You are on page 1of 7

BAB 2 : ZAMAN PRASEJARAH

1. Senarai berikut merujuk kepada peralatan tembikar masyarakat Zaman Prasejarah. Periuk Belanga Bekas air Masyarakat zaman manakah yang menggunakan peralatan tersebut? A Zaman Logam B Zaman Neolitik C Zaman Mesolitik D Zaman Paleolitik

2 Bagaimanakah ahli sejarah mengkaji sejarah awal masyarakat Zaman Prasejarah? A Berdasarkan penemuan sumber arkeologi B Mengkaji cara hidup dan kepercayaan masyarakat awal C Menganalisis catatan bertulis di dinding gua dan batu bersurat D Merujuk kepada pelbagai sumber seperti sumber primer dan sumber Sekunder

3. Zaman X dalam maklumat berikut ialah Zaman?

Zaman X Dikenali sebagai Haobinh. Malaysia tidak mengalami zaman ini.

A Logam B Neolitik C Mesolitik D Paleolitik

HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com

Page 1

4 Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Zaman Paleolitik? I Menternak binatang II Menanam padi sawah III Memburu binatang liar IV Memungut hasil hutan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

5 Pernyataan berikut menunjukkan masyarakat awal mempercayai?

Masyarakat memuja setiap benda seperti batu dan pokok yang dipercayai mempunyai semangat prang yang sudah mati.

A amalan animisme B adab pengebumian C amalan pembalasan D kehidupan selepas mati

6.Apakah persamaan antara kedua-dua lokasi berikut? Gua Niah, Sarawak Bukit Bunuh, Perak A Penempatan penduduk Zaman Paleolitik B Penempatan pendududuk Zaman Neolitik C Tapak pengebumian manusia Zaman Neolitik D Penemuan kapak gangsa dan acuannya

HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com

Page 2

7.Apakah penemuan yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990?

A Kapak genggam B Rangka binatang C Manusia perak D Artifak tembikar

8 Antara yang berikut, manakah menunjukkan kegiatan ekonomi penduduk Zaman Neolitik? I Menangkap ikan

II Berdagang secara sistem barter III Hidup secara sara diri IV Menghasilkan alat logam A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

9 Apakah ciri masyarakat yang dapat dikaitkan dengan penemuan artifak tembikar di Gua Cha di Kelantan? I Mengamalkan cara hidup berpindah randah II Menetap di kawasan bukit dan pendalaman III Tinggal di dalam gua berhampiran sungai IV Mengamalkan system masyarakat dan mempunyai ketua

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com

Page 3

10.Apakah ciri persamaan yang terdapat pada kawasan berikut?

Gua Cha, Kelantan Bukit Tengkorak, Sabah

A Bukti wujud masyarakat Paleolitik B Kawasan penempatan masyarakat Neolitik C Tapak arkeologi yang wujudnya masyarakat moden D Pusat penemuan artifak batu dan logam oleh penyelidik dari Universiti Sains Malaysia

11 Antara yang berikut, manakah lokasi penempatan penduduk Zaman Neolitik? I II Gua Cha Bukit Tengkorak

III Sungai Tembeling IV Changkat Menteri

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

12 Apakah fungsi alat pemukul kayu yang digunakan oleh masyarakat Zaman Neolitik? A Menggali tanah B Mengetam kayu C Menebang pokok D Menghaluskan kulit kayu

HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com

Page 4

13. Apakah persamaan kepercayaan antara masyarakat Zaman Neolitik dengan Zaman Paleolitik? A Mempercayai animisme B Mengamalkan kepercayaan karut C Mempunyai kepercayaan dan pegangan tertentu D Tidak mempunyai sebarang bentuk kepercayaan

14. Antara berikut yang manakah merupakan peralatan yang digunakan oleh masyarakat Zaman Neolitik untuk menggali tanah dan mengetam kayu? A Beliung B Kapak genggam C Tulang mawas D Pemukul kulit kayu

15. Senarai berikut menunjukkan perkembangan teknologi peralatan manusia Zaman Prasejarah. Batu

Tembikar

X Apakah X ? A kayu B tembaga C tembikar D gangsa dan besi

16.Antara berikut yang manakah bukan ciri masyarakat Zaman Logam? A Hidup menetap B Tidak lagi tinggal di dalam gua C Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup D Menjalankan kegiatan perdagangan tukar barang HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com Page 5

17. Pilih pasangan yang betul A Gua Cha Logam B Tingkayu Paleolitik C Gua Niah Neolitik D Changkat Menteri Logam

18. Apakah kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Zaman Logam? A Mengamalkan animisme B Tidak mempunyai pegangan C Menganut ajaran Hindu dan Buddha D Mempercayai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu

19. Antara peralatan yang dijumpai di Sungai Tembeling, Pahang ialah? A beliung B Manusia Perak C mata lembing D kapak genggam

20 Pernyataan berikut berkaitan dengan tradisi zaman Prasejarah. Masyarakat Zaman Logam telah mengamalkan

upacara kematian.

Apakah yang digunakn untuk upacara tersebut? A Kepingan batu B Kepingan gangsa C Batang besi D Batang kayu

HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com

Page 6

JAWAPAN BAB 2 NO.SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 JAWAPAN B A C D A A C A D B A D A A D B D D C A MUKA SURAT 24 20 DAN 21 21 21 21 21 23 24 24 24 24 25 23 25 26 26 26 26 27 26

HakCipta JPN Kelantan cikgusejarah.blogspot.com

Page 7

You might also like