Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seni Dalam Islam

Seni Dalam Islam

Ratings: (0)|Views: 69 |Likes:
Seni bina dalam Islam, prinsip seni dalam islam, peranan seni kepada manusia
Seni bina dalam Islam, prinsip seni dalam islam, peranan seni kepada manusia

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Khairunisa Nurasikin on Feb 26, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/05/2013

pdf

text

original

 
1
1.1 PENGENALAN
Secara fitrahnya, didalam jiwa, perasaan dan keinginan manusia tertanamnya rasasukakan keindahan. Keindahan adalah merupakan satu kesenian, dan untuk mentakrifkan seni itusecara tepat adalah sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.Islam adalah merupakan sebuah agama yang indah dan sejahtera. Diturunkan oleh Allah S.W.T
kepada seluruh ummat manusia tanpa mengenal bangsa. Islam adalah agama yang nyata (waqi‟e)
sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa,kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Al-Farabi menjelaskan senisebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksudkerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah sesuatuyang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapatdinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana'menjelaskan seni (
art)
sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa ertikemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segalasesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkankeharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.
1
 Didalam tugasan ini, akan diterangkan apakah pengertian serta falsafah seni dalam islam.Mengenal pasti prinsip-prinsip seni dan peranannya terhadap manusia dan apakah contoh-contohkesenian yang terdapat didalam islam. Hakikatnya, seni dan manusia tidak dapat dipisahkan.Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawakesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepadaseni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima.
2
Justeru, bersama kita susuri danhayati bagaimanakah konsep dan keindahan kesenian didalam Islam.
1
2
 
2
2.1 KONSEP KESENIAN DALAM ISLAM
Seni adalah merupakan sesuatu yang elok, lembut, indah, senang didengar atau dilihat.Ini termasuklah seni tampak, seni lukis, seni suara dan sebagainya.
3
 Kesenian Islam adalah salah satu kebudayaan Islam yang berkonsepkan keindahan atau sesebuahkarya yang dizahirkan melalui daya kreatif yang pelbagai dengan tujuan untuk membantu
„memeriahkan‟
kebesaran Allah s.w.t . Kesenian menurut perspektif Islam adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t danmestilah bersifat "
 Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar 
" (menyuruh berbuat baik danmencegah kemungkaran).Berseni seharusnya meliputi aspek yang positif serta dapatmembangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, dimana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskanuntuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilahdifahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.Hakikatnya, pembangunan kesenian di dalam Islam mestilah bertunjangkan aspek-aspek akhlak,iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Karya seni dalam Islam adalahmerupakan satu usaha dan perantaraan untuk menzahirkan keindahan Islam dan kebesaran Allahserta menjadi alternatif medan dakwah yang ditundukkan kepada tujuan demi mencari keredhaanAllah s.w.t.
3
Prof Madya Dr Mohd Yusuf Amad ,
Open University Malaysia
(OUM),MPW1143/2143
- Pengajian Islam
. MeteorDoc Sdn.Bhd:Selangor,2010 .
 
3
3.1 FALSAFAH SENI DALAM ISLAM
Seni itu indah dan keindahan itu adalah kesenian. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu maha indah dan Dia sukakan keindahan.”
4
 Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah s.w.t lantassegala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya.Sebagaimana manusia yangdijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Allah menciptakan manusiadengan penuh keseniaan dari segi perbezaan rupa dan warna kulit. Bahkan, kesenian ungguldalam Islam sendiri terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduandan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islammerupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.Jika seni membawa seseorang itu kepada kelalaian dan melupakan Allah, maka seni itu telah laridari prinsip islam yang sebenarnya. Oleh itu, setiap pencinta seni haruslah memahami maksudseni dalam islam. Motif seni dalam islam mestilah menjurus kepada yang makruf danmengutamakan yang akhlak. Islam telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada paraseniman untuk melahirkan pengucapan rasa keindahan dan pengalaman yang lahir dari naluriasasi manusia yang sememangnya menjurus ke arah keselamatan, kesenangan dan keindahan.Seni pada asasnya tidak bertentangan dengan Islam. Apa yang menjadi isu sebenarnya adalahapabila
„perlaksanaan tidak menghalalkan cara‟. Atau secara jelasnya,bagaimana cara
 perlaksanaannya (cara seni itu dikendalikan dan dilaksanakan), adakah ianya dibenarkan dalamislam serta sejajar dengan tuntutan tauhid
dan syara‟. Sebagai contoh, seni suara misalnya, perlu
dilihat dari aspek di mana dia menyanyi, bagaimana pemakaiannya-menutup aurat atau tidak- bagaimana seni katanya dan siapakah pula pendengarnya. Jika perlaksanaannya tidak  bertentangan dengan prinsip Islam, maka ia tidak dilarang.
4

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->