• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
 
UNIT 9 – SUB SISTEM MAKLUMAT DALAM PERNIAGAAN 
UNIT 9 SUB SISTEM MAKLUMAT DALAM PERNIAGAANSISTEM MAKLUMAT PEMASARANSISTEM MAKLUMAT PEMBUATANSISTEM MAKLUMAT PERAKAUNANSISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
9.0PENGENALAN
Penggunaan teknologi maklumat amat meluas dalam bidang perniagaan.Sistem maklumat yang digunakan dalam perniagaan terdiri daripada SistemMaklumat Pemasaran, Sistem Pembuatan, Sistem Maklumat Perakaunan danSistem Maklumat Sumber Manusia.
9.1 SISTEM MAKLUMAT PEMASARAN
Sistem maklumat yang digunakan oleh organisasi untuk mengurus aktiviti-aktiviti pemasaran seperti tempahan masuk, pernilaian dan kawalan inventori.Selain itu sistem maklumat ini menjalankan fungsi-fungsi berikut :
Ramalan jualan iaitu membuat ramalan bagi jualan produk-produk atauperkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
Penganalisaan jualan iaitu menentukan produk-produk yang palingmendapat sambutan atau cawangan manakah yang mempunyai jualantertinggi atau siapakah jurujual terbaik mengikut produk dan sebagainya.
Penyelidikan pemasaran iaitu mengumpul maklumat pelanggan dan danmembuat penganalisaan bagi menentukan pola pembelian.
Pengiklanan iaitu menjanakan maklumat-maklumat berkenaan produk danperkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan.
E-dagang iaitu melibatkan pengiklanan melalui laman Web di dalaminternet.
9.2 SISTEM MAKLUMAT PEMBUATAN
Merupakan sejenis system maklumat yang dibangunkan khusus untukmembantu organisasi mengurus aktiviti-aktiviti pengeluaran seperti kawalaninventori atau perolehan (pembelian).Senarai berikut memaparkan beberapa fungsi –fungsi utama yang terdapatdalam Sistem Maklumat Pembuatan
P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 
1
 
UNIT 9 – SUB SISTEM MAKLUMAT DALAM PERNIAGAAN 
Penjadualan penghasilan iaitu menjanakan jadual penggunaankemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kilang bagi memastikanpengeluaran produk adalah cekap dan berkesan.
Rekabentuk Berbantukan Komputer (CAD) iaitu melibatkan pengunaankomputer untuk membantu tugas-tugas rekabentuk bagi sesuatu produk.
Perkilangan Berbantukan Komputer (CAM) iaitu penggunaan komputer untuk mengawal mesin-mesin yg terdapat di dalam kilang.
Pengurusan inventori just in time’ (JIT) iaitu sejenis bentuk kawalaninventori di mana bahan-bahan mentah akan dihantar oleh pembekal dansampai ke kilang bila ianya diperlukan untuk proses penghasilan produk.
9.3 SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
Adalah sistem maklumat yang digunakan oleh sesebuah organisasi bagimenyokong fungsi-fungsi perakaunan seperti perbilan, akaun pembayaran,senarai gaji dan lejar umum.Sistem ini juga melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
Perakaunan cukai iaitu menyediakan laporan-laporan berkaitan denganpembayaran cukai.
Belanjawan iaitu menyediakan jangkaan atau ramalan bagi pendapatandan perbelanjaan serta perbandingan di antara nilai pencapaian sebenar dengan nilai yang diramalkan.
Perakaunan aset tetap iaitu untuk menguruskan aset-aset tetap sepertibangunan, peralatan, hartanah dan lain-lain.
9.4
 
SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA
Merupakan sistem maklumat yang digunakan oleh sesebuah organisasi bagimenguruskan aktiviti-aktiviti sumber manusia seperti perlantikan, latihan,ganjaran, pemecatan atau kenaikan pangkat.Fungsi-fungsi utama yang lain adalah :
Penilaian prestasi iaitu menilai prestasi pekerja sepanjang satu tempohperkhidmatan
Inventori kemahiran iaitu memantau dan mengurus kemahiran-kemahiranyang telah dikuasai oleh seseorang pekerja.
P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 
2
 
UNIT 9 – SUB SISTEM MAKLUMAT DALAM PERNIAGAAN 
Pentadbiran Ganjaran iaitu pengurusan dan pentadbiran ganjaran-ganjaran yang layak dinikmati oleh pekerja-pekerja.Input bagi Sistem Maklumat Sumber Manusia :
Data personal pekerja
Penyelidikan
Semua unsur persekitaran kecuali – pelanggan dan pemegang saham/tuan punya syarikatOutput bagi Sistem Maklumat Sumber Manusia :
Perancangan tenaga kerja
-
Carta organisasi
-
Ramalan gaji
-
Analisis/penilaian kerja
-
Pemodelan tenaga kerja
Pengambilan
-
Menjejak pemohonan
-
Mengenalpasti pekerja yang layak
Pengurusan tenaga kerja
-
latihan
-
Penilaian prestasi kerja
Pampasan
-
Menentukan merit
-
Menentukan bonus
-
Pampasan Eksekutif 
Emolumen dan elaun
-
untuk pekerja semasa dan yang bersara
-
caruman- caruman utama (KWSP, Pekeso Tabung haji dll)
Laporan Persekitaran
-
Polisi dan amalan 
P2113 – TEKNOLOGI MAKLUMAT PERNIAGAAN 
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...