Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
31Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Orang Murid Tahun Satu a Melalui Pendekatan Permainan Roda Hikmah.

Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Orang Murid Tahun Satu a Melalui Pendekatan Permainan Roda Hikmah.

Ratings:

5.0

(4)
|Views: 2,239 |Likes:

More info:

Published by: Zulkurnain b Abdul Rahman on Feb 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

08/09/2013

 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI NOMBOR 1 HINGGA 9 DENGAN SEBUTAN ANGKA YANG BETULMELIBATKAN 5 ORANG DARI 8 ORANG MURID TAHUN SATU A MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN RODA HIKMAH.Oleh :KHALIDAH MASTURAH BINTI KALIMINSekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang81500 Pekan Nenas,Pontian.ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan matematik bagi murid Tahun Satu A yang menghadapi masalah mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang betul. Bagi mata pelajaran matematik, mengenal nombor 1 hingga 9 adalah satu kemahiran asas yang sangat penting untuk membina kognitif murid. Bermula tahun 2004 pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris muladilaksanakan menyebabkan murid-murid mengalami masalah untuk mengikuti perubahan tersebut.Tambahan pula, apabila melihat latar belakang keluarga murid-murid yang tidak didedahkan dengan pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil pemerhatian awal, seramai 5 orang murid iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan tidak menguasai kemahiran asas dalam matematik iaitu mengenal nombor 1 hingga 9.Murid bukan sahaja tidak mengenal nombor 1 hingga 9 malah mereka juga tidak dapat menyebutnyadengan sebutan yang betul. Apabila diberikan kad nombor, murid hanya membaca nombor dalam tempoh5 minit awal. Selebihnya mereka menghabiskan masa dengan berbual-bual dan bermain. Apabila tegurandiberikan, mereka mengatakan perasaan bosan dan menunjukkan muka yang muram . PendekatanPermainan Roda Hikmah membantu murid untuk mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang betul berbanding menggunakan kad nombor. Hasil dapatan menunjukkan keputusan ujian pos meningkat kepada 80% berbanding ujian pra iaitu 0%. Dapatan pemerhatian menunjukkan murid kelihatan lebih ceriadan aktif ketika menjalankan permainan ini. ” Permainan Roda Hikmah ” ini telah membantu menarik minat murid serta mempertingkatkan penguasaan mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sempurna.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Saya merupakan guru matematik lepasan Maktab Perguruan. Saya telah ditugaskan di sebuah sekolahKurang murid (SKM) di Daerah Pontian bermula tahun 2005 sehingga kini. Salah satu peranan saya disekolah tersebut adalah sebagai Guru Matematik Tahun Satu . Saya sedar akan tanggungjawab yangharus saya laksanakan lebih-lebih lagi saya menghadapi murid-murid luar bandar yang hanyabergantung harap kepada guru untuk berjaya. Tahap penguasaan matematik di sekolah ini beradapada tahap sederhana. Oleh itu, saya membuat satu kesimpulan, murid-murid ini perlu dibentukbermula dari awal iaitu bermula dari tahun satu hingga tahun seterusnya bagi menguasai semuaformula asas dan konsep matematik.Pada tahun ini, saya menerima 8 orang murid dari kelas tahun 1A. Minggu pertama pengajaran, sayadapat mengenal pasti masalah iaitu tahap penguasaan murid dalam matematik amat lemah. Setelahmembuat soal selidik, 3 orang murid menyatakan mereka tidak didedahkan dengan pendidikan awalsebelum melangkah ke sekolah. Hal ini menyebabkan murid tidak mengenal nombor 1-9 dengan baik.Tercetus beberapa persoalan antaranya dimanakah tanggungjawab ibu bapa untuk memberipendidikan kepada anak-anak mereka? Terdapat juga 2 orang murid yang di hantar ke sekolah TadikaKemas, tetapi masih tidak mengenal nombor. Saya berpendapat murid-murid ini mempunyai IQ ataukecerdasan otak yang amat lemah di samping tiada bimbingan daripada ibu bapa sewaktu di rumah.Seperti yang kita ketahui, pembelajaran bermaksud satu proses dalaman yang berlaku dalam akalfikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Menurut teoripembelajaran Gagne, seseorang murid atau pelajar dapat memproses maklumat dengan betul. Namunbegitu, 5 orang murid yang saya kaji ini tidak dapat memproses maklumat dengan betul dan tepat.
1
 
Oleh itu, Gagne telah menyenaraikan 8 hierarki pembelajaran samada penerimaan pemprosesanmaklumat itu melalui isyarat, gerak balas, rangkaian motor dan sebagainya. Justeru, sayaberanggapan, bahawa 5 orang murid saya dapat menerima pemprosesan maklumat namun perludiberikan peneguhan atau pengukuhan bagi memudahkan perlaksanaan mereka menerima maklumat.Hal ini kerana, menurut
Jerome Bruner ( 1961 )
murid dapat memproses maklumat denganmenggunakan gambaran atau simbol seperti roda hikmah yang telah dilaksanakan untuk mengenalnombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul. Lebih nyata jika saya nyatakan bahawa,menurut tokoh Kognitif ,
Jean Piaget (1896-1980 )
mengatakan seorang guru matematik perlumenumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit. Murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu,permainan Roda Hikmah ini adalah satu alat yang tepat untuk membantu murid mengenal nombor 1hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.Namun demikian, sebagai seorang pendidik, memastikan anak didiknya mendapat segala ilmu yangdipelajari adalah suatu kewajipan walaupun ia bukan satu perkara yang mudah. Guru seharusnyamelaksanakan tugas dengan baik dan berkesan dengan menggunakan kaedah pengajaran danpembelajaran yang betul. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya telahmenggunakan beberapa teknik untuk meningkatkan tahap penguasaan murid melalui teknik mengingatdan melukis nombor sambil menyebut . Contoh aktiviti yang telah saya gunakan adalah denganmenggunakan kad imbasan, latihan pengukuhan, tayangan LCD dan melalui aktiviti nyanyian. Namundemikian, daripada pemerhatian saya, didapati bahawa segelintir murid saya tidak dapat mengenal danmenyebut nombor dengan betul, terutama sewaktu saya menguji mereka dengan menunjukkan nombor dengan menggunakan kad imbasan. Saya sering berfikir dan bertanya sendiri “ Adakah murid-muridsuka pengajaran aku ?” “ Adakah mereka seronok belajar matematik ?”Hal ini menimbulkan rasa terkilan dan bersalah sekiranya saya masih tidak dapat membentuk murid-murid untuk mengenal nombor 1 hingga 9 dan mempelbagaikan aktiviti untuk meningkatkan tahappenguasaan murid dengan lebih baik. Menyedari masalah ini, saya cuba untuk meningkatkan satukemahiran yang lebih seronok semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui PermainanRoda Hikmah. InsyaAllah… saya pasti anak murid saya dapat meningkatkan kemahiran mengenalnombor 1 hingga 9 dan menyebutnya dengan betul.Saya amat berharap agar kajian yang akan saya jalankan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagisaya, jika seseorang guru itu berusaha dengan bersungguh-sungguh, kejayaan pasti menunggunya.Namun begitu usaha yang dijalankan perlulah berterusan dan InsyaAllah saya akan mencuba untukmemperbaiki kesilapan yang lalu agar melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang danterbilang.
2.0FOKUS KAJIAN
Daripada pemerhatian yang dijalankan terhadap 5 orang dari 8 orang murid dari kelas Tahun 1A sayamendapati mereka mudah bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kadImbasan ( Nombor ). Murid-murid ini lebih cenderung kepada aspek permainan. Justeru itu, saya telahmembuat satu pendekatan menggunakan Kaedah permainan menggunakan kinestetik untuk menarikperhatian di samping menguasai kemahiran Mengenal dan Menyebut Nombor 1 hingga 9. Kajian iniberfokuskan kepada :-1.Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 .2.Menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul.
2
 
3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif Am
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengenalnombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.
3.2Objektif Khusus
1. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.
2.
Membantu guru mengubah cara pengajaran supaya menimbulkan keseronokan semasamelakukan aktiviti.3.Menyemai sikap bertolak-ansur semasa menjalankan aktiviti.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan kepada 5 orang daripada 8 orang murid Tahun Satu A di Sekolah KebangsaanSeri Bukit Panjang. Mereka ini terdiri daripada 3 murid lelaki dan 2 murid perempuan yang tidakmenguasai Kemahiran mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 9.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian danpenggunaan ujian pra dan ujian pos.
5.1.1 Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian awal ke atas sikap dan tingkah laku murid semasa prosespengajaran dan pembelajaran Matematik berlangsung. Pada awal pengajaran, apabila sayameminta murid menyebut nombor-nombor yang terdapat di dalam kad Imbasan nombor muridmula tidak menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberikan. Mereka lebih gemar bermain daripada melihat kad nombor yang telah dilekatkan pada papan BBM. Saya dapatimurid juga tidak memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dan kurangmengambil bahagian semasa aktiviti di jalankan. Apabila ditanya secara lisan ( menggunakankad Imbasan nombor ), murid-murid ini tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 9 dengan tepat.Dapat disimpulkan, masalah yang dihadapi oleh murid ialah :1.Murid tidak dapat mengenal nombor 1 hingga 9 dengan betul.2.Murid tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul.3.Murid sukar untuk mengingati nombor yang tertera dengan sebutannya.4.Murid tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti kelas.5.Murid hilang tumpuan kerana mudah tertarik dengan persekitaran luar.6.Murid cepat bosan.
 
3

Activity (31)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
HaNaz_NiSa liked this
nor89 liked this
Dayang Ziera liked this
ilikevolkswagen liked this
Nurul Adlia liked this
金 丽 谢 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->