You are on page 1of 4

Andaikan anda Setiausaha Persatuan Penduduk di suatu kawasan perumahan.

Anda hendak membuat aduan kepada pihak yang berkenaan tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk. Tulis surat itu selengkapnya. Rangka karangan : 1 alamat pengirim, penerima, tarikh - tujuan menulis surat 2 masalah ramai penagih sering mencuri 3 masalah keselamatan harta benda 4 masalah lumba haram - bising 5 harapan kerjasama pihak berwajib 6 ucapan terima kasih - tandatangan -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh karangan Persatuan Penduduk Taman Ros, Taman Ros, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan. Tuan, Masalah Penduduk Taman Ros

14 MAC 2008.

Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Ros ingin membuat aduan tentang beberapa masalah yang kami hadapi. 2 Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai penagih terdapat di taman perumahan kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana wujud pelbagai masalah lain yang ditimbulkan oleh mereka seperti kecurian dan sebagainya. Malahan, penutup longkang di hadapan rumah kami juga turut dicuri untuk dijual bagi mendapatkan wang untuk membeli dadah. 3 Kewujudan mereka ini disebabkan oleh projek perumahan yang terbengkalai tidak jauh dari taman kami sejak enam tahun yang lalu. Mereka menjadikan rumah-rumah tersebut sebagai rumah mereka.Kami juga amat bimbang akan keselamatan diri, keluarga dan juga harta benda kami. Pihak kami gagal menangkap mereka kerana mereka mencuri pada tengah malam. 4 Selain itu, ketenteraman kami juga sering diganggu terutamanya pada waktu larut malam oleh kegiatan lumba haram yang melibatkan penunggang-penunggang motosikal. Bunyi enjin yang bising di jalan raya di hadapan taman kami benar-benar membingitkan telinga. 5 Pihak kami amat berharap agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang sewajarnya dengan segera untuk membantu kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang menurut perintah, `tet| (MATRAMLI BIN HALIM ) Setiausaha, Persatuan Penduduk Taman Ros.

Persatuan Matematik sekolah kamu akan mengadakan pertandingan kuiz. Sebagai Setiausaha persatuan,kamu dikehendaki menulis surat memohon kebenaran untuk menggunakan dewan daripada pihak sekolah. Tulis surat kamu selengkapnya. Rangka karangan. 1 alamat pengirim, penerima, tarikh 2 tujuan menulis surat 3 butiran pertandingan 4 janji mengikuti peraturan penggunaan dewan 5 harapan mendapat pertimbangan 6 mengucapkan terima kasih - tandatangan -------------------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh karangan
Persatuan Matematik, Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

17 MAC 2008.

Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah Merujuk perkara di atas, saya selaku Setiausaha Persatuan Matematik, ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan dewan sekolah. 2. Dewan itu akan digunakan untuk menjalankan pertandingan kuiz sempena Minggu Matematik seperti ketetapan di bawah: Tarikh : Hari : Masa : 24 Mac hingga 27 Mac 2008 Isnin hingga Rabu 2.30 petang

3. Kami berjanji akan menggunakan dewan dengan baik sepanjang aktiviti tersebut diadakan. Kami juga akan memastikan keadaan dewan bersih selepas digunakan. 4. Besarlah harapan kami agar permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Zainal (ZAINAL ARIFFIN BIN SALLEH) Setiausaha, Persatuan Matematik.

You might also like