Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkanselama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan. Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu suduteh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar danabunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itudibersihkan terlebih dahulu. Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapasdi bahagian kaki yang bengkak. Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itudihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkansehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itusampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusulidengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampaimerata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban,seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikiansetiap hari.
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlahsedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapakkaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka andasewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Padasebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia keringsendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagidan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin denganmenyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.
Leave a Comment