• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
BINCANGKAN PENGARUH DAN PERANAN ORANG BUKAN-CINADALAM PERKEMBANGAN SEJARAH CHINA DARI ZAMAN HAN HINGGAPERTENGAHAN KURUN KE-14
Secara umumnya, hubungan orang Cina dan bukan-Cina boleh dibahagikankepada tiga kategori atau tiga zon utama. Yakni, hubungan antara orang Cina danbukan-Cina yang berada di bawah pengaruh Cina atau
Siniz Zone
yang terdiridaripada orang bukan-Cina yang berada berhampiran. Misalnya, hubungan denganorang Manchu, Korea, Vietnam,
Liu-ch’ iu 
, Islam dan sebagainya. Kategori hubunganorang Cina dan bukan-Cina yang kedua adalah, hubungan orang Cina dengan manusiadisekitar orang Cina dengan manusia disekitar pinggir Cina dan bukan berada di bawahpengaruh Cina atau
Inner Asia Zone
yang terdiri daripada kawasan nomad ataupenduduk semi-nomad dari zon Asia dalaman. Misalnya, hubungan orang Cina denganorang Monggol. Zon ketiga adalah hubungan orang Cina dengan orang asing (
wai-i 
)atau “
Outer Zone
” (Zon Luaran) yang terdiri daripada orang Eropah, Jepun, Asia danAsia Selatan yang biasanya menghantar ufti ketika menjalinkan hubungan perdagangandengan orang Cina.Jika di lihat disini, hubungan orang Cina dan bukan-Cina adalah dipengaruhi olehkonsep sino-sentrik dan
tien-hsia
yang diperintah oleh
T’ien Tzu 
iaitu pemerintah Chinapada masa itu. Pada masa yang sama, orang bukan-Cina dilihat mempunyai pengaruhdan memainkan peranan dalam perkembangan sejarah China. Di sini, saya akanmembincangkan tentang peranan dan pengaruh orang bukan-Cina dari Zaman Hansehingga pertengahan kurun ke-14.Bermula dari Zaman Han (206 S.M.-195 Masihi), hubungan dengan orang asingtelah mula dijalankan iaitu melalui hubungan perdagangan dengan Kerajaan Rom.
 
Banyak unsur-unsur Barat telah masuk ke dalam negara China antaranya agamaBuddha. Orang “gasar” dari utara telah berjaya menakluki kebanyakan dari negeri yangada di China. Misalnya, pada kurun ke 4, 5, dan 6, Lembah Yang Tze dan bahagianselatan telah diperintah silih berganti oleh raja-raja dari beberapa keturunan, manakalabahagian utara dibahagikan kepada beberapa negeri yang diperintah oleh raja-rajabukan-Cina.
1
Zaman ini adalah selari dengan zaman kemerosotan Empayar Rom danpenaklukan Lembangan Mediterranean oleh orang-orang gasar dari Utara.Peranan dan pengaruh orang bukan-Cina dalam perkembagan sejarah Chinaboleh dilihat melalui beberapa aspek. Antaranya adalah melalui penyebaran agamaBuddha. Pada zaman perpecahan, ajaran agama Buddha telah mendapat tempatdalam kalangan pemimpin China. Banyak kitab suci Buddha telah diterjemahkan kedalam bahasa Cina dan ramai mubaligh Buddha terutama dari India telah sampai keChina dan menyebarkan agama ini dengan meluas di China dan kedudukannyasemakin kukuh. Ramai orang Cina yang menjadi sami Buddha telah pergi ke Indiauntuk mempelajari dengan lebih lanjut tentang agama Buddha dan cuba untukmendapatkan teks agama Buddha. Antara sami Buddha Cina yang pernahmengembara ke India ialah Zhu Fa Hu, Fo Tu Cheng, Dao An, Hui Yuan dan Jiu Mo LuoShi.
2
Pengaruh agama Buddha yang dibawa masuk ini telah berjaya menghasilkankarya-karya kesusasteraan termasuk karya-karya falsafah dan agama yang tingginilainya. Kesannya, banyak hasil karya telah diterjemahkan dalam bahasa Cina dandigunakan di China. Jika dilihat sekarang, agama Buddha masih lagi diamalkan di
1
Kenneth Scott Latourette, 1970. “
Sejarah China Moden
”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 18.
2
Suffian Mansor, 2003, “
Tamadun China
”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 94.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...