RANCANGAN STRATEGIK UNTUK KECEMERLANGANPANITIA MATAP ELAJARAN MATEMATIK 20081.PENDAHULUAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu daripada mata pelajaran wajib dibawah program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang muladilaksanakan pada tahun 1983. Perubahan buat pertama kali dilakukan setelahhampir dua kitaran pelaksanaannya. Pada tahun 1994, Sukatan pelajaranmatematik KBSR yang mengalami sedikit perubahan telah dilaksanakan disemua sekolah rendah. Berdasarkan mesyuarat pada 21 dan 22 Februari 1999,kurikulum Matematik KBSR telah disemak semula atas beberapa rasional.Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmupengetahuan dan beketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik.Antara usaha ke arah wawasan ini, perlu memastikan masyarakatmembudayakan Matematik dalam kehidupan harian. Justeru itu, kemahiranpenyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuksupaya dapat membuat keputusan dengan berkesan.Matematik adalah asas dan jentera penggerak kepada pembangunan danperkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmuMatematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakantenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuksebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negarayang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiranpenyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dariperingkat sekolah.Matematik pada peringkat rendah akan diteruskan pada peringkat menengahdan akan menjadi faktor untuk penguasaan subjek-subjek sains yang laintermasuklah Matematik Tambahan, Fizik dan lain-lain. Lantas, Penerusan agendapemantapan subjek Matematik secara strategik harus dilaksanakan untuk tahunini dan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.