29 Januari 2008
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAKIA2MKelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asasmembaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga darikalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluanuntuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian;
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yangdisampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secaraindividu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Muriddiberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.
Pendekatan
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas,kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yangdirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.
a. Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkankeyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dandi akhir waktu belajar. b
. Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
Add a Comment