Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
94Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalangan Murid Pemulihan Melalui Kaedah “nyanyi Dan Lukis”.

Kemahiran Mengenal Bentuk Huruf Kecil Dalam Kalangan Murid Pemulihan Melalui Kaedah “nyanyi Dan Lukis”.

Ratings:

4.67

(15)
|Views: 14,782|Likes:

More info:

Published by: Zulkurnain b Abdul Rahman on Feb 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See More
See less

03/04/2014

 
LAPORAN KAJIAN TINDAKANKEMAHIRAN MENGENAL BENTUK HURUF KECIL DALAM KALANGANMURID PEMULIHAN MELALUI KAEDAH “NYANYI DAN LUKIS”.
OLEH :
SITI NAZIFAH BINTI MOHD NOR
SK Seri Semangat,Kampung Parit Stan,82200 Benut,Pontian, Johor.
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berada di dalam kelas pemulihan sememangnya memerlukandaya kreativiti kita untuk menarik minat mereka. Pelbagai pendekatan dan kaedah perlu di cuba dalam memastikanmereka mengekpresikan pengajaran yang di ajar oleh guru. Dari tinjauan saya, murid-murid pemulihan ini memerlukansuatu bentuk pengajaran yang ringkas dan tidak terlalu berat sebagai permulaan sesuai dengan tahap keintelektualanmereka. Dalam hal ini, saya mengambil inisiatif untuk mereka pendekatan menyebut dan menulis huruf kecil melalui kaedah nyanyian dan lukisan. Pendekatan melalui kaedah ini telah saya jalankan selama lebih kurang 1 bulan dan hasil daripada analisis data menunjukkan kaedah ini dapat mengurangkan kesilapan murid dalam menulis ejaan terutamanyayang melibatkan huruf-huruf dalam skop kajian. Selain itu, ujian koordinator juga ada menunjukkan sedikit perkembangandimana sebelum ini, murid saya sukar membezakan bahagian kanan dan juga bahagian kiri, namun begitu dengankaedah yang telah saya jalankan, saya dapati mereka sudah dapat mengecam dan membezakan arah kanan dan kiri.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Melalui pengalaman mengajar kelas pemulihan selama beberapa bulan, saya dapati terdapatbeberapa orang murid yang kerap melakukan kesalahan ejaan dalam sesuatu perkataan.Didapati juga, mereka lebih mudah mengenalpasti bentuk huruf –huruf besar berbanding denganhuruf kecil. Selain itu, mereka juga turut dikesan menulis sesuatu perkataan menggunakan huruf besar dan huruf kecil. Mereka juga dikesan sukar membezakan arah samaada kanan ataupunkiri.Apabila saya melakukan penelitian, saya dapati bahawa murid-murid saya tidak dapat menulishuruf yang seakan-akan sama bentuknya seperti huruf b dan d, manakala n dan m pula bunyinyakedengaran tidak jauh berbeza, begitu juga huruf u dan y . Manakala huruf e dan q pula, sayadapati murid saya bermasalah untuk menulis huruf tersebut lantaran keliru dengan bentuknyayang jauh berbeza dengan huruf besar.Justeru itu saya mengambil inisiatif ini memandangkan masalah yang mungkin dianggap kecil iniakan berlarutan dan pastinya murid akan menulis sesuatu perkataan dengan ejaan yang salah.Saya yakin kekeliruan ini timbul kerana murid terpaksa mengingati bentuk huruf roman yang agakbesar jumlahnya, di tambah pula bentuknya yang berbeza di antara huruf kecil dan huruf besar.Ini pastinya akan menimbulkan masalah kepada murid-murid yang boleh dikategorikan sebagai“slow learner”
1
 
2.0
 
FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas di dapati murid pemulihan di kelas saya iaitu kelas An-Nur masih belumdapat menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil. Berdasarkan latihan danbeberapa ujian yang diberikan didapati mereka masih melakukan kesilapan. Ini seterusnya akanmenyebabkan mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan cara dan sebutanyang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan dan di khuatiri mereka akan kerapmelakukan kesilapan tersebut dalam membentuk sesuatu ayat. Kajian tindakan ini meninjaupermasalahan mereka dan mencari suatu formula yang menarik dan mudah untuk dipelajari.Justeru fokus kajian ini ialah :
Meningkatkan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis abjad huruf-huruf kecil dimana terdapat beberapa huruf yang dikenalpasti mendatangkan masalahdalam pembelajaran kelas pemulihan An-Nur. Antara huruf –huruf tersebut ialahd, b, u, e, n, m, y dan q.
Pendekatan yang digunakan ialah melalui kaedah “nyanyian dan lukisan”.
3.0OBJEKTIF KAJIAN3.1.1Objektif Am
Membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran mereka untuk mengenalbentuk huruf-huruf kecil.
3.2Objektif Khusus
3.2.1Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan abjadhuruf-huruf kecil yang telah dikenalpasti lemah iaitu d, b, u, e, n,m, y dan q di kalangan murid –murid pemulihan.3.2.2 Membantu murid-murid menulis dan membaca dengan ejaanyang betul.
3.2.3
Membantu murid-murid membina keyakinan diri yang positidalam aspek pembelajaran.3.2.4Menimbulkan minat mrid dalam suasana pengajaran danpembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
4.0KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas 3 orang murid pemulihan kelas An-nur yang telah dikenalpastimengalami masalah mengenal bentuk beberapa huruf-huruf kecil. Ekperimen dilakukan selamasebulan.
5.0
 
PELAKSANAAN KAJIAN5.1Tinjauan Masalah
Dalam kajian ini tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada pemerhatian, ujian pra danujian pos serta ujian pengamatan.
2
 
5.1.1Pemerhatian
Aktiviti pemerhatian dilakukan melalui ujian kad imbasan yang yang diberikan kepada setiapmurid pemulihan khas iaitu seramai 6 orang. Guru akan menunjukkan kad imbasan huruf-huruf kecil untuk di kenalpasti oleh murid-murid. Sepanjang proses ujian tersebut saya mencatatkanhuruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh murid-murid saya. Dalam hal ini terdapat beberapahuruf yang didapati mereka gagal untuk mengenal dan menyebutnya. Antara huruf-huruf tersebutialah b,d,n,m,u,e,q dan y.
5.1.2Ujian Pra
Beberapa ujian pra diberikan kepada murid-murid pemulihan dalam mengesahkan sejauh manakemahiran mereka mengenal pasti bentuk huruf kecil. Ujian yang dijalankan adalah selama 30minit. Antara aktiviti ujian pra yang dijalankan oleh guru ialah:a)kad imbasan hurub)ujian bertulisc)ujian pengamatan
5.1.2ujian Pos
Ujian pos dijalankan kepada murid-murid yang telah dikenalpasti mengalami masalah mengenalbentuk huruf kecil. Dalam kajian ini didapati mereka kerap melakukan kesalahan mengecam huruf b,d,n,m,u,q,e dan y. Oleh itu saya telah mengenalkan formula kajian saya ini kepada mereka.Dalam hal ini 3 orang murid didapati mengalami masalah tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalahseperti berikut:1.Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b,d,n,m,u,q,e dan ysecara lalu kepada murid-murid.2.Guru menyanyikan lagu mengikut lirik sebagai pengenalan kepada murid-murid.3.Murid-murid dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka mengikut urutan abjadseperti yang di tunjukkan oleh guru.4.Murid diberi lirik nyanyian dan mengikut arahan guru untuk menyanyi bersama-samasehingga mereka hafal lirik dan susunan abjad.5.Kaedah pengulangan akan dilakukan sehingga murid menghafal lirik nyanyian danseterusnya dapat melakar turutan abjad sehingga membentuk sebuah lakaran wajahmanusia.6.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan murid untuk melukis adalahseiring dengan lirik nyanyian
5.2Analisa Tinjauan Masalah
Analisa dilakukan berdasarkan kepada dua aspek iaitu:a)Pemerhatian berdasarkan kad imbasanSetelah dijalankan ekperimen lukisan wajah menggunakan abjad-abjad kecil yang terpilihselama sebulan, terdapat beberapa perubahan pada 3 orang subjek kajian saya iaitu :
Mereka dapat mengenal bentuk dan menyebutnya apabila guru menayangkankad imbasan huruf-huruf dalam skop kajian.
Murid juga di dapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul apabiladiminta oleh guru.
3

Activity (94)

You've already reviewed this. Edit your review.
Ary June liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Edison Tay liked this
mfmisik liked this
Dato Shareyman liked this
Azam Pillus liked this
Shasha Jasman liked this
Shasha Jasman liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->