You are on page 1of 14

RBT 3113

PENYELIDIKAN TINDAKAN I
Oleh V.Ramachandran Jabatan Kemahiran Hidup IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat

PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

11.
12. 13.

Menyatakan masalah kajian Menetapkan objektif kajian Membentuk soalan kajian Membentuk hipotesis kajian Melakukan tinjauan literatur Merancang reka bentuk kajian Menentukan prosedur persampelan Membina instrumen kajian Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Menentukan prosedur pengumpulan data Mengumpul data Menganalisis dan menghurai data Membincang dan melapor hasil kajian

Isu yang timbul, yang menarik perhatian atau menjadi penggerak serta dorongan untuk melakukan kajian ke atasnya. Memberi tumpuan kepada penyelidikan yang dicadangkan, dan memberi implikasi tentang kemungkinan penyelidikan dilakukan. Sumber masalah: minat dan pengalaman, menguji teori, replikasi kajian lepas, hasil kajian lepas yang bercanggah. Pernyataan masalah dinyatakan dalam tajuk kajian. Masalah harus praktikal, penting, sasaran kajian, menyatakan variabel, nyatakan dengan jelas dan tepat.

1. Masalah Kajian

2. Objektif Kajian Hasrat utama pengkaji melakukan kajian Nyatakan dengan jelas dan tepat Memberi maklumat mengenai masalah kajian yang dihadapi/diminati oleh pengkaji untuk mencari jawapan melalui penyelidikan Dinyatakan selepas pengkaji telah mengenal pasti masalah kajian

Masalah kajian juga dinyatakan dalam soalan kajian. Contoh: a. Apakah perhubungan di antara tahap IQ dengan jantina? Mungkin dinyatakan secara am atau khusus.

3. Soalan Kajian

4. Hipotesis Kajian

Biasa digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menyatakan perhubungan dan perbezaan antara variabel-variabel. Ramalan pengkaji tentang perhubungan atau perbezaan yang mungkin wujud antara variabelvariabel. Membantu menguji ramalannya Dinyatakan dalam bentuk pernyataan dan tepat. Perlu selaras dengan fakta, kajian lepas dan teori. Harus boleh diuji

Membuat rujukan secara kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data, kaedah memperolehi maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Maklumat yang dirujuk adalah termasuk teori, reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan dapatan kajian. Rujukan: topik utama, penulis utama, hasil kajian, sumber terbitan.

5. Melakukan Tinjauan Literatur

Tiada satu reka bentuk kajian yang boleh digunakan dalam semua kajian, tetapi satu kajian boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa reka bentuk kajian yang berbeza. Reka bentuk mesti sesuai dengan tujuan kajian. Contoh: kajian eksperimental, kuasi-eksperimental, tinjauan, lapangan, kes, tindakan, sejarah,etnografi dll.

6. Merancang Reka bentuk Kajian

Sampel kajian dan populasi hendaklah dikenal pasti. Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Langkah-langkah pemilihan sampel juga perlu dijelaskan. Jenis kajian, jenis populasi, perbelanjaan, saiz sampel

7. Menentukan Prosedur Persampelan

8. Membina Instrumen Kajian


Alat untuk mengutip data. Instrumen kajian boleh dipilih daripada alat yang sedia ada,diubahsuai daripada alat yang diperoleh atau dibina sendiri. Instrumen kajian melibatkan: i. pembinaan soalan-soalan untuk mencungkil atau mewakilkan sesuatu yang diukur. ii. Proses memberi nombor-nombor tertentu untuk mewakilkan kadar yang diperoleh. Soal selidik, pemerhatian, senarai semak, ujian, temubual.

9. Menyatakan kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan merujuk kepada keupayaan sesuatu pengukuran yang dilakukan untuk mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis. Kebolepercayaan merujuk kepada keupayaan sesuatu kajian untuk memperoleh nilai yang serupa apabila pengukuran yang diulangi. Jika memperoleh nilai yang sama bila diulang, maka dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengumpul data Soal selidik, temubual, pemerhatian, senarai semak, rakaman audio/video, analisis dokumen, foto dll. Contoh: Eksperimen- jelaskan di mana kajian dijalankan, bagaimana subjek-subjek kajian dibahagikan kepada kumpulan, bagaimana rawatan diberi kepada subjek, bagaimana pengukuran dibuat dan siapa yang mengawas eksperimen tersebut.

10. Menentukan Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

11. Mengumpul data

12. Menganalisis dan menghurai Data

Analisis deskriptif dan inferensi

13. Menulis Laporan Kajian

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like