You are on page 1of 12

2.0 FOKUS KAJIAN 2.

1 Isu Kajian Aspek ketangkasan telah diterapkan di dalam kelas Pendidikan Jasmani seawal Tahap Satu iaitu Tahun Tiga. Kegagalan murid-murid yang telah berusia sebelas tahun untuk menguasai ketangkasan ini menimbulkan tanda tanya di dalam diri pengkaji. Masalah utama yang dapat dikesan ialah murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan ketangkasan dengan baik. Contohnya, murid tidak dapat mengubah arah dengan baik ketika melakukan larian ulang alik. Selain itu, ketangkasan amat penting dalam membantu murid-murid menguasai sukan seperti sukan bola sepak dan bola jaring. Sehubungan dengan itu, didapati bahawa murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi aktiviti berkumpulan semasa di padang. Tambahan itu juga, murid mempamerkan tabiat anti pembelajaran seperti mengganggu rakan yang lain, tidak memberi tumpuan dan bersikap pasif. Malah, ada murid yang mengeluh dan berasa bosan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji sangat prihatin akan masalah yang dihadapi oleh murid. Jadi, pengkaji telah mendapat suatu inisiatif untuk menggunakan kaedah latihan litar bagi meningkatkan tahap ketangkasan, penglibatan aktif dan mewujudkan keseronokan murid.

2.1.2 Tinjauan Awal Masalah 2.1.2.1 Ujian Illinois Perkembangan motor dan pertumbuhan kanak berlaku secara pesat sewaktu umur kanak-kanak menjangkau 8 tahun hingga 12 tahun (Gallahue 1996). Sewajarnya pada usia ini, kanak-kanak akan mengaplikasikan kemahiran manipulatif yang telah dikuasai sewaktu Tahap Satu ke dalam situasi permainan yang dipelajari pada Tahap Dua.Tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati murid-murid tidak dapat mengubah arah dengan cepat dan berkesan. Keadaan seperti teragak-agak untuk menukar arah dan kembali ke permulaan sering berlaku. Keadaan tersebut saya perhatikan berulang kali sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Bagi mengesahkan kemusykilan saya, saya telah memilih untuk melaksanakan satu ujian bagi mengetahui tahap ketangkasan murid-murid. Seramai 20 orang ahli kelas tersebut mengikuti ujian yang saya laksanakan. Saya telah memilih Ujian Illinois untuk dijadikan sebagai instrumen yang boleh membantu saya untuk mendapatkan tahap ketangkasan murid-murid itu. Sebelum ujian dilakukan, pengkaji telah menjelaskan kepada murid-murid tentang tujuan ujian ini dijalankan. Selesai penerangan tersebut, saya mula membuat demonstrasi tentang cara sepatutnya ujian itu berlangsung. Setelah itu, murid dibenarkan untuk membuat dua kali percubaan sebelum ujian sebenar dilaksanakan. Ini bagi membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan keadaan litar ujian. Setelah itu, dua percubaan dibuat bagi setiap murid dengan rehat selama sepuluh minit di antaranya sebelum bermula semula. Keputusan ujian telah dibandingkan dengan petunjuk skor tahap ketangkasan untuk mengetahui tahap ketangkasan mereka.

Jadual 1: Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Perempuan Mata / Umur 6 5 4 Bawah 13 Tahun <16.5 16.5 - 18.0 18.1- 19.6 13-14 Tahun <16.1 16.1-17.8 17.9 - 18.4 15-16 Tahun <16.0 16.0 -18.0 18.1- 18.6 >16 Tahun 15.8 15.8 18.0 18.1- 18.6

Jadual 2: Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Lelaki Mata / Umur 6 5 4 Bawah 13 Tahun <15.8 15.8-16.5 16.6-18.0 13-14 Tahun <15.4 154-16.1 16.2-17.4 15-16 Tahun <14.8 14.8-15.8 15.9-16.9 >16 Tahun <14.3 14.3-15.4 15.5-16.5

Sumber : North West Atheletics : Talent Identification Norms 2001 2.1.2.2 Senarai Semak Pengkaji telah menggunakan senarai semak berbentuk pemerhatian terhadap murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani bagi tunjang Ketangkasan. Jumlah murid yang memberikan respon terhadap soalan guru serta tingkah laku murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung juga diperhatikan dan dicatatkan. Senarai semak yang digunakan adalah secara berstruktur bertujuan untuk melihat tingkah laku dan tindak balas murid terhadap pembelajaran. 2.1.2.3 Soal Selidik Pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh setiap murid. untuk mengenal pasti dan mendalami masalah utama yang dihadapi murid dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani bagi tunjang ketangkasan dan sejauh mana pengetahuan dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Dalam borang soal selidik yang disediakan, terdapat 5 item yang perlu dijawab oleh murid dengan

menandakan jawapan pada ruangan yang disediakan. Pengkaji telah memberi penjelasan terlebih dahulu bagi setiap item agar murid betul-betul memahami kehendak soalan serta mengingatkan mereka untuk menjawab soalan yang dikemukakan secara jujur. Pengkaji juga memastikan suasana pada waktu tersebut adalah kondusif supaya responden boleh menjawab soal selidik dengan telus. Hasil daripada soal selidik tersebut seterusnya dianalisis oleh pengkaji.

2.1.3 Analisis Tinjauan Awal Masalah 2.1.3.1 Analisis Ujian Illinois

Jadual 3: Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki Mata 6 5 4 <4 Jumlah Murid Bilangan Murid 0 5 4 9 18

Jadual 4: Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Perempuan

Mata 6 5 4 <4 Jumlah Murid

Bilangan Murid 0 3 2 7 12

Jadual 5: Keputusan Keseluruhan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki dan Perempuan Mata 6 5 4 <4 Jumlah Lelaki 0 5 4 9 Perempuan 0 3 2 7 Jumlah 0 8 6 16 30

Jadual 6: Peratusan Tahap Ketangkasan Lelaki dan Perempuan Mata 5 Lelaki 28 Perempuan 25

4 <4 Jumlah

22 50 100

17 58 100

Graf 1: Graf Peratusan Tahap Ketangkasan Murid Lelaki dan Perempuan

Keputusan Ujian Illinois yang telah dilaksanakan menunjukkan murid tidak berjaya mendapat skor tertinggi iaitu 6 bagi lelaki dan perempuan. Skor 5 mencatatkan masingmasing 28% bagi murid lelaki dan 25% daripada murid perempuan. 22% murid-murid

lelaki mendapat skor 4. Murid perempuan yang mendapat skor yang sama berjumlah secara peratusan ialah 17%. Skor kurang daripada 4 mendominasi graf palang keputusan. Sejumlah 9 orang murid yang mewakili 50% daripada murid-murid lelaki. Bagi murid perempuan pula yang mendapat skor kurang daripada 4 ialah sejumlah 58%.Ini membuktikan bahawa murid-murid mengalami masalah dalam menguasai aspek ketangkasan.

2.1.3.2 Analisis Keputusan Senarai Semak Jadual 7: Keputusan Senarai Semak.

Kekerapan Aspek Penilaian 1. Murid mendengar dan mengikuti arahan guru: Murid memandang guru. Bersedia sesi untuk mengikuti dan pengajaran Tercapai (%) 4 orang (20%) Tidak Tercapai (%) 16 orang (80%)

pembelajaran. 2. Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti secara sukarela: Angkat tangan. Beri pandangan. 3. Aktiviti berkumpulan: Bekerjasama. Beri sumbangan. Interaksi dalam kumpulan. 4. Keyakinan Diri : Jawab soalan guru. Bertanya masalah. Memberi pendapat 5. Tingkah laku : Postur badan yang baik Tumpuan mata 5 orang (25%) 15 orang (75%) 3 orang (15%) 17 orang (85%) 8 orang (40%) 12 orang (60%) 1 orang (10%) 19 orang (90%)

Berdasarkan senarai semak yang digunakan dan dianalisis (Sila rujuk Lampiran B), pengkaji mendapati bahawa sebanyak lapan orang murid yang betul-betul berminat untuk menerokai dan mempelajari tajuk Ketangkasan. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu bermulanya aktiviti memanaskan badan, pengkaji mendapati sebanyak 11 orang murid kelihatan mengantuk, tidak bermaya dan bosan. Selain itu, sebanyak 6 orang murid yang

bermain-main dan membuat bising. Apabila berada di pertengahan sesi, sebahagian murid kelihatan bosan untuk meneruskan pembelajaran dan mula menganggu rakan-rakan yang lain. Apabila murid dikehendaki menyatakan maksud ketangkasan dan kepentingannya secara lisan, mereka seakan terpaku dan mengambil masa yang lama untuk memberikan jawapan.

2.1.3.3 Analisis Soal Selidik Pengkaji menggunakan 5 item bagi tujuan melaksanakan soal selidik ini seperti di Lampiran C. Berikut merupakan data yang dianalisis bagi setiap item dalam borang soal selidik yang dijalankan:

Jadual 8: Analisis Borang Soal Selidik. BIL. 1. 2. 3. 4. 5. ITEM Saya meminati mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengajaran guru menyeronokkan. Guru memberikan bimbingan kepada saya. Aktiviti yang dijalankan sangat menarik. Penerangan guru mudah difahami. YA 5 65 100 25 75 % TIDAK 95 35 75 25

Analisis borang soal selidik menunjukkan 5% responden menjawab YA

bagi item (Saya meminati mata pelajaran Pendidikan Jasmani). Di samping itu juga, sebanyak 95% responden menjawab TIDAK. Bagi item 2 pula, sebanyak 65% menjawab YA, manakala 35 % lagi menjawab TIDAK. Sehubungan dengan itu juga, kesemua responden iaitu 100 % murid mengatakan YA bagi item 3 (Guru memberikan bimbingan kepada saya). Kemudian, bagi item 4 (Aktiviti yang dijalankan sangat menarik) pula, sebanyak 25% responden menjawab YA. Manakala, sebanyak 75% responden yang menjawab TIDAK. Bagi item 5 ( penerangan guru mudah difahami), sebanyak 75 % responden menjawab YA dan 25 % lagi menjawab TIDAK. \ Berdasarkan analisis soal selidik di atas, maka jelaslah menunjukkan bahawa masalah yang murid hadapi ialah mereka tidak berminat mempelajari mata pelajaran Pendidikan Jasmani (merujuk kepada item 1). Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah teknik pengajaran yang digunakan guru, penggunaan sumber dan aktiviti pengajaran yang kurang menarik dan hanya berpusatkan guru. Akibat daripada semua isu tersebut, pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan terjejas. Dalam kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada masalah utama yang dihadapi oleh murid iaitu tidak mempunyai tahap ketangkasan yang baik.

2.1.4 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Sebelum menjalankan kajian, enam faktor berikut telah diambilkira bagi memastikan keberhasilan kajian. Faktor-faktor tersebut ialah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kolaborasi, kerelevanan dan juga kawalan.

Kebolehtadbiran Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan. Permainan ini boleh dilaksanakan di padang dan juga gelanggang badminton sekolah. Padang merupakan kawasan

yang terbaik untuk menjalankan intervensi dengan selamat. Jika terdapat peralatan yang tiada, saya boleh membina alat reka ganti untuk digunakan semasa kajian dilaksanakan. Perancangan yang baik seperti menetapkan masa, tarikh, lokasi dan juga tempoh perlaksanaan akan membantu kelancaran kajian ini.

Kepentingan Usaha untuk meningkatkan tahap ketangkasan murid-murid di sekolah akan membantu memenuhi keperluan fizikal murid-murid dan juga sekolah. Jikamuridmurid ini dapat menguasai ketangkasan, mereka telah memenuhi salah satu aspek kecergasan. Seterusnya, sekolah juga amat memerlukan murid-murid yang tangkas untuk mewakili sekolah dalam permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling dan juga Badminton.

Kebolehgunaan Kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid Tahap Dua di sekolah rendah. Intervensi yang menggunakan pendekatan latihan litar ini dapat digunakan dengan menyesuaikan permainan seperti Galah Panjang sewaktu fasa Kemuncak Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk menguji penguasaan murid-murid berkaitan tajuk ketangkasan.

Kolaborasi Kajian ini hanya dapat dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa pihak. Pihakyang terlibat antaranya ialah, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan murid, guru pembimbing dan juga pensyarah pengkaji itu sendiri. Pihak sekolah perlu membenarkan murid-murid terpilih membantu menyelesaikan kajian yang dijalankan.Selain itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan juga pensyarah terlibat

akan menjadirujukan jika terdapat sebarang kemusykilan dalam melaksanakan kajian serta intervensi yang telah dicadangkan ini. Murid-murid serta ibu bapa juga perlu memberikan kebenaran sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dengan kajian yang bakaldijalankan ini.

Kerelevanan Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecergasan murid-murid serta pembangunan sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat menguasai ketangkasan. Kemungkinan peningkatan prestasi mereka di dalam permainanpermainan yang dipertandingkan akan meningkat dari masa ke semasa.

Kawalan Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti subjek kajian, peralatan, lokasi serta cara perlaksanaan intervensi yang mudah dikawal. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju untuk menjadi subjek kajian dengan izinibu bapa. Peralatan yang digunakan pula mudah didapati di stor sukan sekolah.Kawasan padang akan digunakan secara maksimum untuk menjalankan intervensiyang telah dirancangkan. Intervensi akan diadakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja dan tidak mengganggu waktu yang selainnya.

You might also like