Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Teknik ah Satu Kaedah Untuk Mengukur Bearing Secara Anggaran Tanpa Menggunakan Protaktor

Teknik ah Satu Kaedah Untuk Mengukur Bearing Secara Anggaran Tanpa Menggunakan Protaktor

Ratings:

4.67

(3)
|Views: 1,070 |Likes:

More info:

Published by: Zulkurnain b Abdul Rahman on Feb 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

09/09/2013

 
TEKNIK ‘MUDAH’ SATU KAEDAH UNTUK MENGUKUR BEARING SECARAANGGARAN TANPA MENGGUNAKAN PROTAKTOROlehKATMI BT. MOONSMK Sri Tanjung,82200 Benut, Pontian, Johor..ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan3 Delima didalam Topik Arah dan subtopik mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan. Seramai 35 orang murid Tingkatan 3 Delima SMK Sri Tanjung , Benut dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan . Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan berdasarkan peta lakar yang diberikan. Perancangan tindakan difokuskan kepadateknik untuk mengukur secara anggaran dengan mudah tanpa menggunakan protaktor. Pelajar telahdidedahkan kepada Teknik ‘MUDAH’ selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu.Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih memahami dan seronok belajar mengukur bearing melalui teknik ‘MUDAH’ 
1.0
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisa keputusan Ujian Bulanan 1 Tahun 2006 untuk Tingkatan 3 Delima(kelas terakhir) saya tatapdengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, marah, sedih dan seribu satu macam perasaan yangTuhan sahaja mengetahuinya. Hanya dua orang sahaja pelajar yang lulus itupun dengan gred Dberbanding kelas 3 Berlian(kelas pertama) hanya lima orang sahaja yang gagal.Rasanya saya telahberusaha semampu yang boleh termasuklah membuat kelas tambahan dan membeli alat-alat Bantumengajar.Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan , maklum balas yang diterima tidak banyamembantu. Antaranya:
-
“ Mereka memang lemah, kelas terakhir. UPSR pun ada yang dapat 5E”
-
“Aku dah ajar diorang sejak Tingkatan 1 lagi. Dahlah tak pandai, malas pulak.Kerja rumahlangsung tak buat. Macamana nak pandai”
-
Jangan tensionkan diri, nanti muda-muda lagi dah dapat sakit darah tinggi. Keluar masukhospital lagi susah!”Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendendadan meminta pelajar-pelajar Tingkatan 3 Delima menulis diatas sekeping kertas sebab-sebab merekagagal dalam Ujian Geografi. Saya juga telah meminta semua guru yang mengajar Tingkatan 3 Delimamenulis pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian pelajar Tingkatan 3 Delima. Kesemua gurumengatakan kebanyakan pelajar lelaki Tingkatan 3 Delima kurang berdisplin, rendah motivasi diri, tidakserius belajar dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti kelas yang dijalankan oleh guru. Manakala pelajar perempuan pula walaupun lebih berdisplin dan rajin tetapi pencapaian mereka masih kurangmemuaskan. Antara sebab-sebab gagal di dalam matapelajar Geografi yang telah dinyatakan olehpelajar-pelajar Tingkatan 3 Delima ialah:
-
Tidak membaca buku/tidak membuat ulangkaji
-
Tidak tahu mengukur bearing/kaedah yang betul/tidak membawa protaktor 
-
Tidak fahan soalah dan lain-lain lagiMaklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100%telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.
 
2.0FOKUS KAJIAN
Saya telah menganalisa soalan Geografi PMR tahun-tahun lepas dan mendapati bahawa mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan merupakan item wajib bagi Kertas 1 . Jika pelajar dapat menguasaisubtopik bearing dan beberapa topik lain yang mudah, peluang untuk mereka lulus adalah tinggi.Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam subtopik mengukur bearing ialah memahami kaedahuntuk mengukur bearing. Segelintir pelajar sering terlupa untuk membawa protaktor ke dewanpeperiksaan.Mereka juga sukar untuk mengukur bearing menggunakan protaktor dan lambatmemperolehi jawapan.Ada pelajar yang tidak tahu menggunakan protaktor walaupun telah diajar.Kelemahan-kelemahan yang dialami oleh pelajar saya semasa menggunakan protaktor ialah;i.Protaktor yang dijual dipasaran kebiasaannya hanya memberikan nilai bearing kurangdaripada 180º sedangkan nilai bearing diukur sehingga 360 º.ii.Protaktor tidak menunjukkan arah mata angin seperti utara, selatan, timur dan barat dan nilaibearingnya.iii.Pelajar keliru untuk membaca nilai sudut/bearing dalam protaktor samada membaca nilaibacaan diluar atau dalam.iv.Protaktor tidak memberikan arah yang betul membaca bearing iaitu hendaklah mengikut arahpusingan jarum jamSaya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikapnegatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 3 Delima yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner(1991)mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar bolehmenyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN3.1Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap mengukur bearing secara anggaran tanpa menggunakan protaktor.
3.2Objektif Khusus
1.Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengukur bearing sudutan dan bearing sukuansecara anggaran tanpa menggunakan protaktor.2.Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian dan seterusnyapeperiksaan PMR.3.Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalahmenyeronokkan.4.Meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengukur bearing melalui teknik ‘MUDAH’
4.0
KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 3 DelimaLelaki : 18 orangPerempuan : 12 orangJumlah : 30 orang
5.0
PELAKSANAAN KAJIAN5.1Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos dan soal selidik.
5.1.1Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa prosespengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.Sebelumkajian dijalankan pelajar kurang memberi respons dan tidak melakukan aktivititerhadap aktiviti mengukur bearing yang diberikan.75% pelajar tidak bersediadengan protaktor yang telah dipesan oleh guru semasa P&Psebelumnya.Sebagaimana kebiasaannya, 100% pelajar perempuan yang lebihbersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
 
bersungguh-sungguh dan tidak mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yangdijalankan.
5.1.2Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh manakefahaman dan kemahiran mereka mengenai sub topik mengukur bearing.Itemujian pra merupakan item soalan objektif PMR tahun-tahun lepas dan beberapasoalan yang mirip PMR. Selepas saya menyemak jawapan pelajar , saya tidakmemulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya,sebaliknya saya telah memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ dan 5 hari selepas itusaya telah memberikan ujian pos 1 menggunakan set soalan yang sama denganujian pra.Saya juga telah menyediakan latihan berkaitan bearing bagi tujuan pengukuhan.Latihan pertama pelajar dikehendaki menggunakan protaktor sepenuhnya.Sayatelah berusaha menyediakan protaktor yang secukupnya kepada 30 orangpelajar tersebut. Selepas menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkankertas jawapan tersebut sebaliknya dengan latihan yang sama sayamengarahkan pelajar menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakanteknik ‘MUDAH’.Ini adalah untuk membandingkan keberkesanan penggunaanteknik ‘MUDAH’ dengan penggunaan protaktor.
5.1.3Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untukmendapatkan maklum balas pelajar berkenaan kaedah mengukur bearingsebelum dan selepas teknik ‘MUDAH’diperkenalkan.Saya juga telahmengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan guru yang ada dan tiadalatarbelakang geografi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai teknik‘MUDAH’
5.2Analisis Tinjauan Masalah5.2.1Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasarandidapati:-Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan latihan yang diberikan olehguru. Mereka dapat menyelesaikan soalan latihan dengan cepat danmemperolehi markah yang tinggi.-Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuatoleh guru untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar.-Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.
5.2.2Analisis Ujian Pra dan Pos
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah sepertiberikut :
GRED
BILANGAN PELAJARPRAPOSA010B18C26D24E252JUM.3030

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Jammansia Kuddu liked this
Aryan Adam liked this
Frauzassa Er liked this
nor azura liked this
Fariz Iskandar liked this
Izzul Islam liked this
Fadlina Rashid liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->