You are on page 1of 2

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb.

Sungai Manggis 42700 Banting , Selangor Tel : 03-31875481 Ruj SKSM/5048/02/07/03 Tarikh Februari 2013 Kepada, YB Senator, Dato Donald Lim Siang Chai, Timbalan Menteri Kewangan, Aras II, Blok Tengah Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya. Melalui, Guru Besar, Sek. Keb. Sungai Manggis Sk, Puan Ng Siok Hwa, Penyelaras Pembangunan Persekutuan, Dun Telok Datuk. Tuan, PERMOHONAN PEMBINAAN PONDOK MENUNGGU DAN DEWAN TERBUKA SEKOLAH Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan, di dalam mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang lepas, kami sebulat suara dan bersetuju untuk membuat dua permohonan dari pihak tuan untuk beberapa pembangunan di sekolah kami. 3. Sehubungan itu, kami wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak sekolah memohon jasa baik tuan sekiranya dapat memberi sumbangan pembinaan pondok menunggu muridmurid yang bertujuan untuk keselamatan anak-anak sekolah yang akan pulang dari sekolah dan menunggu pengangkutan atau ibu bapa mereka bagi mengelakkan kes-kes yang tidak diingini berlaku. 4. Permohonan kedua ialah pembinaan dewan terbuka sekolah. Ini kerana sudah sekian lamanya kami meminjam kelas-kelas untuk : 25 :

dijadikan dewan jika menjalankan aktiviti-aktiviti dan sambutan majlis rasmi. 5. Bersama ini saya lampirkan salinan kertas kerja program tersebut untuk rujukan pihak tuan. 6. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar, . (EN. FAUZAN BIN MUDIM ) Yang Dipertua PIBG, Sk Sungai Manggis.

You might also like