You are on page 1of 22

Mengikut beliau, setiap peringkat akan menimbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah psikologikal

kerana konflik emosinya.

Teori Psikososial Erikson mempunyai 5 prinsip utama : Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama Pekembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik Kegagalan mengatasi konflik pada seuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya

Ciri-ciri perkembangan emosi: Rasa kepercayaan dibina pada tahun pertama Membina rasa kepercayaan secara peringkat. Membina rasa ketidakkepercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi. Ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif.

Keinginan memiliki kuasa dan membuat sesuatu dengan usaha sendiri Berasa malu jika tidak diberi kuasa Malu di depan orang Berasa takut melakukan kesalahan

Belajar cepat Bergerak cepat Peka terhadap Yang betul dan yang salah Berasa serba salah jika diketawa Membina sikap negatif jika merasa serba salah

Keinginan menguasai sesuatu dan berjaya Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial Memerlukan peneguhan positif dan penghargaan terhadap tugas yang disempurnakan Merasa kompleks rendah diri jika dikritik.

PERLEKATAN ATTACHMENT Perlekatan merupakan satu hubungan yang rapat dan mesra dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan

kita.
John Bowlby(Berk, 2003), mengaplikasikan idea

hubungan antara bayi dengan penjaga. Bowlby


mendapati hubungan antara bayi dengan penjaga mempunyai tarikan semulajadi.

Terdapat implikasi yang jelas daripada hubungan ini

terhadap perasaan selamat dan kepercayaan seseorang


kanak-kanak. Perlekatan mempunyai empat fasa.

i.

Fasa I (dari lahir hingga enam minggu)

Bayi membina hubungan dengan senyuman, gapaian, tangisan atau renungan kepada individu

yang menjaga atau yang berada dekat dengannya.

Perlekatan masih belum terbentuk, oleh itu mereka tidak kisah sekiranya ditinggalkan dengan orang yang

tidak dikenali.

ii. Fasa II (6 minggu hingga 6-8 bulan)


Mula memberi tindakbalas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali. Bayi masih tidak protes apabila dipisahkan daripada penjaga.

iii. Fasa III (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun)


Bayi menunjukkan kebimbangan apabila dipisahkan. Keresahan ini bergantung pada keadaan, tabiat dan tingkahlaku orang di sekeliling.

iv. Fasa III (18 bulan-2 tahun ke atas)


Penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanakkanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga.

Mereka sudah pandai bertolak ansur dengan penjaga apabila ingin ditinggalkan.

Menurut John Bowlby, selepas melalui empat fasa ini,

kanak-kanak mula membentuk satu hubungan mesra


dengan penjaga. Hubungan ini memberi mereka asas perlindungan dan harapan apabila ketiadaan penjaga tersebut.

Empat variasi perlekatan.

i. Perlekatan yang membawa kepada rasa selamat dan yakin (secure attachment)
Bayi menggunakan ibubapa/penjaga sebagai asas untuk rasa selamat. Pilihan mereka lebih kepada penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali.

Jadual 2 : Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan selamat dan yakin


Kanak-kanak Boleh dipisahkan daripada ibubapa. Dewasa Berupaya menjalin hubungan yang berkekalan dan boleh dipercayai. Mempunyai konsep kendiri yang baik.

Ibubapa sebagai asas untuk merasa selamat apabila melalui pengalaman yang menakutkan. Menunjukkan emosi yang positif apabila bertemu semula dengan ibubapa. Menunjukkan kecenderungan kepada ibubapa berbanding dengan orang luar.

Boleh berkongsi perasaan dengan teman dan rakan.

Memerlukan sokongan sosial.

ii. Perlekatan penghindaran (Avoidant attachment)


Bayi menunjukkan kurang tindakbalas dengan penjaga.
Kelakuan ini berlaku mungkin disebabkan mereka diabaikan atau ditinggalkan dalam dalam jangkamasa yang lama. Mereka tidak menunjukkan kecenderungan untuk bersama dengan ibubapa atau orang luar.

iii. Perlekatan menolak (Resistant attachment) Kanak-kanak mempunyai perasaan cemas yang sangat tinggi terhadap orang luar.
Kanak-kanak Dewasa

Takut dengan orang luar

Menolak untuk rapat dengan orang lain

Menjadi sangat resah apabila ditinggalkan


Sukar untuk dipujuk walaupun dengan kehadiran ibubapa

Mempunyai perasaan bimbang dan takut tidak disayangi oleh pasangan.


Menjadi sangat murung apabila sesuatu hubungan berakhir

Jadual 4: Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan menolak

iv. Perlekatan yang kucar-kacir (Disorganized attachment)

Kanak-kanak selalunya menunjukkan tingkahlaku


yang berbeza-beza.

Tingkahlaku ini terhasil akibat daripada jagaan dan


tingkahlaku yang tidak konsisten yang ditunjukkan oleh ibubapa.

Awal kanak-kanak Menunjukkan campuran antara tingkahlaku penolakan dan penghindaran Kelihatan keliru, cemas dan bingung

Akhir kanak-kanak Mengambil alih tugas ibubapa

Mereka yang menjaga ibubapa

Jadual 5 : Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan kucar kacir

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERLEKATAN


1. Peluang untuk perlekatan o Kehadiran penjaga yang tetap dan memberi sepenuh perhatian memberi kesan yang baik terhadap perlekatan. 2. Kualiti asuhan o Bayi yang dijaga oleh ibu yang prihatin, dengan jagaan yang konsisten dan sesuai dengan keperluan bayi boleh membawa kepada perasaan selamat dan yakin diri.

3. Kelakuan bayi

o Bayi pramatang, mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan penjagaan rapi boleh mengakibatkan perlekatan sukar dijalinkan.
4. Situasi keluarga

oKeluarga yang berpendapatan rendah dan tertekan


boleh membawa kepada rasa tidak selamat bayi. oKeluarga yang bermasalah akan memberi tekanan dan kesan kepada bayi.

5. Pengalaman ibubapa

o Ibubapa yang mempunyai sejarah perkembangan yang baik dengan ibubapa mereka akan memberi layanan yang sama kepada bayi mereka.

Mary

Ainsworth(Berk,

2003)

mendefinisikan

perlekatan sebagai kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga dengan bayi.

Beliau telah merangka satu eksperimen yang digelar

Strange Situation, bayi diletak dalam beberapa keadaan


yang boleh menimbulkan stress kepada bayi tersebut.

Eksperimen ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia


antara 11 bulan hingga 2 tahun yang sudah memahami tentang erti takut atau stress.

Menurut beliau, sekiranya perkembangan perlekatan berlaku dengan baik, bayi dan kanak-kanak akan menjadikan ibubapa atau penjaganya sebagai asas untuk merasa selamat dan yakin dalam sesuatu situasi.

You might also like