• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
 
S FOR SUPERMAN 
: MENGUASAI
SUBJECT – VERB AGREEMENT 
 DALAM MEMBINA AYAT BAHASA INGGERIS BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 MERAHOleh:-EN. AHMAD FAIZAL B ALIASASekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, Jalan Sawah, 81500 Pekan Nanas,PontianABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pembinaan ayat yang melibatkan penggunaan subject – verbagreement yang seringkali membuatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 Merah yang terdiri daripada 40 orang  pelajar, terkeliru dan sekaligus membuatkan mereka membina ayat yang salah dari segi tatabahasa. Satu teknik telah diperkenalkan untuk memudahkan mereka mengingat secara aktif dan menarik dalammengaplikasikan cara dalam membina ayat. Tinjauan awal telah dijalankan dengan menganalisis buku latihan,ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan membuat ayat dari segi subject – verb agreement, iaitu kesalahan dalam meletakkan huruf S pada Singular Verb atau  pada Plural Verb. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik padanan untuk meningkatkan kefahaman pelajar. Teknik tersebut dinamakan sebagai Teknik S for Superman, sempena nama seorang watak adiwirasebuah komik yang terkenal. Pelajar telah didedahkan selama 80 minit dan kajian dapat diselesaikan dalammasa 5 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan pelajar dalam memberi padanan subject  – verb yang betul dalam sesebuah ayat.
1.0REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Sewaktu saya menanda buku karangan pelajar 1 Merah, saya dapati ramai dikalangan pelajar tidak tahu bagaimana hendak membina ayat yang betul dari segi
grammar, tenses, subject – verb agreement 
dan lain-lain lagi. Tidak keterlaluan jika sayakatakan bahawa ayat mereka tunggang-langgang! Sempat juga saya bertanyakan kepadarakan-rakan guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris yang lain sama ada pelajamereka mempunyai masalah yang sama atau tidak. Ternyata pelajar-pelajar mereka jugamenghadapi masalah yang sama, terutama dalam membina ayat yang betul dari segitatabahasa. Bila ditanyakan lagi kepada guru-guru ini, pelajar-pelajar mereka amat lemahterutamanya dalam
subject – verb agreement 
. Pelajar-pelajar ini tidak tahu sama adahendak menulis huruf 
pada perkataan
verb
atau tidak.“Cikgu, kami tak pasti la, nak tulis huruf 
atau tak kat perkataan
verb
ni…”. Kata-kata yangsering kali saya dengari sewaktu aktiviti P&P, terutamanya ketika aktivitinya adalah menulisesei. Penat juga melayan setiap pertanyaan pelajar-pelajar saya yang sebenarnya cukupkeliru dengan
subject – verb agreement 
ini. Masalah ini harus saya selesaikan dengankadar yang segera. Para pelajar seharusnya dibimbing ke jalan yang lurus dan betulsupaya mereka tidak lagi terkeliru dalam menulis ayat, sama ada mereka perlu menulishuruf 
pada akhir perkataan
verb
ataupun tidak. Pada pendapat saya kekeliruan ini timbulakibat daripada teknik pengajaran yang kurang menarik perhatian para pelajar. Diharap,hasil perbincangan sesama rakan-rakan guru dapat memberikan idea yang menarik danbernas untuk kami para pengkaji mengaplikasikannya dalam membimbing pelajar-pelajar ini supaya mereka tidak terkeliru lagi.
2.0FOKUS KAJIAN
Pelajar sebenarnya mempunyai banyak masalah dalam membina ayat. Perlulahdiketahui bahawa terdapat pelbagai ketetapan yang harus dipatuhi dalam membina ayatBahasa Inggeris dengan betul. Akan tetapi, fokus kajian ini adalah kepada permasalahanpelajar dalam memahami
subject – verb agreement 
dalam pembinaan ayat. Mereka kelirudengan penambahan huruf 
pada setiap hujung perkataan
verb
. Kesilapan yang pelajar sering lakukan ialah:-
1
 
pelajar menulis huruf 
pada hujung perkataan
verb
, sedangkan
subject 
adalah
 plural 
.
pelajar tidak menulis huruf 
pada hujung perkataan
verb,
sedangkan
subject 
adalah
singular 
.Dengan membantu pelajar dalam merungkaikan kekeliruan mereka tentang
subject – verbagreement 
, saya yakin mereka akan dapat menulis ayat dengan betul, sekaligus dapatmembina keyakinan dan motivasi pelajar dan membuatkan mereka terus seronok untukbelajar Bahasa Inggeris.
3.0OBJEKTIF KAJIAN3.1Objektif Am
Meningkatkan penguasaan
subject – verb agreement 
dalam membina ayatBahasa Inggeris bagi pelajar tingkatan 1 Merah.
3.2Objektif Khusus
1.
Pelajar dapat mengenalpasti
subject 
dan
verb
di dalam sesuatu ayat, samaada
subject 
itu
singular 
atau
 plural 
, ataupun
verb
itu
singular 
atau
 plural 
dengan menggariskan perkataan tersebut.
2.
Pelajar dapat menulis ayat yang betul dari segi
subject – verb agreement 
sekurang-kurangnya tiga ayat.
3.
Guru dapat menjimatkan masa dalam kelas untuk menerangkan topik inikepada pelajar.
4.
Keadaan kelas yang lebih menarik dengan mengaitkan hal akademikdengan seorang
superhero
komik dalam proses P&P di dalam kelas.
4.0KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan 1 Merah yang terdiri daripadaorang 13 pelajar Melayu dan 17 orang pelajar Cina.
5.0PELAKSANAAN TINDAKAN5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seharusnya dijalankan, tinjauan perlu dilakukan untuklebih memahami masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Tinjauan dijalankan denganmengutip data seperti berikut:-
5.1.1 Pemerhatian
Terdapat dua cara permerhatian yang dijalankan. Pertama, pelajar-pelajar dimintauntuk membina ayat digunakan untuk menganalisis sejauh mana kekeliruan pelajar tentang
subject – verb agreement.
Kedua, latihan karangan pelajar dikumpulkandan disemak oleh guru bagi mengesan kesalahan pembinaan ayat berdasarkan
subject – verb agreement.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengetahui sejauh manakefahaman pelajar pada bahagian
subject-verb agreement.
Soalan-soalan inimemerlukan mereka untuk memilih jawapan yang betul iaitu dengan menggariskanperkataan
verb
yang sesuai. Guru memberikan satu lembaran kerja yangmengandungi teks yang salah dari segi pembinaan ayat mengikut ketetapan
subject verb agreement.
Guru akan menyemak lembaran kerja tersebut danmemberi markah. Markah yang diperolehi dijadikan data untuk Ujian Pra. SetelahTeknik
S for Superman
diperkenalkan (rujuk lampiran), Ujian Pos dilaksanakanuntuk memperolehi data. Markah tersebut digunakan sebagai data Ujian Pos.
2
 
 5.2 Analisis Tinjauan Masalah5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan kepada kumpulan sasarandidapati:1.Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang ditanyakan olehguru, sama ada soalan tersebut disoal terus kepada pelajar atau punsoalan latihan yang terdapat pada buku latihan.2.Pelajar dapat memberikan jawapan dengan pantas apabila diajukansoalan.3.Suasana pembelajaran dalam kelas menjadi lebih ceria danmemberangsangkan.
5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos
Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalahseperti berikut:
Skor Bilangan Pelajar Ujian PraUjian Pos
101932986881721620510400300200100000
JumlahPelajar 
4040
5.3Tindakan Yang Dijalankan
1.Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah meminta merekamenyenaraikan watak adiwira komik yang paling mereka gemari.2.Satu senarai nama-nama watak adiwira komik yang telah mereka siapkanitu dipamerkan dan mereka diminta untuk menjelaskan siapakah watak-watak tersebut.
3.
Selalunya, pelajar tidak pernah tidak menyenaraikan seorang watakadiwira yang sangat terkenal iaitu
Superman.
Kemudian, setelah selesaipelajar-pelajar 1 Merah ini membuat penjelasan, saya membulatkan nama
Superman
ini dan memberitahu para pelajar bahawa watak
Superman
iniboleh dikaitan dengan Topik
Subject – Verb Agreement.
4.
Saya cuba kaitan huru
pada permulaan ayat
Superman
denganpenambahan huruf 
pada perkataan
verb
.
5.
Penerangan diberikan untuk menjelaskan Teknik
S for Superman.
6.Aktiviti penerangan ini diuji dengan saya bertanya secara lisan kepadapelajar atau dengan memberi latihan.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

Kajian tindakan matematik

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...