You are on page 1of 5

ICE BREAKING Aktiviti 1 : Tepuk Keramat Masa : 1 jam Alatan : Tiada Objektif : 1. 2. 3. 4.

Pelajar mempamerkan pergerakan aktif Pelajar menunjukkan air muka yang gembira dan ceria Pelajar mampu menggunakan kesemua deria berdasarkan arahan Pelajar memperlihatkan unsur bekerjasama dalam aktiviti yang dilaksanakan

Langkah-langkah : 1. Fasilitator menerangkan cara aktiviti dilaksanakan 2. Membuat tunjuk cara Cara : Bilangan tepukan 3 kali 1.1.1.1 Tepuk dengan 5 jari tunjuk 5 1.1.1.2 Tepuk dengan 4 jari tunjuk 4 1.1.1.3 Tepuk dengan 3 jari tunjuk 3 1.1.1.4 Tepuk dengan 2 jari tunjuk 2 1.1.1.5 Tepuk dengan 1 jari tunjuk 1 (Nota : Aktiviti dilaksanakan mengikut kreativiti fasilitator masing-masing) Falsafah : 1. Kesepaduan menjadikan kita kuat 2. Tepukan yang sama rentak menunjukkan ada kerjasama persetujuan / konsensi antara ahli 3. Kesilapan boleh merosakkan keseluruhan organisasi / sistem (Nota : Dapatkan pandangan dan pendapat daripada ahli kumpulan)

PEMBINAAN SEMANGAT BERPASUKAN Aktiviti 2 : Bersatu Kita Teguh Masa : 1 jam Alatan : Wisel Objektif : 1. Untuk menanamkan semangat kertja berpasukan bagi mencapai matlamat yang satu 2. Membina kesepakatan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Konsep Aktiviti: 1. Pemikiran kreatif 2. Main pelbagai peranan / kemahiran 3. Kerja berpasukan Pembelajaran dari aktiviti 1. Pelajar menjurus kepada kreativiti yang mereka ada 2. Pelajar akan memainkan peranan berbagai peranan dalam pasukan mereka dan tidak terlalu rigid pada bidang tugas yang ada padanya sahaja. 3. Pelajar akan merasa seronok kerja berpasukan 4. Kerja berpasukan lebih baik hasilnya berbanding kerja perseorangan Langkah-langkah: 1. Tentukan satu garisan permulaan dan garisan penamat ( lebih kurang 9 meter/30 kaki ). 2. Semua pelajar dikehendaki berdiri dalam satu barisan di belakang garisan permulaan. 3. Setiap peserta akan bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat dengan gaya yang unik dan tersendiri, contohnya berjalan dengan kaki sebelah saja, berjalan seperti aksi peguin dan sebagainya. Gaya tersebut tidak boleh diulang semula peserta berikutnya. Jika ada yang berbuat demikian maka dia perlu bermula sekali lagi di garisan permulaan. Selepas tiba di garis penamat, kembali semula di belakang perserta yang terakhir. 4. Selepas semua peserta menyempurnakan secara individu , proses yang sama akan diulang lagi dengan memilih salah satu daripada gaya berjalan antara mereka secara berpasangan, bertiga-tiga dan akhirnya kesemua ahli setiap kumpulan bergerak bersama menuju ke garisan penamat.

Falsafah: 1. 2. 3. 4. Melakukan secara individu kurang menyeronokkan. Melakukan secara berkumpulan lebih menyeronokkan. Peserta didorong untuk berfikir sendiri dan bertindak pantas. Peserta dapat kepuasan sebenar bila melakukannya sebagai satu kumpulan keseluruhan.

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN Aktiviti 3 : Gossip Masa : 1 jam Alatan : Kad imbasan yang mengandungi pesanan/kata-kata hikmah. Objektif : 1. Boleh menyampaikan maklumat dengan tepat dan betul. 2. Dapat menganalisis maklumat yang diterima. 3. Menyedari kepentingan komunikasi yang berkesan. Langkah-langkah: Fasilitator membahagikan kepada 3 kumpulan. 1. Setiap kumpulan berada dalam 3 baris dengajn jarak antara ahli berada lebih kurang sedepa ( 3 kaki ) 2. Fasilitator memberi kad imbasan yang mengandungi kata-kata hikmat/arahan kepada kepada orang pertama dalam kumpulan dan menyuruh pelajar pertama menghafalnya. fasilitator mengambil semula kad imbasan tersebut. 3. Fasilitator menyuruh pelajar pertama menyampaikan pesanan yang diperolehi oleh pelajar pertama kepada pelajar kedua, pelajar pertama kembali ke tempat asal dan duduk. begitu juga seterusnya sehingga ahli setiap baris tamat. 4. Fasilitator menyuruh pelajar yang terakhir bagi setiap baris menyuarakan pesanan yang diperolehi olehnya. 5. Fasilitator membandingkan maklumat / kata-kata hikmah yang diperolehi dari pelajar terakhir dengan pelajar yang pertama. Falsafah: 1. Berhati-hati apabila menerima berita. 2. Bila datang kepada kamu berita hendaklah selidik dahulu. 3. Hindari diri dari menyebarkan fitnah. Tuan rumah : Apa perasaan kamu apabila tetamu menyatakan hasrat hendak menumpang sehari dua? Mengapa rasa begitu? Tetamu : Apa perasaan kamu pada reaksi tuan rumah?

6. Fasilitator membuat proses situasi berdasarkan respon watak-watak yang dilakonkan 7. Minta respon pemerhati dan ahli kelompok berkenaan rasional aktiviti ini. Falsafah: 1. Kehidupan ini seperti roda, ada masa senang dan ada masa susah. 2. Berani menyampaikan hasrat untuk meminta bantuan. 3. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

You might also like