BACK TO BASICS“ FOKUS KEPADA INOVASI SUMBER PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN ”
Oleh
Musa bin SulaimanJabatan Pengajian Melayu
Abstrak
Keseluruhan esei ini membincangkan secara ringkas mengenai bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh pendidik dahulu dan sekarang. Penggunaan BBM elektronik sekarang menghadapi masalah-masalahnya yang tersendiri kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan tersebut. Jadi, sebagai pilihannya penggunaanBBM bukan eletronik yang telah diamalkan oleh pendidik-pendidik terdahulu tidak bolehdiabaikan begitu sahaja kerana BBM tersebut ada kelebihannya tersendiri. Kembali ke Asas, dengan menggunakan BBM murahan masih perlu, asalkan penggunaannya tidak lepas lari dari tujuan pendidikan negara yang mengutamakan jasmani, rohani, emosi dan intelektual pelajar-pelajar. Dalam esei ringkasnya ini pengarang membincangkansoal definisi BBM berlandaskan pendapat pengkaji terdahulu, kepentingan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah,, prinsip inovasi BBM ,bagaimana pendidik dahulu menggunakan BBM, mengapa perlu menggunakan bahan tradisional di zamanteknologi moden sekarang, tujuan kembali ke asas dalam penggunaan BBM danakhirnya cadangan mengatasi kelemahan-kelemahan penggunaan BBM yang adasekarang ini.
Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
( KBSR
)
telah digubal atas rasional bahawa aktivitipembelajaran dan pendidikan peringkat rendah merupakan
pendidikan asas
yang melibatkan
tigakemahiran, iaitu membaca, menulis dan mengira ( 3 M )
. Pendidikan peringkat rendah jugahendaklah menyeluruh dan seimbang dari segi perkembangan
intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
KBSR juga dirancangkan untuk memberi setiap murid
peluang yang
sama
untuk mendapat
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan
. Murid-murid juga diberipeluang dan ruang bagi
mengembangkan atau mempertajamkan bakat, minat dan daya kreatif mereka.
Mengikut perakuan
57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet
pula menyatakan bahawakurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai
kemahirandalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri