You are on page 1of 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)


Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang
sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami
sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah
kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan
cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima
dan menghayati serta mengamalkannya. Tambahkanlah kepada kami
kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami,
pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur
bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan
minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya
kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

You might also like