You are on page 1of 10

LAPORAN BENGKEL KERJA KAYU

Nama Projek : Tapak Pameran Serangga

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1.0 TUJUAN 2.0 BAHAN 3.0 ALATAN TANGAN 4.0 MESIN 5.0 PROSEDUR 6.0 PERBINCANGAN 7.0 MASALAH YANG DIHADAPI (SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS) 8.0 PENAMBAHBAIKAN 9.0 KESIMPULAN LAMPIRAN

2 2 3 3 5 6 8 8 9 9 10

PENGHARGAAN
Pertamanya, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor kami iaitu Cik Asmida Binti Ismail dan En. Amir Azril Bin Mohd Ali kerana dengan bantuannya, kami dapat menyiapkan projek kerja amali ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan tutor kami, kami pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat pada masanya.

Kami juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kumpulan AT31D (KUMPULAN A) kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami samasama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

Tanpa kerjasama semua pihak, kami percaya dan yakin projek kerja kayu ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya. Kami yakin dengan projek kerja kayu ini kami dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan dengan proses menyiapkan kerja kayu.

1.0 TUJUAN

1. Mengenal pasti saiz dan penggunaan bahan serta kesesuaiannya. 2. Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan. 3. Mengenal pasti nama dan fungsi mesin serta cara menyelenggarakannya. 4. Mengukur, menanda, memotong serta mencantumkan bahagian projek. 5. Membuat lakaran reka bentuk lukisan seperti lukisan isometrik, lukisan ortografik, lukisan oblik, lukisan hamparan dan lukisan keratin penuh.

2.0 BAHAN

BAHAN MDF Papan Lapis 3mm Papan Lapis 3mm Papan Lapis 5mm Kayu 1 x 2 Gam kayu Kertas pasir Tepung penyumbat

UKURAN 250mm x 55mm 250mm x 55mm 250mm x 120mm 250mm x 20mm 120mm x 40mm 2 2 1 2 2

KUANTITI

3.0 ALATAN TANGAN

NO ALATAN TANGAN 1 Sesiku L

GAMBAR

FUNGSI

Digunakan untuk : i. Menguji ketepatan sudut 90 ii. Menguji keratin permukaan bahan. iii. Membuat tepat. garisan bersudut

Gergaji puting

Digunakan untuk memotong kayu bersaiz tanggam. kecil dan membuat

Berus cat

Dugunakan sewaktu menyapu gam pada permukaan kayu.

Pengikis

Digunakan untuk menyapu tepung penyumbat dan mengikis lebihan tepung penyumbat pada permukaan kayu.

Gergaji lengkung halus

Digunakan

untuk

menggergaji

bentuk lengkung pada bahan yang nipis.

Pembaris keluli

Digunakan untuk mengukur jarak dan memindahkan jarak.

Kikir parut

Dugunakan

untuk

membentuk

lengkok dan meratakan kayu.

Pneumatik Stapler

i. Digunakan untuk menyambung dua jenis bahan yang nipis dan lembut seperti papan lapis. ii. Alat yang digunakan untuk

merekat kepingan papan lapis, PVC, kanvas, kain, dan mounting board. iii. Membolehkancantuman dengan tepat dan cepat. dibuat

10

Pensel

Digunakan

untuk

menandakan

ukuran pada permukaan bahan.

4.0 MESIN

NO 1.

MESIN Mesin Gergaji Jig

GAMBAR

FUNGSI i. Berfungsi menggunakan kuasa elektrik dan untuk

CARA MENGGUNA DAN MENYENGGARA i. Apit bahan yang hendak dipotong dengan kemas. ii. Pastikan kadar kelajuan mesin dan mata gergaji sesuai dengan bahan. iii. Selepas menggunakan mesin, bersihkan mesin dengan mesin pemampat udara. iv. Periksa tapak, ketatkan skru jika longgar. untuk

digunakan

memotong garisan lurus atau bentuk lengkung pada bahan. ii. Mata boleh untuk pemotongnya ditukar ganti

disesuaikan

dengan bahan dan jenis kerja yang hendak

dilakukan. 2. Mesin Gergaji Kayu i. Digunakan

memotong kayu dengan sudut yang tepat. ii. Potongan yang dibuat boleh lurus atau serong. iii. Boleh dilaras mengikut kehendak dan i. Letakkan kayu pada

kesesuaian kerja yang dilakukan.

5.0 PROSEDUR

NO 1.

PROSEDUR Mengukur dan menanda kayu dan papan lapis mengikut saiz yang disediakan. Ukur kayu dengan menggunakan pembaris keluli.

GAMBAR

2.

Garisan

pengukuran

ditanda

dengan

menggunakan pensel dan sesiku L supaya garisan yang dibuat rata. 3. Kayu dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan iaitu 2 batang bagi saiz 1x2. Papan lapis dengan ketebalan 3mm dipotong kepada 2 bahagian dengan ukuran 250mm x 55mm. 1 bahagian dengan ukuran 250mm x 120mm. MDF dipotong 2 keping dengan ukuran 250mm x 55mm. Papan lapis dengan ketebalan 5mm dipotong mengikut ukuran 250mm x 20mm. 3 Kayu dan papan lapis tersebut dipotong dengan menggunakan mesin gergaji kayu dan mesin gergaji jig mengikut saiz yang diperlukan.

Mencantumkan dua bahagian kayu saiz 120mm x 40mm dengan kayu saiz 250mm x 120mm menggunakan pneumatic stapler.

Sapukan gam pada permukaan papan lapis dan MDF. Pastikan kedua-dua permukaan yang hendak

dicantumkan kering, bersih dan tidak berminyak.

Sapukan gam pada kedua-dua permukaan dan biarkan kedua-dua permukaan tadi kering.

Cantumkan kedua-dua permukaan tadi menjadi satu model lengkap.

Kemasan dibuat dengan menggunakan kertas pasir. Gosokkan kertas pasir atau kertas las pada model supaya permukaan menjadi licin.

Gunakan pengikis untuk menyapu tepung penyumbat pada ruang-ruang kosong pada model.

Biarkan tepung penyumbat kering sebelum digosok semula dengan menggunakan kertas pasir. Akhir sekali, kemaskan model projek dan bersihkan.

6.0 PERBINCANGAN
1. Semasa menjalankan kerja amali, setiap pelajar mematuhi peraturan keselamatan diri dengan memakai kasut bertutup dan bertapak getah. 2. Sentiasa mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel serta alatan dan menggunakan peralatan yang sesuai. 3. Pelajar sentiasa menjaga kebersihan bengkel semasa dan selepas kerja amali. 4. Pada sesi pertama bengkel, separuh dari pembinaan projek siap dibina dengan menanda, mengukur, memotong dan melicinkan permukaan bahan projek. 5. Pada sesi berikutnya, semua hasil bahan projek dicantumkan menjadi satu model yang lengkap. 6. Apabila projek telah siap, proses kekemasan dilakukan untuk memastikan hasil yang lebih kemas dan cantik.

7.0 MASALAH YANG DIHADAPI (SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS)

1. Peralatan yang disediakan kurang dan tidak dapat digunakan oleh setiap pelajar dan menyebabkan pelajar terpaksa berkongsi dan ini menyebabkan proses amali terganggu sedikit. 2. Kualiti papan MBF yang kurang baik menyebabkan papan tersebut cepat rapuh apabila di potong. 3. Semasa kerja amali dilakukan, keselamatan pelajar tidak di beri keutamaan kerana tiada peralatan keselamatan disediakan seperti topeng muka dan pelindung mata. 4. Keluasan bengkel yang terhad tidak sesuai untuk menjalankan amali bagi 40 orang pelajar.

8.0 PENAMBAHBAIKAN

1. Kecilkan kuantiti pelajar dalam satu sesi pengajaran dalam bengkel kerja kayu. 2. Menyediakan peralatan keselamatan yang lengkap kepada setiap pelajar.

9.0 KESIMPULAN

Pada akhir kerja amali ini, setiap pelajar dapat mempelajari pelbagai aspek seperti peraturan keselamatan, fungsi-fungsi alatan tangan, prosedur untuk mengahasilkan produk dan melukis lukisan projek dengan tepat. Setiap pelajar berjaya menghasilkan satu model lengkap iaitu tapak pameran serangga. Tugasan amali ini amat berharga kerana memberi pendedahan cara penggunaan alatan tangan dan mesin yang betul serta member pengalaman kepada kami untuk membuat kerja kayu. Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di sekolah nanti. Penulisan ini

memberi penjelasan dan pemahaman yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan. Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan kerja tangan dam mesin yang kami tidak mengetahui nama dan fungsinya.

LAMPIRAN

Lukisan Lakaran Projek.

You might also like