You are on page 1of 22

MINGGU 13

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

INGATAN DAN PROSES PEMAHAMAN


(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Sub topik:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pengenalan Pengertian ingatan Proses ingatan Jenis-jenis ingatan Maksud pemahaman Proses pemahaman Faktor yang mempengaruhi pembentukan pemahaman

8.

Sebab-sebab berlakunya pemahaman yang salah

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pembelajaran dan ingatan berlaku melalui pemprosesan maklumat.


Contoh: Sebuah komputer, model pemprosesan maklumat mengandungi input terdiri dari maklumat yang dikodkan, penyimpanan dan pemprosesan dan akhirnya mengeluarkan output atau ingat kembali.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Maksud Ingatan:
Suatu proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpannya dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan satusatu masalah.

Psikoloji Dalam Bilik Darjah, Ee Ah Meng, 1995:245

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Maklumat yang dapat disimpan dalam ingatan jangka panjang. Maklumat ini boleh kita keluarkan semula apabila dikehendaki.

Psikoloji Pendidikan, Rahil Mahyuddin & Habibah Elias, 2003:173

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Sesuatu

yang diingati. Sesuatu yang timbul dalam fikiran.

Kamus Dewan Edisi ketiga, 2002:491

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Proses ingatan
1. 2. 3.

Pengekodan / peringkat rakaman (Encording) Penyimpanan (Storage) Ingat Kembali (Retrieval )

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

1.

Pengekodan / peringkat rakaman (Encording)

Merujuk kepada proses mendapatkan maklumat.

2.

Penyimpanan (Storage)
Peringkat ini merupakan peringkat di mana pengalaman yang diterima disimpan dengan teratur supaya mudah diingat kembali apabila diperlukan. Lazimnya, hanya maklumat yang berguna dan pengalaman bermakna sahaja dirakamkan untuk kegunaan akan datang.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

3.

Ingat Kembali (Retrieval )

Peringkat ini ialah peringkat akhir dalam proses ingatan.


Maklumat dan pengalaman yang disimpan dalam otak diingat kembali untuk membantu individu menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Jenis-jenis Ingatan
1. 2.

Ingatan Jangka Pendek Ingatan Jangka Panjang

Hilgard dan Atkinson (1979)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ingatan Jangka Pendek

Menyimpan maklumat bagi beberapa saat sahaja, hanya cukup untuk diproses.

Menggunakan IJP ketika menjalankan operasi secara congak.


Mengikuti kuliah atau sedang berbincang dengan rakan atau cuba mengingati nombor telefon. Ingatan jangka pendek (IJP) adalah aktif. (IJP) boleh mengawal maklumat yang diterima dan menyusun maklumat supaya mudah diingati kembali apabila diperlukan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ingatan Jangka Panjang

Satu kemudahan penyimpanan yang kekal.


Sejauh mana bahan penyimpanan boleh diingat kembali bergantung pada sama ada maklumat disusun dengan teratur atau sebaliknya.

Bahan yang bermakna kerap kali diingat kembali dengan senang.


Ingatan jangka panjang kurang aktif berbanding ingatan jangka pendek.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Walaupun begitu dalam ingatan jangka panjang penyusunan semula maklumat juga berlaku. Apabila seseorang individu memperoleh bahan serta pengetahuan baru, ia dibandingkan dengan bahan yang lama. Oleh itu, penyusunan semula bahan juga berlaku dalam ingatan jangka panjang dari masa ke semasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pendapat Hilgard dan Atkinson Mengenai Ingatan Latihan

Kemasukan Maklumat

Ingatan Jangka Pendek

Berjaya dienkodkan untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang

Ingatan Jangka Panjang

14

Tidak dienkodkan ketika dalam ingatan jangka Lupaan pendek

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Maksud Pemahaman

Perihal memahami. Apa yang difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu di fahami. Tanggapan
Kamus Dewan Edisi ketiga, 2002:348

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Proses pemahaman:

Pemahaman merupakan sesuatu pembentukan konsep.


Konsep pula merupakan sesuatu idea spesifik tentang objek, peristiwa dan fenomena samada maujud atau mujarad, yang mempunyai ciri-ciri khusus. Biasanya konsep yang berlainan dengan benda-benda maujud lebih mudah difahami berbanding konsep-konsep bagi benda mujarad.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Misalnya:

Konsep `bintang lebih mudah difahami berbanding dengan konsep `ikhlas.


Bintang - selalu dilihat (benda maujud). Ikhlas - terpancar melalui raut muka / emosi.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pembentukan pemahaman berlaku melalui pengamatan yang terhasil daripada kesedaran dan tumpuan terhadap sesuatu.
Ianya juga bergantung dan saling berkait dengan pengalaman seseorang. Pelajar yang mempunyai pengalaman pembelajaran yang luas dapat membentuk konsep dengan tepat.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Faktor- faktor Yang Mempengaruhi Proses Pemahaman

1.

Pengalaman boleh membantunya membentuk konsep. Cth. Seorang murid berpeluang melihat berbagai jenis burung, ada besar, ada kecil, ada berwarna hitam, juga putih dan berbagai warna dan bersayap. Sehinggalah murid tadi boleh membuat kesimpulan bahawa burung merupakan seekor binatang yang ada bulu dan boleh terbang.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2.

Imaginasi

merupakan keupayaan otak seseorang individu mereka cipta secara mental apa yang didengar atau dialaminya.

Daya imiginasi dipengaruhi oleh kecerdasan dan pengalaman seseorang individu. Daya imaginasi yang tinggi mempercepatkan pembentukan pemahaman seseorang individu.

3.

Kecerdasan
Kecerdasan yang tinggi seseorang individu mempercepatkannya membentuk pemahaman.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

4.

Penguasaan bahasa

Bahasa merupakan lambang yang digunakan untuk menamakan sesuatu konsep.


Kelemahan bahasa atau perbendaharaan kata boleh menjejaskan pembentukan konsep.

5.

Contoh-contoh
Contoh-contoh yang diberikan kepada murid-murid hendaklah mencukupi serta jelas boleh memudahkan pembentukan pemahaman

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Sebab-sebab berlakunya pemahaman yang salah:


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

8.

Contoh-contoh yang tidak mencukupi. Isi pelajaran di luar pengalaman murid. Bahasa yang mengelirukan (loghat). Penggunaan istilah. Penggunaan perkataan yang umum. Penyampaian maklumat yang kurang tepat. Penyampaian pelajaran. Penguasaan prinsip-prinsip yang lemah.

You might also like