You are on page 1of 18

NUMERASI TAHUN 1

Hari :Selasa Kelas : 1A3 Tajuk : Wang Hingga RM10 Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : 7.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas Tarikh :24.7.2012 Masa : 1.20-1.45 pm

BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna Aktiviti: 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan cetakan duit syiling saiz besar di papan putih secara rawak. Edarkan satu set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. 2. Minta murid memperihalkan tentang duit syiling tersebut (nombor dan tulisan pada permukaannya, saiznya dan sebagainya) berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka. 3. Kemudian, minta mereka menyusun semula duit syiling tersebut daripada saiz yang terkecil kepada saiz yang terbesar. Beberapa murid diminta melekatkan cetakan syiling saiz di papan putih mengikut susunan yang sama. Soal jawab: Adakah kamu menyusun semula duit syiling dengan betul? Semak jawapan kamu. Apa yang kamu lihat apabila kamu menyusun semula duit syiling tersebut? (Saiz duit syiling semakin besar. Nombor pada duit syiling juga semakin besar.) 4. Perkenalkan duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. 5. Edarkan beberapa set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. Minta mereka kelompokkan duit syiling tersebut mengikut saiz atau nilai yang anda sebutkan. 6. Seterusnya, minta mereka menekap dan menggores duit syiling menggunakan krayon/pensel warna mengikut susunan saiz atau nilai dalam buku latihan. Edarkan Lembaran Kerja 7.1 Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar Refleksi :

Hari :Rabu

Tarikh :25.7.2012

LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Kelas : 1A3 Tajuk : Wang Hingga RM10 Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : 7.2 Mewakilkan nilai wang dalam RM dan sen Masa : 1.20-2.10 pm

BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna Aktiviti: 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan: sediakan atau minta murid membawa barang mainan lama, buku-buku dan sebagainya tandakan harga setiap barang kurang daripada 1 ringgit.

2. Pada hari Jualan Mega: bentukkan kumpulan (4 orang) tetapkan beberapa kumpulan sebagai pembeli dan kumpulan yang lain sebagai penjual susunkan meja dan barang-barang untuk jualan edarkan sampel duit syiling yang mencukupi kepada setiap kumpulan pembeli.

3. Maklumkan kepada murid bagaimana aktiviti ini dijalankan. Pembeli akan menggunakan sampel wang yang mereka terima sebagai wang belanja. Mereka perlu membayar harga barang yang dibeli dengan jumlah wang yang betul. Penjual pula perlu memeriksa jumlah wang yang dibayar oleh pembeli bagi barang yang mereka jual.

4. Beredar di sekeliling kelas untuk membantu mereka dalam aktiviti ini dan kenal pasti masalah pembelajaran murid. 5. Edarkan Lembaran Kerja 7.2. Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar Refleksi :

Hari :Khamis Kelas : 1A5 LINUS TAHUN 1 2012

Tarikh :26.7.2012 Masa : 4.40-5.30 pm

NUMERASI TAHUN 1
Tajuk : Wang Hingga RM10 Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : 7.2 Menukarkan a) duit syiling sehingga RM1 b) wang kertas sehingga RM10 BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon/pensel warna Aktiviti: 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan Papan 100 pada papan tulis. Edarkan set sampel duit syiling, Papan 100 dan pelekat kepada setiap pasangan. 2. Minta murid melekatkan duit syiling 10 sen pada petak 10 di Papan 100 mereka. Soal jawab: Adakah ini... (Tunjukkan dua cetakan duit syiling 5 sen pada sebelah tangan.) ... sama nilainya dengan yang ini? (Tunjukkan cetakan duit syiling 10 sen pada tangan sebelah lagi.) 3. Untuk duit syiling 5 sen yang pertama, minta murid membuat lompatan ke petak nombor 5. Untuk duit syiling 5 sen yang kedua, minta murid membuat 5 lompatan bermula daripada petak 5. Mereka akan berhenti pada petak yang ada duit syiling 10 sen tadi. Jalankan yang serupa pada Papan 100 di papan tulis. Soal jawab: Adakah nilai kedua-duanya sama? Mengapa? (Mereka sepatutnya boleh menyatakan 5 dan 5 jadi 10. Tuliskan di papan putih 5 sen + 5 sen = 10 sen.) 4. Ulang Langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3(a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 7.3. Nota: Garis nombor boleh digunakan untuk aktiviti ini. Aktiviti yang serupa diulang untuk Menukarkan Wang Kertas Sehingga RM10. Gunakan Lembaran Aktiviti 7.3(b). Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar Refleksi :

Hari :Rabu Kelas : 1A3 Tajuk : Wang Hingga RM10 Standard Pembelajaran : LINUS TAHUN 1 2012

Tarikh :01.8.2012 Masa : 1.20-2.10 pm

Murid berupaya untuk :

NUMERASI TAHUN 1
1. Menambah dan menolak a) duit syiling sehingga RM1 b) wang kertas sehingga RM10 BBM: Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar,Sampel duit syiling/wang kertas,Krayon Aktiviti: 1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan Papan 100 pada papan tulis. Edarkan set sampel duit syiling, Papan 100 dan pelekat kepada setiap pasangan. 2. Minta murid melekatkan duit syiling 10 sen pada petak 10 di Papan 100 mereka. Soal jawab: Adakah ini... (Tunjukkan dua cetakan duit syiling 5 sen pada sebelah tangan.) ... sama nilainya dengan yang ini? (Tunjukkan cetakan duit syiling 10 sen pada tangan sebelah lagi.) 3. Untuk duit syiling 5 sen yang pertama, minta murid membuat lompatan ke petak nombor 5. Untuk duit syiling 5 sen yang kedua, minta murid membuat 5 lompatan bermula daripada petak 5. Mereka akan berhenti pada petak yang ada duit syiling 10 sen tadi. Jalankan yang serupa pada Papan 100 di papan tulis. Soal jawab: Adakah nilai kedua-duanya sama? Mengapa? (Mereka sepatutnya boleh menyatakan 5 dan 5 jadi 10. Tuliskan di papan putih 5 sen + 5 sen = 10 sen.) 4. Ulang Langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 5. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3(a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 7.3. Aktiviti Pengukuhan : Garis nombor bersaiz besar Refleksi : Hari :Ahad Kelas : 1A3 Tajuk : Masa dan Waktu Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : Tarikh :05.8.2012 Masa : 4.40-5.30 pm

1. Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Aktiviti: 1. 2. Tunjukkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari. Minta murid memperihalkan tentang gambar tersebut. Perkenalkan dan tulis perkataan pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Kemudian minta mereka menyebut dan mengeja perkataan dengan betul.

3. Minta murid memperihalkan aktiviti dalam sehari mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka. Bincang tentang persamaan dan perbezaannya. Contohnya: 4. 5. Saya memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur. Saya tidak tidur pada waktu siang, tetapi saya tidur pada waktu malam. Pada waktu siang saya dapat melihat matahari. Pada waktu malam saya melihat bulan. Saya makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Ada orang suka pergi ke taman pada waktu pagi. Saya suka pergi ke taman pada waktu petang. Saya tidak boleh menonton televisyen sehingga larut malam. Saya akan mengantuk di dalam kelas.

Minta murid menyusun gambar tersebut mengikut turutan bahagian dalam sehari yang betul. Edarkan Lembaran Kerja 8.1.

Aktiviti Pengukuhan : Kertas mah-jong, Krayon/Pensel warna Pen marker Refleksi :

Hari :Selasa Kelas : 1A3 Tajuk : Masa dan Waktu Standard Pembelajaran :

Tarikh :07.8.2012 Masa : 1.20-1.45 pm

Murid berupaya untuk :

1. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari Aktiviti: LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
1. Bentukkan kumpulan (3 orang). Minta murid menyenaraikan aktiviti harian yang berlaku pada hari persekolahan. Soal jawab: Apakah yang kamu buat selepas bangun tidur? Apakah yang kamu lakukan selepas itu? Apakah perkara yang kamu lakukan apabila tiba di sekolah? 2. Edarkan keratan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari kepada setiap kumpulan. Minta murid mewarna, menggunting dan melekatkan gambar tersebut pada kertas mahjong mengikut turutan bahagian-bahagain hari yang betul. Minta mereka menuliskan situasi di bawah setiap keratan gambar. 3. Minta setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka. Pamerkan carta-carta tersebut pada papan kenyataan. Carta ini akan digunakan lagi dalam Unit 8.5. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.2. Aktiviti Pengukuhan : Kertas mah-jong, Krayon/Pensel warna Pen marker Refleksi :

Hari :Selasa Kelas : 1A3 Tajuk : Masa dan Waktu Standard Pembelajaran :

Tarikh :07.8.2012 Masa : 1.20-1.45 pm

Murid berupaya untuk :

1. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari Aktiviti: LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
1. Minta murid menceritakan tentang hari lahir mereka. Kemudian, minta murid yang lahir pada bulan berikutnya untuk menulis tarikh lahir mereka di papan putih. 2. Lekatkan kalendar besar di papan putih dan edarkan kalendar kecil kepada setiap murid. Perkenalkan kalendar tersebut kepada murid-murid. Soal jawab: Ini adalah kalendar bulan ... (nama bulan) Bilakah hari lahir ... (nama murid)?

Hari apakah sebelum hari lahir ... (nama murid)? Hari apakah selepas hari lahir ... (nama murid)? 3. Tandakan kesemua tarikh-tahir lahir tersebut. 4. Kemudian, baca nama hari dalam 2 minggu pertama bersama-sama bermula dari Ahad. Soal jawab: Kita bermula dengan hari Ahad. Dari hari Ahad hingga Sabtu, kita panggil satu minggu. Berapakah jumlah hari dalam seminggu? Mari kita tandakan dan bilang bersama-sama. (Minta murid manandakan () bersebelahan ketujuh-tujuh hari tersebut. Bilang tanda tersebut.) 5. Bacakan nama-nama hari tersebut semula sehingga Sabtu. Soal jawab: Apakah hari berikutnya? (Minta mereka menuliskan Ahad dalam lajur Hari.) Selepas itu? (Minta mereka menuliskan Isnin.) 6. Teruskan sehingga lengkap seminggu. Bimbing murid untuk melihat pola (nama-nama hari tersebut diulang semula selepas Sabtu). Kemudian, minta murid melengkapkan nama hari seterusnya pada kalendar. 7. Minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu Twinkle Twinkle Little Star): Ahad, Isnin, Selasa Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu pula akhirnya Mari sebut semula! Ahad, Isnin, Selasa, Rabu LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Khamis, Jumaat dan Sabtu! 8. Edarkan Lembaran Kerja 8.3. Aktiviti Pengukuhan : Kertas mah-jong, Krayon/Pensel warna Pen marker Refleksi :

Hari :Khamis Kelas : 1A5 Tajuk : Masa dan Waktu Standard Pembelajaran :

Tarikh :09.8.2012 Masa : 4.40-5.30 pm

Murid berupaya untuk :

2. Menyebut aktiviti mengikut bahagian-bahagian hari BBM: Gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari Aktiviti: 1. Bantu murid untuk membina kalendar mingguan. Gunakan kertas warna dan krayon/pensel warna. Minta murid membawa pulang kalendar tersebut agar mereka dan ahli keluarga mengisi ruangan

LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
peristiwa harian bersama-sama. Mereka bebas untuk melukis dan menghias kalendar tersebut, contohnya: 2. Minta mereka bawa kalendar tersebut pada sesi akan datang untuk dibincangkan bersama-sama. Minta mereka melekatkan kalendar itu dalam buku latihan. 3. Kemudian, minta murid menuliskan lirik dalam buku latihan dan menyanyikan lagu berikut (mengikut irama lagu Are you sleeping Brother John?): Hari ... (nama hari ini) Hari ... (nama hari ini) Sepanjang hari, sepanjang hari. Semalam hari ... (nama hari sebelumnya) Esok hari... (nama hari berikutnya) Seronoknya! Seronoknya! Aktiviti Pengukuhan : Kalender,warna Refleksi :

KALENDAR

OGOS 2012
Hari
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
LINUS TAHUN 1 2012

Tarikh
1 2 3 4 5 6 7 8

Peristiwa

NUMERASI TAHUN 1
Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa
Hari :Ahad Kelas : 1A5 Tajuk : Masa dan Waktu Standard Pembelajaran : 8.5(a) (i) Murid berupaya untuk : Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam

9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31
Tarikh :26.8.2012 Masa : 4.40-5.40 pm

BBM: Jam analog,Gunting,Kad manila (digunting mengikut saiz yang sama dengan muka jam dan dilubangkan di tengah-tengahnya),Gam,Split pin, Krayon/Pensel warnaBahan hiasan (pelekat, perada/gold dust dsb.) Aktiviti: 1. Murid duduk secara berpasangan. Tunjukkan jam analog. Soal jawab: Ini apa? LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Kita gunakannya untuk apa? Terangkan pada saya. 2. Minta murid memperihalkan jam tersebut (nombor dan susunannya, jarum panjang dan jarum pendek) mengikut pemerhatian dan pengetahuan mereka. 3. Edarkan Lembaran Aktiviti 8.5(a), gunting, kad manila, gam dan sepasang split pin kepada setiap pasangan.

4. Minta murid menggunting petak nombor dan melekatkannya pada muka jam. Mereka juga boleh membuat hiasan pada muka jam atau melukis gambar kesukaan mereka di tengah muka jam. 5. Apabila selesai, minta mereka menggunting muka jam tersebut dan melekatkannya pada kad manila. Bantu murid mencantumkan dan menyematkan jarum panjang dan jarum pendek di tengah muka jam menggunakan split pin. Minta murid menulis nama masing-masing di belakang muka jam. Muka jam disimpan dengan cermat supaya ia boleh digunakan untuk sesi pengajaran yang berikut. Aktiviti Pengukuhan : Kalender,warna Refleksi :

Hari :Khamis Kelas : 1A5 Tajuk : Masa dan Waktu LINUS TAHUN 1 2012

Tarikh :30.8.2012 Masa : 5.10-6.10 pm

NUMERASI TAHUN 1
Standard Pembelajaran : 8.5(b) (i) BBM: Jam analog Aktiviti: 1. Murid duduk secara berpasangan (pasangan yang sama dalam sesi yang lepas). Edarkan semula muka jam yang telah mereka hasilkan. Gunakan 5 buah muka jam untuk tunjuk cara berikut.
Muka jam Soal jawab Di manakah jarum panjang? (Pada nombor 12.) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor 1.) Waktunya pukul satu. (Tuliskan Pukul 1 pada papan tulis.) Di manakah jarum panjang? (Pada nombor 12.) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor 2.) Waktunya pukul dua. (Tuliskan Pukul 2 pada papan tulis.) Di manakah jarum panjang? (Pada nombor 12.) Di manakah jarum pendek? (Pada nombor 3.) Waktunya pukul tiga. (Tuliskan Pukul 1 pada papan tulis.) Lihat jarum panjang. Lihat jarum pendek. Pukul berapakah sekarang? (Pilih murid untuk menulis waktunya.)

Murid berupaya untuk : Menyatakan waktu dalam jam pada muka jam

Lihat jarum panjang. Lihat jarum pendek. Pukul berapakah sekarang? (Pilih murid untuk menulis waktunya.)

2. Ulang langkah terakhir dengan memberikan contoh-contoh yang lain. Bimbing mereka melihat bahawa apabila jarum panjang berada pada 12 dan jarum pendek berada pada angka yang lainnya, kita lihat pada angka pada jarum pendek untuk menyatakan waktu. 3. Kemudian sebutkan waktu. Minta murid menunjukkan waktunya pada muka jam masing-masing dan menuliskannya di papan tulis. 4. Edarkan Lembaran Kerja 8.5. Aktiviti Pengukuhan : Kalender,warna Refleksi :

LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Hari :Isnin Kelas : 1A5 Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi Standard Pembelajaran : 9.1 Murid berupaya untuk : Tarikh :03.09.2012 Masa : 3.40-4.40 pm

Mengenal dan menamakan bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid

BBM: Lembaran Aktiviti 9.1,Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D,Papan putih individu,Pen marker Aktiviti: 1. Beberapa hari sebelum sesi ini dijalankan, sediakan atau minta murid membawa beberapa objek seperti tin kosong, kotak kosong, topi hari lahir, kon ais krim, kotak tisu kosong dan sebarang jenis bola. Guru perlu ada satu set objek yang mewakili setiap bentuk 3D. 2. Bentukkan kumpulan (4 orang). Perkenalkan bentuk-bentuk 3D. Pastikan murid dapat menyebut dan mengejanya dengan betul. 3. Minta murid berkongsi objek yang dibawa bersama ahli kumpulannya. Bincang tentang persamaan dan perbezaan bentuk 3D tersebut, contohnya, tin sadin dan lilin kedua-duanya berbentuk silinder tetapi tin sadin pendek dan lebar manakala lilin panjang dan kurus. 4. Edarkan papan putih individu dan pen marker kepada setiap murid. Tunjukkan sebuah bentuk 3D. Minta murid menyebut dan menuliskan nama bentuk tersebut pada papan putih. Semak jawapan mereka. 5. Edarkan Lembaran Aktiviti 9.1 kepada setiap murid. Minta mereka melengkapkan lembaran tersebut secara berkumpulan. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkannya dalam buku latihan. 6. Edarkan Lembaran Kerja 9.1. Aktiviti Pengukuhan : Tanah liat,Bentangan bentuk 3D,Set bentuk 3D,Gunting,Pita pelekat Refleksi :

LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Hari :Khamis Kelas : 1A5 Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi Standard Pembelajaran : 9.1 Murid berupaya untuk : Tarikh :06.09.2012 Masa : 5.10-6.10 pm

Mengenal dan menamakan bentuk 3D

Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid BBM: Lembaran Aktiviti 9.1,Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D,Papan putih individu,Pen marker Aktiviti: 1. Bentukkan kumpulan kecil. Edarkan tanah liat (untuk membentuk sfera), suatu bentuk 3D, gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan. Edarkan juga bentangan bentuk tersebut kepada setiap murid. 2. Tunjukkan cara bentuk 3D dibina. Secara berkumpulan, minta murid membina sendiri bentuk tersebut menggunakan bahan-bahan yang diberi dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain. 3. Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang memiliki bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua. Aktiviti Pengukuhan : Tanah liat,Bentangan bentuk 3D,Set bentuk 3D,Gunting,Pita pelekat Refleksi :

LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Hari :Ahad Kelas : 1A5 Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi Standard Pembelajaran : 9.1 Murid berupaya untuk : Tarikh :23.09.2012 Masa : 4.40-5.40 pm

Mengenal dan menamakan bentuk 3D Kubus Kuboid Sfera Silinder Kon Piramid

BBM: Lembaran Aktiviti 9.1,Pelbagai objek yang mewakili setiap bentuk 3D,Papan putih individu,Pen marker Aktiviti: 1. Bentukkan kumpulan kecil. Edarkan tanah liat (untuk membentuk sfera), suatu bentuk 3D, gunting dan pita pelekat kepada setiap kumpulan. Edarkan juga bentangan bentuk tersebut kepada setiap murid. 2. Tunjukkan cara bentuk 3D dibina. Secara berkumpulan, minta murid membina sendiri bentuk tersebut menggunakan bahan-bahan yang diberi dan berkongsi hasil kerja mereka dengan murid lain. 3. Sebutkan nama suatu bentuk 3D. Murid yang memiliki bentuk tersebut diminta berdiri dan menunjukkannya kepada semua. Aktiviti Pengukuhan : Tanah liat,Bentangan bentuk 3D,Set bentuk 3D,Gunting,Pita pelekat Refleksi :

LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Hari :Isnin Kelas : 1A5 Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi Standard Pembelajaran : 9.2a Murid berupaya untuk : Tarikh :24.09.2012 Masa : 3.40-4.40 pm

Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan melengkung

BBM: Tin aluminium (susu, sadin, milo dsb.)Objek yang mempunyai permukaan melengkung,Set bentuk 3D,Lembaran Aktiviti 9.2 Aktiviti: 1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan sebuah tin aluminium kepada setiap kumpulan. Minta mereka perhatikan tin tersebut. Soal jawab: Apakah yang diberikan kepada kamu? Apa yang kamu lihat pada tin tersebut? (Bincangkan mengenai tulisan, bentuknya, cara ia bergolek jika digolekkan dan sebagainya.) 2. Perkenalkan permukaan melengkung. Minta murid menyentuh permukaan melengkung tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan melengkung, contohnya topi hari lahir, botol, bola dan sebagainya. Minta murid menyentuh permukaan melengkung setiap objek tersebut. Soal jawab: Ini adalah permukaan melengkung. Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan melengkung? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan melengkung setiap objek tersebut seperti berikut.)

Bolehkah kita golekkan ... (nama objek) ini pada permukaan melengkung? (Tunjukkan setiap objek tersebut bergolek pada permukaan melengkung seperti berikut.)

Berapakah bilangan permukaan melengkung yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan, dan Lembaran Aktiviti 9.2 kepada setiap murid. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual tersebut (lajur pertama) berpandukan bentuk 3D yang diberi. 4. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Minta murid melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan. 5. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(a). Aktiviti Pengukuhan : Lembaran Kerja Refleksi : LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1
Hari :Khamis Tarikh :27.09.2012 Kelas : 1A5 Masa : 5.10-6.10 pm Tajuk : Bentuk Tiga Dimensi Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : 9.2b Menyatakan ciri-ciri bagi bentuk 3D Permukaan rata BBM: Tin aluminium (susu, sadin, milo dsb.)Objek yang mempunyai permukaan melengkung,Set bentuk 3D,Lembaran Aktiviti 9.2 Aktiviti: Bentukkan kumpulan (4 orang). Edarkan tin aluminium (yang telah digunakan dalam pembelajaran yang lepas) kepada setiap kumpulan. Soal jawab: Tunjukkan saya permukaan melengkung pada tin ini. Ada 2 permukaan lagi pada tin. Tunjukkan pada saya. (Murid menunjukkan 2 permukaan rata.) Ini adalah permukaan rata. (Tunjukkan permukaan rata.) Minta murid menyentuh permukaan rata tin tersebut. Kemudian, tunjukkan objek lain yang mempunyai permukaan rata, contohnya meja, buku, kotak dan sebagainya. Minta murid menyentuh permukaan rata setiap objek tersebut. Soal jawab: Bagaimanakah kamu menggerakkan tangan pada permukaan rata? (Tunjukkan pergerakan tangan pada permukaan rata seperti berikut.) 2. 1.

Bolehkah ... (nama objek) ini digolekkan pada permukaan rata? (Tunjukkan setiap objek tersebut tidak boleh bergolek pada permukaan rata.) Berapakah bilangan permukaan rata yang ada? 3. Edarkan satu set bentuk 3D kepada setiap kumpulan. Secara berkumpulan, mereka perlu melengkapkan jadual (lajur kedua) pada Lembaran Aktiviti 9.2 berpandukan bentuk 3D yang diberi. Bincangkan dapatan mereka bersama-sama. Edarkan Lembaran Kerja 9.2(b).

4. 5.

Aktiviti Pengukuhan : Lembaran Kerja Refleksi : LINUS TAHUN 1 2012

NUMERASI TAHUN 1

LINUS TAHUN 1 2012

You might also like