PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 -ASAS NEGARA MERDEKA (8 SIRI)oleh Datin Sitti Haishah Abd Rahman (Unit KUR, BPG)Siri 3 - Bentuk Kerajaan dan Corak Pentadbiran
Tanah Melayu pada mulanya mengamalkan dasar pemerintahan berbentuk monarki,Raja-raja Melayu berkuasa penuh dalam mentadbir negerinya dan berada padakedudukan tertinggi dalam susun lapis pentadbiran negeri. Dalam menjalankanpentadbiran, Raja-raja dibantu oleh Pembesar. Selepas termeterainya Perjanjianpangkor pada 20 Januari 1874, seorang Residen British telah ditempatkan di Perak.Kemudiannya, setiap Negeri-negeri Melayu Bersekutu di tempatkan seorang ResidenBritish dan di negeri-negeri Tidak Bersekutu, seorang Penasihat British. Perlantikan inimenjejaskan kedaulatan dan mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu kerana urusanpentadbiran negeri berada di bawah kuasa mereka.Kerajaan Malayan Union yang dibentuk pada tahun 1946, telah merendahkan maruahdan mengurangkan lagi kuasa Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dianggap sebagaipenasihat kepada Gabenor Inggeris. gabenor berkuasa penuh dalam semua halpentadbiran kerajaan Malayan Union, tetapi beliau dibantu oleh dua (2) majlispenasihat, iaitu Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Mesyuarat Kerja. Sembilan (9)buah Negeri-negeri Melayu digabungkan dengan dua (2) buah Negeri-negeri Selatdan pusat pentadbiran di Kuala Lumpur. Bentuk kerajaan dan corak pentadbiran inibertujuan melindungi kepentingan ekonomi, politik, dan pertahanan British di TanahMelayu.Tentanga dan bantahan yang kuat daripada orang Melayu telah menyebabkan Britishdengan segera menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji perlembagaan MalayanUnion. Setelah perbincangan diadakan dengan Raja-raja Melayu dan wakil UMNO,akhirnya sebuah kerajaan baru dibentuk. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayubercorak persekutuan yang mana terdapat dua (2) jenis pentadbiran, iaitu kerajaanpusat dan kerajaan negeri. Ketua pentadbir kerajaan pusat ialah Pesuruhjaya TinggiBritish manakala kerajaan negeri diketuai oleh Raja / Sultan. Pesuruhjaya Tinggi akandibantu oleh dua majlis, iaitu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuaratkerja Persekutuan. Kerajaan negeri juga terbahagi kepada dua (2) majlis, iaitu MajlisMesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. Keanggotaan majlis-majlis
shar070209
1
Leave a Comment