. Omar, 1981:273).

You might also like