You are on page 1of 11

Leher Baju M Melayu (cekak musang) langkah Berikut ialah langkah-langkah menjahit leher baju cekak musang

1. Ukuran leher 3" x 3 1/2". Bahagian belakang leher tolak 1/2".

2. Letak pola leher di bahagian lipatan dibahagian badan (leher). Sematkan dengan peniti dan gunting.

3. sediakan pola bahagian kolar

4. Sediakan bahagian plaket. Ukuran sebelah bawah 1" x 6". Ukuran bahagian atas 1 1/2" x 7". Bahagian depan bawah dipotong bentuk 'V"

5. Sediakan bahagian leher. Lebar nya ialah 1 1/2" x panjang lilit leher pada badan baju. Ukur pada langkah 1. Dibuat atas interfacing. Potong dan gosok dengan seterika.

6. Potong dengan basi 5 mm pada bahagian leher tadi.

7. Gosok bahagian plaket dengan seterika.

Penyediaan bahagian untuk dijahit

Sedia untuk dijahit

Jahit plaket bahagian bawah dahulu.

Jahit plaket sebelah kanan (hadapan)

Kemaskan tepi kelepet..sebelum jahit tindih..

Hasil plaket bahagian depan yang siap sebelum jahit tindh untuk menetapkannya.

Jahit tindih dibahagian depan dibuat dengan teliti.

Hasil jahitan bahagian depan yang siap.

Pandangan belakang..

Menyediakan bahagian kolar : sambungkan dua keeping kolar depan dan belakang. Jahit ditepi kain pengeras (interfacing).

Ini contoh lain..

Snip bahagian lengkuk supaya hasilnya kemas,,

Ini hasil selepas diterbalikkan.

Tanda notch.

lepas siap jahit, buat tanda notch ditengah-tengah kolar.

Sambungkan kolar tadi pada badan baju. Jahit bahagian belakang dahulu.. kemudian bahagian depan. Tindihkan dengan jahit mesin dengan kemas.

Jahit satu garisan lagi di bawah kolar.. ini sebagai hiasan.

hasil yang telah siap. TERIMA KASIH

You might also like