You are on page 1of 98

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN JASMANI PJM3103

OLAHRAGA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : Pengenalan Olahraga Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 1.1 Sejarah Olahraga 1.2 Acara-acara Olahraga 13 i i iii - iv v vi

Tajuk 2 : Acara Balapan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 2.1 Lari Pecut 2.2 Lari Berganti-ganti 2.3 Lari Berpagar 2.4 Lari Jarak Sederhana dan Jauh

4 14

Tajuk 3 : Kemahiran Teknik Menyediakan Balapan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 3.1 Lakaran Balapan 200 meter 3.2 Lakaran Balapan 300 meter 3.3 Lakaran Balapan 400 meter

15 23

Tajuk 4 :Acara Padang Lontaran / Balingan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 4.1 Gaya Lontaran 4.2 Fasa Lontaran

24 28

Tajuk 5 : Acara Padang Lompatan Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 5.1 Lompat Jauh 5.2 Lompat Tinggi

29 36

Tajuk 6 : Kemahiran Teknik Menyediakan Gelanggang Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 6.1 Pembinaan Gelanggang / Sektor

37 - 42

Tajuk 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan 7.1 Strategi Penyampaian 7.2 Garis Panduan Persediaan RPH 7.3. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

43 51

Tajuk 8 : Kaedah Penilaian 8.1 Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurnian Ikon Modul

52 - 62

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

vi

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

vii

Pengenalan

Modul yang telah dirancang meliputi keseluruhan kurikulum kursus PJM3103 Olahraga, Major Pendidikan Jasmani Program Pensiswazahan Guru (PPG). Ia disediakan sebagai modul pembelajaran untuk membantu anda dalam pembelajaran kendiri. Kursus. Modul ini dirancang mengikut tajuk-tajuk Pro Forma

Setiap tajuk mengandungi beberapa sub tajuk yang meliputi semua

aspek kandungan kurikulum olahraga. Modul ini mengandungi 8 tajuk. Tajuk satu, Pengenalan Olahraga, tajuk dua Acara-acara Balapan, tajuk tiga, Kemahiran Teknikal Menyediakan Balapan, tajuk empat, Acara Balingan, tajuk lima, Acara Lompatan, tajuk enam, Kemahiran Teknikal Menyediakan

Gelanggang (Sektor), tajuk tujuh, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran dan tajuk lapan Kaedah Penilaian Olahraga.

Pada setiap akhir tajuk, soalan-soalan berbentuk refleksi, latihan-latihan dan soalan-soalan tutorial disertakan untuk menguji kefahaman anda. Anda di

kehendaki mencari dan mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan dan latihanlatihan tersebut untuk dibawa berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan sekumpulan anda. Selain daripada belajar sendiri melaui bahan-bahan modul ini, anda juga dikehendaki membuat rujukan dan panduan dari sumber-sumber lain untuk kefahaman lanjut.

Diharapkan modul ini dapat memberi segala informasi dan latihan yang anda perlukan untuk berjaya dalam kursus ini. Semoga kursus ini dapat meningkatkan minat dan komitmen anda dalam profesion perguruan.

AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: PJM3103- Olahraga Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Pro Forma)
Bil Tajuk/Topik 1.1 Pengenalan Olahraga 1.2 Acara-acara Balapan 2.1 Kemahiran Teknik Menyediakan Balapan 2.2 Acara Balingan 3.1 Acara Lompatan 4.1 Kemahiran Teknikal Menyediakan Gelanggang 5.1 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 5.2 Kaedah Penilaian Interaksi Bersemuka (jam) 3 Modul (Jam) 7 Jum. Jam 10

2 3 4 5

3 3 3 3 15

13 5 7 13 45

16 8 10 16 60

NOTA : Ujian amali akan dijalankan diluar jam intraksi

vi

TAJUK 1

PENGENALAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menjelaskan asal usul pertandingan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Olahraga

Sejarah Olahraga

Acara-acara Olahraga

Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan? Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.

Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Acara lari pecut (jarak dekat) Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar Acara lari berhalangan : 100 m, 200 m dan 400 m : 800 m , 1500 m : 3000 m, 5000 m dan 10000 m : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P) : 3000 m

Acara padang pula terdiri daripada: i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

Aktiviti 1.1

1.

Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

2.

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN LARI PECUT, LARI BERGANTI GANTI LARI BERPAGAR, LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturanperaturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak jauh. 5. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. 6. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Berganti-ganti

Lari Berpagar

Lari Jarak Sederhana Dan Jarak Jauh

Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acaraacara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang Dalam

mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan Permulaan Gaya peluru: i. ii. Berdiri di blok, rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan iii. iv. v. Letakkan kaki di blok Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. c. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki Hadapan c. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan. c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

ii.

Fasa Sedia a. b. c. d. Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan

iii.

Fasa Berlepas a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah b. c. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 60 meter, kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah d. e. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan

iv.

Fasa penamat a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m. b. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. c. d. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengahtengahnya. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta. Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang

mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan jarak ( 100 meter wanita, 110 meter lelaki dan 400 meter lelaki & wanita ).

Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM )

10

Sub Tajuk 2.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan. Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian. Larian Jarak Sederhana - 800 meter - 1500 meter

Larian Jarak Jauh - 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter - 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan - Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut: Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain. Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari.

11

Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian.

Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan.

Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari dipermulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara beramairamai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam.

Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya.

12

Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. Berlari di lorong paling dalam. Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat. Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan.

13

Aktiviti 2.1 1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama. 2. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding. 3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut. 4. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti? 5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.

14

TAJUK 3 : TEKNIK MENYEDIAKAN BALAPAN

Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan balapan 200m, 300m dan 400m. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah balapan. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah balapan. melaksanakan penyediaan sesebuah balapan dengan ukuran yang tepat.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Penyediaan Balapan

200 Meter

300 Meter

400 Meter

15

Pendahuluan Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan sempurna. Panjang balapan biasanya dibina sepanjang 200 meter, 300 meter dan 400 meter, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiaptiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah,

panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Sub Tajuk 3.1: Pembinaan Balapan ( 400 Meter, 300 Meter Dan 200 Meter ) 3.1.1 Keperluan Awal 3.1.1.1 Tentukan keluasan padang untuk menentukan ; Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong

B A m x B m = AB m2 ( luas )

3.1.1.2 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong Balapan 400 meter 300 meter 200 meter Bil. Lorong 8 6 8 6 8 6 Keluasan > 16,804.17 m2 > 15,482.82 m2 > 10,248.86 m2 > 9,219.36 m2 > 5,448.86 m2 > 4,710.18 m2

16

3.1.1.3 Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

Panjang padang = x meter Lebar padang = y meter Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong Lebar lorong = 1.21 m 1.23 m Lebar/Tebal garisan = 5 sm

3.1. 2 Keperluan Alatan Besi penanda ( 15 batang ) Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter Pita ukur ( steel ) 50 meter Pita ukur ( steel ) 30 meter Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter ) Tali ( 7mm 10mm ) 120 meter Paku 20sm ( 20 batang ) Kereta minyak / cat Roller atau berus cat ( 5sm ) Tukul besi Nota: Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30sm 50 sm Pita ukur; Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu padang. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah. Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang. Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur di jarak yang bersesuaian.

17

3.1.3 Panduan Membuat Garisan

y x f p f1

Jarak f ke f1 ialah antara 1.21 meter ( minimum ) hingga 1.23 meter ( maksimum) P ialah kawasan bahagian dalam balapan. Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan ( tepi bahagian dalam garisan seperti di f ) ke f1. Tiap garisan lebarnya ialah 5 sm. Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 sm. Garisan memotong ( cut-in ) 5 sm. Tiang penamat; - Tinggi tiang = 1.50 m Tebal tiang = 2.00 3.00 sm Lebar tiang = 5 sm Bendera Memotong ( Cut-in ) - Tinggi tiang = 1.50 m Bendera = 30 sm x 40 sm

18

3.1.4 Zon-zon di balapan; Zon Pertukaran Baton

Zon Menerima baton

Zon Menunggu

10.00 m

10.00 m

10.00 m

Garisan memotong ( cut-in )

19

Sub Tajuk 3.2 : Balapan 400 Meter Untuk membina sesebuah balapan, pengetahuan serta kemahiran perlu ditagih dari

kumpulan guru terutama guru sukan atau guru Pendidikan Jasmani. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan semasa merancang dan seterusnya melaksanakan pembinaan sesebuah balapan larian. Dalam sub tajuk ini, anda akan didedahkan cara-cara membina balapan sepanjang 400 meter.

3.2.1 Membina Balapan 400 M Cari keluasan padang ( panjang & lebar padang ) Kenalpasti jenis trek yang boleh dimasukkan mengikut keluasan padang Lebar padang di bahagikan kepada 3 bahagian dan memanjang padang dibahagi kepada 5 bahagian.

D N

C M F

J H K E P E G

- HJK dan GEF adalah segitiga sama dengan sudut 60o . Anggaran panjang segitiga adalah dicadangkan bagi trek 400m =20.0m, 300m =15.0m dan 200m = 10.0m. Segitiga hendaklah dibuat ditengah-tengah garisan padang. - Sekiranya untuk trek 400m. CMEB + DNPA bahagi 2. Panjang garisan lurus AB/DC= 400m tolak panjang lengkok

20

Contoh : sekiranya panjang AK = 29.5m. , KJ =20.0m., JD = 29.5m Panjang lengkok AP+ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.5 = 30.896 + 30.896 = 61.792 Panjang lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.5 = 51.843 Panjang lengkok APND + BEMC = 61.792 + 51.843 = 113.635 + 113.635 =227.27 Panjang garis lurus AB/DC = 400m 227.27 = 172.73. = 86.365m - Bagi garisan dalam yang dipasang bendul panjang KA/JD dan HP/HN ditolak 0.30m dan sekiranya tidak berbendul ditolak 0.20m. ( panjang garis segitiga tidak perlu diubah ) - Sekiranya ditolak 0.30m dan lebar lorong 1.22m Lorong 1: Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.20 = 30.582 x 2 = 61.164 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.20 = 51.529 Lengkok APND + BEMC = 61.164 + 51.529 = 112.693 + 112.693 = 225.386 Lorong 2 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 30.42 = 31.86 x 2 = 63.72 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 50.42 = 52.807 Lengkok APND + BEMC = 63.72 + 52.807 = 116.527 +116.527 = 233.054 Lorong 3 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 31.64 = 33.138 x 2 = 66.276 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 51.64 = 54.084 Lengkok APND + BEMC = 66.276 + 54.084 = 120.36 + 120.36 = 240.72 Lorong 4 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 32.86 = 34.415 x 2 = 68.83 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 52.86 = 55.362 Lengkok APND + BEMC = 68.83 + 55.362 = 124.192 + 124.192 = 248.384 Tambahan lorong seterusnya dibuat mengikut kiraan seperti jadual diatas Permulaan 400m dan 4x100m Stagger lorong 1 = 0 Jarak lengkok APND + BEMC lorong 2 tolak jarak APND + BEMC lorong 1 Stagger lorong 2 = 233.054 225.386 = 7.67m Jarak lengkok APND + BEMC lorong 3 tolak jarak APND + BEMC lorong 2 Stagger lorong 3 = 240.72 225.386 = 15.334m Stagger lorong 4 dan seterusnya juga dikira sebagaimana jadual di atas.

21

Stagger 4x100m Garis tengah flaoting Pelari pertama = 7.67m ( 1 stagger ) Pelari kedua = 3.83m Pelari ketiga = 3.83m (1/2 stagger ) Pelari keempat = 1.92m Zon pertukaran baton = tambah 10m hadapan dan 10m belakang dari tengah Zon menunggu tambah 10m di belakang zon pertukaran.

Contoh: Zon menunggu Arah larian 10m 10m 10m Zon pertukaran baton

Stagger 4 x 400m Garis tengah Pelari pertama Pelari kedua Pelari ketiga Pelari keempat Zon pertukaran baton

= 11.505m ( 1 stagger ) = 3.835m ( stagger ) = 10m dari di belakang garis penamat = 10m dari belakang garis penamat = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

Stagger 4 x 200m Garis tengah Pelari pertama Pelari kedua Pelari ketiga Pelari keempat Zon pertukaran bato

= 11.505m (1 stagger ) = 7.67m ( 1 stagger ) = 3.83 ( stagger ) = 0m ( pelari pertama 200m ) = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

22

Rumus Mencari Lengkungan Balapan


1.
a. b. c.

Lengkung
a=1/3 x 3.142 x a1- a2 b= 1/3 x 3.142 x b1 b2 Jumlah L = a+b+c

2. Garis lurus (GL) a. a=b b. 200m L m ( untuk balapan 400 m ) c. 150m L m ( untuk balapan 300 m ) d. 100m L m ( untuk balapan 200 m ) 3. Stagger L m Lorong 2 L m Lorong 1 = stagger 4. Garisan rentas ( kawasan lengkung zon pertukaran baton dan stagger. GR = 2y2[ 1-kos(57.288x w /y)]

Aktiviti 3.1 1. Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak merancang pembinaan sesebuah balapan. Bincang dalam kumpulan dan rancang pembinaan sebuah balapan sepanjang 200 meter. Hasil tugasan perlu dinyatakan bersama grafik dan ditulis dengan ukuran yang tepat.

2.

23

TAJUK 4 :

ACARA PADANG LONTARAN / BALINGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan tentang gaya lontaran dan teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran menjelaskan peraturan am dalam acara lontaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lontaran

Gaya Lontaran

Fasa Lontaran

24

Sub Tajuk 4.1 : Gaya Lontaran Di sekolah rendah, acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu: Lontaran gaya berdiri Gaya melungsur selangkah dan Gaya Parry O Brien Acara ini

Sub Tajuk 4.2 : Fasa-Fasa Lontaran

Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. i. Pegangan peluru Lakuan sedia (Preparation) Lungsuran (Glide) Lontaran (Delevery) Pulihan (Recovery) Pegangan peluru Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

25

ii.

Lakuan sedia Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak hampir leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar.

iii.

Lungsuran Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri. Bagi gaya lungsur selangkah,bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.

26

iv.

Lontaran Rendahkan kaki kanan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke

hadapan menyilang badan. Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

v.

Pulihan Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Peraturan 188 : Lontar Peluru Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/pipi dan tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu. Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu. Rujuk buku undang-undang KOAM

27

Aktiviti 4.1

1.

Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

2.

28

TAJUK 5 :

ACARA PADANG - LOMPATAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang gaya lompat tinggi dan teknik lompat jauh serta peraturan-peraturan dalam acara lompatan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lompatan. menjelaskan teknik dan cara yang tepat bagi acara-acara lompatan menjelaskan peraturan-peraturan am dalam acara lompatan

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lompatan

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

29

Pendahuluan Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak Acara-acara padang

dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek. memerlukan peralatan dan kawasan tertentu.

Antara acara-acara padang yang

dipertandingkan adalah acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang, lombol bergalah, merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek tinggi. kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang

Acara Lompatan Acara lompatan dalam tajuk ini ialah lompat jauh dan lompat tinggi.

Sub Tajuk 5.1 : Lompat Jauh Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

30

Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. i. Fasa lari landas (Approach) Fasa lonjakan (Takeoff) Fasa penerbangan/layangan (Flight) Fasa pendaratan (Landing) Fasa Lari Landas Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari tempat permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula dengan kaki lonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 14 langkah (pelompat novis), 17 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23 langkah (pelompat lelaki pakar). 31

ii.

Fasa Lonjakan Semasa tiba di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan maksimum. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas dihayun tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi.

iii.

Fasa penerbangan/layangan Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan. Bagi gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. Bagi

gaya layar, anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dengan badan condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke hujung kaki. Bagi gaya gantung pula, angkat kedua-dua belah tangan ke atas seolah-olah bergantung diudara di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke belakang. iv. Fasa pendaratan Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke hadapan. Apabila tangan mencecah tumit, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan semula. Mendarat dengan tumit dahulu mencecah pasir. Peraturan 185: Lompat Jauh Seseorang peserta itu gagal sekiranya : menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau sebelum garisan lonjakan menyentuh tanah di antara papan lonjakan dan kawasan pendaratan melakukan apa jenis balik kuang (somersault) semasa membuat larian atau semasa melompat

32

semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir tidak kira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari. tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara yang betul.

semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke garisan lonjakan atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat serenjang (bersudut tepat) dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.

Rujuk buku undang-undang KOAM

Sub Tajuk 5.2 : Lompat Tinggi: Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury Flop. Hanya gaya Fosbury Flop ini akan dibincangkan dalam tajuk ini. Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:

i. ii. iii. iv.

Fasa lari landas/penujuan Fasa lonjakan Fasa penerbangan/layangan Fasa pendaratan

33

Petaruran 182: Lompat Tinggi Palang : Panjang : L/Tinggi 4.00m, L/Bergalah 4.50m Berat : L/Tinggi 2kg, L/Bergalah 2.25kg

Seri : Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri, adalah pemenang. Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang. Untuk tempat pertama, peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah yang tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang.

34

Melonjak dengan sebelah kaki Kegagalan : Palang jatuh Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi palang. Landas Lari dan Kawasan Lonjak Jarak minimum : 15 m ( 20 m bagi kejohanan mengikut P 12.1(a), (b) dan (c) Jika keadaan mengizinkan : 25 m Keceruman maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak TIDAK melebihi 1:250 ke arah palang Kawasan lonjak hendaklah rata

Tiang : Apa jua bentuk yang tegap Mempunyai sangga untuk menompang palang Cukup tinggi melebihi 10 sm drpd. paras sebenar palang dinaikkan Jarak antara tiang TIDAK kurang 4 m dan TIDAK lebih 4.04 m TIDAK boleh dianjak, melainkan Refri merasakan landas lari dan kawasan mendarat sudah tidak sesuai lagi. Ini hanya boleh dilakukan selepas satu pusingan Sangga Palang : Rata, berbentuk empat segi bujur : 4 sm x 6 sm Ruang di antara hujung palang dengan tiang sekurangnya 1 sm.

Kawasan Mendarat Tidak kurang 5 m x 3 m ( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK kecil dari 6m x 4m x 0.7m )

NOTA : Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurangnya 10 sm

35

Aktiviti 5.1

1. 2.

Nyatakan dan senaraikan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompat tinggi. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya.

36

TAJUK 6 : KEMAHIRAN TEKNIK MENYEDIAKAN GELANGGANG/SEKTOR

Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan cara-cara menyediakan gelanggang / sektor lompat jauh / kijang / lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan perkara-perkara penting sebelum menyediakan sesebuah gelanggang / sektor. menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menyediakan sesebuah gelanggang / sektor. melaksanakan penyediaan sesebuah gelanggang / sektor dengan ukuran yang tepat.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Penyediaan Gelanggang

Lompat Jauh & Kijang

Lontar Peluru

Merejam Lembing

Lempar Cakera

37

Pendahuluan Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan lontaran, suatu gelanggang / sektor perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya gelanggang / sektor, sesuatu acara padang dapat dijalankan dengan sempurna dan disamping memberi peluang kepada peserta mematuhi peraturan acara yang ditetapkan. Pembinaan gelanggang / sektor yang piawai, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, kebanyakan gelanggang / sektor disediakan disuatu tempat yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah stadium. Bagaimana pun di peringkat sekolah, penyediaan gelanggang / sektor boleh diubah suai berdasarkan keperluan dan kawasan yang ada.

Sub Tajuk 6.1: Pembinaan Gelanggang/Sektor 6.1.1 Keperluan Awal 6.1.1.1 Tentukan keluasan kawasan yang mencukupi jarak minima piawaian ukuran gelanggang / sektor. 6.1.1.2 Tentukan ukuran piawaian mengikut sumber ukuran yang tepat berdasarkan buku / rujukan undang-undang olahraga IAAF atau KOAM 6.1.1.3 Menyediakan keperluan alatan asas seperti; Besi penanda Pita ukur ( steel ) 50 meter Tali ( 7mm 10mm ) 60 meter Pancang Kayu 20sm Roller atau berus cat ( 5sm ) Tukul besi Cat spray 6.1.1.4 Menyediakan pasukan bertugas yang ada kemahiran

38

6.1.2 Panduan Membina Sektor / Gelanggang 6.1.2.1 Sektor / Gelanggang Lompat Jauh

Spesifikasi Penyediaan Sektor; Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22 meter dan lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut seperti pasir

6.1.2.2 Sektor / Gelanggang Lompat Kijang

Spesifikasi Penyediaan Sektor; Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22 meter dan lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih Papan lonjak perlu ditempatkan berjarak tertentu ( mengikut kategori jantina & umur ) dari kawasan mendarat Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut

39

6.1.2.3 Gelanggang Lompat Tinggi

Spesifikasi Penyediaan Kawasan; Terdapat kawasan landas lari yang berbentuk kipas berjejari 25 meter ke tempat mendarat (Lihat rajah di atas) Terdapat dua batang tiang yang diletak kiri kanan berjarak 4.00 4.04 meter Terdapat sebatang palang ( fiber ) yang berjarak 4.00 4.04 meter Terdapat tilam mendarat yang berukuran 3.00 m x 5.00 m x sekurang-kurangnya 75 sm

6.1.2.4 Sektor Lontar Peluru


BLOK D EPAN LONTAR PELURU

40

Spesifikasi Penyediaan Kawasan Lontar Peluru; Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.135 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian bulatan bersudut ( seperti rajah )

6.1.2.5 Sektor Merejam Lembing

Spesifikasi Penyediaan Kawasan; Terdapat kawasan landas lari berjarak tidak kurang 30 meter ke lengkungan rejaman (Lihat rajah di atas) Kawasan landas lari dibentuk oleh dua garisan berjarak 4 meter Terdapat dua garis lurus bersudut 29 darjah mengunjur keluar dari bahagian tengah kawasan landas lari yang berjejari 8 meter ( Lihat rajah di atas )

41

6.1.2.6 Sektor Melempar Cakera

Spesifikasi Penyediaan Kawasan; Terdapat bulatan lemparan yang bergaris pusat 2.50 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lemparan Kebiasaannya terdapat sebuah sangkar berjaring dengan ketinggian sekurang-kurangnya 4 meter ( seperti rajah di atas )

Aktiviti 6.1

3.

Bincang dan senaraikan perkara-perkara yang perlu sebelum anda hendak merancang pembinaan sesebuah gelanggang / sektor acara lontaran dan lompatan. Dalam kumpulan rancang pembinaan sebuah model gelanggang / sektor acara padang berdasarkan bentuk dan skala ukuran piawaian yang tepat.

4.

42

TAJUK 7 :

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang strategi penyampaian, garis panduan persediaan RPH dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. mengenalpasti kaedah dan strategi pengajaran pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berkaitan dengan tajuk olahraga. memahami keperluan RPH dan menulis satu Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) bagi satu sesi pengajaran olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

Strategi Penyampaian

Garis Panduan Persediaan RPH

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

43

Pendahuluan Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran

pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).

Sub Tajuk 7.1 : Strategi Penyampaian Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani bagi tajuk yang berkaitan olahraga adalah ; a. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu: P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan b. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kerja bersama-sama - main peranan - sumbangsaran

44

d. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi; - projek - pemerhatian - tunjukcara atau demonstrasi - lawatan e. Kaedah Kolaboratif Ia meliputi; - permuafakatan - bimbingan rakan sebaya - eksperimen - kepimpinan f. Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah ahli berintraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut

giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan, memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.

45

Sub Tajuk 7.2 : Garis Panduan Persediaan RPH Fasa Permulaan Aktiviti harus mengikut / bersesuaian kemahiran yang akan diajar Aktiviti memanaskan badan harus ada kesinambungan dengan kemahiran yang akan diajar Peralatan yang digunakan haruslah berkait dengan kemahiran yang hendak diajar. Fasa Perkembangan ( Gerakerja Kelas & Kumpulan ) Gerakerja Kelas bermaksud kemahiran/ tajuk yang hendak diajar pada hari tersebut dan semua pelajar/murid terlibat melakukannya. Gerakerja kumpulan bermaksud beberapa kemahiran lain serta kemahiran yang diajar pada hari tersebut dijalankan dalam kumpulan kecil. Biasanya dijalankan secara station. ( Dijalankan jika masa mencukupi ) Tunjuk Cara (Demontrasi) - arahan jelas Ansur maju terkawal posisi penunjuk cara & murid fokus pengajaran & pembelajaran

- Statik ke dinamik - Mudah ke lebih kompleks - Jarak ( Dekat ke jauh ) - Tanpa rintangan kepada ada rintangan

Kemuncak (Permainan Kecil) Berunsur pertandingan - ada perbezaan antara pasukan - penerapan semangat berpasukan - berkait kemahiran yang diajar - menampakkan cirri-ciri keseronokan - suasana aktif & penglibatan ramai

46

Penutup Proses mengingat semula Penilaian Aktiviti gerak kendur Refleksi Sub Tajuk 7.3 : Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Pelajaran Tarikh Tahun Masa Bil. Murid Tunjang 2 Tajuk Sub-tajuk : Pendidikan Jasmani : 2/7/2008 : 4 Arif : 7.45 Pagi 8.15 Pagi : 30 Orang : Kemahiran : Olahraga : Lari Pecut

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat: Psikomotor : melakukan 4 aktiviti ansur maju lari pecut sebanyak 5 kali percubaan bagi setiap satu gaya pada pelbagai jarak. : menyatakan empat jenis aktiviti ansur maju lari pecut yang dilakukan. : bekerjasama dan bersungguh sungguh melakukan aktiviti pembelajaran.

Kognitif Afektif

Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Sains, Matematik, bahasa Inggeris PSA : Pelajar pernah berlari dengan pelbagai gaya dan pelbagai kelajuan. : Penanda, tali, batang penyapu : Peka pada situasi, patuh kepada arahan, sabar, bersungguhsungguh

BBM Penerapan nilai

Kemahiran Generik : Membanding beza dan menyatakan teknik berlari pecut yang tepat dengan berjalan pantas.

47

TAJUK/ BAHAGIAN / MASA AKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARAN/ BUTIR MENGAJAR

ORGANISASI/ PENGELOLAAN

STRATEGI/ CATATAN

PERMULAAN (5 MINIT)

Berlari Bebas Berlari bebas dalam kawasan Masuk ke dalam Gelung bila guru tepuk tangan. Aktiviti regangan dan kelonggaran Kaki Pinggang Bahu Kepala

Berlari atas hujung kaki. Lompat dengan sebelah atau dua belah kaki kedalam gelung.

Arahan

Contoh: Angkat sebelah kaki, lakukan rotasi ikut arah jam dalam 12 kiraan (Kaki) Tangan cekak pinggang, lentikan badan kesisi dalam 10 ulangan (Pinggang). Semasa berlari,tumit diangkat dan sentuh punggung Tangan dihayun kedepan kebelakang Mata pandang 5 10 meter kehadapan Semasa berlari, lutut diangkat separas pinggang Guna hujung kaki Tangan dihayun kedepan kebelakang Dilakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

Tunjuk cara

PERKEMBANGAN P&P (12 MINIT)

1. Berlari dengan tumit sentuh punggung sejauh 20 meter dengan tangan.

Tunjuk cara

2. Berlari lutut diangkat tinggi

Dilakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

48

Mata pandang 5 10 meter ke hadapan 3. Berlari dengan langkah panjang Berlari dengan hujung kaki Lutut diangkat tinggi Langkah dipanjangkan Tangan dihayun kedepan dan kebelakang Mata pandang 5 10 meter kedepan Melonjak menggunakan hujung kaki dengan lutut ditinggikan Tumit kaki bebas sentuh ke punggung Kedua-dua kaki berada diudara seketika Langkah dipanjangkan Tangan dihayun kedepan dan kebelakang Mata pandang 5 10 meter kedepan Tiru Macam Saya Dijalankan mengikut station. Syaratnya apabila sampai pada suatu station, pelajar akan meniru satu gaya aktiviti. Di lakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

4. Bounding

Di lakukan pada garis lurus Pada jarak 20m dan 30m Diulang 5 kali

KEMUNCAK (8 MINIT)

Tunjuk cara Intrapersonal

49

Dijalankan lebih kepada persembahan dan kerjasama ahli dalam kumpulan Gunakan bunyibunyian sebagai rangsangan Station: 1. Berlari lutut tinggi 2. Berlari tumit sentuh punggung 3. Lakukan aktiviti bounding 4. Berlari langkah panjang

PENUTUP (5 MINIT)

Gerak Kendur Aktiviti regangan dan kelonggaran Contoh: Membesar dan Mengecilkan badan Mengembang badan di atas hujung kaki. Peluk badan sekecil-kecilnya. Bangun perlahan- lahan sambil membuka pelukan. Soal jawab cara hantaran dan menyambut bola dengan teknik yang betul

Kemahiran Generik

Rumusan

50

Latihan 7.1

1. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga. 2. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut. 3. Berdasarkan RPH di atas, jalankan satu sesi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Anda dikehendaki merakamkan aktiviti tersebut dalam bentuk audio visual. Tugasan ini perlu dibawa semasa intraksi berikut.

51

TAJUK 8 :

KAEDAH PENILAIAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan tentang spesifikasi penilaian dan rubrik pemarkahan bagi beberapa acara olahraga serta menyatakan cara melaksanakan penilaian sesuatu acara. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. merancang dan menyenaraikan kriteria kriteria penilaian memahami dan melaksanakan cara membuat penilaian dalam pengajaran olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kaedah Penilaian

Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan

52

Pendahuluan Para guru menjalankan penilaian dari masa ke semasa adalah untuk memastikan bahawa segala usaha guru dan murid adalah menuju ke arah matlamat yang dirancang. Penilaian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pengajaran guru dan proses pembelajaran murid. Seorang guru Pendidikan Jasmani perlu tahu bagaimana membuat penilaian bagi acaraacara olahraga yang diajarnya. Tujuan penilaian ialah untuk mengetahui sejauh manakah murid telah menguasai kemahiran yang telah di ajar. Selain daripada itu, penilaian juga dapat memberi maklumbalas kepada guru tentang keberkesanan ia mengajar. Penilaian pengajaran dan pembelajaran olahraga hendaklah dijalankan secara berterusan, berasaskan tumpuan kepada acara-acara tertentu yang menekan aspek yang berikut:

Kecergasan fizikal Tahap umur Jantina Kemampuan pelajar

Sub Tajuk 8.1 : Spesifikasi Penilaian dan Rubrik Pemarkahan Untuk mendapat keputusan penilaian yang ada kesahannya, spesifikasi dan rubrik pemarkahan acara yang hendak dinilai harus dirancang secara teliti dan hendaklah dinyatakan secara khusus serta tepat. Sebagai panduan, berikut contoh beberapa spesifikasi dan rubrik pemarkahan bagi 3 acara dalam olahraga iaitu lari berganti-ganti, lompat jauh dan lontar peluru.

53

Spesifikasi Acara Lari Berganti-ganti


Pelaksanaan Pentaksiran Komponen Ke garisan Kemahiran memasang blok permulaan. Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan. Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan. a. b. Pelari pertama bersedia di tempat permulaan. Penerima baton membuat check-mark 10 markah Hasil Pembelajaran Indikator Prestasi Prosedur

Markah

c.

d. LARI BERGANTIGANTI 4 X 100 METER Menguji teknik memberi dan menerima baton 4 x 100 Meter Teknik Permulaan Sedia Punggung tinggi daripada aras kepala Berat badan dibawa ke hadapan. Bahu melepasi garisan. Kedua-dua kaki bersudut. Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1m. Mula Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan. Tolakkan kaki belakang untuk melangkah. Badan bersudut sepanjang 30m pertama. Koordinasi tangan dan kaki. Ayunan tangan maksimum. Teknik pegang baton Pegang di bahagian belakang baton. Hujung hadapan baton tidak mencecah trek. Gerakan tangan dari atas ke bawah Siku bengkok 90. Tangan diluruskan semasa memberi baton Kedudukan pemberi berselang seli Memberi baton 1/3 bahagian hadapan kepada penerima. Pemberian baton berlaku dalam zon pertukaran. Buat check-mark Kedudukan sedia - mata pandang check-mark Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarak dari rakan. Genggam baton dengan kemas di belakang hujung baton. baton berlaku dalam zon pertukaran. e.

Peserta mula berlari apabila isyarat diberikan. Peserta diberi 2 kali percubaan. Peserta berlari di lorong sendiri. Balapan Baton - 4 Blok permulaan

Alatan :

Penguji

:Sekurangkurangnya 2 Orang

Teknik Memberi Baton

10 markah

Teknik Menerima Baton

10 markah

54

Teknik Penamat

lari terus ke garisan melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian Torso tangan dihayun ke belakang semasa membuat dipping. Mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian.

Rubrik Pemarkahan Acara Lari Berganti-ganti INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana Lemah (8 - 10 Markah) (4 7 Markah) ( 1- 3 Markah)
Ke garisan Dapat memasang blok permulaan dengan teknik yang betul Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan. Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan Dapat melakukan teknik ke garisan dengan betul dan tepat Sedia Punggung tinggi daripada aras kepala Berat badan dibawa ke hadapan. Bahu melepasi garisan. Kedua-dua kaki bersudut. Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1m. Dapat melakukan teknik sedia dengan betul dan tepat Ke garisan Kemahiran memasang blok permulaan. Peserta melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan. Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan. Teknik perlakuan betul dan perlu diperbaiki. Ke garisan Kemahiran memasang blok permulaan salah. Peserta tidak melangkah ke garisan setelah isyarat diberikan. Posisi dan kedudukan dekam, tangan dibuka seluas bahu di belakang garisan dan bahu selari dengan garisan. Teknik melakukan kemahiran kegarisan salah.

KEMAHIRAN YANG DIUJI


TEKNIK PERMULAAN

Sedia Punggung tinggi daripada aras kepala Berat badan dibawa ke hadapan. Bahu melepasi garisan. Kedua-dua kaki bersudut. Mata memandang ke hadapan lebih kurang 1m. Teknik perlakuan betul dan perlu diperbaiki.

Sedia Punggung tidak tinggi daripada aras kepala Berat badan tidak dibawa ke hadapan. Bahu tidak melepasi garisan. Kedua-dua kaki tidak bersudut. Mata tidak memandang ke hadapan lebih kurang 1m. Teknik melakukan kemahiran kegarisan salah.

Mula Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan. Tolakkan kaki belakang untuk melangkah. Badan bersudut sepanjang 30m pertama. Koordinasi tangan dan kaki betul Ayunan tangan maksimum. Dapat melakukan teknik mula dengan betul dan tepat

Mula Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan. Tolakkan kaki belakang untuk melangkah. Badan bersudut sepanjang 30m pertama. Koordinasi tangan dan kaki kurang sempurna Ayunan tangan kurang maksimum. Teknik mula yang betul dan perlu diperbaiki.

Mula Masa tindak balas selepas isyarat mula diberikan. Tiada tolakkan kaki belakang untuk melangkah. Badan tidak bersudut sepanjang 30m pertama. Tiada koordinasi tangan dan kaki. Ayunan tangan maksimum. Teknik mula yang salah.

55

Teknik Pegang baton Pegang di bahagian belakang baton. Hujung hadapan baton tidak mencecah trek

Teknik Pegang baton Pegang di bahagian belakang baton. Hujung hadapan baton tidak mencecah trek

Teknik Pegang baton Pegang di bahagian belakang baton. Hujung hadapan baton mencecah trek

TEKNIK MEMBERI BATON

Gerakan tangan dari atas ke bawah. Siku bengkok 90 Tangan diluruskan semasa memberi baton. Kedudukan pemberi berselang seli. Memberi baton bahagian hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku dalam zon pertukaran.

Gerakan tangan dari atas ke bawah. Siku bengkok 90 Tangan tidak diluruskan semasa memberi baton. Kedudukan pemberi tidak berselang seli. Memberi baton bahagian hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku dalam zon pertukaran.

Gerakan tangan dari atas ke bawah. Siku bengkok 90 Tangan tidak diluruskan semasa memberi baton. Kedudukan pemberi tidak berselang seli. Memberi baton bahagian hadapan kepada penerima Pemberian baton berlaku diluar zon pertukaran.

TEKNIK MENERIMA BATON

Buat check-mark Kedudukan sedia mata pandang check mark Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan.. Genggam baton dengan kemas di belakang hujung baton. Penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran.

Buat check-mark Kedudukan sedia mata tidak memandang check mark Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan.. Genggam baton dengan kemas di tengah baton. Penerimaan baton berlaku dalam zon pertukaran.

Tidak membuat check-mark Kedudukan sedia mata tidak memandang check mark Angkat tangan menerima ke belakang sebaik sahaja mendengar isyarat dari rakan.. Genggam baton dengan kemas di tengah baton. Penerimaan baton berlaku diluar zon pertukaran.

TEKNIK PENAMAT

lari terus ke garisan melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian Torso tangan dihayun ke belakang semasa membuat dipping. Mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian. Dapat melakukan teknik sedia dengan betul dan tepat

Berhenti di garisan melintasi garisan penamat dengan didahului bahagian Torso tangan dihayun ke belakang semasa membuat dipping. Mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian. Teknik penamat betul dan perlu diperbaiki.

Tidak menamatkan larian. Tiada hayunan tangan ke belakang semasa membuat dipping. Tidak dapat mengekalkan kepantasan, imbangan serta daya semasa menamatkan larian. Teknik penamat salah.

56

Spesifikasi Penilaian Acara Lompat Jauh


Pelaksanaan Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Indikator Prestasi Lari Landas Teknik Permulaan Bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Tumpuan ke sasaran papan lonjakan. Berlari dengan kelajuan yang terkawal. Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan. Teknik Lonjakan. Kaki lonjakan memijak papan lonjakan. Hujung kaki lonjakan tidak melebihi papan. Kaki lonjakan diluruskan semasa membuat lonjakan. Kaki bebas dihayun dengan kencang. Teknik Penerbangan. Kedua-dua tangan berada di hadapan. Kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan. Jika peserta dapat melakukan gaya lain, boleh diterima. Teknik Mendarat. Kaki dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu). Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya. Prosedur: a. b. c. d.

Prosedur

Markah 10 markah

LOMPAT JAUH

Menguji teknik lompat jauh.

e.

Peserta bersedia di tempat bermula Peserta mula apabila arahan diberi. Peserta mesti mengikut teknik larian yang betul. Peserta mesti mengikut semua fasa yang perlu diikuti. (rujuk penekanan teknik yang diuji) 10 markah

Lonjakan

Alatan : Wisel 1 cangkul kon Bendera (putih dan merah) 1 perata pasir Penguji : 3 orang 10 markah

Penerbangan (Gaya Layar)

Mendarat

10 markah

57

Rubrik Pemarkahan Acara Lompat Jauh

KEMAHIRAN YANG DIUJI


LARI LANDAS

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana Lemah (8 - 10 Markah) (4 7 Markah) ( 1- 3 Markah)
Bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Tumpuan ke sasaran papan lonjakan. Berlari dengan kelajuan yang terkawal. Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan Dapat melakukan teknik lari landas dengan betul dan tepat. Kaki lonjakan memijak papan lonjakan. Hujung kaki lonjakan tidak melebihi papan. Kaki lonjakan diluruskan semasa membuat lonjakan. Kaki bebas dihayun dengan kencang Dapat melakukan teknik lonjakan dengan betul dan tepat. Kedua-dua tangan berada di hadapan Kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan. Jika peserta dapat melakukan gaya lain, boleh diterima. Dapat melakukan teknik penerbangan dengan betul dan tepat. Kurang bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Tumpuan ke sasaran papan lonjakan. Kurang berjaya mengawal kelajuan larian. Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan. Teknik lari lantas betul dan perlu diperbaiki. Tidak bersedia untuk memulakan larian(konsentrasi). Tiada Tumpuan ke sasaran papan lonjakan. Tidak berjaya mengawal kelajuan larian. Lari di atas bebola kaki. Kaki lonjakan bersudut pada langkah terakhir sebelum membuat lonjakan. Teknik lari lantas yang salah.

LONJAKAN

Kaki lonjakan memijak papan lonjakan. Hujung kaki lonjakan melebihi papan Kaki lonjakan kurang diluruskan semasa membuat lonjakan. Kaki bebas dihayun dengan kencang. Teknik lonjakan betul dan perlu diperbaiki.

Kaki lonjakan tidak memijak papan lonjakan. Kaki lonjakan tidak diluruskan semasa membuat lonjakan. Kaki bebas tidak dihayun dengan kencang. Teknik lonjakan yang salah.

PENERBANGAN

Kedua-dua tangan berada di hadapan Kedua-dua kaki dilunjurkan ke hadapan. Jika peserta dapat melakukan gaya lain, boleh diterima. Teknik penerbangan betul dan perlu diperbaiki.

Kedua-dua tangan tidak berada di hadapan Kedua-dua kaki tidak dilunjurkan ke hadapan. Jika peserta dapat melakukan gaya lain, boleh diterima. Teknik penerbangan yang salah.

MENDARAT

Kaki dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu). Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya. Dapat melakukan teknik mendarat dengan betul dan tepat.

Kaki dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu). Bawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki. Lutut dibengkokkan untuk menyerap daya. Teknik mendarat betul dan perlu diperbaiki.

Kaki tida dihulur ke hadapan semasa mendarat (tumit kaki dahulu) Tidak mawa tangan dan pinggang ke hadapan dan ke bawah Tidak berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kaki Lutut tidak dibengkokkan untuk menyerap daya. Teknik mendarat yang salah

58

Spesifikasi Penilaian Acara Lontar Peluru


Pelaksanaan Pentaksiran Komponen a. Permulaan Persediaan Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh tapak tangan. Memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari. Teknik Sedia Kedudukan peluru menyentuh sisi leher, bawah telinga. Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan. Prosedur: a. b. c. Menguji teknik melontar peluru Gaya Lungsuran Peserta bersedia di tempat lontaran. Peserta mula apabila arahan diberi. Peserta mesti mengikut semua fasa semasa melontar. Peserta mesti mengikut semua fasa yang perlu diikuti. (rujuk penekanan teknik yang diuji) Setiap peserta di beri dua kali percubaan. 10 peluru 2 set Merah putih Kawasan lontaran Wisel Stop Board 4 kon 3 orang 10 markah Hasil Pembelajaran

Indikator Prestasi

Prosedur

Markah

d.

LONTAR PELURU

e.

Alatan : b. Teknik Lungsuran Teknik Lungsuran Lungsurkan kedua belah kaki ke belakang serentak. Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin. Bendera

Penguji:

Teknik Lontaran

Teknik Kilasan Badan Melentik sambil pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak. Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang. Teknik Lontaran Menolak sambil meluruskan siku sehingga badan menjadi terangkat dan melentik. Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. Pindah berat badan. Ikut lajak

10 markah

Teknik Pulihan

Teknik Pulihan Imbang badan dari terjatuh di kawasan hadapan selepas melontar. Pergerakan ini adalah sebahagian ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan ,dibengkok sedikit pada masa yg. sama.

10 markah

59

Rubrik Pemarkahan Acara Lontar Peluru

KEMAHIRAN YANG DIUJI


PERMULAAN PERSEDIAAN

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang (8 - 10 Markah)


Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh tapak tangan. Memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari. Teknik Sedia Kedudukan peluru menyentuh sisi leher, bawah telinga. Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan. Dapat melakukan teknik persediaan dengan betul dan tepat

Sederhana (4 7 Markah)
Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh tapak tangan. Memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari. Teknik Sedia Kedudukan peluru menyentuh sisi leher, bawah telinga. Berdiri membelakangkan kawasan lontaran dibahagian belakang bulatan. Teknik persediaan betul dan perlu diperbaiki.

Lemah ( 1- 3 Markah)
Teknik Pegangan Peluru Peluru tidak menyentuh tapak tangan. Tidak memegang peluru di pangkal tiga atau lima jari. Teknik Sedia Kedudukan peluru tidak menyentuh sisi leher, bawah telinga. Tidak berdiri membelakangkan kawasan lontaran di mana-mana bahagian bulatan. Teknik persediaan salah.

TEKNIK LUNGSUR

Lungsurkan kedua belah kaki ke belakang supaya kaki serentak. Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan secara pantas dan licin. Dapat melakukan teknik lunsuran dengan betul dan tepat

Lungsurkan kedua belah kaki ke belakang supaya kaki serentak. Kedua-dua kaki berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan kurang pantas dan licin. Teknik lunsuran betul dan perlu diperbaiki.

Tidak melungsurkan kedua belah kaki ke belakang. Kedua-dua kaki tidak berada di dalam bulatan Lungsuran dilakukan tidak pantas dan licin. Teknik lunsuran salah.

KEMAHIRAN YANG DIUJI


TEKNIK LONTARAN

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Cemerlang Sederhana Lemah (8 - 10 Markah) (4 7 Markah) ( 1- 3 Markah)
Teknik Kilasan Badan Pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan masih menghala ke belakang. Teknik Lontaran Menolak sambil meluruskan lutut sehingga badan menjadi terangkat dan melentik. Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. Pindah berat badan. Ikut lajak. Dapat melakukan teknik lontaran dengan betul dan tepat Teknik Kilasan Badan Pinggul kanan kurang dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan menghala ke belakang. Teknik Lontaran Kurang menolak dan meluruskan lutut sewaktu memulakan lontaran. Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. Kurang pemindahan berat badan. Ikut lajak. Teknik lontaran betul dan perlu diperbaiki. Teknik Kilasan Badan Pinggul kanan tidak dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan menghala ke belakang. Teknik Lontaran Tidak menolak dan meluruskan lutut sewaktu memulakan lontaran. Pergerakan bermula di bahagian bahu dengan tangan memegang peluru. Tidak pemindahan berat badan. Ikut lajak. Teknik lontaran salah.

60

TEKNIK PULIHAN

Imbang badan dari terjatuh di kawasan hadapan selepas melontar. Pergerakan ini adalah sebahagian ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama

Kurang berjaya menimbangi badan di kawasan hadapan selepas melontar. Kurang Pergerakan ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama Teknik Pulihan betul dan perlu diperbaiki.

Tidak berjaya menimbangi badan di kawasan hadapan selepas melontar. Tidak Pergerakan ikut lajak Kaki kanan dibawa ke hadapan dan dibengkokkan sedikit pada masa yang sama Teknik Pulihan betul salah.

Aktiviti 8.1

1.

Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang

2.

Latihan 1 Rancang dan sediakan satu pelan trek 200 meter dan 400 meter mengikut skala piawaian IAAF. Terangkan dan jelaskan bagaimana cara penyediaan pelan tersebut.

61

Rumusan Acara-acara olahraga terdiri daripada acara-acara trek dan padang. Acara ini berasaskan kepada aktiviti fizikal seperti berlari, melompat, membaling dan melontar. Acara-acara

olahraga ini telah di pertandingkan sejak zaman kuno lagi hinggalah sekarang.

Acara lari pecut dan lari berganti-ganti merupakan acara utama yang dipertandingkan di sekolah. Pengetahuan mengenai acara ini sangat penting agar pelajar dapat menyampaikan kemahiran ini secara berkesan.

Acara Lontar peluru memerlukan kekuatan terutama tangan dan kemahiran untuk melontar dari kawasan bulatan kecil. Kemahiran menggunakan teknik melontar peluru boleh menentukan jarak lontaran selain daripada komponen kekuatan dan ketangkasan. Gayagaya lontaran peluru adalah gaya berdiri, gaya melungsur selangkah dan gaya Perry O Brien. Jika keseluruhan fasa-fasa dalam melakukan lontaran dapat dilakukan dengan licin dan berkesan, maka jarak lontaran yang baik boleh dicapai oleh seseorang.

Bacaan Asas

Ahmad Wafi (1996), Olahraga Padang, Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise Hanif Hanafi (1995). Olahraga, Kuala Lumpur, Pustaka Cita Tinggi.

62

TAJUK 1

PENGENALAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah olahraga dan acara-acara yang terdapat dalam olahraga. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menjelaskan asal usul pertandingan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Olahraga

Sejarah Olahraga

Acara-acara Olahraga

Sub Tajuk 1 :Sejarah Olahraga

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan? Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.

Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwealth dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

Sub Tajuk 2 : Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Acara lari pecut (jarak dekat) Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar Acara lari berhalangan : 100 m, 200 m dan 400 m : 800 m , 1500 m : 3000 m, 5000 m dan 10000 m : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P) : 3000 m

Acara padang pula terdiri daripada: i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi ii. Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

Aktiviti 1.1

1.

Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah dikejohanan Olahraga MSSM.

2.

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN LARI PECUT, LARI BERGANTI GANTI LARI BERPAGAR, LARI JARAK SEDERHANA DAN JAUH

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar dan penerangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana & jauh, ciri-ciri pelari jarak sederhana & jauh, teknik larian dan peraturanperaturan lari jarak sederhana & jauh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik kemahiran asas lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut, lari berganti - ganti dan lari berpagar. 4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana dan jarak jauh. 5. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dan jarak jauh dengan cara yang tepat. 6. menyatakan peraturan larian jarak sederhana dan lari jarak jauh.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Berganti-ganti

Lari Berpagar

Lari Jarak Sederhana Dan Jarak Jauh

Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acaraacara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut Lari pecut memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak tertentu (dekat) yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang Dalam

mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan Permulaan Gaya peluru: i. ii. Berdiri di blok, rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan iii. iv. v. Letakkan kaki di blok Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium) a. Blok di hadapan berada 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. c. Lutut kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan Ruang seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) a. Blok hadapan diletak 2 tapak dari gaaris permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki Hadapan c. Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher a. Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. b. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan. c. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

ii.

Fasa Sedia a. b. c. d. Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan

iii.

Fasa Berlepas a. Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah b. c. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian /pecutan dalam jarak 30 60 meter, kedudukan condong ke hadapan dan akan berubah d. e. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini Tahap kelajuan maksima atlet akan ditentukan oleh tahap kuasa dan kekuatan ototnya serta bagaimana kelajuan dapat dikekalkan

iv.

Fasa penamat a. Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m. b. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. c. d. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

Sub Tajuk 2.2 : Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengahtengahnya. Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta. Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain. Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

Sub Tajuk 2.3 : Lari berpagar Dalam acara ini, ianya memerlukan seseorang membuat larian untuk satu jarak yang

mempunyai halangan dengan sepantas yang terdaya terdiri daripada beberapa kategori dan jarak ( 100 meter wanita, 110 meter lelaki dan 400 meter lelaki & wanita ).

Peraturan 168 : Lari Berpagar ( Rujuk Buku Peraturan Olahraga KOAM )

10

Sub Tajuk 2.4 : Lari Jarak Sederhana dan jarak jauh Larian jarak sederhana dan jarak jauh sama dengan lari pecut, cuma berbeza dari segi teknik dan perlakuan sahaja. Larian jarak sederhana dan jauh memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana dan jarak jauh sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan. Larian jarak sederhana dan jarak jauh mempunyai persamaan dari segi teknik berlari. Perbezaannya cuma dari segi jarak, halangan dan peraturan larian. Larian Jarak Sederhana - 800 meter - 1500 meter

Larian Jarak Jauh - 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter - 2000 meter berhalangan, 3000 meter berhalagan - Merentas desa, 10 km, separuh marathon dan marathon

Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana dan jauh perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut: Pelari jarak sederhana dan jarak jauh harus mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Pelari bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan larian peserta lain. Pelari memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari.

11

Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian.

Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana dan jarak jauh adalah sama iaitu dengan cara berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan.

Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari dipermulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara beramairamai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing-masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam.

Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya.

12

Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan lurus dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. Berlari di lorong paling dalam. Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat. Peraturan Larian Jarak Sederhana dan Jarak Jauh Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara-acara sehingga dan termasuk 10km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan. Pelari tidak dibenarkan mengambil minuman dari mana-mana tempat yang bukan dikhaskan Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera diluar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut dibatalkan.

13

Aktiviti 2.1 1. Lakarkan satu balapan 400 meter dan tunjukan tempat-tempat permulaan 800 meter serta tempat garisan memotong 100 meter pertama. 2. Senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa bertanding. 3. Apakah faktor-faktor yang dapat mempengaruhi larian seorang pelari pecut. 4. Apakah panduan yang boleh digunakan untuk menyusun pelari dalam acara lari berganti-ganti? 5. Nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar.

14

15

Bibliografi / Rujukan

Borhan Yusof, Mohamed @ Mohd Sadek Mustaffa, Hasbullah (2007). Kegiatan Profesional Olahraga. Taman Serdang Raya. Penerbit Open University Malaysia (OUM). Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa: William C. Brown. Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub. Ltd. Helen Ten (1997). Manual Olahraga, Petaling Jaya: Junjuara Publications. ____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. ____________, (2005) Siri Modul Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Mod Latihan Perguruan Berasakan sekolah, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Teng Boon Tong (1989/1994). Panduan Pengajaran Olahraga. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Shah Alam: Fajar Bakti.

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (PJM3103 OLAHRAGA)
NAMA Dr. NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Pengarah Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya Dr. MOHD NORDIN BIN ABU BAKAR Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya nordin.bakar@moe.goy.my nordinabubakar@yahoo.com KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Kelulusan: PhD.(Pendidikan Teknik Vokesional), UKM Master Sains (Pentadbiran Pendidikan),UPM Bac. Pend. (Sains Pertanian),UPM Sijil Perguruan Asas (KH Pertanian),MPTI Pengalaman: Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik

EN. ZAKARI BIN ZAKARIA Pensyarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. zzakari97@yahoo.com

Kelulusan: M Scs. (Pend. Jasmani), UPM Bac.Edu. (Pendidikan Jasmani), UPM Sijil Perguruan Khas (PJ), MPIK Sijil Perguruan Asas (PJK), MPTI Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani (10 tahun) Tutor OUM Pusat Pembelajaran Timur,IPSMB (5 tahun) Pensyarah Sambilan UiTM Cawangan Jengka (3 tahun) Penolong Kanan KoKurikulum (4 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (16 tahun) Kelulusan: M.Ed ( Pentadbiran Pendidikan ), UPM Bac. Edu. (Sains Sukan), UPSI Sijil Perguruan Khas(Pendidikan Jasmani), MPIK Sijil Perguruan (Pendidikan Jasmani),MPSAH Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani (6 tahun) Penyelia Kejurulatihan Pusat Kokurikulum (2 tahun ) Guru Pendidikan Jasmani (18 tahun)

EN. JALIL BIN OSMAN Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar 70990 Seremban Negeri Sembilan. jalil_osman@yahoo.com

LAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Pro Forma Kursus


Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah)

Nama Kursus Kod Kursus Kredit Jam Kontak Bahasa Pengantar Prasyarat Semester Hasil Pembelajaran

Olahraga (Athletics) PJM3103 2(0+2) 60 jam Bahasa Melayu Tiada Pertama Tahun 1 1. Menguasai serta dapat mengaplikasikan kemahiran olahraga dalam situasi sebenar. 2. Berkerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan. 3. Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuh kandungan pengetahuan pedagogi. 4. Meningkatkan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam bidang olahraga. 5. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjanakan idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. 6. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Sinopsis

Kursus ini meliputi sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dan antarabangsa. Kursus ini juga menekankan kepada peraturan dan undang-undang olahraga, kemahiran acara balapan, kemahiran acara padang, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penilaian kemahiran. Kursus ini juga menekankan kemahiran teknikal menyediakan balapan dan gelanggang dalam kejohanan olahraga. This course include the history and developmental of athletics internationally and in Malaysia. This course stress on rules and regulations, the acquiring of skills in the track and field event, the evaluation and how to implement these skills in the teaching strategies. Students will also be involved in preparing the track and field technically for organizing athletics meet.

Tajuk Teori 1 Olahraga

Kandungan

Jam

Sejarah perkembangan olahraga Asal usul pertandingan olahraga Perkembangan olahraga peringkat antarabangsa Perkembangan olahraga di Malaysia 2

Jumlah Amali Acara Balapan 1 2 Undang-undang dan peraturan Kemahiran asas lari pecut Kemahiran larian jarak sederhana Kemahiran larian jarak jauh Acara lari berpagar/berhalangan Acara lari berganti-ganti

Kemahiran teknikal menyediakan balapan Lakaran balapan 200 meter Lakaran balapan 300 meter Lakaran balapan 400 meter

Acara Balingan Undang-undang dan peraturan Lontar peluru Lempar cakera Rejam lembing

Acara Lompatan Undang-undang dan peraturannya Lompat jauh Lompat tinggi Lompat kijang

Kemahiran teknikal menyediakan gelanggang Lompat jauh dan lompat kijang Lompat tinggi Lontar peluru

10

Rejam lembing Lempar cakera 12

Kaedah pengajaran dan pembelajaran Strategi penyampaian Penyediaan Rancangan Pengajaran Pengajaran Mikro

Kaedah penilaian Prosedur penilaian Aplikasi Spesifikasi dan Rubrik Penilaian

Jumlah Jumlah keseluruhan

58 60

Pentaksiran

Kerja kursus Peperiksaan Akhir

70% 30%

Rujukan Asas

Clarke, R. , & Boyle R. (1978). Successful track and field. Dubuque, Iowa: William C. Brown. Hall, J. (2004). The primary physical education handbook (2th ed.). London: A & C Black Pub. Ltd. ____________, (2005), Peraturan dan Undang-undang Kejohanan Olahraga. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.

Rujukan Tambahan

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental physical education for all children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Thomas, K.T., Lee, A.M. & Thomas, J.R. (2003). Physical education method for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wee Eng Hoe (2002). Panduan pengajaran olahraga : Kepegawaian dan kejurulatihan. Kuala Lumpur :Karisma Publication Sdn. Bhd.

PJM3103 : OLAHRAGA ( Pengenalan Olahraga Dan Acara Balapan ) Aktiviti: 1. Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Kongsi maklumat yang diperolehi dan bincangkan dalam forum. 2. Kejohanan Olahraga MSSM telah diadakan setiapa tahun. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani dan guru sukan sekolah, apa pandangan anda tentang acara-acara yang dipertandingkan. Kongsikan pandangan anda dan bincangkan dalam forum. 3. Dalam satu kejohanan olahraga, didapati ada peserta larian jarak sederhana dan jauh telah dibatalkan lariannya. Sebagai guru sukan dan guru PJ, nyatakan kesalahan-kasalahan yang sering dilakukan oleh pelari jarak sederhana dan jarak jauh semasa mereka bertanding. Kongsi pandangan anda dalam forum. 4. Larian berganti-ganti merupakan satu acara mementingkan teknikal larian. Berdasarkan pengalaman anda sebagai jurulatih, apakah panduan yang anda gunakan untuk menyusun pelari-pelari dalam acara larian tersebut? Dalam kejohanan olahraga sekolah anda, seorang pelari berpagar telah dibatalkan lariannya. Pada pandangan anda sebagai guru sukan, nyatakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari-pelari dalam acara lari berpagar. Kongsikan pandangan anda ini dengan rakan-rakan lain dalam forum.

5.

PJM3103 : OLAHRAGA ( Acara Lompatan ) 1. Sebagai seorang guru PJ kebolehan merancang adalah elemen yang sangat penting untuk keberkesanan P@P. Berdasarkan pengalaman anda disekolah, nyatakan aktiviti-aktiviti ansur maju yang sesuai bagi acara lompat tinggi. Bincangkan pengalaman anda dengan rakan-rakan dalam forum. 2. Ramai peserta sering kali dibatalkan lompatan mereka semasa melakukan lompatan. Senaraikan kesalahan yang sering berlaku dalam acara lompat jauh dan jelaskan jenis aktiviti latihan yang sesuai untuk mengatasinya. Bincang maklumat yang diperolehi dengan rakan-rakan anda.

PJM3103 : OLAHRAGA ( Acara Balingan ) 1. Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis aktiviti ansur maju yang boleh meningkatkan prestasi peserta.

2.

PJM3103 : OLAHRAGA ( Kaedah Pengajaran Dan Kaedah Penilaian ) 1. 2. Nyatakan dan terangkan 4 kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani untuk tajuk olahraga. Rancang dan tulis satu rancangan pengajaran harian untuk acara lontar peluru bagi pelajar tahun 5 untuk jangka masa 30 minit. Nyatakan dan jelaskan 5 aktiviti ansur maju yang sesuai untuk pengajaran tersebut. Buat satu penilaian untuk satu acara olahraga dikalangan murid anda dan buat rumusan prestasi mereka. Sediakan satu prosedur penilaian bagi satu jenis acara padang yang anda pernah jalankan disekolah anda. Kongsi maklumat yang telah anda ada dan bincangkan dengan rakanrakan dalam forum.

3. 4.

You might also like