You are on page 1of 8

UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

UNIT 7 – JENIS-JENIS CBIS


SISTEM MAKLUMAT TRANSAKSI
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
SISTEM MAKLUMAT KEPUTUSAN

7.0 JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

7.1 Pengenalan

Sistem maklumat berasaskan komputer (CBIS) terbahagi kepada beberapa


jenis iaitu Sistem Maklumat Transaksi, Sistem Maklumat Pengurusan,
Sistem Bantuan Keputusan, Sistem Maklumat Eksekutif, Sistem Automasi
Pejabat dan Sistem Pakar. Ini dapat dilihat dalam Rajah 7.1.

SISTEM MAKLUMAT

Sistem Sistem Sistem Sistem Sistem Sistem


Pemprosesan Maklumat Bantuan Maklumat Automasi Pakar
Transaksi Pengurusan Keputusan Eksekutif Pejabat

Sistem Maklumat Sistem Bantuan


Pemasaran Keputusan
Berkumpulan
Sistem Maklumat
Perakaunan
Sistem Maklumat
Eksekutif
Sistem Maklumat
Pembuatan

Sistem Maklumat
Rujukan : Analisis & Rekabentuk Sistem Maklumat
Sumber Manusia oleh Mohamad, Safawi & Kamarulariffin.

Rajah 7.1 : SISTEM MAKLUMAT BERASASKAN KOMPUTER (CBIS)

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 1


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

7.2 SISTEM MAKLUMAT TRANSAKSI

Sistem Maklumat Transaksi dikenali juga sebagai Sistem Maklumat Urusniaga.


Merupakan sistem maklumat yang mengumpul dan memproses data yang
dijanakan melalui urusniaga harian sesebuah organisasi. Sistem maklumat ini turut
dikenali sebagai Sistem Pemprosesan Data. Ini kerana data yang direkodkan akan
digunakan sebagai pengkalan data untuk sistem maklumat lain seperti Sistem
Pengurusan Maklumat, Sistem Bantuan Keputusan dan Sistem Pakar.

Aktiviti utamanya meliputi pemprosesan tempahan jualan, akaun penerimaan,


akaun pembayaran, inventori dan perolehan serta pembayaran gaji.

 Pemprosesan tempahan jualan akan merekodkan pesanan, tempahan atau


pembelian pelanggan ke atas produk-produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan oleh organisasi tersebut.

 Akaun penerimaan akan merekodkan amaun wang yang diterima hasil


daripada jualan kepada pelanggan.

 Sistem kawalan inventori akan menyimpan segala rekod tentang produk-


produk atau perkhidmatan bagi kegunaan organisasi.

 Akaun pembayaran pula merujuk kepada amaun wang yang perlu dibayar oleh
organisasi kepada syarikat pembekal.

 Pembayaran gaji melibatkan pengiraan gaji dan ganjaran yang perlu dibayar
kepada staf. Pembayaran lain temasuk juga Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja, SOCSO, kerja lebih masa, cukai pendapatan serta bayaran
perubatan.

7.3 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) ditakrifkan sebagai satu sistem berkomputer


yang menyediakan maklumat untuk memenuhi keperluan capaian pengguna bagi
sesebuah organisasi. Maklumat-malumat yang dihasilkan adalah dalam bentuk
laporan yang dijanakan menggunakan data atau maklumat yang dibekalkan oleh
Sistem Pemprosesan Transaksi. Selain laporan berkala, iaitu samada harian,
bulanan, atau tahunan, sistem ini juga berkeupayaan untuk menjanakan laporan-
laporan atas permintaan.

7.3.1 Maklumat terdiri daripada :

a. Maklumat yang lepas, sekarang dan akan datang


b. Laporan berkala, laporan khas dan simulasi

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 2


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

7.3.2 Model MIS terdiri dari satu pangkalan data bersepadu yang menyediakan
data dan maklumat untuk diproses oleh perisian menyediaan laporan atau
model matematik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Binaan bagi Sistem Maklumat Pengurusan terdiri daripada :

a. Sistem Maklumat Pemasaran


b. Sistem Maklumat Perakaunan
c. Sistem Maklumat Pembuatan
d. Sistem Maklumat Sumber Manusia

7.4 Sistem Bantuan Keputusan

Seseorang pengurus tidak dapat lari daripada tugas membuat keputusan.


Keputusan yang dibuat oleh pengurus sebaik-baiknya satu keputusan yang bijak,
adil, berkesan dan memenuhi keperluan. Sesetengah keputusan ini dapat dibantu
oleh komputer. Masalah yang mana penyelesaiannya boleh dibantu oleh komputer
adalah masalah berstruktur dan penyelesaiannya dirujuk sebagai keputusan
terprogram.

Sebaliknya masalah yang tidak dapat dibantu atau diselesaikan oleh komputer
dikenali sebagai masalah tidak berstruktur dan penyelesaiannya disebut sebagai
keputusan tidak terprogram. Terdapat juga keadaan di mana hanya sebahagian
masalah sahaja yang boleh diselesaikan menggunakan komputer dan ini dikenali
sebagai separa berstruktur. Ini ditunjukkan dalam Jadual 7.1 dibawah.

Jadual 7.1 : CONTOH BAGI KEDAAN MASALAH DAN KEPUTUSAN

KEADAAN MASALAH
DESKRIPSI CONTOH
DAN KEPUTUSAN

Berstruktur dan Keputusan bagi masalah dibuat Pengiraan keputusan


keputusan berdasarkan peraturan atau prosedur peperiksaan
terprogram yang jelas.

Separa berstruktur Sebahagian keputusan dibuat kerana Penilaian prestasi


dan keputusan terdapat peraturan atau prosedur staf
separa terprogram yang jelas dan sebahagian lagi tidak
boleh.

Tak berstruktur dan Keputusan sukar dibuat kerana Cawangan baru perlu
tak terprogram ketiadaan peraturan yang jelas. dibuka atau tidak?

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 3


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

Sistem Bantuan Keputusan adalah sebuah sistem maklumat yang dibangunkan


khusus untuk membantu para pengurus berdepan dengan masalah tidak
berstruktur. Ianya berkeupayaan untuk menyediakan maklumat berasaskan kepada
permintaan (ad_hoc basis) serta keupayaan lain seperti permodelan analitikal dan
simulasi. Sumber data bagi Sistem Bantuan Keputusan adalah daripada pangkalan
data yang terbina melalui penggunaan Sistem Pemprosesan Transaksi dan Sistem
Maklumat Pengurusan.

7.4.1 Berikut adalah ciri-ciri Sistem Bantuan Keputusan :


o Mengendalikan amaun data yang banyak daripada pelbagai sumber
sama ada daripada pangkalan data dalaman atau pangkalan data luaran.

o Menyediakan laporan berformat anjal iaitu pengguna boleh mendapatkan


maklumat yg dikehendaki berdasarkan kepada format pilihan mereka.

o Menyediakan laporan yg berorientasikan gabungan tekstual dan grafik


dengan ciri mesra pengguna yg tinggi.

o Menyokong kemudahan penganalisaan ‘drill down’ di mana pengguna


boleh menentukan paras perincian bagi butiran maklumat yg dikehendaki.

o Menyediakan kemudahan penganalisaan ‘what_if’ iaitu proses membuat


perubahan hipoetikal kepada data yg digunakan pada masalah dan
melihat apakah kesan bagi setiap perubahan.

Jadual 7.2 : PERBEZAAN DI ANTARA SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN DAN SISTEM


MAKLUMAT PENGURUSAN

JENIS SISTEM SISTEM BANTUAN SISTEM MAKLUMAT


MAKLUMAT KEPUTUSAN PENGURUSAN

Metodologi Maklumat dijanakan Maklumat dijanakan melalui


pemprosesan berdasarkan permodelan proses pengolahan ke atas
maklumat analitik ke atas data data perniagaan.
perniagaan.

Format laporan Ad-Hoc, anjal dan boleh Format yg tetap tidak boleh
dan kekerapan ubahsuai. Berdasarkan ubahsuai. Berkala seperti
permintaan. harian, mingguan, bulana atau
tahunan.

Bantuan Menyediakan maklumat Menawarkan maklumat


keputusan yang untuk menganalisis sesuatu berkenaan prestasi dan
disediakan. masalah dan peluang yg perkembangan syarikat.
spesifik.

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 4


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

AKTIVITI

1. Aktiviti berkumpulan dengan bilangan ahli sebanyak 2 orang. Anda dikehendaki


memilih dua sistem maklumat yang digunakan oleh sesebuah organisasi,
syarikat atau individu masa kini. Terangkan berdasarkan perkara-perkara
berikut:

i. Nyatakan nama sistem tersebut


ii. Tujuan sistem tersebut dibangunkan
iii. Pengguna sistem
iv. Data input dan Output
v. Jenis Sistem Maklumat yang digunakan

2. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam :

i. Sistem Maklumat Transaksi


ii. Sistem Maklumat Pengurusan
iii. Sistem Bantuan Keputusan.

3. Nyatakan sistem maklumat yang dihasilkan oleh Sistem Maklumat Pengurusan.

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 1

Terangkan konsep Sistem Maklumat berikut


i. Sistem Maklumat Transaksi
ii. Sistem Maklumat Pengurusan
iii. Sistem Bantuan Keputusan.

Soalan 2

Nyatakan kategori sistem maklumat berikut


i. Mengendalikan amaun data yang banyak daripada pelbagai sumber sama ada
daripada pangkalan data dalaman atau pangkalan data luaran.
Kategori : __________________________________

ii. Sistem Kawalan inventori yang menyimpan segala rekod tentang produk-produk
atau perkhidmatan untuk kegunaan organisasi.
Kategori : __________________________________

iii. terdiri dari satu pangkalan data bersepadu yang ,menyediakan data dan
maklumat untuk dirposes oleh perisian menyediaan laporan atau model
matematik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah.

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 5


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

Kategori : __________________________________
Soalan 3

Lengkapkan jadual dibawah dengan jawapan yang betul.

Kedaan masalah dan Deskripsi Contoh


keputusan

___________________ Keputusan bagi masalah dibuat ___________________


___________________ berdasarkab peraturan atau ___________________
prosedur yg jelas.

___________________ Sebahagian keputusan dibuat ___________________


___________________ kerana terdapat peraturan atau ___________________
prosedur yg jelas dan sebahagian
lagi tidak boleh.

___________________ Keputusan sukar dibuat kerana ___________________


___________________ ketiadaan peraturan yg jelas ___________________

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 6


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

MAKLUM BALAS - AKTIVITI

1. Nama sistem, tujuan penggunaan , pengguna, data input dan output adalah
berdasarkan kajian yang dijalankan.

Contoh :
Sistem Tempahan Roti
Kategori : Sistem Maklumat Transaksi

2.
i. Aktiviti utamanya meliputi pemprosesan tempahan jualan, akaun
penerimaan, akaun pembayaran, inventori dan perolehan serta
pembayaran gaji.

ii. Aktiviti utamanya menyediakan maklumat untuk memenuhi keperluan


capaian pengguna bagi sesebuah organisasi. Maklumat-malumat
yang dihasilkan adalah dalam bentuk laporan yang dijanakan
menggunakan data atau maklumat yang dibekalkan oleh Sistem
Pemprosesan Transaksi. Selain laporan berkala, iaitu samada harian,
bulanan, atau tahunan, Sistem ini berkeupayaan untuk menjanakan
laporan-laporan atas permintaan.

iii. Menyelesaikan masalah berstruktur dan penyelesainya dirujuk


sebagai keputusan terprogram. Sebaliknya masalah yang tidak dapat
dibantu atau diselesaikan oleh komputer dikenali sebagai masalah
tidak berstruktur dan penyelesainya disebut sebagai keputusan tidak
terprogram.

3. Sistem maklumat yang dihasilkan oleh Sistem Maklumat Pengurusan

• Sistem Maklumat Pemasaran


• Sistem Maklumat Perakaunan
• Sistem Maklumat Pembuatan
• Sistem Maklumat Sumber Manusia

PENILAIAN KENDIRI
Soalan 1

i. Sistem Maklumat Transaksi


– Dikenali juga sebagai Sistem Maklumat Urusniaga.
– Merupakan sistem maklumat yang mengumpul dan memproses data
yang dijanakan melalui urusniaga harian sesebuah organisasi.

P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 7


UNIT 7 – JENIS-JENIS SISTEM MAKLUMAT

ii. Sistem Maklumat Pengurusan


- Ditakrifkan sebagai satu system berkomputer yang menyediakan
maklumat untuk memenuhi keperluan capaian pengguna bagi sesebuah
organisasi.
- Maklumat-malumat yang dihasilkan adalah dalam bentuk laporan yang
dijanakan menggunakan data atau maklumat yang dibekalkan oleh
Sistem Pemprosesan Transaksi

iii. Sistem Bantuan Keputusan


- Sistem Maklumat yang daapt menolong pengurus membuat satu
keputusan yang bijak, adil, berkesan dan memenuhi keperluan.
- Masalah yang mana penyelesainya boleh dibantu oleh komputer adalah
masalah berstruktur dan penyelesainya dirujuk sebagai keputusan
terprogram.
- Masalah yang tidak dapat dibantu atau diselesaikan oleh komputer
dikenali sebagai masalah tidak berstruktur dan penyelesainya disebut
sebagai keputusan tidak terprogram.

Soalan 2
i. Sistem Bantuan Keputusan
ii. Sistem Maklumat Transaksi
iii. Sistem Maklumat Pengurusan

Soalan 3

KEDAAN MASALAH
DESKRIPSI CONTOH
DAN KEPUTUSAN

Berstruktur dan Pengiraan keputusan


keputusan terprogram peperiksaan

Separa berstruktur dan Penilaian prestasi


keputusan separa staf
terprogram

Tak berstruktur dan tak Cawangan baru perlu


terprogram dibuka atau tidak ?

Rekabentuk Output
Rekabentuk Input • Maklumat peribadi pelajar
• Nama Pelajar berdasarkan carian.
• Nombor Pendaftaran • Pelajar-pelajar yang belum/sudah
• Kursus
P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN menjelaskan yuran peperiksaan. 8
• Alamat Rumah • Pelajar-pelajar yang lulus/gagal
• Alamat Asrama peperiksaan atau perlu menduduki
peperiksaan tambahan.

You might also like

  • Unit17 Edit
    Unit17 Edit
    Document9 pages
    Unit17 Edit
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit18 Edit
    Unit18 Edit
    Document18 pages
    Unit18 Edit
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit15 Edit
    Unit15 Edit
    Document21 pages
    Unit15 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit16 Edit
    Unit16 Edit
    Document11 pages
    Unit16 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit11 Edit
    Unit11 Edit
    Document10 pages
    Unit11 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit9 Edit
    Unit9 Edit
    Document7 pages
    Unit9 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit12 Edit
    Unit12 Edit
    Document4 pages
    Unit12 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (4)
  • Unit8 Edit
    Unit8 Edit
    Document5 pages
    Unit8 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (4)
  • Unit4 Edit
    Unit4 Edit
    Document12 pages
    Unit4 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit10 Edit
    Unit10 Edit
    Document5 pages
    Unit10 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (1)
  • Unit1 Edit
    Unit1 Edit
    Document13 pages
    Unit1 Edit
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit3 Edit
    Unit3 Edit
    Document6 pages
    Unit3 Edit
    DARK COMMERCE
    100% (3)
  • Unit 11
    Unit 11
    Document14 pages
    Unit 11
    DARK COMMERCE
    100% (2)
  • Unit 7
    Unit 7
    Document22 pages
    Unit 7
    DARK COMMERCE
    100% (2)
  • Unit 10
    Unit 10
    Document15 pages
    Unit 10
    DARK COMMERCE
    No ratings yet
  • Unit 6
    Unit 6
    Document34 pages
    Unit 6
    DARK COMMERCE
    100% (4)
  • Unit 5
    Unit 5
    Document13 pages
    Unit 5
    DARK COMMERCE
    100% (2)