You are on page 1of 5

PANDUAN DOA DI MAJLIS-MAJLIS RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN 1.

Tujuan Panduan ini disediakan untuk membantu warga pendidikan menggunakan doa di majlis-majlis rasmi Kementerian Pendidikan. 2. Objektif 2.1 2.2 2.3 Memberi peluang kepada warga pendidikan untuk berdoa dan bermunajat menggunakan contoh-contoh doa yang disediakan. Menyelaraskan pembacaan Kementerian Pendidikan. doa di majlis-majlis rasmi

Membantu warga pendidikan berdoa mengikut peraturan dan kesesuaian majlis.

3.

Perihal doa dan berdoa 3.1 Kepentingan doa 3.1.1 Setiap muslim perlu berdoa (memohon) kepada Allah s.w.t akan segala sesuatu yang dihajati. Doa boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Allah menyatakan dalam firmanNya yang bermaksud Berdoalah (memohonlah) kepada Aku (Allah) nescaya Aku (Allah) perkenankan. Berdoa mempunyai adab dan peraturan yang tersendiri. 3.1.2 Doa amat disukai dan dituntut oleh Islam. Ia merupakan ibadah apabila dilakukan mengikut adab dan peraturan kerana ia merupakan hubungan terus antara hamba dengan Allah. 3.2 Adab Berdoa Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam semua keadaan kecuali sedang berhadas kecil (membuang air kecil dan air besar). Walau bagaimanapun terdapat beberapa adab dan peraturan berdoa yang dihimpun oleh para ulama: 3.2.1 Menghadap kiblat (yang lebih afdal). 3.2.2 Hendaklah berwuduk.

3.2.3 Beristighfar/ mohon keampunan kepada Allah sebelum berdoa. 3.2.4 Membaca basmalah. 3.2.5 Membaca al-hamdulillah (Tahmid). 3.2.6 Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 3.2.7 Membuka kedua tapak tangan dan menadah ke langit. 3.2.8 Berdoa penuh khusyuk, merendah diri serta yakin bahawa doanya diperkenankan oleh Allah. 3.2.9 Memohon dengan penuh perasaan dan bersungguhsungguh tanpa putus asa. 3.2.10 Ucapkan dengan jelas dan mengulang tiga kali di tempattempat yang dianggap penting/dipohon. 3.2.11 Di akhiri dengan selawat ke atas Nabi dan pujian (Tahmid) kepada Allah s.w.t. 3.2.12 Sebaik-baiknya membaca basmalah, hamdalah dan selawat hendaklah dalam bahasa Arab. 3.3 Berdoa yang makbul 3.3.1 Memohon dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan. 3.3.2 Memakan dan memakai barang yang halal. 3.3.3 Sentiasa mentaati ibu bapa. 3.3.4 Sentiasa menjauhi maksiat dan perkara-perkara syubhat. 3.3.5 Memelihara silaturrahim. 3.4 Tempat dan masa berdoa 3.4.1 Berdoa dibolehkan pada bila-bila masa dan dimanamana tempat yang sesuai, yang tidak dicampur-adukkan antara perkara yang baik dengan perkara mungkar dan maksiat.

3.4.2 Sesuatu perkara/peristiwa ada doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Doa-doa tersebut perlulah bersesuaian dengan situasi yang ada. 3.5 Berdoa yang sangat mustajab 3.5.1 Di tengah malam ketika manusia lain sedang tidur. 3.5.2 Ketika hujan sedang turun dengan lebat. 3.5.3 Masa antara dua khutbah Jumaat. 3.5.4 Masa antara azan dan iqamah. 3.5.5 Orang yang dizalimi. 3.5.6 Pada bulan ramadan. 3.5.7 Ketika sahur. 3.5.8 Selepas menunaikan solat. 3.5.9 Dalam masjid terutama di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. 3.5.10 Di Padang Arafah 3.6 Doa yang tertolak 3.6.1 Terlibat dengan makanan yang haram atau syubhat (makanan dari sumber yang tidak jelas halal haramnya). 3.6.2 Di majlis yang bercampur-gaur dengan perkara yang dilarang oleh Allah seperti berdoa kemudian diiringi dengan majlis tarian. 3.6.3 Sambil lewa. 3.6.4 Meragui rahmat dan kekuasaan Allah. 3.6.5 Mempercayai adanya Allah tetapi tidak laksanakan hukumNya. 3.6.6 Mendakwa cintakan sunnahnya. Rasul tetapi kita tinggalkan

3.6.7 Mendakwa syaitan itu musuh tetapi kita mematuhi.

3.6.8 Berdoa supaya dihindarkan api neraka tetapi perilaku kita seolah-olah mencampakkan diri ke dalamnya. 3.6.9 Berdoa agar dimasukkan dalam syurga tetapi tidak beramal ibadah. 3.6.10 Percaya mati pasti datang tetapi tidak mempersiapkan diri menghadapinya. 3.6.11 Selalu melihat kejahatan orang lain tetapi tidak nampak kejahatan sendiri. 3.6.12 Selalu menikmati kurniaan Allah tetapi tidak pernah mensyukurinya. 4. Panduan berdoa di majlis rasmi Kementerian Pendidikan. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 5. Masa tidak melebihi tiga minit Pembaca doa hendaklah memakai pakaian Kebangsaan. Doa yang dibaca hendaklah ringkas, padat dan sesuai dengan majlis yang diadakan. Mengandungi unsur-unsur kesyukuran, keamanan dan kemakmuran negara. Menjauhi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum lain. Mematuhi adab dan peraturan berdoa seperti yang dilampirkan. Contoh-contoh doa seperti dalam lampiran.

Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu warga pendidikan melaksanakan doa dalam majlis rasmi dengan sempurna dan berkesan.

You might also like