You are on page 1of 32

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA II

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT & KECEMERLANGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

ANJURAN : KUMPULAN PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) AMBILAN NOVEMBER 2011 TARIKH :10 JUN 2011 HARI :JUMAAT TEMPAT :

RUMAH AMAL PERMATA KASIH 2, LORONG PAUH JAYA 2/3, TAMAN PAUH JAYA, 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG.
PENSYARAH :

EN. ROSLI BIN AB. RAZAK PENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) PN. JAFIZAH BINTI JAAFAR PENSYARAH TUTOR

DISEDIAKAN OLEH : TAN YEIT FONG NO K/P : 710325-07-5008

ISI KANDUNGAN
1

BIL
1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

PERKARA
BIODATA DIRI SEKAPUR SIREH PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF LAPORAN REFLEKSI 6.1 6.2 LAPORAN AKTIVITI CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )

HALAMAN
1 2 3 4 5

6-9 9-10

7.0 8.0 9.0

PENILAIAN KENDIRI LAPORAN BERGAMBAR LAMPIRAN


9.1 9.2 9.3 9.4

11-13 14-19

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM ORGANINSASI PORGRAM JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM SENARAI NAMA ANAK-ANAK RUMAH AMAL PERMATA KASIH

20 21-23 24-25 26-30

BIODATA DIRI

NAMA

PENUH : : : : :

TAN YEIT FONG

TARIKH LAHIR NO.KAD PENGENALAN E-MAIL NO. TELEFON TEMPAT BERTUGAS

25/03/1971 710325-07-5008 tanyeitfong33@gmail.com 012-4257186 , 05-7162285 SK PERMATANG TOK MAHAT, 14300 NIBONG TEBAL

KURSUS

PGSR-MATEMATIK COHORT 2 NOVEMBER 2009

Bersyukur kepada Tuhan kerana telah melindungi saya dan semua rakan seperjuang yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa ll sehingga berjaya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perlaksanaan program BIG ini. Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka dilaksanakan dengan sempurnanya. Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Puan Jafizah bt Jaafar selaku penasihat dan pensyarah tutor kami kerana beliau banyak meluangkan masa dan tenaga dalam membimbing kami dalam semua aktiviti yang telah kami jalankan. Saya memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang program ini. Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sehingga dapat melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak. program ini dapat

Sekian terima kasih.

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan program yang dirangka oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diwajibkan kepada semua guru pelatih yang terpilih untuk mengikuti kursus perguruan dan telah mula diolaksanakan sejak 2001.

Program ini merupakan salah satu komponen latihan yang penting dan perlu didedahkan kepada guru pelatih dalam membentuk jati diri, semangat kerjasama, nilai dan akhlak murni serta memberi pengetahuan selaras dengan pelaksanaan dan perkembangan program.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk :-

Memberikan motivasi khususnya kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun 2011 Menberikan khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun 2011. Menjalankan aktiviti khidmat masyarakat termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan kediaman. Memperkasakan jati diri dan perbadi guru yang lebih mantap dan jitu.

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat: 1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran agama; 2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan; 3. Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial; 4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat; 5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan berkesan ; dan 6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insane berakhlak mulia melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian. 7. Meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran menguruskan dan mengendalikan sesuatu program dengan baik.

6.0 LAPORAN REFLEKSI


6.1 LAPORAN AKTIVITI
7

A. PRA PERLAKSANAAN Satu mesyuarat telah diadakan pada 28 Mei 2011, 8.30 malam di Blok

Akademik, IPG Kampus Pulau Pinang untuk membincangkan tentang aktivitiaktiviti yang akan dilaksanakan bagi Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa ll. Aktiviti bagi Program BIG kali ini meliputi aktivti-aktiviti kemasyarakatan dan kursus yang mengambil masa selama 10 jam. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua peserta kursus PGSR bersama-sama dengan Puan Jafizah bt Jaafar selaku pensyarah mentor dan penasihat program kali ini. Sepanjang mesyuarat ini, kami telah membuat perbincangan berkaitan dengan:i.

Pemilihan tempat masa Program BIG Fasa ll Penentuan tarikh perlaksanaan Penentuan organisasi program Briefing tentang tugasan setiap jawantankuasa kerja Jadual perlaksanaan

ii. iii. iv. v.

Oleh kerana masalah kekangan masa, setiap jawatankuasa diminta menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa mesyuarat kali kedua. Saya selaku bendahari bagi program ini diberi tanggungjawab untuk mengumpul wang untuk memberi sumbangan kepada kanak-kanak di rumah amal terasebut. Setelah berbincang dengan AJK bahagian cenderamata dan hadiah, kami membuat keputusan untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan dapur seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, sos, kicap dan sebagainya.

B. SEMASA PERLAKSANAAN
8

Kami berkumpul di Gelanggara IPG KPP dan bertolak ke Rumah Amal Permata Kasih di Permatang Pauh pada pukul 7.45 pagi dengan bas institut. Puan Jafizah bt Jaafar merupakan pensyarah iringan bagi program ini. Kami sampai di destinasi pada pukul 8.45 pagi. Setiba di sana, kelihatan anak-anak rumah amal tersebut telah bersedia menunggu ketibaan kami dengan penuh ceria dan bergaya. Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengacara majlis, Encik Muhammad

Shukri untuk memberi penerangan secara ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Puan Jafizah bt Jaafar sebagai penasihat serta pensyarah iringan . Pada pukul 9.00 pagi, aktiviti-aktiviti dijalankan seperti yang dirancangkan. Slot motivasi, slot kecemerlangan UPSR Matematik, slot kecemerlangan penceramah bagi setiap slot akan dibantu oleh fasilitator-fasilitator. Slot motivasi yang diketuai oleh Puan Sarveswari memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak agar mereka lebih bersedia untuk pembelajaran di sekolah dan seterusnya untuk menghadapi cabaran hidup yang akan mereka tempuhi kelak. Bengkel Peningkatan Matematik UPSR dikendalikan oleh Puan Norhayati bt Otkman, Puan Suhain bt Shaharuddini, Puan Azmah bt Awang Ahmad dan Puan Wahida bt Ibrahim.Anak-anak didedahkan tentang format kertas Matematik UPSR secara umum dan cara pengiraan untuk mendapatkan jawapan. Tajuk tajuk utama seperti nombor bulat dan pecahan diterangkan secara teliti kepada mereka agar dapat menguasai kemahiran tersebut. Tip-tip penukaran unit yang melibatkan hari,jam,tahun,bulan,minggu,kg.km diberi dengan harapan mereka dapat menggunapakai tip-tip tersebut semasa menduduki peperiksaan UPSR. Selain daripada itu, anak-anak rumah amal tersebiut juga diajar untuk membentuk bentuk 3 matra seperti kubus, kuboid dan piramid daripada bentangan yang sediakan oleh mereka.
9

bahasa

Inggeris serta rekreasi matematik dijalankan serentak mengikut stesen. Para

Bengkel Peningkatan Bahasa Inggeris UPSR dikendalikan oleh Puan komathy a/p Raja Mogan, Puan Chanderalekha a/p Kalaimutho dan Encik Mohd Izham Abd Hamid. Objektif perlaksanaan bengkel ini adalah untuk membuka minda pelajar untuk mengenali diri dan memahami teknik menjawab soalan soalan berasaskan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Inggeris / kertas 2 / bahagian B. Para penceramah member penerangan secara terperinci dengan contoh soalan peperiksaan supaya mereka memahami kehendak soalan-soalan tersebut. Ilmuilmu yang disampaikan diharap dapat membantu mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih yakin. Program Rekreasi Matematik ini dikendalikan oleh tiga orang fasilitator iaitu Pn. Rabiyah bt. Ibrahim, Pn. Rosmawati bt. Muhammad dan Pn. Rosilawati bt. Idris. Objektif utama pelaksanaan program ini ialah untuk membina jati diri peserta agar lebih bersikap positif, kuat semangat, berani dan yakin pada diri sendiri,. Di samping itu slot inimembawa konsep bahawa Matematik merupakan satu mata pelajaran yang menyenorokkan ( Matematik Is Fun ). Aktiviti ini dijalankan di luar kawasan rumah amal iaitu di padang permainan yang berdekatan. Aktivti nyanyian dan permainan yang dijalankan ternyata berjaya membentuk keyakinan diri ,bersifat positif dan berani berhadapan dengan orang lain. Aktiviti gotong-royong untuk mengecat rumah amal turut dijalankan serentak. Semua peserta kursus yang tidak terlibat dalam program motivasi dan kecemerlangan UPSR melibatkan dirti dalam aktiviti gotong royong. Saya juga turut membantu AJK Gotong royong dalam aktiviti mengecat ini. Sebelum bermula mengecat kami berbincang untuk menentukan bahagian rumah yang akan dicat semula, iaitu bahagian depan termasuk bahagian pintu masuk. Kerjakerja seperti mengikis berkas-berkas cat yang mengelupas dan membersihkan dinding perlu dibuat sebelum mengecat. Walaupun terpaksa bekerja kuat di bawah kepanasan namum dengan kerjasama dan semangat bekerja yang tinggi dalam diri setiap individu, kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna. semua kerja mengecat dalam tempoh masa lebih kurang 3 jam .
10

Setelah selesai semua aktiviti, kami semua berkumpul untuk mengadakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada anakanak rumah amal.Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid oleh anakanak rumah amal. Ketua bagi setiap slot memberi laporan ringkas dan membuat rumusan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan .Majlis tamat dengan ucapan penutup dari Puan Jafizah dan penasihat rumah amal .Jamuan ringkas diadakan pada penghujung majlis. Majlis bersurai. Kami bertolak balik ke institut pada pukul 12.30 tengah hari. Pada pukul 3.00 petang , kami berkumpul semula di perkarangan surau Al Falah di IPG KPP. Kami membahagikan tugas untuk aktiviti seterusnya iaitu menjalankan aktiviti gotong royong di kawasan suaru Al Falah dan kawasan pra sekolah IPG KPP. Program Bina Insan Guru Fasa ll ini tamat pada pukul 6.00 petang.

6.2

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ( SWOT )

Strength (Kekuatan) Para peserta kursus PGSR merupakan guru yang berpengalaman dalam mengajar dan berurusan dengan murid-murid sekolah. Kepakarana ini dapat digunakan dengan baik dalam melaksanakan slot motivasi dan slot kecemerlangan UPSR khususnya subjek Matematik. Mereka dapat memberi pendedahan yang menyeluruh kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Selain itu, kami juga mempunyai dua orang guru kaunseling yang telah menjalankan sesi motivasi dengan jayanya. Mereka dapat menyemarakkan semangat anak-anak berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Weakness (Kelemahan) Masalah kekangan masa merupakan kelemahan bagi program BIG kali ini. Jadual waktu kuliah yang padat
11

dan

peperiksaan

akhir

semester

menyebabkan kami tidak sempat membuat perancangan yanglebih baik lagi.Masalah ruang rumah yang agak sempit menimbulkan sedikit masalah semasa menjalani lot motivasi dan slot kecemerlangan UPSR. Aktivitiaktiviti ini dijalankan serentak di ruang tamu rumah amal tersebut menyebabkan murid tidak dapat member tumpuan sepenuhnya kerana gangguan suara dari kumpulan yang lain. AJK gotong royong mengecat hanya sempat mengecat semula bahagian depan ruamh amal tersebut kerana kesuntukan masa. Opportunity (Peluang) Pengalaman melaksanakan program ini telah membuka peluang kepada kami untuk menganjurkan program khidmat masyarakat dan kursus berbentuk akademik yang lebih menarik dan mencabar datang. Threat (Halangan) Halangan program ini adalah kesuntukan masa. Input-input yang diberi hanya meliputi kemahiran asas sahaja. Teknik-teknik menjawab soalan Matematik tidak sempat dijalankan. Bilangan peserta program yang tidak ramai dan kurang berpengalaman dalam aktiviti mengecat hanya sempat mengecat bahagian hadapan rumah amal tersebut. pada masa akan

7.0

REFLEKSI KENDIRI

Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana berpeluang mengikuti Program Bina Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru ini dijalankan untuk memupuk kesedaran para guru tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan,
12

sikap bekerjasama antara satu dengan lain di samping memberi sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga mahupun wang kepada pihak yang memerlukan dan memupuk nilai komuniti dalam diri individu. Ini merupakan kali pertama saya mengikutiprogram sebegini dan saya berharap program ini boleh memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan dalam kehidupan saya.

Program BIG kali ini kami telah pergi ke Rumah Amal Permata Kasih yang terletak di Permatang Pauh Tujuan kami ke sana adalah untuk memberikan khidmat kepakaran khususnya bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini serta menjalani aktivti gotong royong mengecat rumah amal tersebut. Dari awal perancangan hingga ke hari perlaksanaan program , kelihatan semua ahli dalam setiap jawatankuasa kerja telah menunjukkan semangat bekerjasama dan member komitmen yang sungguh tinggi membuat persiapan. Walaupun kami menghadapi masalah kekangan masa namun segala tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya selaku bendahari program bergabung tenaga dengan AJK hadiah dan cenderamata untuk memutuskan jenis sumbangan yang patut disumbangkan. Kami hanya berpeluang membeli barangan sumbangan selepas peperiksaan semester tiga. Kami mencuba sedaya upaya untuk memaksimumkan pembelian dengan jumlah budget di tangan agar dapat memenuhi cadangan barangan keperluan dari pihak penaung rumah amal tersebut. Setiba di rumah amal, kelihatan anak-anak rumah amal tersebut sedang menunggu ketibaan kami di halaman rumah mereka dengan penuh sabar dan penuh ceria. Mereka megenakan pakaian yang cantik dan senyuman yang manis. Saya berasa terharu kerana menurut penaung rumah amal tersebut kebanyakan daripada anak-anak itu telah balik ke pangkuan keluarga masingmasing semasa cuti sekolah. Oleh kerana kunjungan kami, mereka sanggup balik ke rumah amal ini untuk member sokongan bagi program ini. Pada ketika
13

itu,saya tersa untuk membantu mereka sedaya upaya dengan menyumbangkan tenaga saya dengan sebaik mungkin bagi menjayakan program ini. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain,kelihatan mereka menjalankan tugas yang telah diagihkan dengan penuh semangat. Ini menunjukkan bahawa saya dan rakan-rakan begitu prihatin dalam menjalankan tanggungjawab yang dpikul. Daripada aspek ini, saya sebenarnya belajar betapa besarnya tanggungjawab seorang pemimpin dan rasa tanggungjawab seorang ahli biasa dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh ketua. Sifat-sifat ini sebenarnya amat penting bagi seorang guru kerana banyak tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbirdi sekolah yang perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Dengan kerjasama setiap pasukan kerja,dalam tempoh masa lebih kurang 4 jam, kami berjaya menghabiskan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Dari pengalaman ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya semangat bekerjasama antara satu pasukan kerja. Semangat ini amat diperlukan ketika para guru bertugas di sekolah. Kerjasama antara guru dengan pihak pentadbir , rakan sekerja, ibu bapa para pelajar dan masyarakat setempat amat diperlukan. Saya juga menghadapi cabaran ketika melakukan aktiviti mengecat pada hari tersebut. Ini adalah kerana saya tidak menpunyai pengalaman dalam mengecat. Pada permulaannya saya tidak mempunyai pengetahuan bahawa cat kapur di permukaan di dinding perlu dikikis sebelum aktiviti mengecat dibuat. Oleh sebab itu cat baru yang disapu telah mengelupas. Atas bimbingan dan tunjuk ajar oleh rakan yang berpengalaman, saya mampu menolong menjalankan tugas ini dengan baik. Saya merasa gembira kerana mampu melakukan tugasan ini dengan baik. Walau bagaimanapun,dalam hati saya masih terasa kemahiran pada diri saya masih tidak mencukupi kerana baju kesayangan penuh dengan bintik-bintik putih ( kesan cat ). Pengalaman ini boleh saya pratikkan kelak untuk mengecat bilik darjah atau rumah sendiri.

14

Saya sempat bersembang dengan beberapa orang kanak-kanak tentang keluarga mereka dan pencapaian mereka dalam pelajaran. Seacara tidak langsung melalui perbualan kami, saya rasa guru-guru di sekolah perlu lebih prihatin kepada anak murid mereka dan memahami mereka sama ada dari segi latar belakang atau segi emosi. Ini adalah kerana pencapaian dalam pelajaran berkaitan rapat dengan latar belakang keluarga .Guru perlu lebih sabar dan bersifat penyayang ketika berurusan dengan mereka agar perasaan mereka tidak tersinggung dan terasa selamat. Keadaan ini akan membawa mereka berjumpa dengan kita jika mereka menghadapi masalah. Kesimpulannya,banyak pengalaman dan cabaran telah saya hadapi sepanjang program ini dijalankan. Program ini sebenarnya memberi saya peluang untuk membina sifat-sifat pendidik dan pemimpin yang penting dalam diri untuk menjadi seorang guru berdedikasi pada masa akan datang

Disediakan oleh, Tan Yeit Fong PGSR Matematik Kohort 2 Ambilan Nov. 2009

8.0 LAPORAN BERGAMBAR


Sebelum program BIG Fasa ll
15

Semua peserta kursus tunggu bas institut dengan penuh kesabaran di Gelanggara, IPG Kampus Pulau Pinang.

Yeh, kami dapat seat VIP !

Siap sedia bertolak ke Permatang Pauh

Program BIG Di Rumah Amal Permata Kasih

16

Selamat tiba di destinasi

Anak-anak sedang menunggu

Membawa barangan sumbangan dan alatan keperluan

Bersalaman dengan anak-anak Rumah Amal Permata Kasih

17

Pintu masuk utama

Pengacara majlis member penerangan

Ucapan dari Puan Jafizah

Bacaan doa oleh Utz. Azlan Shah

Bengkel Peningkatan Matematik

Slot Motivasi

18

Bengkel Peningkatan bahasa Inggeris

Program Rekreasi Matematik

Sibuk mengisi maklumat

Macam ni baru betul, ok ?

Bersedia untuk mengecat

Eh, susah juga nak buka tin ini!


19

Apa yang penting ? kerjasama

Em.. kerja kami bertaraf profesional

Kemas juga hasil kerja saya

Pegang kuat-kuat kerusi tu, nanti jatuh

Pemberian cenderamata kepada Pn Subiha dan anak-anak Rumah Amal Permata Kasih
20

Sumbangan ikhlas daripada kami

Anak-anak menjamu selera

Gambar kenangan-kenangan

Gotong royong di Surau Al Falah

Rehat sejenak selepas penat bekerja

Pasti surau persekitaran surau bersih

21

LAMPIRAN
9.1 SENARAI NAMA PESERTA KURSUS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU FASA II

9.2
22

ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BINA INSAN GURU FASA II KUMPULAN PGSR MATEMATIK ( AMBILAN NOVEMBER 2009 )

PENAUNG TN HAJI KHALID BIN HAJI AHMAD

PENYELARAS ENCIK ROSLI BIN AB RAZAK

PENASIHAT / PENSYARAH TUTOR PUAN JAFIZAH BINTI JAAFAR

PENGERUSI MIOR AZHAR BIN ABD HALIT

NAIB PENGERUSI NORIHAN BINTI AWANG CHA

SETIAUSAHA SARIMA BINTI ISHAK

BENDAHARI TAN YEIT FONG

AHLI JAWATANKUASA

23

PENGANGKUTAN NOR ATIZAH BINTI JAP KESELAMATAN AZLAN SHAH BIN LUCKMAN KU ABD FITRI BIN KU ABDUL HALIM

DOKUMENTASI ZAITY AKHTAR BINTI DIN SITI HAMIDAH BINTI SHAHARUDDIN MOHD SHAHNON BIN YUSOFF ROSLAN BIN YAAKUB

MAKANAN ZARINA BINTI ABDUL WAHAB

PERALATAN ZARINA BINTI ZAKARIA

CENDERAMATA / HADIAH CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO WAN ZARAINEE BINTI WAN JUSOH

TUGASAN KHAS MOHD IZHAM BIN ABD HAMID

PENGACARA MAJLIS / WAKIL MOHD SHUKRI BIN SAMSU


24

PENCERAMAH SLOT MOTIVASI SARVESWARI A/P SINNASAMY SALINA BINTI SAMINGON

PENCERAMAH SLOT MATEMATIK NORHAYATI BINTI OTHMAN AZMAH BINTI AWANG AHMAD SUHAINI BINTI SAMSUDIN

FASILITATOR KOMATHY A/P RAJA MOGAN RABIYAH BINTI IBRAHIM ROSILAWATI BINTI IDRIS ROSMAWATI BINTI MUHAMMAD

GOTONG-ROYONG DI KAWASAN KEDIAMAN SALWA BINTI ISMAIL NORIHAN BINTI AWANG CHA

9.3 JADUAL PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 : 10 JUN 2011


25

MASA 7.45 pagi

AKTIVITI Bertolak dari IPGKPP ke Rumah Amal Permata Kasih,Permatang Pauh. Sampai di Rumah Amal Permata Kasih , Permatang Pauh. Majlis bermula : - Ucapan pengerusi - Bacaan doa - Ucapan Pn. Jafizah Program bermula : 1) Program Motivasi (Mengenal diri) untuk murid tahun 3 dan 4. 2) Program Kecemerlangan UPSR Matematik untuk murid tahun 6. 3) Program Kecemerlangan Bahasa Inggeris untuk murid tahun 5. 4) Program Rekreasi Matematik untuk murid berumur 6, 7 dan 8 tahun. 5) Gotong royong mengecat luar rumah. Majlis penutup : 1) Laporan setiap program 2) Persembahan nasyid dari anak-anak Rumah Amal Permata Kasih. 3) Ucapan pensyarah tutor. 4) Ucapan penaung rumah amal 5) Penyampaian sumbangan dan cenderamata. 6) Jamuan makan tengahari 7) Sesi bergambar 8) Taklimat akhir aktiviti di rumah amal AKTIVITI Bertolak pulang ke IPGKPP
26

TINDAKAN

8.45 pagi

8.40 pagi

En. Syukri En. Azlan Shah

9.00 pagi

Pn. Sarveswari Pn. Norhayati Pn. Komathy Pn. Rabiah Semua

12.00 tengahari

MASA 12.30

TINDAKAN

tengahari

Solat jumaat Makan tengahari

3.00 petang

Berkumpul di perkarangan Surau Al Falah IPGKPP Gotong royong membersihkan kawasan surau IPGKPP dan pra sekolah IPGKPP Program berakhir dan bersurai.

3.10 petang

6.00 petang

9.4 SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH PENAUNG :
27

1. ENCIK WAN MUHD SHAHRUN BIN WAN MUHD NASIR 2. PUAN SUBIHA BINTI SAFAR BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 NAMA MURID MURSYIDAH BT AHMAD FATHAYAH BT ROSLAN DURRATUN NAFISAH BT FAIZ NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD ANUAR MUHAMAD ATUF SYAHMI B ANUAR MOHD RAFIQ B. NAJMUDIN MUHAMAD ZAHID B. ROSLI MUJAHID B. ROSLI FAKHRUL ROZI BIN ROSLI SAFWATUL AISYAH BT. FAUZI SAFWATUL KHODIJAH BT. FAUZI MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN MUHD MIQDAD B.ROSLI MUHD RAFIQ B. FAIDZ UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI MUHD ATHIR B. ROSLAN MOHD USAMAH B. AHMAD ABDUSSYAKIR BIN FADHIL UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN NOR AZWANI BT AZMAN SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR SALIMAH BT. FAUZI MOHD JAFNI B. JALIL MOHD JUNDULLAH B FAUZI OTHMAN B AHMAD ULFAH BT ROSLI ALFATIH B ISMAIL SHAMIMI BT JALIL UMUR 8 7 8 8 8 7 6 6 9 7 7 7 10 10 10 9 9 11 11 11 12 12 12 12 12 12 9 10 10 10 11 12 12 CATATAN

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH AKTIVITI : PROGRAM MENGENALI DIRI
28

(MOTIVASI TAHUN 3 DAN 4) KUMPULAN 1 NAMA FASILITATOR :

PN.SARVESWARI A/P SINNASAMY PN.SALINA BINTI SAMINGON AHLI-AHLI KUMPULAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. MUJAHID B. ROSLI MOHD GHOLIB B. MOHD SYUKRI MOHD AMRULLAH B. NAJMUDDIN AHMAD ZIYAN B. MOHD ANUAR NOR AQILAH BT MOHD ROSLAN NOR ADAWIAH BT NOR AZMAN

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH


29

AKTIVITI : PROGRAM KECEMERLANGAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH ( MOTIVASI TAHUN 6 ) KUMPULAN 2 NAMA FASILITATOR :

PN.NORHAYATI BT OTHMAN PN.AZMAH BT AWANG AHMAD PN.SUHAINI BT SAMSUDIN PN.WAHIDA BT IBRAHIM AHLI-AHLI KUMPULAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. MUHD ATHIR B. ROSLAN MOHD USAMAH B. AHMAD MUHD ATHIR B.ROSLAN UMMU HABIBAH BT NAJMUDDIN NOR AZWANI BT AZMAN SITI AISYAH YATIMI BT MOHD ANUAR

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM


30

RUMAH AMAL PERMATA KASIH AKTIVITI : PROGRAM KECEMERLANGAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH KUMPULAN 3 NAMA FASILITATOR :

PN.KOMATY A/P RAJA MOGAN PN.CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO EN.MOHD IZHAM B. ABD HAMID AHLI-AHLI KUMPULAN: 1. 2. 3. MUHD MIQDAD B.ROSLI MUHD RAFIQ B. FAIDZ UMMU ATIYYAH BT MOHD SOKERI

SENARAI NAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL PERMATA KASIH


31

AKTIVITI : PROGRAM REKREASI MATEMATIK KUMPULAN 4 NAMA FASILITATOR : PN.RABIAH BT IBRAHIM PN.ROSMAWATI BT MUHAMAD PN. ROSILAWATI BT IDRIS

AHLI-AHLI KUMPULAN: 1. 2. 3. 4. MURSYIDAH BT AHMAD FATHAYAH BT ROSLAN DURRATUN NAFISAH BT FAIZ NURUL AJIBAH BT NAJMUDIN

5. WARDATUL ASMAYATIMI BT MOHD ANUAR 6. 7. 8. MUHAMAD AYUF SYAHMI B ANUAR MARFID B. NAJMUDIN MUHAMAD ZAHID B. ROSLI
32

You might also like