You are on page 1of 38

KEBUDAYAAN MELAYU: KONSEP & PERKEMBANGAN SOSIALISASI

Disediakan oleh: Nordiana Mat Yaacob Otago 1

KONSEP SOSIALISASI Definisi Proses sosialisasi Sosialisasi budaya Agen-agen sosialisasi

DEFINISI
Sosialisasi bermaksud proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dsb) yang dapat diterima dalam masyarakat. Kamus Dewan Edisi keempat

Menurut Hassan Mustafa, Sosialisasi adalah satu konsep umum yang boleh diertikan sebagai sebuah proses di mana kita belajar melalui interaksi dengan orang lain, tentang cara berfikir, merasakan, dan bertindak, di mana kesemuanya merupakan hal-hal yang sangat penting dalam menghasilkan partisipasi sosial yang efektif. Sosialisasi merupakan proses yang berterusan dalam hidup kita.

Sosialisasi ialah proses pengalaman sosial berpanjangan di mana individu mengembangkan potensi masing-masing and belajar corak kebudayaan mereka. (Macionis J.J, 2000)

PROSES SOSIALISASI
Proses jangka panjang

Antropologi : proses pembudayaan


Psikologi : proses pembentukan nilai

Sosiologi

: proses mempelajari dan

memperolehi norma-norma sosial

SOSIALISASI BUDAYA
Anak dilahirkan dalam dunia sosial. Mereka merupakan anggota baru di dunia tersebut. Dari kacamata masyarakat, fungsi sosialisasi adalah untuk mengalihkan pelbagai informasi yang ada dalam masyarakat tersebut kepada anggotaanggota barunya agar mereka dapat segera dapat terlibat di dalamnya.

Budaya atau kebudayaan adalah sesuatu yang dicipta oleh unit-unit sosial di mana setiap anggota unit sosial tersebut memberikan makna yang sama dari segi nilai, norma, pengetahuan, bahasa, pola interaksi, dan juga hal-hal yang berkaitan dengan fizik, seperti bangunan, kereta, baju dan buku.

UNSUR BUDAYA Nilai adalah prinsip-prinsip etika yang dipegang kuat oleh individu atau kelompok sehingga mempengaruhi seseorang dalam perlakuannya. Nilai berkaitan dengan gagasan tentang baik dan buruk, yang dikehendaki dan yang tak dikehendaki. Nilai membentuk norma, iaitu aturanaturan yang harus dipatuhi oleh setiap anggota suatu unit sosial.

Norma sendiri ada berbagai peringkat, iaitu: Adat istiadat (folkways) adalah sesuatu yang diaplikasi dalam rutin seharian dan interaksi kasual seperti cara makan dan cara berpakaian. Anggota yang tidak melaksanakannya hanya akan dianggap tidak mematuhi etika. Sebagai contoh, tidak memakai tali leher bagi lelaki semasa urusan rasmi akan dianggap tidak mematuhi etika sosial.

mores adalah aturan tidak bertulis yang membezakan yang betul dan salah. Anggota yang tidak mematuhi mores akan dipandang buruk/negatif dalam masyarakat. Sebagai contoh, hanya memakai tali leher semsa urusan rasmi. hukum (laws) aturannya tertulis dan perlanggarnya boleh dipenjarakan.

Selain nilai dan norma, satu lagi unsur budaya adalah peranan. Peranan adalah harapan atau tuntutan kepada seseorang untuk menampilkan perilaku tertentu kerana orang tersebut menduduki status sosial tertentu.

AGEN-AGEN SOSIALISASI
Terbahagi kepada dua; Institusi Institusi adalah satu bentuk unit sosial yang memfokuskan pada pemenuhan satu bentuk keutuhan masyarakat. Misalnya sekolah, keluarga, agama dan media massa : majalah, televisi, radio. Individu kakak, adik, ayah, ibu, teman, guru, kelompok hobi, dsb

1. Institusi Kekeluargaan Keluarga merupakan institusi yang terpenting dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Adalah tanggujawab ibu-bapa and ahli keluarga yang lain untuk menyediakan keperluan seorang kanak-kanak. Kajian telah menunjukkan bahawa kana-kanak perlu diberi sepenuh perhatian di peringkat awal; sentuhan fizikal, rangsangan perkataan dan lain-lain berupaya memupuk perkembangan intelektual kanak-kanak (Belsky, Lerner & Spanier,1984)

Institusi kekeluargaan meletakkan kanakkanak di dalam masyarakat dalam bentuk kaum, agama dan status. Elemen ini adalah sebahagian daripada konsepkendiri (self concept) kanak-kanak tersebut. Sesetengah elemen tersebut seperti kedudukan sosial mungkin berubah tetapi kedudukan sosial semasa lahir tetap memberi kesan kepada seseorang.

2. Sekolah Sekolah meluaskan dunia sosial kanakkanak dengan melibatkan orang yang berlainan latar belakang. Sekolah juga mengajar kanak-kanak banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. Secara tidak formal, sekolah turut menyampaikan perkara lain (hidden curriculum) kepada kanak-kanak. Aktiviti sukanmengajar kanak-kanak nilai pencapaian dan kejayaan.

3. Rakan sebaya Kanak-kanak menjumpai rakan sebaya apabila mereka mendaftarkan diri di sekolah. Rakan sebaya memberi peluang kepada kanak-kanak terlepas daripada pemantauan orang dewasa. Kanak-kanak mendapat pengalaman yang berguna dalam hubungan sosial dan mengukuhkan identiti diri masingmasing.

4. Media massa Perkataan media berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud tgh yang mencadangkan fungsi media untuk menghubungkan orang ramai. Pengaruh media massa semakin berleluasa dengan adanya teknologi komunikasi (akhbar, radio, televisyen, dsb) yang membolehkan maklumat disampaikan dalam skala yang besar.

Media massa memberikan impak yang besar dalam perlakuan dan pandangan seseorang. Bertahun sebelum kanak-kanak belajar membaca, mereka menghabiskan masa dengan menonton televisyen. Semakin mereka membesar, mereka menghabiskan masa banyak di hadapan televisyen dan di sekolah.

Kebaikan Media Massa


Sumber maklumat, informasi, dan hiburan

Menambah pengetahuan dan kefahaman


tentang pelbagai budaya Menyampaikan nilai-nilai dan norma masyarakat Mengandungi kempen-kempen yang berguna kepada masyarakat
Contohnnya: Keselamatan Jalan Raya, Tak Nak merokok, Cintai Sungai Kita

Keburukan Media Massa


Menjadi ikutan dan mempunyai pengaruh

terhadap sikap sesorang, terutama kanakkanak Menyiarkan keganasan terdapat dalam iklan, drama, filem, dll.

5. Institusi keagamaan Agama mempengaruhi pegangan dan tindakan individu

Sentiasa menerapkan nilai-nilai murni


Menjadi asas panduan kepada individu

Memberi kesan kepada rohani

Dari segi sosiologi, fungsi agama adalah: a) nyata (manifest) - mendefinisikan kehidupan spiritual dan memberikan maksud kepada istilah divine; dan b) tidak nyata (latent) - menyediakan forum untuk upacara keagamaan dan tempat pertemuan untuk aggotanya.

Apabila agama dilihat sebagai institusi, maka fungsinya adalah: a) memberikan sokongan sosial - dilihat secara mikro iaitu sokongan dalam masa cemas, ketidakpastian dan kesedihan yang dialami oleh seseorang. b) integrasi dan kawalan sosial - Karl Marx berpendapat bahawa agama meneruskan dan mengesahkan keadaan struktur sosial yang sedia ada. Seperti Marx, ahli konflik berpendapat bahwa agama menguatkan lagi bentuk dominasi dan ketidakserataan dalam masyarakat.

Menurut pandangan Marxist, agama berfungsi sebagai agent of de-politicization dengan mewujudkan perasaan false consciousness dikalangan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik dan mengurangkan kemungkinan tindakan politik secara kolektif yang dapat mengakhiri penindasan sistem kapitalis dan memajukan masyarakat. Pendeknya agama menghalang pembangunan dan perubahan dengan mendorong golongan kurang bernasib untuk fokus kepada aspek kerohanian dan bukan kepada kemiskinan dan penindasan.

c) menggalakkan perubahan sosial Max Weber kurang setuju dengan pendapat Karl Marx. Beliau mengkaji penduduk di Eropah yang menceburi perniagaan dan mendapati bahawa kebanyakan anggota yang berjaya dari kelompok Protestant yang menekankan etika kerja yang berdisiplin, mementingkan kehidupan duniawi dan pegangan hidup yang rasional.

Weber berpendapat sistem kapitalis dapat berterusan selama-lamanya. Namun perkembangan dalam kepercayaan keagamaan dapat membuka ruang kepada anggota masyrakat untuk menyuarakan ketidakpuasan secara lebih terbuka.

PERKEMBANGAN SOSIALISASI
Kedudukan Budaya dalam masyarakat Melayu: Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 Kepentingan Budaya dalam Masyarakat Melayu Peranan Budaya dalam Masyarakat Pengaruh Budaya dalam Masyarakat

KEDUDUDKAN BUDAYA DLM MSYKT MELAYU : DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar.

Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan pembentukannya secara beransur-ansur daripada pelbagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. - Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. - Rantau membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. - Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsurunsur kebudayaan kebangsaan. - Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan. - Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zamanberzaman.

3. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu. Dasar ini telah menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

KEPENTINGAN BUDAYA
Mencirikan sesebuah masyarakat

Meneruskan kesinambungan negara pada


masa hadapan Mempertahankan identiti Melayu

PERANAN BUDAYA
Sebagai jelmaan nilai asas penting dalam konteks

masyarakat
Membina konsep Budaya Kebangsaan (Budaya Malaysia)

Memperkukuhkan integriti dalam masyarakat


majmuk di Malaysia Memantapkan generasi belia untuk menggerakkan perubahan dan mencorakkan hala tuju perjalanan negara

PENGARUH BUDAYA
Budaya memberi impak kepada masyarakat

pemakaian, komunikasi, hiburan; ekonomi


Budaya masa kini budaya destruktif Golongan yang paling mudah terpengaruh remaja dan belia

RUJUKAN
Macionis, J.J. (2000). Sociology 7th ed. Upper Saddle River: Prentice Hall. Kamus Dewan. (ed. ke 4). (2005). Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhammad Khairi. Dasar Pembangunan Negara: Dasar Kebudayaan Kebangsaan. http://muhammadkhairi. Dasar Pembangunan Negara: Dasar Kebudayaan Kebangsaan. blogspot.com/2005/11/.html

Wan Abdul Kadir. Pembangunan Industri Budaya dan Identiti Melayu. http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/image s/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20 wan%20Abd%20Kadir.doc Khairul Arifin Moh Munir. (2008). Peranan Belia dalam Memperkasa Budaya. http://komentarmassa.blogspot.com/2008/06/perananbelia-dalam-memperkasa-budaya.html

You might also like