Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
Bab2

Bab2

Ratings: (0)|Views: 8 |Likes:
Published by Farid Qaid

More info:

Published by: Farid Qaid on Feb 27, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/04/2014

pdf

text

original

 
BAB 2KAJIAN LITERASI2.0 Pendahuluan
Keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu mendorong pelajarmemperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat danmengaplikasikannya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat tidak mestiberkomunikasi dengan pelajar kerana melalui komunikasilah guru dapatmenyampaikan pengajaran dan didikan. Dengan erti kata yang lain, pencapaianobjektif pengajaran adalah bergantung kepada sejauh mana keberkesanankomunikasi guru dengan pelajar. Semakin baik komunikasi berlaku maka semakinbanyak objektif pengajaran yang dapat dicapai. Oleh kerana itu, guru digesasupaya menggunakan bahan-bahan bantu mengajar terutama bahan-bahan yangmenggunakan pelbagai pancaindera seperti bahan-bahan yang menggunakanwarna dan bentuk yang menarik dan juga bahan-bahan yang dapat didengar dandirasa. Dengan itu mereka dapat mengaitkan konsep-konsep yang baru denganpengalaman-pengalaman yang baru dan seterusnya proses pembelajaran akanmenjadi lebih jelas dan bermakna. Penerangan dan penjelasan guru tentangsesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagaibahan dan peralatan yang mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubungdengan penerangan guru.
19
 
 
Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan beberapa istilah dan konsepyang diguna pakai dalam kajian ini bagi tujuan memberi penerangan yang jelastentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan. Disamping itu disertakan juga kajian-kajian lepas yang berkaitan agar dapatdijadikan panduan dan perbandingan dengan tajuk kajian ini.
 
2.1 Bahan bantu mengajar2.1.1 Pengenalan
Dalam pembelajaran atau penyampaian sesuatu pelajaran, bahan bantumengajar (BBM) seperti makmal, radio, televisyen, gambar, pita rakaman, modeldan sebagainya adalah satu bahagian penting yang tidak dapat dipisahkandaripada dunia pendidikan. Sebagaimana yang kita semua ketahui, BBM bukansahaja wujud pada zaman mutakhir sahaja, malah ianya telah lama wujud serentakdengan wujudnya dunia ini. Sejarah silam tentang kisah Qabil telah membunuhsaudaranya Habil yang ketika itu beliau tidak tahu apa yang perlu dilakukanterhadap jenazah saudaranya itu. Lalu Allah telah menghantar dua ekor burunggagak dan telah membunuh seekor terhadap seekor yang lain. Kemudian burungitu mengebumikan mayat burung tersebut di depan Qabil untuk mengajar caramenguruskan jenazah saudaranya. Pengajaran yang boleh diambil daripadaperbuatan burung gagak tersebut adalah lebih menjuruskan kepada pengajaranberbentuk demonstrasi (Abdul Fatah Hasan Al-Bajah, 2000) dan ianya tergolongdalam bahan bantu mengajar.
20
 
Bukan itu sahaja, malah pada zaman Rasulullah S.A.W juga telahdigunakan bahan bantu mengajar dalam menerangkan sesuatu ilmu agar mudahdifahami. Rasulullah sendiri mengajar sahabat-sahabat baginda denganmenggunakan bahan bantu bagi menambah kefahaman kalangan sahabat.Antaranya baginda menggunakan kayu untuk menerangkan kepada sahabattentang ajal. Kisah ini telah diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam hadisnya:
 :
 
 
 
 
 
 
ﱯ 
 
 
 
 
 
 
 
 : 
 
 
 
 
 . ): (
Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya: “Nabi s.a.w. menggariskan suatu garisanberbentuk persegi empat dan menggariskan lagi suatu garis di tengah-tengahnyayang keluar dari kalangan persegi empat tadi, juga menggariskan lagi beberapagaris-garis kecil yang menuju ke arah garis di tengah-tengah itu dan keluar dariarah tepinya yang tengah, lalu baginda s.a.w bersabda : “Ini adalah manusia danini adalah ajalnya meliputi diri manusia tadi, atau memang telah meliputinya.Garis yang keluar dari kalangan ini adalah angan-angannya, sedang garis-gariskecil ini adalah barang-barang baru yang mendatanginya iaitu apa-apa yang dapatia ambil dari keduniaan, berupa kebaikan atau keburukan. Jikalau ia terluput dariyang ini iaitu bencana yang satu, tentu ia terkena oleh yang ini iaitu bencana yang
21

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->